Murung itu biasa…

Menjadi normal sebuah kehidupan itu kalau ada waktu sedihnya. Sepanjang masa kalau gembira sahaja tidak ‘manis’ juga kehidupan ini. Mungkin kenyataan ini macam tidak manis dijadikan ‘pembuka kata’. Tetapi kenyataannya…’Murung Itu Biasa’.

Dipendekkan cerita, ada sangkut paut soal kerja. Normal, itu semua normal. Akan cuba diperbaiki dan terus diperbaiki untuk kebaikan Abby juga. Kesilapan atau tidak, bukan soal. Pendek cerita, baik pulihkan sahaja. Terima kasih kepada yang prihatin.

Okay!Nak dijadikan cerita, Encik Suami pun bertanya apakah gerangan airmata di senja Khamis? Wahahahaha…Terima kasih kepada Mr Prihatin Yang Amat lagi seorang ini. Bercerita sambil bersandar bahu padanya memang mendamaikan, maka murung yang ada berkurangan.

Wah3, jadi mendamaikan secara tetiba. Dah tentu, itu belum lagi disua sesuap dua aiskrim perasa strawberri/vanila yang best itu? Hahaha…*Gediks statement…(Bila dah punya suami sahaja boleh begitu ya?)

Sudah-sudah cerita pasal murung, kerana murung itu bukan sahaja biasa tetapi sementara. Lepas sahaja duduk di dalam kereta, mama dearie sms ajak dinner bersama. Abby dan Encik Suami apa lagi, tidak fikir panjang turut ikut serta.  Lupa sudah apa yang berlaku selepas itu.

The End…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *