Keliling Laos …

Alhamdulilah dan akhirnya, diari 2015 ku berakhir dengan suatu episod dan persinggahan yang amat manis sekali untuk dikenang dan menjadi lipatan sejarah kerana berpeluang dan dipinjamkan kesempatan untuk bertandang ke salah sebuah negara Asean iaitu Laos.

Masa diberitahu (or in softer words I could say, ‘diminta untuk buat coverage’) sebenarnya hati kuat berbelah bahagi hendak tinggalkan Nawal yang sudah pun masuk umur 11 bulan waktu (last month baru je pun, kenapa rasa lama benar dah aku pergi Laos but the memories are still alive in me).

Dulu, Imran Imtiyaz juga ditinggalkan masa aku ke Uzbekistan. Waktu itu sudah lebih 2 tahun pun umurnya, so this one was kinda more early than her brother. Manalah tidak hati ini gundah gulana memikirkan macam mana makan dan yang pentingnya, tidur malamnya tanpa ketiak dan bau saya.

Suami mengizinkan, keluarga juga. Maka saya percaya restu yang tersayang mengiringi perjalanan karier saya ini, harapnya lebihlah diberkati dan memudahkan juga.

Bertolak saya ke Laos, lone ranger (ala-ala), dengan ditemani seorang kakak dari RTM.

Kisahnya perjalanan ke Laos, adalah bukan mudah dan nampak-mudah-apatah-lagi-mewah-sungguhpun-ditaja-sepenuhnya.

Mengenali Laos yang hanya pada nama, dan bukan sesuatu yang kita hari-hari anticipate atau mahu dengar, Laos hanyalah negara landlocked kecil dan mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 6.5 juta.

Mempunyai beberapa daerah kecil yang lain, lawatan kerja aku ke sana hanyalah sekitar Vientiane sahaja, its capital. Pengalaman lebih kurang 5 hari 4 malam di sana macam bagi satu kelaianan sikit dalam hidup, sebab aku jadi mula menghargai sekecil nilai-nilai murni seperti mengucapkan ‘Terima Kasih’ kepada orang yang tidak dikenali dan terus senang membuat kawan dengan wakil delegasi negara Asean yang lain dengan mudahnya.

Kisah perjalanan ke sana.

Well, semasa diberitahu oleh pihak Akaun yang aku perlu transit BEBERAPA buah negara sebelum betul-betul dapat mendarat di Laos, aku sebenarnya tidak berapa ambil port sangatpun.

Layan dan angguk sahaja sebab yang penting, bukan aku yang kena keluar duit sendiri purchase ticket. Makanya, yes yes OK OK.

Sampailah itenary/check in receipt aku terima dalam email.

3 countries, 4 airports in almost 9 hours journey to Laos?! Sumpah kelakar.

Perjalanan yang asalnya hanya ambil masa 2 jam, tetapi boleh jadi se lama itu untuk sampai? Rabak barai rasanya badan dibuatnya wei, bila difikirkan. Tetapi menyesal tiada guna .. tetap juga bersemangat dan terbanglah aku ke negara itu selepas 9 jam lamanya.

 

Pengalaman menyinggah sampai lebih 3 airports dalam sehari, termasuklah 3 kali depart and 3 kali landing adalah sebenarnya sesuatu yang best juger. Sebab dah lama sangat tidak fly, bila sekali dapat fly .. mmg Tuhan ubatkan kerinduan itu secara ‘lump sump’. Bertuah sungguh diri ini.

Di Ho Chi Minh, flight terpaksa delay hampir 2 jam gara-gara hujan lebat yang turun. Di satu airport domestik yang kecil tetapi sarat dengan pelbagai umat dari seluruh pelosok dunia, aku sebenarnya jadi tertanya-tanya memang beginikah senario biasa hari-hari di Ho Chi Minh? Atau sebenarnya waktu itu musim hujung tahun di mana banyak manusia gembar travel dan bercuti?

Dari sana, terbang pula ke Cambodia. Aku kira macam persinggahan (memang singgah-tapi-bukan-level-drive-tru) sekejap ajelah, dan tidak memerlukan aku keluar perut pesawat. Rupanya tidak.

Keluar sekejap, lalu Imigresen depa kemudian masuk balik dalam perut pesawat yang SAMA untuk ke Laos.

Aduh, berat, sengal dan geram berkecamuk. Mujurlah …. mujur sesangat hand-carry luggage aku tidaklah seberat mana dan masih boleh diusung dengan tenaga muda yang aku ada. Penat tak yah kata, tetapi senyum tetap ada di bibir juger — kasi sedap itu hati juger. Dergh.

Mendaratlah aku di Vientiane sekitar jam 9.30 malam. Capek wei.

Sampai sahaja di hotel, tiada lain aku minta kecuali dua benda masa hendak check-in tu. Sepinggan nasi dan seketul iron. Ini dua, pada aku adalah ‘nyawa’ untuk beberapa hari pertama aku di sini. So end of Day 1.

Day 2; The launching and first day of the Asean workshop.

Pertamanya, aku agak lost idea juga on what’s the meaning behind the workshop tittle which stated ‘ASEAN Journalists to Cover Biggest Cultural Event’. Dari Malaysia nieh, sakan jugalah aku buat research and soalan yang pelbagai angle, sebagai langkah persediaan. But Alhamdulilah it turned out really well yang aku sendiri puas lah juga hati (well because for some, this coverage may be too ‘chicken’ for them to do).

Episod membuat kawan baharu bermula dengan rakan delegasi dari Indonesia, Mas Akhyari pada malam kami tiba di Lane Xang hotel. Ramah yang buat aku tidak rasa asing di bumi orang. Selepas itu dengan adik manis dari Brunei, yang ku sangkakan pada awalnya macam seseorang yang lebih senior taraf kakak-kakak, Ms. Rara.

Membuat kawan dengan rakan serumpun dari Indonesia dan Brunei bukanlah perkara yang terlalu baru untuk diberitahu.

Tetapi throughout days I had there, surprisingly rakan delegasi lain dari Thailand, Cambodia, Vietnam dan Laos juga adalah jenis mereka yang senang dirapati dan dibuat kawan.

Which to me, this was something really BIG and WARM that I found it cool dan tidak percaya kami boleh jadi serapat itu antara kami di sana. Belum pun sempat sampai ke hari terakhir workshop, sudah ada Whatsapp group yang wujud untuk kami. Oh am so loving and missing them!

Chatting and conversationing with them in very moderate English tidak menjadi halangan pun untuk kami understand each other well. We were really bonding there, you know!


Pengamatan di sepanjang aku berada si sana, Laos adalah negara yang serba sederhana dalam segenap hal. Kenapa? Baca entry ini sampai habis. Bluek.

Dan masuk hari ketiga, kesemua delegasi dibawa for a field trip, melawat dan melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimana sambutan terbesar di negara ini diraikan di kalangan masyarakatnya.

‘That Luang’ adalah perayaan Buddha diraikan pada November setiap tahun. Ibarat macam a holy place, tempat ini juga (the Stupa temple) jadi tumpuan dan tempat mereka bersembahyang, memanjatkan doa dan ‘menyembahkan sumbangan’ dengan harapan ada merit yang mereka peroleh untuk menempuhi kehidupan seharian.

Ada perkara menarik yang boleh aku ceritakan di sini.

Bagi wanita yang ingin memasuki kawasan kuil, mereka dikehendaki memakai Sinh skirt yang letaknya paras lutut sebagai salah satu ritual for any women who wants to perform their prayers. Sebab pada mereka, kalau bertutup habis dan labuh sehingga ke kaki, ianya dianggap ‘berdosa’.

Dan bila aku disuruh untuk melipat seluar sehingga ke paras lutut (sebabnya aku berseluar), ada ketidakselesaan di situ yang buat aku ralat betul nak melipat seluar. Acah acah juga buat, demi kerana henda k menjaga hati dan menghormati  budaya orang.

Apapun, tidaklah strict mana. Selesai tiga pusingan (sebab yang wajib pada mereka adalah 3), seluar aku pun dah kembali melurut macam biasa. Dan tidaklah gaya aku melipat tu sungguh-sungguh sampai nampak betis segala. Mujur tourist guide kami juga memahami and yes, we went through the procession happily!

Hari keempat juga adalah harinya kami berjalan-jalan tengok kawasan. Ada suatu insiden ‘menarik’ terjadi semasa kami melawat Patuxai, the Mini Paris yang memang antara lokasi wajib datang bagi pelancong, letaknya di tengah bandar Vientiane.

Bila diberitahu yang delegasi boleh naik ke tingkat paling atas dan tengok sendiri Vientiane dari pandangan paling tinggi di bandar itu, aku tidak berapa kisahlah sangat untuk mendaki tangganya (yang confirm tinggi & confirm pancit tengah jalan menuju ke puncak tu).

Maka, bawalah juga diri menapak ke atas tu (more or less macam naik tangga sampai tingkat 14 sebab perkiraanya berdasarkan jumlah tangga kecik dan halus). Dengan semangat ala haih-bukan-selalu-dapat-datang-Laos-maka-kenalah-cuba, sampai juga aku ke kawasan tinggi itu.

Pancit jugalah dalam pada menapak itu. Kemudiannya, bila dah sampai di atas itu, cubalah juga ambil masa bertenang dan snap gambar sana sini, siap dengan video time-lapse 3 saat dapat aku buat di atas itu.

Alih-alih diri macam tidak berapa hendak stabil, pandangan macam dah mula kelam kebiruan dan diri pun macam mencari-cari ruang kalau-kalau boleh sedut udara lebih sikit. Ini sebenarnya menjurus ke arah pitam sudeh nieh.

Dalam pada kelam dan separuh sedar, sempat seru Mas Ari dan bertanyakan kalau ada manisan yang dia bawa. Aku takut kurang gula sahaja dalam badan, sebabnya seingat berada or jejak sahaja di Laos, memang sayur dan nasi sahaja jadi ruji.

Air manis pun tidak aku minum sangat sebab nak mengelak dari ulang alik masuk keluar toilet tanpa yang tanpa hos air itu. Sudahnya, memang boleh agak apa sahaja yang aku makan dan consume waktu di sana.

Cumanya, I could say that sepanjang berada di sana, perut or tekak yang memang sentiasa mendambakan makanan halal macam aku ini tidaklah lapar beriya. Memang tidak akan rasalah nikmat makanan itu, tetapi kenyang is guaranteed. Kau masih boleh bergantung harap pada nasi putih, tetapi just be cautios on the lauk/food selection. Itu sahajalah.

Berbalik cerita di Patuxai tadi.

Dalam pada kekalutan mencari manisan untuk ditelan, sebenarnya pandangan masih kelam dan mulalah terkapai-kapai macam nak minta sokongan sebelum aku tersembam cium bumi.

Mas Ari dan adik Rara memang sentiasa di sisi, dan merekalah yang memulakan segala steps yang perlu for me to regan conciousness. Aku dah macam mencari nafas, dan macam fikir mungkin this is something to do with low blood pressure, as well.

Hendak buka tudung, rasanya macam tidak perlu. Dan aku lihat Mas Ari macam orang tidak keruan minta izin mahu urut dan disuakan pertolongan dan macam sebotol balm.

Dalam pada itu, rakan delegasi lain yang sakan la bergambar pun dah macam semuanya berkumpul dan mulalah beri perhatian pada aku yang terduduk lesi. To my surprise, semuanya kerumun  (YA, SEMUA) dan sama-sama sua botol balm dan minyak angin masing-masing kalau-kalau dapat membantu aku kembali stabil.

Ya ampun, terharu menangis kakak kalau diingatkan balik peristiwa itu. Terlalu drama (ya, sedikit) dan terlalu kasih betul mereka pada kawan baru mereka yang seorang ini ya.

Dalam pada kekalutan itu, I was grateful for their concerns in offering help. Considering I am a Muslim & one who’s wearing hijab and get covered all the time, mereka jadi serba salah mahu membantu sebenarnya, tetapi their attentions that matter most in this case.

Bila aku pun sudah mulai okay, tiada pening dan pemandangan kelam itu pun fade away, I felt so fortunate that nothing is serious on me. Di Laos kut, memang tidak terbayang kalau ada apa yang pelik jadi pada diri ini kalau di tempat orang. Alhamdulilah.

 

Speaking further on Laos, there’s nothing much fancy about this less-developed country. Cuma what I can guarantee you is the purity and naturality that this country could offer you.

Kalaulah anda seseorang yang menghargai and highly value the element of simplicity, Laos is where you can give a try for a visit.

Keramahan penduduknya, their generousity is highly shown by the Lao actually. Dan di sepanjang kami di sana juga, this handsome Lao couple of Souk & Ni memang sangat membantu kami mengenali Lao people dan budaya mereka dengan lebih dekat.

Sesi malam terakhir lepak minum dengan mereka berdua juga sebenarnya lebih kepada perkongsian tentang hidup dan masa depan yang kami semua ingin capai in years to come. Phewit! Indah betul pengalaman bercakap dengan so many nationalities at one single time and spot in a night.

  

Dipendekkan cerita yang dah terlebih panjang ini, do expect the unexpected bila kau menjelajah ke negara seangkatan, serumpun macam Laos.

Kalau sudah terbiasa dengan trip ala mewah, super luxury meletup kebabom, you shouldn’t have bring the same mentality with you whenever you’re entering Laos or the rest.

Apapun, Asean Community is establishing and herewith I feel, this second country in Asean that I have visited besides Singapore has opened my mind and perspective to be more grateful in evey aspects of life that I am enduring now, at this very moment of time.

Till we met again, Laos.

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *