Bila sakit lagi…

Sharing is caring!

Hari itu sudah demam. Kali ini entah apa pula ujian yang datang, kepala lebih-lebih lagi di bahagian belakang berdenyut tak mo hengat. Menekan-nekan, mencucuk-cucuk.

Ada masa di pejabat, dah bertongkat kepala. Kejap-kejap pula urut-urut tengkuk. Kalau diikutkan hati mahu sahaja kepala ditelangkupkan atas meja, tetapi mengenangkan waktu kerja, mmg tak jadi.

Sudahnya, mahu ke washroom pula memanjat la aku ke tingkat 3. Lagi pula ada lelah. Pitam sekejap rasa.

Aish, dugaan mmg dugaan. Selepas 3 hari, baru berpeluang ke klinik. Itupun esoknya sudah Ramadhan.

Alih-alih, doktor bilang ‘Kamu tidak cukup rehat, mungkin hypertension’.

Pulak! Dalam hati :

Itu je??Punyalah tahan sakit, sampaikan hendak drive pun rasa separuh nyawa.

Doktor kata lagi :

Tunggu luar. Nanti saya bagi ubat.

Perjalanan dari klinik ke dalam kereta, aku berdetik lagi :

Biar betul?. Tak boleh jadi, mahu pergi klinik lain la, cek lagi. Esok.

Sampai di rumah, terus-terus rehat. Capai remote Astro, nonton. Denyut lagi kepala ni, tidak boleh tunduk sekalipun. Ada sahaja bahagian yg menjerit sakit.

Tak boleh jadi, turun bawah, makan. Dinner terus. Telan ubat sebelum dan selepas makan, macam yg doktor suruh. Tetapi sedikit takut melihat ubat tahan sakitnya, color biru. Confirm KUAT!

Lepas makan, rehat-rehat. Tunggu Nur Kasih. Dalam duk layan ‘excitement’ dalam episod¬†yg best kali ini, baru tersedar denyut kepala mulai takde.

Giler r. Dasar dadah.

Betul ka?

Aku hypertension???!

Kalau boss baca ini, apakah dia fikir aku mmg tension? Huhu….Wonder.

Macam TIDAK je. Tetapi………….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *