APC 2015

Sharing is caring!

Dengan apa yang terjadi hari ini, yang mana ianya ibarat macam suatu episod ‘hari ini dalam sejarah’ jugalah .. sebenarnya tidak berapa boleh hendak disangkal kebenaran di sebalik kenyataan; “Rezeki itu bukan aturan kita, tetapi DIA”.

Sejauh mana kita cuba melangkah, dan sebesar mana juga perancangan kita, manusia serba-serbi khilaf ini .. kalau bukan tertulis di Luh-MahfuzNya .. we can never know what is the best plan set by the Him, the Almighty. Sungguh.

Dan dengan keaktifan blog ini (secara tiba-tiba domain yang bertukar hosting), terus terasa hendak bercerita apa dan mengapa hari ini boleh terjadi dalam hidup seseorang bernama Nabilah Saleh.

Dalam beberapa tahun kebelakangan aku menjadi seorang penjawat awam, mengimpikan untuk mendapat sebarang pengiktirafan daripada pihak majikan apatah lagi kerajaan yang memerintah, bukanlah sesuatu yang aku aim sejak dari mula memasang niat hendak makan gaji sebagai wartawan.

Tetapi perancanganNya adalah sebaik-baik perancangan, dan di sini, hari ini adalah tempatnya aku berada.

Diberikan penganugerahan di atas khidmat kerja yang dikatakan ‘cemerlang’, I could say myself .. that I’ve done really nothing major or big for myself or towards my desk, the Foreign Desk.

Tidak sebaik mana yang mungkin pada sesetengah mata kasar manusia boleh menilai, “Apa aje dia buat di International Desk? Not like they do daily coverage like us?”. [P/s: Ini monolog sendiri, harap maklum]

Well, judgement atau perceptions yang beginilah kadang-kadang membunuh keaktifan dan minat seseorang. Berbekalkan pengalaman dengan cakap-cakap orang yang begini begitu ini jugalah, terkadang buat aku rasa macam ada banyak lagi perkara lain yang boleh diusahakan .. yang boleh membawa kita ke arah 1001 kebaikan lain untuk dikejar.

4 tahun adalah waktunya. Singkat, mungkin juga terlalu singkat untuk dianugerahkan sedemikian rupa.

Again …

Ini yang tertulis.

And I have nothing to say but to always thank those who have always believe in me, that I can accomplish whatever tasks given to me.

Susah, senang, kecil, besar, mustahil atau hampir tidak mustahil … semua pun arahan yang diterima diselesaikan sebaik mungkin.

Peduli sangat apa orang nak berkata. Memang tidak silap juga pepatah menyebut, ‘Sabar itu punya hikmahnya’.

Menyentuh mengenai perihal yang sama, tahun 2015 adalah tahunnya di mana aku punya hanya 6 bulan sahaja waktu untuk bertungkus-lumus bekerja, capai KPI dan segala apa jua target yang perlu … disebabkan hanya kembali bekerja pada bulan 4 selepas cuti bersalin 3 bulan lamanya.

Sungguh, berbalik kepada lumrah kenapa kita perlu menghargai orang perseorang di sekeliling kita adalah kerana mungkin ini juga yang dinamakan sebagai ‘rezeki anak’. Alhamdulilah.

The feeling, semasa menerima anugerah hari ini adalah sama hebatnya dengan what I’ve felt masa mula-mula Nawal Najah diletakkan di dada selepas lahirnya dia.

Sangat-sangat tiada tandingnya.

Thus, terima kasih.

Terima kasih kepada sumber kekuatan, keluarga dan rakan-rakan. Sokongan dan kata-kata jenaka yang banyak besarnya dalam menyumbang kepada ‘kelegaan’ dan ‘kegelisahan’ hati bila dilanda masalah waktu bekerja itulah .. yang memangkin kepada siapa aku hari ini.

For more hardworking, excellent & prosperous-in-career years to come …. insyaAllah, this is the REAL stepping stone.

Bismillah …

image

image

image

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *