Walaupun blog mungkin lagi bukan pilihan ramai, tetapi kuat hati ini mengetuk diri untuk tidak menjadi malas lagi.
Kalau sebelum ini, hidup terlalu sibuk dengan banyak hal, rasanya bermula 2023 kenalah lagi bertambah “sibuk” dengan 1001 hal; termasuklah usaha-usaha menulis di sini.
Bila fikir dan study balik, kali terakhir aktif pun tahun 2018. Dan waktu ketika itu memang banyak cerita “pertama kali” berlaku dalam hidup hendak digebangkan.
Tetapi … dengan banyak tahun berlalu, lagi banyak cerita-cerita itu dikayakan dengan 1001 satu lagi “perencah” rasa dan pengalaman baru.
Maka, 2023 adalah untuk waktunya mengemaskini dan mengaktifkan semula banyak cerita pengalaman tertunda yang belum pernah diceritakan di sini lagi.
Di Instagram, adalah kemaskini aku yang terpaling banyak dan terkini.
Di Facebook pula, hanya bersandarkan kepada keaktifan Page sahaja.
Di Twitter, banyak kemeriahan membebel dan kata-kata pendapat yang ringkas. Mostly, tentang hal ehwal semasa tempatan dan luar negara – rata-rata berkisar tentang kerja juga.
Di blog, ayuh! For more gloriius words and traffice generated starting next year ~
It’s me again,
Abby.