Melangkah …

Sharing is caring!

IMG_9718

Dalam keterpaksaan hari ini, terlalu banyak perkara berkecamuk dalam kepala.

Hati gelisah dan setiap masa juga kerap terdetik .. ‘Apakah kesilapan pernah berlaku di mana-mana?’.

Tidak, sudah tentu. Sesungguhnya liku perjalanan seorang khilafnya manusia di atas muka bumi itu, ternyata telah tertulis hebat rencananya di Luh-Mahfuz sana.

Buat seketika … hidup berbolak-balik.

Diuji sekejap, kemudian diturunkan rahmatnya.

Sekejap.

Dikurniakan kembali rasa gembira, syukurnya lapang sekejap dada.

Kemudian Tuhan hujani pula dengan ujian lain.

Allahu.

Ditenangkan pula dengan nikmatnya yang lain.

Pun hanya persinggahan.

Kemudian, didatangkan kembali gelisah itu.

Sungguh ..

 

Buntu dibuatnya.

Hidup, perlu diatur. Perlu terus diselia-senggara juga.

Wajah, kena terus mengukir senyum dan tetap menguntum.

Hati, kena terus dipujuk, berusaha untuk gembira.

Akal, kena terus disentosakan dengan kemanisan-kemanisan hidup yang tidak pernah jemu dipinjamkanNYA.

… dan seterusnya meneruskan kewajaran hidup yang perlu.

 

Sampai bila?

Sampai berhenti diuji. (walaupun sekejap, syukur tetap ada)

Sampai DIA perkenan untuk pinjamkan lagi nikmatnya kepada diri ini. Untuk tempoh yang DIA sudi.

Jadi?

Ke mana melangkah?

Selagi ada tanahnya, selagi ada udaranya dan selagi ada nikmat dunianya yang boleh disyukuri, itulah sehabis daya diri ini akan lalui.

Apalah sangat mungkin cubaan yang ada. Mungkin sekecil kuman yang terpalit sekarang.

Sedangkan pada insan lain, masyaAllah …

Melangkahlah, Abby.

Ke mana kakimu bawa, ke mana hatimu mengajak dan ke mana juga akalmu berbicara.

Yang penting, ke mana hatimu menetapkan.

Sekian,

Melangkah dengan beratnya.

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *