… Menghampiri Suku Pertama

Sharing is caring!

Masyallah. Janji yang tidak tertunaikan. Beginilah.

Kehidupan marhaen yang serba serbi perlu dua tangan dan kaki ini yang berusaha, memang begini. Waktu 24 jam yang ada memang tidak akan pernah cukup untuk berbuat banyak perkara. Bertuah sangat orang bernama Abby nieh!

Bertuah kerana dilimpahi waktu yang tidak pernah tidak mesti terisi dengan banyak hal. *rolling eyes*

Ini sudah hendak masuk Q1!

For this first quarter, I would say it is so far filled with uncertainties.

Banyak ketidakpastian yang adakalanya menjadi dan menjanjikan harapan, tetapi tidak pasti di mana silapnya … selalu sahaja tak tercapai matlamat. Ada ketika pula, yang tidak diduga dan tidak pernah terlintas dalam perancangan itulah … wujudnya zahir di depan mata lalu perlu segera dikerjakan.

Begitulah corat-coret orang sibuk.

Apapun sibuk yang mendatang, itu tidak bermakna Abby ini tidak ada masa untuk dirinya sendiri.

The so-called ‘me-time’ memang akan sentiasa¬†diusahakan walau di mana dan sekejap cuma. Tidak suka hendak bertangguh kalau dah kepala dah menerawang meminta dan menyeru ajak ‘me-time’.

Dan selalunya ‘me-time’ itu tiada lain, KDrama, novel dan kerja-kerja menulis yang lain.

(KERJA?)

Menulis itu dah jadi macam darah abadi.

Menulis kapsyen IG juga, kalau sejenis Abby la, memang mencabar minda dan mengambil masa.

Menulis cari ilham (untuk apapun tujuan tertentu) , memang konsesntrasinya lain macam.

Menulis, menconteng di notepad kegemaran juga sejenis aktiviti yang akan Abby suka buat, terutama bila tambah perbendaharaan kata-kata baharu (vocabularies) dalam kitab (my own version of dictionary).

.. dan demikianlah cerita ‘me-time’ yang suka menulis itu.

(Entah bila boleh masukkan blogging sebagai kerja abadi ya?)

Hendak dipendekkan cerita, the uncertainties that happened or that’s taking place now is something that I will need to be dealing with everyday, from now on.

  1. Ada ilmu yang perlu dipelajari untuk sepurnama lamanya, dek kerana perlu mendalami dan menyelami jiwa sebagai seorang penulis. Alhamdulilah, atas rezeki dan kepercayaan ini, Dr Putri Afzan Maria.
  2. Keberangkatan pergi atas tuntutan kerja ke salah sebuah lagi negara di rantau ini juga akan berlaku dalam sedikit masa lagi. Tiba-tiba kenangan bersama teman-teman ASEAN di Laos suka hendak datang menjengah. It’s truly unbelievable that now, I have been to (and soon) 4 countries in the region. Kalau dahulu, pernah sahaja ada yang being cynical about it. Sigh.
  3. Kerja hakiki masih berjalan, tetapi kegigihan hanyalah untuk penulisan feel-good-and-positive stories about almost anything (except for political stories though it’s the climate in the country now that pushing us to play around it). I am just glad and all time glad that I’ve been occupied with more client-based stories indeed, at the moment.
  4. Dirancakkan juga aktiviti pembacaan¬†(ilmiah, a good friend claimed this word when I shared what I’ve wrote so far) supaya tiada berita-berita baik ketinggalan untuk ditulis dan dihebahkan. Fun, though. Can’t imagine my life without doing this particular routine, anyway.

.. dan semoga banyak lagi uncertainties yang menggembirakan muncul di beberapa hari, tahun mendatang.

Will definitely do a timeline for abbyhakka.net anytime from now, the soonest is what I would want to do most, thus *smile*.

See you in a bit.

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *