2022 sudah melepasi sukunya yang pertama.
Kenapalah tidak terus hati ini boleh bertenang, dan kenapa sahaja terus- menerus mahu mengasak diri ini dari segenap sudut?Lelah macam tiada titik noktah. Kenapa ya? Hati tengah galau amat?
Galau yang macam semakin tidak tahu bagaimana berhenti untuk berehat?
Takkan mahu tunggu nyawa dicabut, baru boleh ketenangan itu dikecapi?
Musykil sungguh dengan aturan hidupNya untuk diri ini akhir-akhir ini.
Entah kenapa bila galau begini makin kuat kencang dipukul dengan anasir-anasir yang sama sekali ingin aku buang jauh-jauh?
Semakin mencari ketenangan itu … rupanya semakin Tuhan juga uji supaya kuat mana kita mampu berdiri dengan kesenangan yang dipa pinjamkan sekejap.
Mahalnya refleksi ini .. terkadang, aku tak kuat melaluinya seorang. Hendak ditabur cerita kepada siapa lagi kalau bukan DIA.
Kepada sesiapa lagi boleh kita sandarkan hubungan, doa dan cerita kalau bukan pada Dia.
Lelahnya merencana, terkadang … entah kapan jumpa titik kesenangan pun .. belum tentu DIA sudi beri.
Entahlah.
Semoga rintihan ini berhenti di sini sahaja. Amin.