Laos, Dari Kaca Mata Muslim…

Setahun yang lalu, pada tarikh ini (Nov 22 – 26) adalah merupakan hari-harinya saya dikehendaki bekerja dari bumi Vientianne.

Mewakili Malaysia bersama wakil media dari negara-negara ASEAN yang lain (kecuali Singapura, Myanmar & Filipina), kami berkampung hampir lebih kurang seminggu, mendekati dan mengenali satu-satunya negara tidak berpantai (landlocked) di Asia Tenggara itu.

Di siang hari, ada seminar dan sesi pembentangan yang perlu kami hadiri untuk dua hari pertama dan hari terakhir di sana. Selebihnya, kami dibawa menjelajah ibu kota Vientianne antaranya menghadiri festival tahunan terbesar mereka yang dipanggil ‘That Luang’, Buddha Park dan the Patuxai.

Ada masa-masa yang terluang, sudah tentu delegasi media yang ‘sekepala’ ini memang ambil kesempatan dan peluang yang ada, buat sesi jalan-jalan Vientianne versi kami sendiri.

Momen-momen kecoh membeli di Vientianne night market, sembang-disulami-gelak-ketawa-sebab-tahu-orang keliling-bukan-faham-Melayu di Dhaka restaurant itu … rindu dibuatnya!

Tidak terjangkau dek akal that this assignment could bring us closer .. walaupun belum lagi kami meninggalkan Vientianne waktu itu.

Simply, because we are ASEAN community! Don’t you think?

laos_november-2015-111

****

Memandangkan ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sana, dari sudut pandang yang lain, Laos ternyata memberikan suatu cerita yang bukan biasa.

.. dari kaca mata seorang Muslim, ya, Laos menjanjikan perspektif yang berbeza.

Menyebut nama negara Laos, saya percaya tiada siapa boleh membayangkan kata kunci atau tempat menarik yang boleh dikunjungi di negara tersebut.

Ketika dikhabarkan perlu dihantar bertugas ke sana, saya juga sependapat dengan suara majoriti yang negara ini ‘biasa-biasa’ sahaja. Terlalu biasa yang mungkin tiada cerita menarik apa sangat pun yang boleh saya ceritakan bila kembali ke Malaysia semula.

Point 1.

Dan apabila ke negara yang terlalu asing disebut ini, tentunya antara yang menjadi kerisauan sepanjang berada di sana adalah ketersediaan mendapatkan makanan halal di sana. Walaupun sebenarnya terfikir juga, kalau-kalau dapatlah saya berpeluang hendak mencuba makan tradisi Laos (of course, sekiranya dijamin halal makanannya).

Sebelum pergi ke sana lagi dan selepas beberapa siri bacaan dibuat, memang nampak gaya saya perlu bawa bekalan makanan yang mencukupi, demi kerana hendak mengelakkan sebarang kemungkinan kalau timbulnya rasa was-was.

New friends of mine even said:

“Di sepanjang Sungai Mekong di bandaraya ini, saya dapati hanya ada satu (atau dua, mungkin) sahaja restoran makanan halal. Pilihan makanan ‘vegetarian’ juga ada beberapa.” – Akhyari, GNFI

Adik genit yang baru saya kenal dari Brunei pun berkongsi perkara yang sama:

“Sebagai seorang yang kerap mengembara, saya tak akan lepaskan peluang untuk mencuba makanan tempatan yang popular di sesebuah negara itu. Tetapi kurangnya jumlah restoran halal juga membataskan minat saya untuk mencuba makan di sini.” – Nur Raghadah, Brunei Times

Memang betul, sebab di ibu kota Laos dan dalam lingkungan hotel & Sungai Mekong itu, hanya ada 1 kedai makan sahaja yang boleh kami ‘sandarkan kepercayaan’ halal called Dhaka restaurant.

Dua malam juga singgah & pekena nan beserta butter chicken masala. Itupun nan (2 keping la tapi) cicah kuah sahaja yang saya yakin untuk telan.

I consumed others (minus the gravy or anything that’s not to my preference) BUT not meaty food, sepanjang berada di sana. Sebab itu jugalah mungkin terjadi episod hampir pitam di the Patuxai!

Katanya, dalam deretan kedai makan yang sama .. memang akan ada sebuah restoran kepunyaan orang Malaysia dibuka. Tetapi setahun yang lepas, kedai tersebut masih lagi bersimen dan berbatu-batu, kurang pasti pula sekarang bagaimana.

Di sepanjang Sg Mekong untuk beberapa malam di sana, ramai sekali pelancong daripada pelbagai negara dan bangsa boleh dilihat ada di setiap kedai di deretan yang sama.

Keadaan sangat tenang, sesekali kedengaran audio mengalunkan lagu-lagu hits tanpa vokal dimainkan. Sehingga lewat malam pun tidak mustahil untuk mereka duduk santai berborak, minum & menikmati angin luar sebab ketenteraman berbuat demikian adalah dijamin.

Point 2.

Sebagai sebuah negara yang 99 peratus penduduknya beragama Buddha dan hanya 1% sahaja lagi Muslim, sudah tentu anda boleh membayangkan bagaimana pengaruh dan pengetahuan rakyat negara itu tentang agama & penganut Islam.

laos_november-2015-153

Jumlah masjid (or I could say with the size of only musolla) pun boleh dibilang jari. Ada 1 di tengah kota Vientianne, which I didn’t have the opportunity to be there and snap the picture.

Ada satu insiden juga berlaku ketika kami sedang membuat lawatan ke salah satu syarikat televisyen tempatan di sana; Lao National Television.

Dalam perjalanan dari satu blok bangunan ke blok bangunan yang lain .. ada dua tiga ekor anjing yang berkeliaran, bertindak penjaga kawasan kalau tidak silap.

Dan bila ada anjing yang mendekat, saya yang sememangnya tidak ketentuan hala lebih-lebih lagi dengan saiz mereka yang paras lutut dan nampak garang semacam itu .. pastilah terjerit-jerit kecil dan minta bantuan kawan delegasi lain untuk jauhkan binatang tersebut dari saya & the other two Malay women.

 Dan secara tiba-tiba kedengaran satu soalan dengan nada yang cukup hairan:

“Why can’t you get near to the dogs?”

Ah ha.

Tersenym lebar sahaja saya.

Tidaklah waktu itu juga, saya buka ceramah & cerita panjang lebar dari kulit ke kulit buku.

Instead, I replied. Sambil tersenyum lagi:

“I will let you know. It’s a long story but I will simpified the version.”

Hendak dijadikan cerita, saya ambil peluang waktu di restoran dan di bar (saya minum air kelapa fresh dari buahnya) pada sebelah malam terakhir di sana untuk berbicara tentang itu.

Suprisingly, mereka menerima penjelasan ibarat anak kecil yang sedang belajar ABC, 123 tetapi penuh tanda tanya dan sesi soal balas di antara kami.

Fun. It was fun and at the same time interesting to be able to let them know of sebab musabab apa yang diharamkan dalam agama dalam bahasa Inggeris yang mudah dengan mereka.

Sekurang-kurangnya, mereka lebih peka and in order to know and experience it further, I’ve asked them to just come to Malaysia and witness themselves. Lebih baik, kan?

Point 3.

Di hari-hari terakhir di sana, when we’ve already become that close .. ada di antara mereka langsung tidak segan bertanya & meluahkan ini:

“All of you have shown to us a different perspective about what’s Islam and how Muslims are. Totally. You guys are very much friendly, happening and there’s nothing about you guys that we can be afraid of.”

All of you adalah merujuk kepada delegasi Malaysia, Indonesia & Brunei.

Berbunga rasa hati mendengar kenyataan yang disuarakan sahabat-sahabat baru kami dari Thailand, Vietnam & Laos.

.. dan berdasarkan apa yang dinyatakan mereka, sebenarnya ada sejarah di sebalik apa yang menyebabkan mereka musykil dan menjauh dari masyarakat Muslim di negara mereka.

(sila semak sejarah and comes to your rational senses sebab kenapa mereka ada skeptikal view about it, okay?)

Salah satunya, dah tentu; they don’t get the chance to know & get closer to the Muslims.

Thus, apa yang saya fikirkan mudah adalah to get them know what they wanted to know, in order for them to understand. Eventually, you’ll gain their respect. And yes, I think I did.

Lebih, lebih dan lebih baik begitu kan? *peace*

From this overall stories, I could simplified that .. di sebalik keistimewaan dan keunikan ASEAN di mata dunia, masyarakat di Asia Tenggara ini juga sebenarnya belum lagi saling mengenali antara satu sama lain & mencuba sehabis daya (dibantu sokongannya oleh kerajaan negara-negara masing-masing) ke arah mewujudkan 1ASEAN yang lebih harmoni with one another.

If this one small point (besides barrier in communication) can’t be tackled, susah juga kan nak capai apa yang kita dah tetapkan di atas kertas?

Thank you Laos for the memory!

Sekian,

Wartawan Asean yang masih kerdil.

2016-09-21-12-30-27-f111

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *