Kenapa Ada Anak ….?

Sharing is caring!

Terfikir dan terlintas perkara ini sahaja bila malam tadi dapat tenung lama wajah si anak dara.

Setiap malam, memang saya pendampingnya. Setiap malam, dapat belai rambut dia yang cantik itu – memang beri satu nikmat kepuasan yang berbunyi, “Cantiknya kejadian Tuhan.”

While my eldest, memang rutin tidurnya bersama si Abah … bila mana si adik lahir.

Terkadang, sekejap-sekejap .. di tengah malam yang selalunya sekarang ini mudah sangat mata ini berjaga lama, memang saya akan tinjau dia di bilik dan selalunya memang akan tertancap mata pada parut belahan di dadanya.

Sayu terkadang bila teringat balik detik 29 Julai 2017 – suatu tarikh yang tidak akan boleh saya lupa tentang anak bujang saya.

Dan bila akhir-akhir ini, dunia saya bergelumang dengan buku-buku bertemakan “education psychology”, banyak nya neuron-neuron otak tepu saya ini berhubung.

Kesemuanya seakan macam aktif connecting the dots.

Terlalu aktif sampai emosi jadi mudah terusik dan kepala terlalu sarat dengan intipati, “What should I do next and best for my children?”

Amukan dan asakan jiwa dan fikiran yang suatu macam betul dua tiga menjak ini.

Iya, perlu ditenang-tenangkan. Kalau terjadinya “overwhelmed”, memang boleh terjerumus ke emosi lagi dalam dan hanyut juga nanti. Maka …

Kita menulislah di blog.

Menulis itu suatu terapi.

Lebih-lebih lagi kalau ada yang sudi membaca dan share, kemudiannya. Gitew. Besar Stadium Bukit Jalil tanganku ini menadah menerima seikhlasnya kemuliaan hati anda itu. hihihihi

Anak. KurniaanNYA. Dan tidak semua DIA beri dan anugerahkan.

Kali terakhir mendengarkan petikan kata-kata ini, buat hati jadi lebih cepat tertusuk dan yang terpaling penting, buat akal tak pernah berhenti berfikir lagi dan lagi.

Setiap kelahiran perlulah PLANNED, INTENDED and WANTED – Dato’ Dr. Harlina Siraj.

Tertusuk tidak membaca kenyataan di atas?

Terasa diri lebih tercabar atau sebenarnya anda dilanda suatu macam perasaan bersalah tidak terhingga?

Dan bila diri saya inilah yang menyemak dan reflek semula kenapa, bagaimana kurniaan anak-anak inilah anugerah rezekiNYA yang terpaling besar … kelu kejap lidah dari meminta-minta.

Tidak semua orang ada. Kalau punya, pasti selepas bertahun-tahun lamanya.

Hence, kurniaan yang inilah … kalau dikenang balik, ada SEBAB MUSABAB kena Tuhan beri. Kenapa Tuhan pinjamkan dan kenapa Tuhan membentuk diri kita seperti siapa diri kita hari ini.

Nukilan tentang anak ini, adalah lanjutan daripada peristiwa hiruk-pikuk hari-hari bersama-sama anak-anak ini.

Keletah bukan main, ajak bersembang dan bergaduh sudah seperti di Parlimen dan bila soalan-soalan aras tinggi yang diutarakan … @abbythejourno yang kerjanya wartawan ini juga pun jadi terduduk hendak menjawab.

Dah tak mampu kakak hendak menjadi Mr-Google-Hey-I-Know-Everything!

Syukur tidak, Abby?

Syukur.

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *