… Cerita Nasi Minyak.

Cerita nasi minyak dalam keluarga kecil kakak berlaku kali terakhirnya … 8 tahun yang lalu.

Dan untuk peristiwa sebesar itu berlaku dalam keluarga selepas tempoh tersebut, adalah seperti ibarat memenuhi kebenaran di sebalik kata-kata, “It’s just about time …”.

Dan buat julung-julung kalinya, bukanlah juga seperti kenyataaan “akhirnya, seperti mimpi jadi makbul” .. tetapi bolehlah sebab kakak juga jadi teruja sebab akan (a one now, finally) menerima seorang adik ipar dalam keluarga!

Al-maklum, adik-beradik bukan ramai. Jarak beza umur antara kakak dan adik-adik juga agak besar, maka, beginilah keterujaan-dalam-kesederhanaan yang kami rasai for the past 2 weeks of our life as a family.

The Bani Ismail Clan

Gila-gila us!

We’re not ready yet. of course!

Although we’re ready, our poses are still the best!

Semestinya haruslah gambar mereka yang bekerja kuat di belakang tabir yang perlu didahulukan.

Dan sekarang .. baru boleh cerita bab pengantin!

Majlis kali ini adalah serba sederhana dalam segenap hal. Yang penting, perkara wajib dilaksanakan dan agenda serta keperluan lain disusun rapi agar pengantin dan kami, selaku tuan rumah juga berpuas hati untuk majlis yang dilangsungkan sekaligus dalam 1 hari, nikah & resepsi.

Banyak kelainan dalam penganjuran majlis dulu dan sekarang. Walau dalam kesederhanaan inilah, sebenarnya ada bahagia yang boleh kita cipta dan sertakan bersama untuk senang sekali diingati sebagai kenang-kenangan sampai bila-bila.

Bila mana ada majlis, seluruh ahli keluarga besar datang turun padang menghulurkan keringat yang ada.

Bagi meraikan satu-satunya adik perempuan yang saya ada dalam dunia ini dan … seorang adik ipar yang bukan juga seseorang yang asing, tetapi rupanya dari kalangan kenalan yang kami kenal waktu kecil ketika masih lagi bersekolah di Kluang, Johor dahulu.

Budak gedik, sememeh dan konon bajet happening ni adik saya!

Bertunang ketika sekitar Januari yang lalu, kurang lebih 6 bulan mereka disatukan terus.

Keluarga besar bila sudah berkumpul, kemeriahannya memang luar biasa. Kesengalan berganda, kemeriahan gelak ketawa pula, memang selalunya tidak disengajakan. That’s plain us, the Bani Ismail clan somehow 🙂

Dan sejak sudah bergelar kakak ipar masuk bulan keempat ini, I am pretty sure that these two are meant for each other.

Begitu sekali. Itu masuk bulan keempat, masuk tahun keempat, mahu lihat juga bagaimana these two can be as crazy as other clan members. Gitu!

Sekitar gambar perkahwinan ada beberapa diabadikan di dalam IG milik kakak. Tiada pula rasa hendak berkongsi banyak gambar sebab dah tentu bukan majlis kakak, kan? Hahahaha

Yang penting, kedua-dua adik ini kini sedang mengalami fasa transition dalam hidup terutamanya si adik perempuan inilah.

Kini bermastautin sekejap di Ausgburg, Jerman, silakan anda berdua menikmati keindahan dan rencah hidup berumahtangga di negara orang.

Jangan pernah lupa asal usul dan silalah pulang untuk menabur jasa dan bakti di tanahair sendiri.

Sekian sahaja cerita indah hari bahagia adik kakak.

Sehingga bertemu lagi di lain kisah dan edisi kerja kahwin keluarga kakak di lain masa.

Tinggal seorang sahaja lagi yang belum selesai, my one and only baby brother.

Ada yang berminat?

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *