2020 Yang Diimpi …

Sharing is caring!

Dilema sungguh hendak mulakan penulisan blog yang ini.

Dari sejak Disember 2019 sehinggalah kepada tarikh blog ini ditulis, ketidaktentuan hala hidup adalah teramat ketara dalam hidupnya saya.

Kepada sesiapa yang mengenali Nabilah Saleh dan mengikuti terus perkembangannya di @abbythejourno, tahulah anda apa yang telah berlaku.

Untuk mengenang apa pun nasib yang menimpa, saya ralat sekali hendak tulis satu-persatu di sini.

Tetapi bila difikirkan semula, pengalaman yang terjadi di dalam hidup inilah yang menjadi nadi kepada www.abbyhakka.net.

Tengoklah …

Berkelapangan nanti, akan saya usahakan cerita ‘legend’ dan paling terulung Tuhan kurniakan buat saya di sepanjang hidup, #perforatedappendix.

Berbalik kepada tajuk post ini, adakah ini seperti yang diimpi?

Dengan isu Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dan ‘lockdown’ di rumah hampir 5 minggu sekarang .. adakah ini 2020 yang kita idam-idamkan selama ini?

Perancangan kita itu hanya sebesar kuman sahaja. Sebaik-baik Perancang adalah DIA, bukan?

Menulis di dalam mood 3 hari sahaja lagi hendak berpuasa.

I hope I do have more CONTENTS to write, more WILLING to learn for another a-month-medical-leave-or-aka-break-from-the-office.

Salam yang sihat-sihat semuanya.

abbythejournalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *