Misi Musim Sejuk (1)…

#abbyfirstwinterexperience akhirnya trending!!!

Baiklah, berbunyi teramat poyo di situ. Sejenis percubaan apakah Abby yang engkau cuba lakukan huh?

Marilah menyokong sesekali Abby memulakan wacana dengan notasi yang sedikit berbaur kelakar walaupun pengisian blog post kali ini selalunya dan akan pastinya berteraskan sesuatu yang serius.

Cet.

Terlalu banyak yang hendak direncanakan di sini mengenai lawatan kerja ke negara matahari terbit baru-baru ini. Seperti biasa dan akan menjadi kebiasaan, beberapa blog post (lebih dari satu) akan menyusul di sini. Maka, bersedialah anda untuk blog entri yang berkajang panjang dan lebarnya di masa-masa akan datang (khusunya, selepas blog entri ini).

Jangan ditanya berapa kuantiti yang akan terhasil sebab … I AM SURE I HAVE ALREADY FALL IN LOVE WITH JAPAN AND ALL OF ITS STORIES!

Moh kiter.

***

2016 was my very first year experiencing winter!

Alhamdulilah for the opportunity, yang sebaik-baik perancangan dan kekangan yang muncul sekalipun di saat-saat akhir keberangkatan pergi, tetap DIA memudahkan urusan serba serbi.

Terkadang, selalu diri ini memikirkan … sesungguhnya ia, perancanganNYA adalah sebaik-baik tertulis dan punya alasannya tersendiri.

Di usia ini dan pertama kali merasai musim sejuk di negara orang, mungkin boleh kedengaran suara-suara sinis mentertawakan. Tetapi tidaklah sesuatu yang patut kakak pedulikan, betul?

Menyentuh soal dugaan yang bertimpa-timpa datang menguji macam cemburu sekali mahu beri sedikit ruang bernafas untuk diri ini menikmati winter buat pertama kali dalam hidup, ternyata rakan-rakan sekerja di sekelilinglah yang paling banyak membantu.

Sokongan material DAN moral, tentunya .. mereka ada dan telah membantu kakak. Nothing that’s more blessed I could’ve asked from them when it comes to this kind of difficulty I need to face with before departing. You know who you’re and if all of you colleagues who are reading this, THANK you very much from me.

Lawatan kerja yang dipanggil #jenesys2016media ini atau nama penuhnya Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youth ini adalah yang julung kali buat petugas media dari negara Malaysia.

Julung kali, dan I was part of it!

Dan lawatan ini juga sebenarnya memfokus kepada organisasi media yang ada di negara matahari terbit. Kakak menjangkakan memang delegasi media Malaysia akan dibawa ke premis dan outlet media mereka, melihat sendiri operasi pemberitaan dengan lebih dekat dan seterusnya memperlebar sayap dan jaringan kerjasama hubungan baik antara pengamal media dari kedua-dua negara.

As predicted, yeah .. we did!

The bunch of Malaysian media members and the gang that participated the trip

We did enjoy our trip BUT there were life’s ups and downs stories for this inaugural winter experience trip for me & few of us.

TOKYO, KOTA METROPOLIS CANTIK

The only word that can best describe this metropolis city is BEAUTIFUL.

Entah kenapa, senang dan termudah jatuh hati bila kali pertama melihat Tokyo dari hanya segenap luas pemandangan yang perlu kami tempuh lebih kurang sejam daripada Narita International Airport.

Sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang pun, perkataan syukur tak lekang di bibir. Berbunga riang jangan katalah, seolah-olah “akhirnya-berjaya-dan-sampai-juga-diri-ini-ke-bumi-matahari-terbit-yang-bertuah-ini!”.

Penat duduk atas flight tidak langsung terasa. Perut berkelodak minta diisi pun boleh diabaikan sementara waktu sebab teruja punya hal.

Cerita kelakarnya juga adalah, waktu ketibaan kami pada hari itu .. kakak menjangkakan suhu masih lagi sekitar 15C sahaja lagi. Tetapi, tidak sama sekali sebab di airport sendiri terang lagi nyata jelas terpampang tertulis waktu itu; 3C!

Makanya, selaku marhaen Malaysian sejati yang badannya tidak pernah lagi terbiasa dengan negara 4 musim, kakak perhatikan rakan-rakan media lain juga sudah mulai unlock luggage masing-masing dan mula menyarung outer winter wear mereka. Penangan betul!

Glove sahaja pun tidak mencukupi wei!

The metropolis city of Tokyo. I’m loving the sight, the air and the people. Even more now.

Terlalu banyak perincian tentang bandar ini yang kakak betul-betul hendak ceritakan satu persatu.

Maafkan terlebih dahulu kalau anda terpaksa scroll teruk hanya semata-mata melayan panjang bebelan kakak berceloteh di sini ek? Sila scroll lagi, kalau berkenan. Nyet!

Di sebelah petang hari pertama di sini, kami terus dibawa ke Tokyo Government Observatory Building. Kakak rasakan tempat ini ibarat tempat wajib dilawati bagi sesiapapun yang pertama kali berkunjung ke Jepun. Maka, jangan mudah underestimate bangunan-bangunan-yang-ada-walaupun-semuanya-MINIMALIS-belaka, sebab nah .. there will be always something that you can learn from a new place you’ve never been to what more engkau bakal melihatnya dari tingkat 45!!!

Pemandangan adalah sama cantik, sama indah seperti yang kita boleh lihat dari Menara KLCC atau KL Tower. Perbezaan, tentu-tentulah THE LANDSCAPE (as shown in the picture above).

Penemuan di sini bukan sekadar apa yang kakak lihat, tetapi juga daripada perbualan bersama salah seorang sukarelawan yang bertugas di sini.

Tanya-tanya punya tanya (sambil dengan gaya tangan pointing here and there di antara board dengan dinding kaca), terselitlah juga soalan-soalan ‘mesra’ di situ.

Seperti; “Are you often been stationed here, doing voluntary works?”

Dengan ramahnya, dia menjawab; “Yes, we have shifts of course. But I wanted to be here because this is one of many ways I can improve my English proficiency verbally,”.

Ah ha.

Kalau ditengok pada usia dan lahiriahnya, sukarelawan yang kakak jumpa nieh boleh dikategorikan sebagai pertengahan usia 40-50 tahun. Tidak muda kalau tengok kerut wajah, tetapi kurus dan kesihatan tubuh itu memang terjaga.

Alahai. Masih ada kenyataan berbaur ikhlas terpacaul keluar dari manusia atas muka bumi ini yang masih nak bekerja (atas dasar sukarela ya) di kala usia begitu.

Tabik!

Ini bukan suatu kelainan dan pemandangan luar biasa sangat kalau anda berpijak ke tanah Jepun nieh. Walaupun selalulah kita disogok dengan kenyataan “hey-mereka-kan-Jepun-dulu-pernah-jajah-dan-menindas-zalim-di-negara-kita”, percayalah … tanggapan skeptikal anda boleh berubah 360 darjah nanti.

Menyaksikannya sendiri, maaf cerita .. memang kakak spontankan sahaja melantunkan ini.

Maafkan kakak kerana berlaku terlalu jujur. Tetapi, inilah yang sebenarnya berlaku sebaik sahaja tiba di lapangan terbang di sana. Walaupun kebanyakannya hanya warga tua yang kelihatan, tetapi itulah yang mengagumkan.

…. bersambung.

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *