Lebaran Seadanya …

#teamrayaseadanya memang begini. Sempoi sahaja tahun ini.

Biarlah sempoi sesempoi sempoinya. Kalau punya rezeki lebih di lain tahun sekalipun, biarlah tetap sempoi selalu temanya.

Janji dapat merasa masakan sayur lodeh air tangan Mama berkoyan-koyan tambahnya, nasi impit gebu, kuah kacang marvellous dan ayam masak merah meletops sebagai bonus … pun dah cukup sempoi!

So inilah #teamrayaseadanya.

IMG_9051

Nampak tidak, terang lagi bersuluh tahap sempoi tahun ini? Baju pun carca-marba temanya. Asal ado.

End of Day 1. Tet!

Hari kedua, awal pagi sudah memulakan perjalanan balik kampung.

image

Pemandangan snap-snap dari dalam kereta sahaja.

Nampak tenang, nampak tiada cabaran. That’s how I love it. Selalunya. Tetapi, bukan selalunya pun begini. Apalagi musim perayaan. KAN?!

Pemandangan yang berona indah warnanya dari pandangan langit ke bumi bertar itu, adalah seindah-indah scenery yang kami lihat ketika pulang ke kampung di Sabak Bernam baru-baru ini.

Kalau tiada kesesakan, perjalanan seharusnya memakan masa kurang lebih 1 jam setengah sahaja (luckily, hari itu). Tetapi kalau sudah sesak dan namanya pun ‘musim perayaan’, perjalanan sehingga 7 jam lamanya pun tidak mustahil berlaku untuk jaraknya yang kurang daripada 200km ini. Begitulah.

image

image

IMG_9291

Selalu ambil gambar dari belah hadapan, kali ini kita ambil dari gambar sisi pula.

Baru betul terserlah ciri kekampungannya itu. Uhuk. Satu-satunya yang tinggal dan tidak akan boleh lupa kemeriahan dan keseronokannya perasaan dapat pulang ke kampung ini waktu kecil-kecil dahulu.

Dari Kluang, Johor meredah lebuhraya Utara-Selatan, menerusi Dengkil dulu dan melalui bandar diraja Klang pula, terus ke Kuala Selangor, perasaan hendak cepat-cepat sampai di kampung itu memang undescribable sangat.

Kalaulah, boleh diputar masa ke zaman itu ….

******

Back to reality.

Sejak perginya arwah Nenek tiga tahun lalu, kemeriahan pulang ke kampung ada sedikit pudar dirasakan. Kalau dahulu, ada wajah tua yang sentiasa menanti kehadiran kami di suatu sudut.

Senyumnya dia melihat seorang demi seorang turun dari kereta ditambah pula dengan riuh-rendah suaranya cucu-cucu ini kalau berteriak bila jejak sahaja tanah rumah kampung, dari jauh boleh nampak jelas dan lebar terukir. Walau hanya tersenyum, kami tahu hati dia pastinya berbunga riang dan dalam kepalanya, sudah tentu banyak yang difikirkan tentang apa yang perlu diberikan kepada setiap kami sebagai buah tangan … PASTI.

Tetapi, sudah 3 tahun.

Sudah lama sangat rasanya tidak nampak wajah tua dengan susuk tubuh yang kecil itu. Rindunya.

image

image

image

Cerita lebaran saya sudah banyak tahun jadi ala kadar sahaja. Terutama tahun lepas dan tahun ini, dugaannya lebih sedikit.

Tidak apalah, janji masih sudi dipinjamkan kesempatan ada bersama-sama orang yang tersayang di sisi selalu, pun lebih dari cukup untuk saya.

Kita enjoy gambar sahajalah ya. Buat kenang-kenangan di sini.

image

IMG_9299
IMG_9280

image

Sepupu-sepupu yang ada, yang dulu digomol dibuli dan diusung sahaja ke mana pergi, sudah membesar jadi gegadis dan teruna (seorang sahaja) semuanya.

Rupa paras dah berubah, selera juga berjenis, bab bergaya jangan dicerita.

Apapun, kakak Bilah mu ini berjanji untuk sentiasa dan akan sentiasa menjadi kakak sepupu engkau orang semua yang paling kuat menyakat sampai bila-bila (walau dalam hatinya, Allah .. drama airmata berbakul-bakul). Ini sahaja kenyataan yang tidak akan pernah berubah huehuehuehuehue.

IMG_9311

Akhir kata, Batu 38 Sabak Bernam … you’ve always got a special spot in my heart. Forever.

I’m so lucky to have you (all that related to you), and always want to portray you as part of my life story. Selamanya.

Salam Lebaran 2016.

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *