Jantungnya…

Saya terpanggil untuk menulis tentang ini, selepas pulang dari Froebel Seminar Series beberapa minggu sudah.

Ketika Dr Afzan Putri masih belum lagi menghabiskan sesi Q&A untuk talk pada petang itu, Imran Imtiyaz berlari tak peduli audience yang ada terus mendapatkan Dr, just to say hi.

My boy’s sentimental value is high somehow, and that’s why …

… tersentuh hati bila selepas anak teruna saya itu dipeluknya, Dr memberitahu, “He’s Imran, one of kids that love KinderKaizen dan baru sahaja beberapa bulan lepas undergo a heart surgery ….”

Here’s the story.

***

8 hari lagi, daripada tarikh hari ini .. akan genaplah 4 bulan sejak peristiwa dadanya dibelah doktor pakar kerana VSD.

Anak lelaki sulung saya ini, sehingga ke hari ini .. rata-rata yang berjumpa dengan saya, kerap sekali bertanyakan perihal dia, kesihatannya dan keberadaannya sejak peristiwa tersebut.

Ya, saya akui memang jarang-jarang sekali memberitahu secara terbuka mengenai dirinya walhal .. ketika terdesak & dalam keterpaksaan suatu ketika dulu, saya memang betul-betul mengharapkan doa daripada kalian semua untuknya.

Saya minta maaf, betul-betul minta maaf.

Tiada niat yang disengajakan untuk tidak menghebahkan cerita mengenai bagaimana dia, Imran Imtiyaz selepas kejadian itu .. tetapi dalam banyak hal, saya lebih suka bercerita bila bekeperluan sahaja.

Menyentuh soal proses baikpulih dan penyembuhan anak ini, sebenarnya .. ada sedikit pengalaman kecil yang mungkin boleh saya ceritakan di sini.

Well, yeah .. now I’m being open about it. Peace!

img_4266

Gambar di atas ini adalah atas permintaannya.

Dia minta saya snap gambar on the day he got discharged.

Gembira bukan main. Mulut yang sentiasa riuh dengan macam-macam ayat yang adakala teratur, adakala betul tetapi belum tentu sampai maksudnya itu … jadi semakin, dan terpaling riuh bila dapat tahu sudah boleh pulang ke rumah hari itu.

Muka yang ternyata ceria itu, ternyata tidak sama keadaannya sebaik sahaja menjejakkan kaki ke rumah.

(sebelum itu)

Sebelum discaj daripada IJN, memang kami telah diberitahu tentang kesan & akibat sekiranya aspek kebersihan tidak diambil berat dan teliti terhadap luka serta parut yang masih baharu di dadanya itu. Antaranya;

  1. Dia boleh mandi, tetapi sebaiknya dimandikan dengan tanpa dibubuh apapun shower gel/soap berhampiran luka panjang di bahagian dadanya. Bahagian dada juga hanya boleh disapu lembut dan dialirkan air secara perlahan dan bukan dengan air panas. Setiap kali mandi, 2 jenis tuala juga diasingkan kegunaannya untuk mengelap; 1 untuk keseluruhan badan yang lain, 1 lagi khas untuk mengelap dadanya sahaja.
  2. Untuk berbulan juga (2 bulan lebih), saya hanya membiarkan baju berbutang tengah sahaja yang dipakai Imran setiap masa (ya, sampai dia naik bosan dan mula merungut macam-macam). Pendek cerita, pagi, petang dan malam hanya pyjamas sahaja yang dia sarung, without fail.
  3. 6 minggu berpantang adalah dimestikan; tidak boleh berjumpa dengan ramai orang samada in public or seangkatan dan … paling penting, he can’t swim at all (kurang pasti selamanya atau untuk certain period of time sahaja).
  4. Ubat yang 3 jenis banyaknya kami bawa pulang ke rumah juga dimestikan habis dimakan sehingga next appointment.
  5. Sudah tentu, tidak digalakkan untuk aktif sangat dan elakkan daripada terjatuh, setiap masa.

… hati Ibu mana yang tidak remuk mendengarkan penerangan doktor dan jururawat, lebih-lebih lagi apabila dikhabarkan point penting no 3 dan 5 itu.

Bagi seorang yang hyperaktif dan terlalu happening hidupnya untuk bertukar 360 darjah sebaik sahaja keluar dari hospital itu … perasaan saya jadi … sedikit …

img_4536

(dan selama berada di rumah)

Bayangkan, kalau sampai tahap dirinya helpless dan perlu dibantu 100 peratus untuk beberapa ketika (sama sahaja perincinya diri yang perlu dijaga ketika wanita pantang bersalin) …

Ya, kami lalui semuanya.

Cuma .. sangat .. dan teramat tidak betah juga melihatkan dirinya terbaring, tidur at most times dan … rutin saya juga berubah sepenuhnya as if kembali menjaga dua bayi serentak.

Di dalam soal penjagaannya, tidak dinafikan En Suami adalah orang yang paling saya sandarkan harapan terutama soal memandikan dia.

Saya paling tidak boleh lihat parut yang akan melekat abadi di dadanya kerana setiap kali melihatkannya, hati cepat rapuh.

Waktu malam hari juga, saya akan sentiasa pastikan dan membetulkan gaya tidurnya supaya terlentang dan diampung dengan banyak sekali bantal di sisinya, demi untuk mengelakkan dia daripada tidur terlangkup atau menekan dada.

Setiap kali terdengar dia seperti mendengus dalam tidur (which I know that he was actually wanted to get up either to get some drinks or to the washroom) .. saya akan bangun, mendekat dan bertanya .. terus luluh jiwa dibuatnya & mata, jangan kau tanya jadi apa! hahahaha

Lelah, bersengkang mata untuk beberapa ketika memang terpaksa kami berdua lupakan sebentar demi kerana anak ini.

Kini, selepas 4 bulan, sebenarnya saya sangat serba salah memikirkan adakah apa yang saya lakukan dalam jangka waktu ini baik atau tidak untuk Imran Imtiyaz.

  1. Sehingga ke hari ini juga, dia tidak bersekolah kerana tidak sanggup lihat kalau-kalau apapun kemungkinan yang berlaku menyedari luka dan bahagian parut masih baru dan fragile.
  2. Saya a bit selective in finding types of games that he can do sebab again, takut-takut he can easily get tired. Mendengarkan ada satu ketika itu dia bercakap, “Ibu, Imran letihlah….” juga sudah cukup menggerunkan saya.

Apapun, Alhamdulilah … besar rahmat Tuhan kepada anak ini kerana setakat hari ini, ternyata keadaannya jauh lebih baik daripada dia sebelum hari pembedahan.

Jauh, jauh lebih baik. Walaupun terdapat kekurangan yang sesekali ada jugalah anak ini bertanyakan saya;

Ibu, kenapa operate Imran? I don’t like operation. Tak suka.

… sambil menggaru-garu manja kesan luka parutnya itu (sebab dah sudah terbiasa dijerkah, jangan disentuh kasar bahagian itu).

Sekian.

img_4537

abbythejournalist

One Comment

  1. Allahu Akbar! Andai hati yang membaca ini juga remuk, apatah lagi yang mengalaminya. SubhanaAllah, stay strong kak. Sesungguhnya Allah teramat sangat sempurna pengetahuanNya. Percaya itu. Semoga anak soleh ni terus membesar dengan sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *