Mengejar impian….satu perjuangan!

Sharing is caring!

Langkah…

Beribu langkah…

Ke destinasi yang diimpi..

Tiba terhenti tercari-cari

Haluan arah yang telah pun musnah…

Harapan takkan kesampaian..

Hina..Hinanya diri..

Hanya menantikan bantuan…

Bagaimanakah ini terjadi…

Kerdilnya diri bukan lagi tuan…

Inikah rupanya nasib bangsaku…

Langkah demi langkah…

Biarkan bertatih…

Impian kan juga kan terlaksana..

Martabat diri ini tiada kan berakhir tanpa usaha..

Janganlah leka..

Tuah negaraku…

Semerbak harumnya…

Bingkisan keringat oh bangsaku…

Teruskan langkah ini..

Biarkan ia kekal sentiasa…

” Hari ini..jalan ini..pasti semakin berliku..kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga, bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa..Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya cekal dan tabah dapat membela mercu tanda bangsanya yang berjaya” – Tun Dr Mahathir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *