Sapporo Yang Belum Sudah …

Kejiranan di Sapporo pada jam 7 am. Masa snap gambar di atas, boleh terbau pula cucur bilis yang ya-ampun-bahagianya-hidup-mu-dapat-merasa-cucur-dalam-kedinginan-suhu-negatif3C-begini oit!!!

Sebagai orang Melayu sejati, pastinya menjadi adatlah untuk kita bangun pagi dan bertanyakan tuan rumah, “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”.

Hendak membantu di dapur, Okkasan macam sudah expert mengendalikan hal urusan makan tetamunya. Lalu, terpacullah soalan seperti, “Normally what do you up to at this very early morning in the winter?”

“Yuki-Kaki!!!”

Ah ha. Apakah?

Ini.

Sejenis pekerjaan buruh kasar yang terpaling sopan dan tidaklah mencederakan sebab berlakunya hanya ketika musim dingin sahaja.

Beku oit tangan dan muka! Buka sahaja pintu rumah pun tak mampu hendak acah-acah ambil udara luar sebab terlampau sejuk.

Pekerjaan di atas dilakukan kalau hendak menimbus salji yang tebal daripada terus menghalang laluan. Semalaman sahaja pun, menurut Okkasan, timbunan salji boleh menghalan terus laluan kereta di garajnya untuk keluar. Maka, aktiviti ‘yuki-kaki’ memang kena ada kerahan tenaga lebih dari seorang selalunya.

Iya, gambar makanan lagi. Jangan marah, jangan rasa hendak menabur kata-kata nista yang lain, please. Sedangkan gambar makanan sebegini elok susah hendak kau dapat di mana-mana pun di Jepun, haruslah kakak berkongsikan lebih lagi di sini untuk menceritakan betapa enak dan berkhasiat sungguh apa yang disajikan.

Like a friend said, Japanese food plating are all cute!

Siap minta resepi dari Okkasan on how to do that creamy soup in that bowl there. Kakak menambah dua mangkuk siap sebab yakin itulah satu-satunya hidangan yang best dihirup panas-panas untuk sekurang-kurangnya dapat bertahan sampai waktu makan seterusnya. Begitu (kononnya)!

Oh that Vietnamese roll there, also. Superb betul rasanya. The taste of vinegar with lots of crunchy vegies yang best .. ah, terngiang-ngiang jadinya.

Missing you Mii! …and your snowballs too!

Hari pertama kakak bersama keluarga angkat baru bermula dengan aktiviti jalan-jalan keliling kota. Mujurlah mereka sekeluarga kaki bergambar juga, makanya banyak jugalah sesi bergambar yang ada di antara kami sepanjang dengan mereka.

Aktiviti seharian kami di luar boleh dikatakan sangat biasa-biasa (kalau hendak dibandingkan dengan wakil media lain yang sakan jugalah pergi banyak tourism spots di tengah bandar itu walaupun semuanya serba putih sahaja di mana-mana). Memang impian dan mimpi untuk mencuba sukan ski punah begitu sahaja. Kakak lihat peruntukan masa yang diberikan oleh penganjur adalah tersangatlah terhad maka, tidak jugalah kami meminta-minta dari Okkasan kami.

Seadanya yang disediakan untuk kami, kami tadah tangan terima dengan gembira.

Pemandangan yang cukup ‘serene’ & ‘extravagant’ to me! An hour drive to the subskirt of Sapporo where the whole family of Ito and us went out shopping. We had good soba too!

Di Grand Park Otaru. I couldn’t imagine how beautiful this place is if it’s autumn. Seriously.

Finally, a picture of me with my Okkasan! In full! Bergambar di kaki gunung tempat orang gigih bermain ski dan kakak hanya bisa bergambar berlatarbelakangkan mereka sahaja. Tet!

Tetapi, antara yang terpaling epik di antara kumpulan kami yang menginap dengan keluarga angkat masing-masing, rasanya kakak dan teman serumah Ms JJ sahaja yang terpaling bertuah sebab untuk makan malam terakhir bersama keluarga Ito, kami disajikan sushi yang sangat sedap dan segar, bukan dari dapur Mrs Ito HEHEHEHEHE

Teruja!

Being in that sushi restaurant pun, sudah cukup membawa kakak ke dimensi yang lain.

Poyo sangat bunyinya, kan?

Meriah ucapan ‘Selamat Datang’ bila jejak masuk sahaja ke restaurant macam sambutan orkestra bersahutan gitu. Meriah teruk dan hampir terkejut kalau-kalau mereka ini benarnya menjemput masuk atau menghalau keluar! hahahahahaha

Adik-adik kakak berdua ini memang rasanya manusia paling seronok malam itu. Menambah berpinggan-pinggan dan bercawan-cawan juga minuman yakult yang free-flow itu.

Dan kakak terpaling enjoy the french fries (yang diyakini dan terpaling sedap boleh dihadam dalam kesejukan yang negatif itu) dan sepinggan raw sushi seperti di bawah:

Dekat Malaysia, walau berjuta lemon keluar masuk Sushi King pun … tidak pernah teringin dek tekak pula lah hendak menelan makanan mentah sebegini.

Di sana, huehuehuehue sunggah kontradiksi sekali sebab mampu pula tekak kakak ini menelan sepinggan yang begini. Mahal jangan cerita lah. Kelazatannya apatah lagi! Sejenis mentah yang sedap dan boleh buat kekenyangan serta-merta jugalah.

Satunya, mungkin sebab itu sahaja makanan di dalam restoran itu yang diyakini dan terjamin sedikit. Disusuli keyakinan itulah agaknya berani juga ditelankan barang yang mentah ini. Apapun, it was a great chance dapat ‘berjimba’ kami semalaman dengan sushi yang ada. Such a pleasant dinner we had that night!

To sum up overall visit of mine to the Japan land, adalah satu sahaja perkataan yang sesuai iaitu ….. AWESOME!

Tiada lagi yang dapat menandingi negara ini (menurut pendapat kakak) yang setanding majunya kecanggihan teknologi sambil ‘disulami’ dengan ciri ketimuran benua Asia yang utuh ada dalam sebahagian besar rakyatnya.

Pasti yang negatif dan selingkuh itu ada. Cacat cela dan kisah yang sumbing juga tentunya wujud, tetapi bukanlah sesuatu yang kakak peduli beriya sebab di mana-mana ceruk dunia sekalipun, elemen ini sudah tentu ‘perencah’ kehidupan yang pastinya wujud.

Satu pengharapan yang tinggi .. adalah biar ada kesempatan lagi untuk kakak melangkah kaki lagi ke negara ini. Teringin sekali hendak bercuti lama di sana dan menulis banyak lagi hal yang positif dari sana. Seriously.

Dan ketelusan keluarga angkat baru kakak ini telah berjaya kakak abadikan dengan baik dan kemas sekali menerusi penulisan rasmi pada pautan-pautan di bawah:

English version: http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1338776

Malay version: http://mediapermata.com.bn/memori-indah-bersama-keluarga-angkat-di-sapporo-jepun/

Penghasilan rencana ini memang ambil sedikit masa, tetapi kepuasan menghasilkannya memang terbaik!

Banyak feedback yang kakak terima seolah-olah memangkin minat yang tinggi untuk lebih banyak lagi menulis rencana, berbanding berita.

For those colleagues who have helped and noticed, terharunya hati ini Tuhan sahaja yang tahu.

Till we meet again, Japan!

Sincerely,

Yang-Tidak-Akan-Pernah-Puas-Mengumpul-Cas-Positif-dari-Traveloguenya

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *