Amanah Yang Menguji (3) – D-Day…

Hari yang dinanti kunjung tiba.

Hampir sebulan persediaan dibuat, anak ini terpaksa juga berdepan hakikat itu pada 29 Julai 2016 yang lalu.

[Ketika post ini ditulis, minggu satu baru sahaja berlalu]

Without properly telling him, secara sengaja, saya bawa dia keluar dari rumah dan beritahu ‘let’s check in into a hotel together, ya?’.

Dia sangat-sangat terpujuk.

Selesai urusan di kaunter (siap diberikan sebuah pouch lengkap berisi toileteries), anak teruna ini jadi terhibur. Bila betul-betul ‘check in’ dan diberikan katil ever since, hatinya berbunga-bunga sebab bakal tinggal di bilik yang serba selesa, apatah lagi berdekatan dengan bilik playroom sarat dengan segala macam permainan yang sesuai untuknya.

IMG_0160

IMG_0173

Semua nurses yang ada dia sapa dan dengan semua anak sebaya dia, dibuat kawan. That’s him naturally. Tiada yang perlu diajar tentang itu, sebab II is easily gel in dengan semua peringkat umur pun.

Menjelang petang, the traumatise moment came, satu-satunya perkara yang saya berulang-ulang kali doa supaya he doesn’t have to go through that. Disebabkan he’s so much intense with needles, I don’t have any choice but to leave it to the nurses and doctors in charged, unwillingly.

Perancangan untuk kemasukan awal ke wad adalah bagi membolehkan catheterization to be done on him, a procedure that anyone who will need to undergo a surgery must face with beforehand.

Menyedari hakikat ini berkali-kali, memang buat aku susah sekali hendak lelap mata waktu malam hari.

Sehabis baik cuba ditenangkan diri, dengan doa yang menggunung agar hanya kesakitan yang minima sahajalah dirasakan anak ini nanti.

IMG_0183

Dan apabila II disuruh berpuasa sebagai antara langkah persediaan sebelum melalui proses pembedahan (this is very standard too), sekali lagi hati Ibu ini seperti dilumat-lumat kecil kerana sedikit pun tidak betah untuk melihat anak ini diperlakukan begitu (…walaupun maha sedar ianya pasti untuk kebaikan dirinya juga).

Kalaulah hendak dihitung berapa kali hati ini disiat lumat, digasak sakan dan dibolak-balikkan dengan perasaan yang berkecamuk, tiada satupun rasanya terzahir di wajah dan perilaku aku di sepanjang ‘penginapan’ kami di hospital.

Apa yang diberitahu doktor pakar, kami telan sebaiknya. Apa yang kami lihat, di persekitaran khususnya, kami hadam semahunya.

IMG_0203

Sebab percayalah … di ‘hotel’ inilah, satu antara seribu tempat yang dapat membuka mata dan minda seseorang tentang kebesaran DIA dengan mengenali 1001 perkara mengenai organ bernama JANTUNG.

Subhanallah, untuk pengalaman ini sebenarnya. Apatah lagi dikelilingi hamba-hambaNYA yang lain yang turut diuji perkara serupa.

Catheterization went well, AND next to come is D-Day. Just a day after.

****

Selepas diberitahu doktor pakar tentang apa yang bakal dibuat pada jantung II dan sekaligus bersetuju untuk dilakukan open-heart surgery ke atasnya, antara sebaik-baik usaha aku buat antaranya cuba melapangkan diri dengan memberitahunya secara lebih terbuka di laman-laman sosial yang ada.

During this moment, tiada yang kuat dapat hati ini cekalkan melainkan mengharapkan ihsan dan pertolongan dalam bentuk doa dari orang perseorangan yang mungkin diperkenanNYA untuk dimakbulkan. Sesuatu di luar bidang kuasa aku, suami mahupun doktor pakar yang ada untuk memberi jaminan segalanya bakal okay, now or hereafter .. justeru doa dianggap mampu jadi mujarab dalam hal ini.

image

Momen ketika dipanggil ke bilik bedah, anak ini masih terlalu santai fikirannya dan tiada apa pun riak perasaan yang jelas tergambar di wajahnya.

Turunnya dia dari ward, ditemani aku dan beberapa orang nurses juga, hanya berjalan kaki sahaja ya (walaupun ada iringan katil ke bilik bedah, yang macam selalu nurses are required to do). Slumbernya dia itu waktu itu .. seperti ..

Setibanya di ruangan menunggu bilik bedah itupun, dearest son of mine adalah clueless dan masih tidak mengerti apa-apa.

Kami bertiga beranak menunggu sambil menemaninya dia yang leka bermain iPad, merakam gambar dan video tanpa henti sementara tunggu dipanggil. Waktu itu, saya juga sudah berpakaian ala doktor bedah (macam yang diangan-angankan waktu kecil dululah, yang memang mustahil boleh saya sarung lagi selepas ini).

IMG_0241

Bila sampai masa dan detiknya II perlu melangkah ke OT room, II yang tetaplah clueless hanya ikut sahaja ke mana kaki aku melangkah. Jalan beriringan tangan, sambil di’escort’ kiri dan kanan semua pakar dan doktor berbaju hijau yang ada .. buat hati nurani aku sebagai Ibunya tersangatlah ngilu untuk dikenang.

Dalam pada berjalan menuju ke bilik itulah, I was somehow greeted by two foreign surgeons (whose I think was in-charged for the surgery) and told them, “Just let him walk and think he’s going to watch a big screen inside,”.

Itu yang terpacul dari mulut, waktu itu.

Wanna rate how bad I am for not telling II the truth?

Sampai sahaja di katil bedah, II diminta duduk. Waktu itu he has started crying, bila mana ada doktor yang tanpa sengaja menyebut perkataan ‘cucuk’ (cause he’s too traumatised and that doc wanted to give the bius dose through the drip point).

One thing that surprised me adalah … in few seconds, once the bius drug was shooted in through the drip at his hand, II terus senyap, bisu dan mula pengsan.

There goes my tears, yang deras sekali mengalir tanpa disangka-sangka.

I kissed him on his forehead lalu beredar keluar tanpa sedikit pun menoleh ke belakang, cause I know he’s definitely going to do great later on.

Itu, was the standard procedure when you have kids that need to undergo surgery. The fact that you’ll need to wait until he’s ‘asleep’, is a must for one of the parents to do.

Wanna guess now how strong I was at that time? Wanna predict how strong other mothers who face the same situation could be much stronger than I am for more complicated heart cases?

 ****

(to be continued…)

abbythejournalist

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *