Sayang Blog Tidak? …

Sharing is caring!

To be honest, aku sayang sangat blog aku.

Sayang on how it has been so close and dear to my heart, how it gently soothe me by pouring out all in here with using texts … dan betapa blog tidak pernah menjadi medan yang menghakimi dirimu – kita boleh hentam dan taram sahaja menulis ikut suka dan kreativiti.

Ha gitew.

Tidak pasti bagaimana daerah kecaman di blog hari ini. Adakah semeriah macam di laman sosial media yang lain di tahun 2020 nieh … atau sebenarnya sudah hampir tiada (pupus) – kerana sekadar menjadi tempat orang baca dan pergi? (dan bukan lagi perasaan ‘mahu meninggalkan jejak” atau “berhubung dengan si pemilik blog” – which I have these tendencies before hihihihihi)

Dahulu, kecintaan terhadap blog adalah sama mulianya dengan bercinta dengan penulisan buku.

Tiada penghakiman, tiada sengketa dan apatah lagi unsur atau anasir hendak menghasut domba dan dengki sesama manusia.

Elemen tulisan / text dan gambar (bergantung banyak atau sedikit) … lazimnya jadi tempat rujukan dan kesungguhan manusia dalam mencari sesuatu fakta atau kesahihan – to that extend, BLOG suatu ketika dahulu sangatlah membantu.

Kalaupun blog adalah berbaur peribadi dan banyaknya menulis tentang kehidupan kau dari pagi ke malam, we just tend to read and read .. and do not do ‘extraordinary’ things about it – nak mengecam ke, nak screenshot ke atau apapun yang lain.

Tetapi zaman dah terlalu banyak sangat merubah.

Sebut sahaja pasal ‘screenshot’, confirm cepat anda boleh relate dengan apa yang berpotensi berlaku selepas itu.

Apa yang ditulis di blog cepat sahaja boleh jadi bahan bukti atau sebaran. Baik atau buruk, bergantung kepada niat seseorang.

Itu agaknya yang buat orang takut hendak kembali berBLOG.

Atau sebenarnya tandingan Blog kini sudah diatasi dengan kederasan arus teknologi di tahun 2020 yang semakin menggila dengan lambakan apps yang semakin la canggih-manggih e.g podcast.

HEHEHEHE sengaja mahu buat major throwback di sini.

Naifnya design dolu-dolu itu. Tetapi kecomelan tetap terserlah ya.

Dan permulaan blog saya adalah kecil sahaja. Sampai ke hari ini pun masih kecil dan teramatlah picisan.

Dan bila ada yang menegur, “Kita selalu baca your blogpost …” … rasanya macam nak sembunyi dalam gua tidak keluar seminggu.

HAHAHAHA

Betul juga kata Garyvee. If you’re writing from the heart and if only ONE PERSON happy and like it, BE GRATEFUL.

Garyvee pernah cakap perkara yang sama waktu 2008 dan sampai ke harini, kenyataan tersebut masih kekal relevan ya.

Jadi, apakah hala tuju abbyhakka.net sekarang?

Boleh abbyhakka.net beritahu umum?

Atau patut umum beritahu apa patut dan wajar abbyhakka.net gigihkan menulis lagi dan lagi daripada sekarang?

It’s time for more CONTENT!

… which I’ve been actively triggered to do for the past one and half years now. Alhamdulilah.

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *