… D-Day (Bahagian Akhir)

(… sambungan dari Bahagian 1)

Selepas lebih 4 jam menunggu, we received the news that the operation is done.

Suatu tempoh yang terlalu lama dirasakan dan bila waktu mula menjengah detik jam keempat, buat aku dan suami betul-betul resah dan cukup mendebarkan untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam bilik bedah itu.

Saat diberitahu oleh seorang doktor Jepun (he was in extremely excited mode, I can tell you) that the operation was a success, mata, hati dan telinga aku ini macam dah ditulikan selagi tidak lihat sendiri duduk dirinya keadaaan si II.

… dan bila momen kebenaran melawat anak di ICU itu sampai, dari jauh .. aku sudah boleh meneka mana satu II. Saat itu, tangan sudah mendakap mulut, mata kedua-dua kami merah basah tanpa ada apa perkataan pun yang terkeluar dari mulut kami.

Nurses di unit ICU juga leka, tekun membuat kerja masing-masing tanpa mempedulikan kami yang tenggelam dalam emosi masing-masing.

Masih tidak berkelip mata ini mengingat rakaman detik itu dalam kepala bila banyak betul wayar yang ada di badan dan sekelilingnya, tidak kurang nafas jantungnya turun naik boleh kami lihat dengan penuh tanda soal dalam fikiran, “Is his heart functions normally, now?”.

image

Dalam pada aku lihat II dari sisi sebelah katilnya, ada masa ketika berbisik juga kami ke telinganya minta agar dia bersabar dan kuat serta tahan dengan kesakitan yang ada, buat sementara.

Tiba-tiba, II bergerak dan ada pandangan matanya yang memberitahu he can see us. Tangannya yang berselirat wayar itu cuba hendak menanggalkan salur pernafasan yang ditampal pada mulutnya .. dan waktu itulah, the machines connected to him, beeped loudly.

Allahu.

Segera nurse capai dan mula perlahan-lahan memasukkan sesuatu ke dalam drip pointnya. I’m afraid it could be some sort of drug yang sebenarnya membolehkan II untuk lebih lama berehat, sebab due 4 jam ‘tidur’ selepas keluar dari bilik OT belum lagi mencukupi.

Buat seketika, kami terpempan dan berharap dapat keluar segera dari unit ICU sebab tidak dapat tidak untuk terus melihat II yang selalunya aktif dan sihat, terbaring begitu.

…. dan bermulalah pengalaman aku bermalam di hospital sebagai ‘mother-awaiting-his-dear-child-to-be-out-from-ICU’.

****

Apart from what evolves around the world of II in that ‘hotel’, as a mother myself .. I could say, I am also ‘living a life in a separate world’ as a mother to a child who has heart problems, with the rest of other patients’ mothers as well.

‘Dunia’ yang terlalu kecil dan sangat asing untuk mengenali setiap seorang dari mereka yang ternyata kuat dan lebih kuat lagi (I could tell that II’s condition might way better than the rest I met) berhadapan dengan masalah jantung anak masing-masing.

Dan dalam kebanyakan hal, aku lebih senang ‘membawa diri’. Sejenis yang tidak mahu dan tidak suka untuk berbicara-panjang-takut-takut-boleh-menyinggung-perasaan-ibu-yang-lain. Ya, sejenis aku selalunya.

Mengamalkan pendekatan untuk lebih banyak memerhati dan bertanya jika perlu, sejujur-jujurnya boleh aku katakan di sini adalah; there’re things that society must know about each and every single mothers’ stories in here, especially their struggle on how to face the fact that their children’s heart has problem (s).

Bukan mudah, I tell you.

Nampak mudah, tetapi tidak sebenarnya.

Mereka (the mothers) yang mencuba memudahkan hati mereka supaya akal dan riak wajah mereka nampak ‘mudah’ & easy-peasy sahaja di hadapan kita semua.

Salute.

Subhanallah.

****

Meanwhile …

 IMG_0290

II’s progress was quite fast, according to the doctors. He didn’t experience many difficulties ever since get discharged from the ICU unit and his recovery was quite impressive too.

Sungguhpun II melalui kepayahan yang bukan pernah dia lalui sebelum ini, I’m very much glad that he has passed the most critical stage. That’s already sufficient untuk aku dan keluarga berterima kasih banyak kepada semua orang yang mendoakan kesejahteraan anak ini.

The gratitude must goes to IJN and its staff cause from the moment we entered the institute selepas kelahiran II 6 tahun yang lalu, this place has always been the most complacent one especially their tip top services. During hospitalisation too, their utmost dedication in delivering the best are seen everywhere especially towards kids & their parents.

Keluarga dan sahabat handai, jauh atau dekat .. jasa dan ingatan itu yang buat saya ralat untuk sekadar mendoakan kesejahteraan anda semua kembali. Tetapi kalau itu sebaik-baik ‘hadiah’ yang boleh saya hulurkan, saya mohon DIA perkenan apapun permintaan anda sehari-hari dalam doa yang anda utuskan kepadaNYA.

Husband and I are very much blessed to live in your circles that we owe big time for our kid’s most difficult time, thus … TERIMA KASIH.

P/s: Kakak kalau bercerita memang boleh larut ke mana-mana, dan jauh perginya. Tetapi niatnya hanya dua; to thank and to share what’s good for the mutual benefit to other readers. At least, these two posts on my humble experiences could give you some ideas on how we should value, appreciate life more … always.

Sentiasalah bersyukur dengan kurniaanNYA yang anda punya, apapun. Dugaan kita itu berlainan dan tersimpan banyak 1001 alasan kenapa kita diduga sedemikian.

At least for this one test here, I knew now that .. there’s so much LOVE for II from so many people I’ve known out there.

Alhamdulilah.

IMG_9741

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *