Amanah Yang Menguji (2)

At times like this, aku tahu ada yang cuba mendekat dan bertanya segala yang terperinci mengenai apa yang aku tulis dalam post sebelum ini.

Dan seperti biasa, menjadi aku, si Nabilah Saleh .. memang dalam segala banyak hal pun, lebih senang sebenarnya untuk tidak membuka mulut dan bercerita mengenainya berulang-ulang kali, atau apapun perkara yang aku rasakan tidak perlu jadi perkongsian ramai.

… lagi-lagi, untuk hal raih simpati. I simply dislike it.

(P/s: sejenis perangai dan sikap Abahnya si Nabilah itu jugalah. Maka, darah yang mengalir itu sememangnya sejati dan abadi huhuhuhuhu)

At this very begininning of another test by HIM, I could say that the only thing I appreciate most at this particular moment is any comforting words that a good friend/a friend/colleagues (besides my loved ones, of course) could offer me.

Itu sahaja. Tidak lebih.

Alhamdulilah, the least I can get and appreciate now is to be rest-assured on things that will go smoothly, walaupun sebenarnya gelojak rasa hati ini selagi hujung Julai tidak menjelma, memang nauzubillah …. seram, takut dan risau itu lebih lagi memuncak, rasanya.

Tidak mahu terlalu selesa dengan kata-kata, “Insyallah, II will be just fine,” .. aku tetap melakukan usaha yang wajar dilakukan di waktu-waktu begini untuk lebih tenang and rest-easy sendiri.

Apapun usaha yang semahu-mahunya aku lakukan …. 24 jam tanpa henti.

Nota penting: At this current state, please be informed that my II is doing fine and okay. As hyper as normal, as chaty as usual dan segala bentuk keriangan dan keceriaan yang wajar diekpresikan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun itu sememangnya masih, dan senang dinikmati anak teruna saya. At this very moment, yes.

Suatu kenyataan yang aku sendiri susah and berat hati untuk gembar-gemburkan dengan ramai orang sebenarnya.

Disebabkan hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan dan berdasarkan perancangan kami sebagai ibu bapanya, we’ve decided to stop him from going to kindergarten temporarily.

Ini bagi memberi ruang sebaik dan semahunya untuk II menggunakan segala upaya, keringat, kreativiti dan 1001 akal yang ada untuk enjoy sepuasnya, tanpa ada sekatan apapun. Thus, KinderKaizen Bandar Sri Damansara suits this criteria well for him to have such fun and ‘glory’ himself.

Hari ini sahaja sudah masuk hari keempat kami berulang-alik menghantarnya ke sana. Left another 1 week plus before admission day appears. [Dengan harapan, semoga akan ada rezeki dan kesempatan untuk II ke KinderKaizen itu lagi dan lagi, selepas sembuh kelak .. together with his sister, NN. Soon, insyaAllah]

Setakat hari ini, masih tiada lagi perkembangan sahih yang boleh kami kongsikan khususnya soal biaya kos pembedahan anak ini. Mohon didoakan kelancarannya menjelang 27 Julai nanti, tarikh kemasukan ke wad seperti dicadangkan doktor.

Sekian,

Salam Lebaran ke-9.

 image

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *