Bagaimana @abbylityinc Bermula …

Tadaa.

Nothing is more exciting than looking at the Instagram today.

(But somehow ada juga yang tidak best … but let’s not peel on that too much, ok?)

Buat pertama kalinya, ada keyakinan untuk bercerita secara terbuka di sini. Tentang hobi-bakal-merubah-kompeni – the one that keeps me sane, all the time.

Lahirnya @abbylityinc adalah kerana inspirasi yang mengagumkan juga.

Banyak yang saya pelajari daripada orang-perseorangan kegemaran saya di sekeliling, baik jauh mahupun dekat.

Mereka-mereka yang saya golongkan sebagai “my immediate-safe circle and people”.

Mereka-mereka yang tidak pernah judgemental terhadap saya, dan tidak pernah juga (harapnya) melupakan saya, walau sekujur tubuh saya nanti tidak lagi di atas muka bumi ini.

So, what’s about @abbylityinc that you should know?

Simple. Very much related to what @abbythejourno has been doing to date.

Engaging followers and now, potential clients that look forward to having varieties of services; writing, photo-captioning, iPhoneX photography, social media live updates, as well as the marketer-public-relations kind of job whenever needed.

Banyak skop. Banyak juga potensi-potensi bidang yang boleh diteroka dan dijadikan sumber pendapatan sendiri yang (mungkin, insyallah) memberangsangkan dan dapat meneruskan kelangsungan hidup.

What’s more? I guess anda perlu follow rapat dulu.

Because real soon, I will want to reveal more of what I’m capable of doing.

Peace!

Di Kala Emosi Terbawah …

Nah, memulakan sesebuah entri dengan tonasi yang tidak enak begini … selalunya memberikan sesuatu gambaran yang bukan calang-calang sedang berlaku dalam hidupnya si Abby.

Naaaaaaaaaaaaaah.

Sesiapaun boleh berada di emosi terpaling bawah, betul?

Tidak kira musim, waktu dan tempat.

So, kali ini pasal apa pula Abby?

Pasal perkara biasa. Yang kitarannya sering berlaku bila kau beranak baru.

Lumrah, kan?

Lebih-lebih lagi di daerah yang “pemikirann” tidaklah baru mana.

So scrapped. Blogpost yang ini kita bikin ringkas, padat dan padu.

Tidak perlu berteleku lama untuk perkara-perkara nan tidak berfaedah, betul?

Jom, kita buka cerita @abbylityinc.

Ha, apakah?

Sejenis kolaborasi-pencarian-mata-wang-sampingan juga bagi seseorang yang sinonim dengan @abbythejourno di Instagram!

Pautan @abbylityc in ada tertera di ruangan sebelah kanan website ini, jadi sudi-sudikanlah intai-intai dan ambil tahu.

Sekian.

COVID-19, ‘New Normal’ & Abby …

Satu dunia sedang tenat.

Nazak memikirkan bagaimana cara dan jalan keluar untuk kembali pulih daripada wabak.

Wabak. Bila ya kali terakhir aku betul-betul beri perhatian dengan berita tentang wabak? MERS-COV, maybe? Itupun bukan tahap pandemik. Kalau HIV, denggi … itu belum tahap satu dunia kena ‘tutup’, lumpuh.

Siapalah tidak resah.

Mana pernah sampai kena duduk terkurung dalam rumah sampai hampir 50 hari lamanya? (Mungkin bagi wanita selepas melahirkan, tidak berdepan masalah ini sangat!)

Cumanya akan TETAP BERMASALAH dan baharu, sebab seisi keluarga terkurung bersama bawah satu bumbung.

Maka, timbullah terma baharu dipanggil “New Normal”, in which dalam kotak pemikiran akulah berkata, “New term, gah sungguh. But how new is new can we be as Malaysians?”

Pessimist, enough? Well, we are Malaysians, so we know ourselves better, don’t we?

Tetapi sebagai orang yang mendambakan sesuatu perkara baharu sejak lama, dan juga jenis manusia macam akulah tidak reti duduk diam, dan cepat boring, “new normal” is an exciting phase, if it becomes reality .. secara TOTAL ya.

Berbalik soal wabak yang namanya COVID-19.

Tercatatlah sejarah baharu dalam hidup aku – yang mana, negara tengah sedang dilanda wabak, aku pula facing my own struggle, fighting to get healed and better from sickness.

Tetapi, bukan kerana COVID-19. Makanya, ada syukur rahmat dan bisa di situ.

In short, 2020 is a strange year for me.

Tidak pasti dengan orang lain, but as for me myself … carca marba sungguh dirasakan.

Betullah dengan kata-kata sebaik-baik perancang itu hanya Allah swt. Apa yang kita buat dan sebaiknya mengatur pun, tidak akan boleh sama sekali lawan dengan takdirnya di Luh-Mahfuz.

“Perforated Appendix”

Sejenis sakit, atau disease yang tidak pernah langsung terlintas dalam kepala akan aku lalui satu hari nanti.

But it happened. Di usia 34 tahun ini, it happened and it wasn’t pleasant at all.

… to be continued

2020 Yang Diimpi …

Dilema sungguh hendak mulakan penulisan blog yang ini.

Dari sejak Disember 2019 sehinggalah kepada tarikh blog ini ditulis, ketidaktentuan hala hidup adalah teramat ketara dalam hidupnya saya.

Kepada sesiapa yang mengenali Nabilah Saleh dan mengikuti terus perkembangannya di @abbythejourno, tahulah anda apa yang telah berlaku.

Untuk mengenang apa pun nasib yang menimpa, saya ralat sekali hendak tulis satu-persatu di sini.

Tetapi bila difikirkan semula, pengalaman yang terjadi di dalam hidup inilah yang menjadi nadi kepada www.abbyhakka.net.

Tengoklah …

Berkelapangan nanti, akan saya usahakan cerita ‘legend’ dan paling terulung Tuhan kurniakan buat saya di sepanjang hidup, #perforatedappendix.

Berbalik kepada tajuk post ini, adakah ini seperti yang diimpi?

Dengan isu Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dan ‘lockdown’ di rumah hampir 5 minggu sekarang .. adakah ini 2020 yang kita idam-idamkan selama ini?

Perancangan kita itu hanya sebesar kuman sahaja. Sebaik-baik Perancang adalah DIA, bukan?

Menulis di dalam mood 3 hari sahaja lagi hendak berpuasa.

I hope I do have more CONTENTS to write, more WILLING to learn for another a-month-medical-leave-or-aka-break-from-the-office.

Salam yang sihat-sihat semuanya.

Sayang Blog Tidak? …

To be honest, aku sayang sangat blog aku.

Sayang on how it has been so close and dear to my heart, how it gently soothe me by pouring out all in here with using texts … dan betapa blog tidak pernah menjadi medan yang menghakimi dirimu – kita boleh hentam dan taram sahaja menulis ikut suka dan kreativiti.

Ha gitew.

Tidak pasti bagaimana daerah kecaman di blog hari ini. Adakah semeriah macam di laman sosial media yang lain di tahun 2020 nieh … atau sebenarnya sudah hampir tiada (pupus) – kerana sekadar menjadi tempat orang baca dan pergi? (dan bukan lagi perasaan ‘mahu meninggalkan jejak” atau “berhubung dengan si pemilik blog” – which I have these tendencies before hihihihihi)

Dahulu, kecintaan terhadap blog adalah sama mulianya dengan bercinta dengan penulisan buku.

Tiada penghakiman, tiada sengketa dan apatah lagi unsur atau anasir hendak menghasut domba dan dengki sesama manusia.

Elemen tulisan / text dan gambar (bergantung banyak atau sedikit) … lazimnya jadi tempat rujukan dan kesungguhan manusia dalam mencari sesuatu fakta atau kesahihan – to that extend, BLOG suatu ketika dahulu sangatlah membantu.

Kalaupun blog adalah berbaur peribadi dan banyaknya menulis tentang kehidupan kau dari pagi ke malam, we just tend to read and read .. and do not do ‘extraordinary’ things about it – nak mengecam ke, nak screenshot ke atau apapun yang lain.

Tetapi zaman dah terlalu banyak sangat merubah.

Sebut sahaja pasal ‘screenshot’, confirm cepat anda boleh relate dengan apa yang berpotensi berlaku selepas itu.

Apa yang ditulis di blog cepat sahaja boleh jadi bahan bukti atau sebaran. Baik atau buruk, bergantung kepada niat seseorang.

Itu agaknya yang buat orang takut hendak kembali berBLOG.

Atau sebenarnya tandingan Blog kini sudah diatasi dengan kederasan arus teknologi di tahun 2020 yang semakin menggila dengan lambakan apps yang semakin la canggih-manggih e.g podcast.

HEHEHEHE sengaja mahu buat major throwback di sini.

Naifnya design dolu-dolu itu. Tetapi kecomelan tetap terserlah ya.

Dan permulaan blog saya adalah kecil sahaja. Sampai ke hari ini pun masih kecil dan teramatlah picisan.

Dan bila ada yang menegur, “Kita selalu baca your blogpost …” … rasanya macam nak sembunyi dalam gua tidak keluar seminggu.

HAHAHAHA

Betul juga kata Garyvee. If you’re writing from the heart and if only ONE PERSON happy and like it, BE GRATEFUL.

Garyvee pernah cakap perkara yang sama waktu 2008 dan sampai ke harini, kenyataan tersebut masih kekal relevan ya.

Jadi, apakah hala tuju abbyhakka.net sekarang?

Boleh abbyhakka.net beritahu umum?

Atau patut umum beritahu apa patut dan wajar abbyhakka.net gigihkan menulis lagi dan lagi daripada sekarang?

It’s time for more CONTENT!

… which I’ve been actively triggered to do for the past one and half years now. Alhamdulilah.

Kenapa Ada Anak ….?

Terfikir dan terlintas perkara ini sahaja bila malam tadi dapat tenung lama wajah si anak dara.

Setiap malam, memang saya pendampingnya. Setiap malam, dapat belai rambut dia yang cantik itu – memang beri satu nikmat kepuasan yang berbunyi, “Cantiknya kejadian Tuhan.”

While my eldest, memang rutin tidurnya bersama si Abah … bila mana si adik lahir.

Terkadang, sekejap-sekejap .. di tengah malam yang selalunya sekarang ini mudah sangat mata ini berjaga lama, memang saya akan tinjau dia di bilik dan selalunya memang akan tertancap mata pada parut belahan di dadanya.

Sayu terkadang bila teringat balik detik 29 Julai 2017 – suatu tarikh yang tidak akan boleh saya lupa tentang anak bujang saya.

Dan bila akhir-akhir ini, dunia saya bergelumang dengan buku-buku bertemakan “education psychology”, banyak nya neuron-neuron otak tepu saya ini berhubung.

Kesemuanya seakan macam aktif connecting the dots.

Terlalu aktif sampai emosi jadi mudah terusik dan kepala terlalu sarat dengan intipati, “What should I do next and best for my children?”

Amukan dan asakan jiwa dan fikiran yang suatu macam betul dua tiga menjak ini.

Iya, perlu ditenang-tenangkan. Kalau terjadinya “overwhelmed”, memang boleh terjerumus ke emosi lagi dalam dan hanyut juga nanti. Maka …

Kita menulislah di blog.

Menulis itu suatu terapi.

Lebih-lebih lagi kalau ada yang sudi membaca dan share, kemudiannya. Gitew. Besar Stadium Bukit Jalil tanganku ini menadah menerima seikhlasnya kemuliaan hati anda itu. hihihihi

Anak. KurniaanNYA. Dan tidak semua DIA beri dan anugerahkan.

Kali terakhir mendengarkan petikan kata-kata ini, buat hati jadi lebih cepat tertusuk dan yang terpaling penting, buat akal tak pernah berhenti berfikir lagi dan lagi.

Setiap kelahiran perlulah PLANNED, INTENDED and WANTED – Dato’ Dr. Harlina Siraj.

Tertusuk tidak membaca kenyataan di atas?

Terasa diri lebih tercabar atau sebenarnya anda dilanda suatu macam perasaan bersalah tidak terhingga?

Dan bila diri saya inilah yang menyemak dan reflek semula kenapa, bagaimana kurniaan anak-anak inilah anugerah rezekiNYA yang terpaling besar … kelu kejap lidah dari meminta-minta.

Tidak semua orang ada. Kalau punya, pasti selepas bertahun-tahun lamanya.

Hence, kurniaan yang inilah … kalau dikenang balik, ada SEBAB MUSABAB kena Tuhan beri. Kenapa Tuhan pinjamkan dan kenapa Tuhan membentuk diri kita seperti siapa diri kita hari ini.

Nukilan tentang anak ini, adalah lanjutan daripada peristiwa hiruk-pikuk hari-hari bersama-sama anak-anak ini.

Keletah bukan main, ajak bersembang dan bergaduh sudah seperti di Parlimen dan bila soalan-soalan aras tinggi yang diutarakan … @abbythejourno yang kerjanya wartawan ini juga pun jadi terduduk hendak menjawab.

Dah tak mampu kakak hendak menjadi Mr-Google-Hey-I-Know-Everything!

Syukur tidak, Abby?

Syukur.

Kedua Kali Di Uzbekistan …

Mungkin rezeki yang tertulis adalah yang begini. Tiada siapa boleh menyangkal kesempatan yang Tuhan beri walaupun pada sesetengah mata dan hati yang menilai, apalah sangat ertinya lawatan kerja ke Uzbekistan.

Trust me, keterujaan kali ini adalah teramatlah lain. Bila sudah ada hati yang menetapkan dan perancangan yang diatur kali ini pula lebih rapi, persediaan ke negara Asia Tengah ini jadi mudah serba serbi.

To me, Uzbekistan is no longer a foreign or strange land.

To many what more among Malaysians, it is still.

Dan bagaimana negara landlocked, dikelilingi tanah dan segala jirannya yang berkongsi muka bumi yang sama boleh membuatkan anda terpukau dan mahu datang ke negara mereka?

Kali ini saya mahu bercerita dari sudut pandang yang berlainan. Mencuba tips yang berlainan juga; iaitu menulis dahulu di blog dan kemudian barulah di medium yang utama.

Kerana apa?

Terkadang sisi menarik yang saya nampak dan difikirkan sangat berharga; tidak berapa ‘puas’ sebenarnya dapat saya tintakan dengan bebas di platform tertentu.

Tetapi di blog, kepuasan lebih lagi dapat dirasakan dan yang terpaling penting – tidak akan tertinggal satu fakta dan momen pun yang tidak akan tidak saya mesti cerita!

Thus, here’s the beginning.

Perjalanan 7 jam secara terus (direct flight) ke bumi Tashkent memang sudah ku duga dan rancang sebaiknya. Perjalanan yang kurang dari 10 jam ini masih boleh lagi aku ramal dan tentu duduk apa yang patut dan wajar dilakukan di dalam kapal terbang.

Kurang pasti kalau orang lain.

Dan, bila dapat tahu yang Tashkent kini sedang di awal musim luruh, teruja bak hang wei!

Terlalu sukakan sejuk, yang kedinginannya masih boleh dikawal dengan baik dengan balance intake of Vitamin C nieh, memang momen yang dinantikan lah! Tiada snow pun OK, asalkan sejuknya itu menyamankan.

Maka, persediaan adalah secara bijaksana juga. Bawa heat-tech clothing, heatpad, handsocks, suitable socks dan yang paling penting, satu warm jacket yang applicable at all situations.

I found it really interesting when you have that ample knowledge on where what and how to be equipped yourself beforehand!

Barang wajib perlu ada ke mana-mana sahaja perjalanan sepanjang berada di Uzbekistan.

Wet tissue adalah suatu kemestian juga ya. Alasan terpenting adalah kerana bilik air di dalam tandas negara ini tidak mempunyai pili air seperti di Malaysia atau Indonesia (hiks).

Hari kedua terus membawa kami ke daerahnya yang lain Samarkand dan Bukhara.

Delegasi kami tiba awal dua hari sebelum hari forum bermula.

Kami tiba di Tashkent pun sudah kurang lebih 6.30pm. Tetapi gelap macam sudah jam 10pm bila keluar dari airport malam itu.

We were greeted by a very good looking guy named Abdulloh, who is working for the Tourism Ministry’s division.

And here’s the beginning of an exploration on how Abby values the new Uzbekistan, after their new government elected a new President.

This 26-year-old guy is like a ‘gate’ to us, Bernama and RTM. Ramah betul, tahu berbudi dan fasih juga berbahasa Inggeris (sebab itu mungkin sesuai kelayakan bekerja di Kementerian Pelancongan).

Abdulloh menceritakan banyak mukadimah yang positif kepada kami. Dan sebagai orang yang pernah ke Uzbekistan sebelum ini, banyak perbezaan negara ini yang dapat saya detect daripada perbualan dengan Abdulloh.

He seemed happier too, with his new career path. That’s like … superb.

Kisah dalaman atau sebenar sesebuah negara ini, syoknya .. adalah apabila kita berpeluang mendengarnya sendiri daripada mulut penduduk tempatan.

Dan di setiap kali bicara atau perbualan yang begini, there’s always something we can learn. Bukan mengorek dengan tujuan yang bukan-bukan, tetapi ………………. lebih kepada mengambil teladan dan contoh yang boleh ditambah baik sahaja. 

Memandangkan kami tiba 2 hari lebih awal daripada tarikh persidangan, pihak kerajaan Uzbekistan sudah menyediakan itinerari khas buat kami untuk jelajah Bukhara dan Samarkand dahulu.

Kedua-dua pun pernah saya pergi waktu 2012 dahulu.

Dan bermulalah misi mengumpul koleksi gambar secara lambakan dari lensa kamera si @abbythejourno yang teramatlah mahal, khas buat tatapan peminatnya yang masih lagi sudi berkunjung ke blog ini.

Here are the throwback pictures.

Ini sekitar di Bukhara. Berjalan di sini memang tidak sah, kalau tidak berhenti .. untuk ambil gambar. That’s just so normal. Tour guide kami pun jadi lelah mahu memberhentikan kami selalu. Hadap sahajalah.

Siapa kami di Bukhara, bersama Abby?

Oh didn’t I mentioned I’ve already made new friends here. Check it out in the next sequel.

What A Mood …

Ada yang membuat saya menangis lebat semasa menonton klip ini.

Fukuoka, Japan 7 & 8 August 2019

Rangkuman Video Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Fukuoka Jepun pada 7 dan 8 Ogos yang lalu.

Posted by Dr. Mahathir bin Mohamad on Khamis, 15 Ogos 2019

Betapa orang muda sebenarnya perlu belajar banyak dan mendalam lagi dari pemimpin berusia ini.

Betapa pemimpin dunia ini bekerja keras untuk membantu anak muda di negaranya (pada masa yang sama memberikan inspirasi kepada generasi muda negara lain) supaya janganlah ambil sikap tunggu-dan-tunggu lagi.

Dia berjalan seantero dunia membawa label Malaysia.

Dia bercakap dengan semua orang tentang jenama Malaysia.

Kita?

Menyentuh bab orang muda, luluhnya hati ini lihat dia berdiri, tekun mendengar apa anak muda Jepun bercerita.

Anak muda Jepun pula nampak bersemangat, kelihatannya terinspirasi dengan aura figura ini.

Kalaulah sekelumit inspirasi itu diterjemahkan kepada semangat-juang-nasionalisme yang tinggi di kalangan mereka untuk bangkit dan lebih maju … betapa kita patut cemburu kenapa bukan KITA ambil peluang yang sama.

Blame me for all the hormonal things inside me at the moment. but .. here’s something to reflect.

Bukan soal ‘ini-negara-Jepun-la-maka-kunjungan-semata-mata-politik-je-ni’ yang wajar kita bahas di sini, but look BEYOND that.

Ini abad ke-21 sudah. Fikir cara lebih bijak, boleh?

Hola everyone!

@abbythejourno is back in the blog yaw!

Persetankan mood yang sudah terbazir lebih 8 bulan lamanya. But one definite mission that I am going to fully write on here from now on is simple because …. I AM ALREADY EMPOWERED!

Empowered, tetapi upload gambar ketiduran?

Kihkihkih there’s always symbolic meaning behind my poses and posts, posted in Instagram. Hanya yang mengenali jiwa ini sahaja tahu betapa kuatnya hati ini bergolak dan akal ini memikirkan sesuatu yang kreatif, dan lain daripada kebiasaan bila membuat sesuatu perkongsian di sosial media.

Sukses terus Abby!

Sakit yang ada ini hanya bersifat sementara. Bangkit sahaja terus pandang ke hadapan because there’ll be MORE people appreciates you in the nearest future.

Next, cerita lama yang tertunda. Kita #throwbackpost nanti k?

Y.O.U …

Such an addictive series.

Bila sudah bermula, jangan kau mimpi hendak berpatah balik. Memang susah! It can just hook your addiction from one episode to another, simply by clicking ‘next for episode **’ or ‘skip recap’. Yes, to that extent.

I will be writing on my very own opinion on the whole episodes. Sedikit lain bunyinya sebab tak nak bagi review yang klise (kekdahnya!).

Instead of just looking on the wide spectrum, let me dig and analyse for you on how this series is way worthy of your time watching, rather than seeing Lelaki Kiriman Tuhan or Pujaan Hati Kanda (jangan kecam please, cause I watch Remy Ishak too!).

Macam mana boleh terjebak?

One thing for sure Netflix has tremendous options for you to enjoy. It’s just between you and you.

Netflix will definitely conquer you in any way possible. Just choose the right movies to watch. Boleh dikatakan semua pun bagus-bagus belaka. Pilih ikut genre kegemaran sahaja, atau pilih ikut review best yang boleh anda jumpa.

Speaking on YOU, saya sukakan every character that appears in their episodes.

Simply because of ONE definite reason.

All of them has one SIMILAR trait which is the unsettled issues within each individual.

Jujur kakak katakan, at first, I was actually fascinated to know about the girl named Beck, which is described as an aspiring writer mentioned in many reviews.

Sekali, bila lihat keseluruhan jalan cerita, I could say the contained, unsolved issues in each character from Joe Goldberg to Peach Salinger, are the centrepiece of why such conflicts turned to awesome plots and storyline.

The psychopathic Joe adalah contoh terpaling ketara kenapa saya katakan demikian.

Kenapa? Ingat tidak sesekali munculnya watak Mooney, guardian si Joe yang senantiasalah muncul dengan tahap bengis-kononnya-mengajar-Joe-how-to-value-books-to-death itu?

That’s his root problem. But amazingly Joe is very much equipped with high-valued skills when it comes to handling books, and writers too, I guess. (Ngeri wei!)

Joe, dengan watak yang begitu, pada saya, he’s not guilty, wholly.

Tafsiran saya, terlalu banyak konflik dalaman diri yang tidak ‘settled down’, ditambah pula dengan persekitaran New York yang ‘so much happening’ membuatkan Joe terperangkap di antara keinginan (cintanya terhadap Beck) dan keperluan dirinya untuk menjadi a perfect human on earth in loving everybody he cares so much (sungguhpun emosinya tersangatlah tidak stabil) — it’s a big LOOPHOLE there, though.

Secondly, on Beck. 

Beck dan rakan-rakan adalah contoh millenials hari ini. They truly resembles such group in this world that in high passions to derive themselves from being real, like them in their pathetic world who are unloved and gained not enough love (… as told by Joe in his monologue).

Sejenis suka mengada-adakan cerita dan menggembar-gemburkan siapa diri mereka di laman sosial media, ke tahap terpaling maksima they can make people impressed with their outfits, appearance and styles.

Dan kesemua descriptions ini nampak tersangat cantik dan lawa menerusi skrip, monolog si Joe dari pemulaan episod sampailah ke minit akhir keseluruhan 10 episod nie. Seriously!

After two weeks released, this series has gained so many words and attention from all the Netflix viewers in the world.

Apparently, this novel adaptation from writer Caroline Kepnes selayaknya dihayati sebagai satu karya yang patut semua orang lihat sebagai ‘penyakit’ dalam dunia hari ini.

I think I’ve given you a big hint of how this story can best be classified – psychopath, thus expect the unexpected. It’s just too psychotic kalau dari episod pertama lagi sudah tunjuk ‘keganasan’ yang Joe potentially capable of doing. Ngee.

How I wish I could have read the novel first.

Thus, this is how I look at this series.

Betapa rapuhnya seseorang itu kalau ‘isu dalaman’ dalam diri tidak diatasi segera dan ditangani sewajarnya.

Terkadang, khayalan atau imaginasi penulis buku dan novel ini adalah kerana reflek kehidupan sebenar hari ini dan akan datang, yang berani mereka zahirkan dengan abjad dan kata-kata.

Atau mungkin pengalaman penulis itu sendiri ( .. atau sahaja anugerah Tuhan yang memberi mereka ini daya imaginasi yang tinggi dan kreatif. How I wish I am granted and given such talent, wei!)

Watch YOU if you’re thrilled.

Elak sahaja lihat bersama-sama anak-anak, cause it might teach you a lesson on becoming good, prepared parents.

Next on Netflix, suggestion?

Imagine if Joe Goldberg is one charming man who are not into killings and obsessions. Weee!

Dan 2019 Pun Bermula …

Hari ini, perjalanan pulang dari tempat kerja lagi, dah duk cabar diri; you should have start DOING something, Abby!

As soon as possible, as you can.

Mantra duk tak habis berlegar dalam kepala. And I’m taking that challenge now, untuk terus bertinta (walau sudah tertinggal 8 hari posts – sebab angannya itu hari kena ada 1 post sehari).

Long story short – marilah kita bermula dengan suatu kisah.

Perjalanan kisah seorang sahabat saya ini adalah lain takdirnya.

Sebab itu terkadang, dalam pada simpati dan empati yang tinggi, saya lebih suka ambil pendekatan tunggu, dan lihat. Serta, beri lebih masa.

Di dalam mengatur atau menjaga persahabatan, pada saya juga kini, ada perkara yang perlu kita ambil juga pendekatan yang sama.

Kerana sesungguhnya, manusia itu berjenis. Berbeza setiap seorang daripadanya.

The greatest lesson I learnt throughout 2018, apparently.

Tetapi Tuhan itu tidak kedekut. Dihantarnya mereka yang lebih memerlukan kita, terutama untuk perkara dan masa yang lebih tepat sebenarnya.

Mengenali kawan saya ini, di peringkat awal, we’re not like we are today.

Ada perkara yang ‘mengikat’ dan membuat kami tertaut kembali.

AturanNYA itu indah. Cuma bersabar sedikit dan mata serta jalan kita akan lebih terbuka untuk perkara yang lebih baik.

Untuk pertama kalinya, kami sekeluarga ke JKKN berdekatan Pasar Seni. Demi kerana misi untuk menzahirkan sokongan yang kami prihatin.

Sampai sudah agak lewat, tetapi I was very much pleasant to see the old heritage building at the first sight.

Sedikit kagum juga melihatkan infrastruktur berdekatan venue, tempat kami diundang untuk melihatkan sejarah peribadi sahabat saya ini.

Kawasan yang sangat ditambah baik dengan adanya MRT dan banyak jugalah pelancong berserakan di kawasan tu.

Kesungguhan yang beliau sendiri atur untuk kurang lebih dalam tempoh setahun yang lepas, harinya tiba tanggal 5 Januari yang lalu untuk sahabat saya ini ‘diraikan’.

Saya sendiri kurang arif dengan tarian klasik Barathanatyam ini.

Dan bila buat sedikit pembacaan, saya mulai tahu kalau apa yang sahabat saya ini usahakan untuk tempoh persediaannya itu (di sepanjang tahun 2018), bukanlah suatu perkara yang mudah. 

Ada momen di mana saya rasa terharu ( … macam hampir menangis) bila lantunan bunyi tabla dimainkan serentak dengan lenggok tari di atas pentas.

Macam sebak, macam terfikir kalaulah saya lah yang berdiri di atas pentas itu, I wouldn’t know whether I am capable of doing what you have done, dearest friend.

Fokus, penghayatan dan setiap langkah semuanya adalah hasil kerja keras, penat lelah sahabat saya ini yang mencari-cari semula hala tuju hidupnya.

Suatu aspek kehidupan yang tidak semua manusia atas muka bumi ini mahu bercerita atau bersedia berkongsi kepada umum.

… while there’s an urgent for that to be addressed, massively. After all, you’re recuperating well too, dear.

The hard work is paid off now and it’s time for you to look forward.

Congratulations again and please, do remember that in every single step you’re working on next, there’s always me for you to tag along. Rest-assured of that.

Dari aspek yang lain, I am pretty much happy with responses I gained from my dearie kiddos.

Especially my eldest.

Pertanyaan demi pertanyaan dia tanya tentang persembahan kebudayaan dia lihat petang itu. 

Memang pertama kali dan pastinya banyak benda berlegar dalam kepala dia. The only hint I gave him the other day was:

 

“We are here to support and cheer a friend. Do you think you’ll be excited to see something new?”

Memang selepas selesai acara, bertubi-tubi soalan dia tanya.

Dan soalan yang diajukan semuanya berbaur curiosity, kepelikan dan tersangatlah raw and genuine.

Good job, son.

I hope we are able to attend more cultural events in the nearest future too, boy.

The least I can do to help my kids to understand Malaysia better.

And how to live like a good, positive Malaysian – that’s most important.

To dearest friend Kisho, I was so glad I really made it to your big day last week. It was so much pleasure to see you happy and making sure you to know that you have us to support you.

Semoga terus positif dan yang paling penting, menjadi inspirasi kepada ramai orang, especially to all women out there.

You’ve done up to this point tremendously, girl, and may this occasion paving you to more happening moments in life.

Love you, babe!