Kedua Kali Di Uzbekistan …

Sharing is caring!

Mungkin rezeki yang tertulis adalah yang begini. Tiada siapa boleh menyangkal kesempatan yang Tuhan beri walaupun pada sesetengah mata dan hati yang menilai, apalah sangat ertinya lawatan kerja ke Uzbekistan.

Trust me, keterujaan kali ini adalah teramatlah lain. Bila sudah ada hati yang menetapkan dan perancangan yang diatur kali ini pula lebih rapi, persediaan ke negara Asia Tengah ini jadi mudah serba serbi.

To me, Uzbekistan is no longer a foreign or strange land.

To many what more among Malaysians, it is still.

Dan bagaimana negara landlocked, dikelilingi tanah dan segala jirannya yang berkongsi muka bumi yang sama boleh membuatkan anda terpukau dan mahu datang ke negara mereka?

Kali ini saya mahu bercerita dari sudut pandang yang berlainan. Mencuba tips yang berlainan juga; iaitu menulis dahulu di blog dan kemudian barulah di medium yang utama.

Kerana apa?

Terkadang sisi menarik yang saya nampak dan difikirkan sangat berharga; tidak berapa ‘puas’ sebenarnya dapat saya tintakan dengan bebas di platform tertentu.

Tetapi di blog, kepuasan lebih lagi dapat dirasakan dan yang terpaling penting – tidak akan tertinggal satu fakta dan momen pun yang tidak akan tidak saya mesti cerita!

Thus, here’s the beginning.

Perjalanan 7 jam secara terus (direct flight) ke bumi Tashkent memang sudah ku duga dan rancang sebaiknya. Perjalanan yang kurang dari 10 jam ini masih boleh lagi aku ramal dan tentu duduk apa yang patut dan wajar dilakukan di dalam kapal terbang.

Kurang pasti kalau orang lain.

Dan, bila dapat tahu yang Tashkent kini sedang di awal musim luruh, teruja bak hang wei!

Terlalu sukakan sejuk, yang kedinginannya masih boleh dikawal dengan baik dengan balance intake of Vitamin C nieh, memang momen yang dinantikan lah! Tiada snow pun OK, asalkan sejuknya itu menyamankan.

Maka, persediaan adalah secara bijaksana juga. Bawa heat-tech clothing, heatpad, handsocks, suitable socks dan yang paling penting, satu warm jacket yang applicable at all situations.

I found it really interesting when you have that ample knowledge on where what and how to be equipped yourself beforehand!

Barang wajib perlu ada ke mana-mana sahaja perjalanan sepanjang berada di Uzbekistan.

Wet tissue adalah suatu kemestian juga ya. Alasan terpenting adalah kerana bilik air di dalam tandas negara ini tidak mempunyai pili air seperti di Malaysia atau Indonesia (hiks).

Hari kedua terus membawa kami ke daerahnya yang lain Samarkand dan Bukhara.

Delegasi kami tiba awal dua hari sebelum hari forum bermula.

Kami tiba di Tashkent pun sudah kurang lebih 6.30pm. Tetapi gelap macam sudah jam 10pm bila keluar dari airport malam itu.

We were greeted by a very good looking guy named Abdulloh, who is working for the Tourism Ministry’s division.

And here’s the beginning of an exploration on how Abby values the new Uzbekistan, after their new government elected a new President.

This 26-year-old guy is like a ‘gate’ to us, Bernama and RTM. Ramah betul, tahu berbudi dan fasih juga berbahasa Inggeris (sebab itu mungkin sesuai kelayakan bekerja di Kementerian Pelancongan).

Abdulloh menceritakan banyak mukadimah yang positif kepada kami. Dan sebagai orang yang pernah ke Uzbekistan sebelum ini, banyak perbezaan negara ini yang dapat saya detect daripada perbualan dengan Abdulloh.

He seemed happier too, with his new career path. That’s like … superb.

Kisah dalaman atau sebenar sesebuah negara ini, syoknya .. adalah apabila kita berpeluang mendengarnya sendiri daripada mulut penduduk tempatan.

Dan di setiap kali bicara atau perbualan yang begini, there’s always something we can learn. Bukan mengorek dengan tujuan yang bukan-bukan, tetapi ………………. lebih kepada mengambil teladan dan contoh yang boleh ditambah baik sahaja. 

Memandangkan kami tiba 2 hari lebih awal daripada tarikh persidangan, pihak kerajaan Uzbekistan sudah menyediakan itinerari khas buat kami untuk jelajah Bukhara dan Samarkand dahulu.

Kedua-dua pun pernah saya pergi waktu 2012 dahulu.

Dan bermulalah misi mengumpul koleksi gambar secara lambakan dari lensa kamera si @abbythejourno yang teramatlah mahal, khas buat tatapan peminatnya yang masih lagi sudi berkunjung ke blog ini.

Here are the throwback pictures.

Ini sekitar di Bukhara. Berjalan di sini memang tidak sah, kalau tidak berhenti .. untuk ambil gambar. That’s just so normal. Tour guide kami pun jadi lelah mahu memberhentikan kami selalu. Hadap sahajalah.

Siapa kami di Bukhara, bersama Abby?

Oh didn’t I mentioned I’ve already made new friends here. Check it out in the next sequel.

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *