Cerita Musim Sejuk (2) …

#abbyfirstwinterexperience Day 2.

Apa engkau plan untuk buat 8 blogposts ke Abby?

We can never know. Tet!

Nama pun wartawan. Geng wartawan kalau sudah berjumpa, mulut, tangan dan kaki memang tidak pandai hendak duduk diam.

Walaupun dikenakan curfew untuk tidak keluar dari hotel selepas jam 11 malam, kami, the Bernama clans tetaplah dengan agenda sendiri mahu explore Tokyo cara kami.

Rancangnya mahu ke Shibuya sahaja pun. Alasan terbaik sebab hendak jejak Shibuya Crossing … tetapi cabarannya, dengan cuaca segitu pula. Boleh bayangkan?

First timer sahaja yang rasa begini. Layankan je.

Loving the train map. Messy but beautiful. Erk.

Terdapat subway tertentu yang mempunyai penghadang ditelakkan di garisan kuning. Tetapi at this one particular subway, tiada pula. Manusia tidak kelihatan ramai sebab ini dari platform pertama kami naiki dari Shinjuku.

Sejenis kegigihan di dalam menahan ketar. Studying the map isn’t my thing but snapping them doing it was my favourite. Ngeh!

Terima kasih banyak kepada jurupandu ekspedisi (@ekinazizminhat) yang gigih belajar tentang selok belok dan sistem pengangkutan di Jepun kerana memudahkan lagi pengembaraan jalan-kaki-kakak-di-dalam-sejuk-begitu-in-less-than-24-hours-jejak-tanah-Jepun.

Bila lagi berpeluang, kan? Kakak took the challenge sebab nak uji ketahanan diri, itupun sebab nak mempersiapkan diri sebelum berdepan cuaca sejuk Sapporo kemudiannya. Begitulah.

In general, I could say sistem subway yang ada di Tokyo, setakat dari Shinjuku ke Shibuya pun sudah cukup complicated. Sebenarnya bukan lah juga susah difahami kalau betul-betul mahu belajar explore dan bila sudah terbiasa.

Cuma, apapun pergerakan di sana yang hanya melibatkan jalan kaki setiap masa, maka tinggi cabaran diri ini adalah pada kekuatan dan stamina kaki dan badan untuk melangkah sekaligus merintangi suhu yang sejuk. Suhu tu .. suhu!

Itu belum episod kulit muka yang mulai mengering dan merekah teruk akibat suhu di sana. Menangis kejap!

On the other part, paling mengujakan sebenarnya, bila dapat pegang tiket subway yang teramat kecil itu. Mak aii, super powerful that tiny little piece of card ya. Kalau hilang di pertengahan jalan sebelum sempat sampai ke destinasi sepatutnya, boleh meroyan juga kut dibuatnya (ya tidak?).

Shibuya Crossings, suatu kemestian.

Dan seperti coretan ringkas yang kakak tulis di Instagram di sini, perjalanan ke Shibuya adalah saksi mata sendiri ini melihat bagaimana orang-orang Jepun ini berkomutasi di sana.

  1. Shibuya station, I believe .. memang platform paling teramat sibuk kalau di Tokyo. Orang yang turun berbondong-bondong dan terus memboloskan diri dari platform sehinggalah ke destinasi masing-masing dilihat macam dah tak peduli orang sekeliling. Jangan kau berangan hendak duduk di tengah-tengah laluan yang ramai itu sebab there’s no way you can survive standing still in that ‘dark & grey ocean of people’! hehehehehe sejenis lucu juga ek, kalau berlaku.
  2. Dalam subway, tiada kelihatan pun orang marhaen mereka yang beratur panjang di sebelum garisan kuning untuk memasuki train. Tiada. Cuma, mereka memang beri laluan dahulu kepada mereka yang mahu keluar dari train dan barulah memasukkan pula diri masing-masing hanya selepas orang terakhir keluar. Mudah peraturannya di situ, semua orang nampak selesa & patuh dengan rules begitu.
  3. Soal kepadatan manusia dalam train, janganlah engkau cuba banding. Tiada tara dengan yang ada di Malaysia pun. Mungkin bezanya terletak pada; the odourless of people’s bodies¬†(mungkin disebabkan musim sejuk) & bagaimana mereka bertindak balas kepada apapun asakan yang berlaku dalam train. Berasakan dan bersesakan itu tetaplah berlaku ya … tetapi tetap dalam keadaan penuh kesantunan-tanpa-tolakan-fizikal-yang-ketara dan tiada pula suara-suara kasar dan sinis kedengaran. Aman dan sentosa sahaja keadaannya.

[Disclaimer: Pendapat penulis adalah semata-mata pendapatnya. Tiada kena mengena dengan apapun yang ada kaitan dengan dirinya secara hakiki. Nama pun blog. Sekian]

Ada apa hal tentang sejuk bila sudah di sini! Tidak begitu?

Bila dah sampai, aktiviti wajib pun menguasai diri. Lama juga berdiri dalam kesejukan begitu hanya kerana hey-dah-sampai-so-what-are-you-waiting-for-moment terus jadinya!

Begitulah kami dalam setengah jam (kalau tidak silap) di persimpangan ini, bergambar, merakam video dan apapun sahajalah sebelum kami duduk-duduk capai kopi untuk sesi memanaskan badan.

Pulang semula ke pangkal jalan (Shinjuku New City Hotel), selepas lebih kurang 1 jam kami pusing dan cuci mata di Shibuya.

Maka, bersediakah kami untuk cabaran ‘White Sapporo’ keesokan harinya?

Tunggu!

Suhu malam di Shibuya waktu itu adalah terpaling best sebenarnya. Sebab masih boleh tahan beku, tanpa memakai gloves … hanya kerana mahu bergambar dan merakam banyak gambar-gambar bangunan di sekeliling. THIS VERY MINIMALIST CITY OF TOKYO HAS CAPTURED MY HEART …. FOREVER!

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *