… Raya, Oh Raya!

Raya 1438H wasn’t that bad at all.

Because all I wanted to do was only to be here.

The one and the only place that I miss so much.

My kampung. Processed with VSCO with c1 preset

It has been a while that I came to this place.

To be exact, it was a year ago.

Berkumpul banyak keluarga beberapa malam dan kasi gegar ruang dapur bila berkumpul makan, dan di ruang tamu bila berkumpul untuk sesi lepas-makan-maka-boleh-bersembang-sambil-layan-kerenah-anak-anak-bikin-gempak-bermain.

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung baru-baru ini pun dan sambil juga dikhabarkan satu-persatu update terkini yang semua ahli keluarga dari segenap pelusuk negeri dah mula checkin di rumah kayu-nan-lama-tetapi-utuh-asasnya itu, sekejap-sekejap bibir kakak ini menguntum senyum.

At least, there’s a reason why I can really smile after ….. days and nights yang tidak mudah senyum itu terzahir seikhlas itu.

Before

After

Being me naturally, budak-budak like this bunch of little ones captured above memang sejenis buat diri stress-free sekejap.

Well, stress itu berganda juga sebenarnya sebab dealing with so many mischievous minds and acts in one particular time and place dengan mereka nieh terkadang memang menduga iman dan keupayaan akal sebenarnya hahahahaha. But seeing them in that kind of circle, enjoying themselves freely tanpa ditentu-arahkan mereka setiap masa, membuatkan diri ini tahu untuk lebih menghargai kehidupan by improving current parenting skills even more for the better them.

Adatlah, bila dah berkumpul reramai begitu kan. Yang tukang jerit si mak bapak la terpekik sana sini .. cuba mengawal keadaan. Itu, memang tidak pernah berubah tabiat tu.

Mahu lari dari cerita topik #rayaapaadanya kejap, boleh?

Bila berkumpul, there were many things that I could observe and see and that’s the beauty of childhood that can only happen ONCE in your life.

Tidak dinafikan memang terkeluar juga isu #KBAT, #anakstress dan yang seangkatan dengannya, tetapi what am I proud of is on how my uncles, aunties, cousins especially in educating and be flexible with their babies.

Masyaallah, tremendous habis!

Tiada kekangan, tiada paksaan and very much cool on seeing or unleash their kids’ potentials. Lebih mengamalkan keterbukaan dan perbincangan dalam banyak hal dan pertanyaan yang dikemukakan anak-anak.

Walaupun ‘azab’ dan ‘seksanya jiwa raga’ hendak menjawab satu-persatu pertanyaan anak-anak yang terkadang soalan #KBAT pun tidak sebegitu mencabar macam yang mereka soal, tetapi layankan jugalah. Di situlah nanti baru ‘tercabar’ pemikiran si mak pak yang kredibilitinya akan disaksikan seantero ahli keluarga seisi rumah. Thrill!

What I love to do best when no 4G/LTE connection detected. Processed with VSCO with a5 preset

The rest of the days in kampung was simple and we just love to hangout with the family members, with chats and good food. Sesekali ada juga ambil peluang start enjin kereta dan mulalah merayap, melilau pusing pekan yang jauhnya sepelaung sahaja. Punyalah ramai umat di kampung itupun, dah macam tengah KL.

Pekan Batu 38 pun dah ‘pesat’ pembangunannya. Ada macam-macam, tinggal belum wujud Starbucks Coffee dan McDonald Drive-Tru je.

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, habis jalan tak kira tengah or bahu jalan, semuanya ada lencongan dan ‘dikerjakan’ oleh pembangunan. Gaya macam nak bina MRT sampai Sabak Bernam dah je, apa ke jadahnya kan?!

Kids were just being kids, di kampung. Including my precious two.

On another development, if I could share a little bit with you here, the traits of ADD-suspected in my 7-year-old son could be obviously seen sometimes over times. Entah kenapa ini terjadi but we strongly feel that there must be something that we haven’t fully cater or tackle that spot.

 

Somehow he could be really loud of nowhere and one way of how I toning it down is by saying, ‘I’m sorry’. Sebenar-benar maaf yang terkadang tu sebab kecil hati betul bila teringat cara dia tertinggi suara or determination-one-kind!

 

That’s one example.

More to his ’emotional intelligence’ that I don’t really master and tackle (yet) but will definitely seek for more guidance from the experts.

Other than that, he is doing perfectly fine, insyaAllah.

While the other children of mine who’s getting three this December, teramat-amatlah pandai ‘membawa diri’. Si Nawal kenit ini, pantang kalau dibiarkan bebas. Mulalah dia bertempiaran berlari macam ada hantu yang mengejar dia.

Sejenis ‘hyper’ juga kalau sungguh-sungguh dibiarkan bebas dan selalunya memang masih terkawal walaupun tinggi betul kadang-kadang dinding/slides yang dia panjat at a play centre.

Sejenis berani dan don’t-mess-with-me-type of girl!

Keletah tiada jangka. Processed with VSCO with hb1 preset

Ekspresi penuh gaya. I am so glad that I managed to capture this beautifully.

Sepupu yang dulunya hingusan belaka, sekarang sudah besar menjadi bujang dan teruna belaka.

Kalau dahulu saya inilah ‘Kak Bilah’, now no longer. ‘Acik Bilah’ jadinya. ‘Kenaikan pangkat’ yang best giler dirasakan sebab tidak sekelumit pun dirasakan sebab faktor usia hehehehehehe. Bukankah kakak sejenis muda remaja di hati selalu? (jangan muntah, please)

Ada yang dah melangkah ke alam pekerjaan pun. How time really flies. Yang dulu suka diluku dan digomol sekarang dah tentu-tentu tidak sesuai. Terpentingnya, bonding tetap kuat dan tetap mahu jadi kuat. Saling menjadikan contoh di antara satu sama lain so that all of us can become a greater person for the family and country, insyaAllah.

 

Alright, kesayangan semua?

Happy Hari Raya to all readers!

Salam kemaafan tulus ikhlas dari kakak yang tidak pernah pandai menulis yang hebat dan sesuatu yang mungkin ada manfaatnya kepada banyak orang di luar sana. Sentiasalah menjadi insan yang selalu mahu mengejar kebaikan dan memberi pertolongan kepada insan lain di atas muka bumi ini demi kerana kelangsungan hidup yang harmoni dan aman tenteram sesisi alam sejagat.

Love you all!

Pose gila-gila. Processed with VSCO with hb1 preset

Pose ala korporat and with ATTITUDE (yang tengah-tengah!). Processed with VSCO with hb1 preset

I missed the spot in both pictures somehow. If not, it would be MERRIER with me in it! Bukankah? 

Mana boleh Acik Bilah miss moment penting begini?

Till we meet again in less than 3 weeks, clan!

… The Children Project.

Kali pertama mengenali kumpulan pencinta kanak-kanak ini adalah menerusi satu acara santai di Lake Garden beberapa bulan lepas.

Sebagai Ibu yang sentiasa mencarikan alternatif apa terbaik untuk membawa anak-anak mengenali alam, sambil pada masa yang sama ada kesempatan untuk kakak timba ilmu, sudah tentu acara santai by TheChildrenProject ini beri peluang yang best.

Maka berkampunglah kami anak-beranak di pagi Ahad berbahagia itu.

Sejenis gathering di pagi hujung minggu yang mudah penganjurannya tetapi ada manfaatnya yang besar untuk para ibu bapa tahu betapa kehidupan kanak-kanak itu prioritinya adalah kebahagiaan mereka sebagai KANAK-KANAK, bukan KEHENDAK kita ke atas mereka.

 

Let me straight to the points that I wish to highlight here again, and again.

 

Betul, terkadang memang bukan senang untuk menyeru dan mengajak ke arah berubah dari stigma dan pandangan skeptikal pemikiran ibu-bapa Malaysia pada hari ini.

Banyak saja winning judgement mereka, banyak juga yang menafikan kebenaran dan hak anak-anak ini dan tolak tepi terus ideologi (kononnya, pada mereka) yang mereka susah hendak percaya keberkesanannya (iyalah .. takkan dengan PLAY sahaja anak boleh pandai dan skor A semua subjek!)

Tetapi mereka lupa, bahawa zaman dah terlalu berubah dan apa yang menjadi amalan selama ini (sistem pendidikan yang kita alami sejak 20-30 tahun lepas) sehingga membentuk SIAPA KITA PADA HARI INI itu belum tentu berjaya mencorak traits yang sama bagus dan baiknya untuk kanak-kanak hari ini.

Dengan cabaran hari ini dan kepelbagaian faktor yang menyumbang kepada kelangsungan hidup anak-anak kecil yang gemarnya memberontak, kreativitinya menjangkaui had pemikiran si dewasa dan multiple intelligencesnya yang lebih dari sekadar perkataan dan nombor .. tidakkah pendekatan juga perlu seiring dan diubah mengikut keperluan ini?

 

Terasa seperti menulis sesuatu yang tersangat berat pula untuk mukadimah acara yang teramat santai ini. Maafkan hamba.

 

Basically, that was the main purpose of this gathering.

Jumlah kehadiran pagi itu dapat kakak kira dalam lebih kurang 10 pasangan ibu bapa dengan anak masing-masing.

It is still a small number. Tetapi apa yang paling diharapkan adalah kesedaran dan pendedahan mengenai ini dapat dihebahkan perlahan-lahan ke dalam masyarakat harini.

.. which I pretty much agree with that.

Bila lagi mahu bermula di Malaysia nieh? Sekurang-kurangnya ada langkah-langkah kecil beginilah that more will get the same message and note.

****

TERBARU, we went to another event organised by the same group of young activists. This time around it was held at their office nearby Setia City Mall.

Kali ini perjumpaan adalah lebih meriah. Lebih ramai ibu bapa dan banyak juga pernyertaan daripada kanak-kanak yang pastinya golongan yang terpaling ceria bila diberikan peluang bebas begini, like the small kid in the picture below.

Spot the unusual?

Nawal, anak dara kakak yang paling tidak sukalah dikawal beriya, atau dalam erti kata lain she won’t allow you to be the helicopter parent, at all. Maka, terjadilah senario seperti dirakam dalam gambar di atas. Sebab memang sejenis kakak lah, tidak berapa gemar nak suka, pantau ke hulur-hilir tak memasal macam helikopter tu ha.

From this whole event, one thing that I would like to describe a little bit is about this one kind of parenting, that seems to be most favourited by many of us, the parents.

Soalnya, pernah dengar istilah helicopter parent?

 

Atau sudah terbiasa dengar tetapi tidak langsung ada keinginan mahu berubah ke arah itu? Or at least mencuba tidak menjadi helicopter, walaupun sekejap-tetapi-selepas-10min-tetaplah-juga-mahu-berputar-perhati-anak? Pernah cuba lakukan itu?

 

Here’s the thing.

I even have big argument (a peaceful one, of course) about this with my husband. Bukan apa, sebab naturally kita ini sudah terbiasa dengan seruan ‘… pergi perhati anak. Nanti terjatuh, tersungkur pulak!’

Get the checklist from this link, peeps: http://bit.ly/2rhDZle

One thing about this kind of parenting is that, parents do not aware that the more constant you hovering over your child, it may hurt his/hurt development

****

Sebab kakak menyentuh soal helicopter parent ini adalah kerana … dalam pada acara sedang berjalan di pejabatnya TheChildrenProject ini, kakak memang lepas bebas kedua-dua anak mahu buat apapun sekalipun. Maka, berkeliaranlah mereka sesungguhnya dengan penuh rasa bahagia tanpa halangan.

Dah tentu, pemantauan tetap juga dibuat (risau tetap ada). Tapi tersangat minima dan dalam keadaan jarak yang sangat jauh, asalkan masih dalam jangkauan mata yang melihat.

Dr Putri yang sedia maklum cara saya pun dah terbiasa dengan senario Nawal (macam dalam gambar). Ada juga parents yang melilau cari manalah mak budak si kecil yang tak reti duduk diam kacau stage etc etc .. tetapi tiadalah kakak pedulikan sebab bukan cara kakak nak mengejar dalam kawasan yang kakak percaya selamat dan minima kecederaan yang boleh berlaku.

Tips untuk mempunyai perasaan yang sebegini relax atau dalam erti kata lain avoid to be ‘the most successful helicopter parent’ ini adalah:

  1. Know well of your child’s capability and learn (or detect) the pattern of his/her behaviour.
  2. Know how to cool down and giving time off to your child if you’re needed to correct him/her. Use flexibility and not force.
  3. The parents first, need to calm down, at all cost. Persetankan sahaja mata yang memandang tajam atau telinga yang mencapang luas sebab bakal melihat/mendengar how will you react and deal with #yourkidsrealsituation.
  4. Let your children BE themselves. Dalam erti kata mudahnya yang lain adalah layankan sahajalah mereka. Don’t argue immediately, entertain and listen to their words and expressions first.

The real situation where the kids enjoyed themselves during the event

Met these two lovely kids at the event too. They knew how to behave and taking care each other while their mother was listening to the talk. Here I snapped the picture of them cause they were too cute talking to me like they’re mine.

Point nombor 3 itu yang terpaling susah buat dan mahu dicapai, betul? How can you really calm down yourself if your children can’t even know how to settle down themselves?

Trust me, memang bukan mudah untuk buang perasaan dan ubah tingkah laku untuk tidak menjadi helikopter parent.

Tetapi …

Cuba bayangkan situasi dan keadaannya bila anak itu merasai tits and bits of life; jatuh dari basikal, luka dan menangis keesakan sebab menahan pedih?

Wouldn’t such incident will expose you and your child to another level of life where the kid can learn? Tentang bagaimana rasanya sakit, bagaimana berdepan dengan situasi begitu — to seek help or menangis dulu, OR bagaimana rupanya luka di tangan/kaki terjadi bila jatuh begitu?

These can only be learnt if it happens for real.

Sampai bila perlu dilindungi secara paksaan semahunya begitu sehinggakan ada elemen kehidupan yang boleh mereka pelajari? Suatu kerugian besar rasanya if such kids aren’t allowed to feel and experience that.

Fikirkan implikasi ‘kerugian’ itu. Lakukan pemantauan yang berkadaran dan bukan KETERLALUAN.

If you’re reading the symptoms in the link attached above, you’ll get what I mean by bold word (above) … and surely, I am and will not going to be one. Sesungguhnya bukan juga diri kakaklah hendak ‘melindungi’ anak-anak cara begitu sekali.

****

The beauty side of stress-free yourself from this kind of annoying parenting is something that I can also greatly learnt from what my elder son has to go through in his life, especially when he’s diagnosed with VSD and need to undergo an operation procedure last year.

The two babies that always being original to themselves.

Now, as he’s also with high emotional intelligence, tersangat mudah bagi dia untuk merasai sakit yang perlu ditanggung orang lain, berdepan dengan situasi yang sama: duduk di hospital, getting injection, the scary/phobia feelings of meeting the doctor and nurses etc.

Jadi …

Make a change, though starting with a small one for a better us, better children of the nation.

Jangan prejudis dan jangan juga meletakkan kepentingan diri sendiri tanpa mempedulikan kebahagiaan anak-anak yang mereka sendiri punya keinginan untuk disuarakan dan didengari.

Mesej ringkas ini hanya sekadar tulisan pesanan khidmat masyarakat yang tidak perlu kakak berselindung lagi. Biar jadi hebahan sebab kakak sendiri bukan Ibu yang hebat, tetapi mahu sentiasa belajar jadi hebat for the sake of the two babies of mine.

Dan teramatlah rimas sebab acapkali ditemukan dengan situasi ibubapa yang memusing macam helikopter ini di mana-mana. Terlalu sickening, pada saya.

As simple as my kids have changed my life with their presence, therefore I will need to change myself for the better them.

Sekian,

Tukang-Tulis-Bukan-Ibu-Hebat

… Love, Hate.

My-love-hate-relationship with FOOD is like …

.. so surreal that I would want to do this kind of post.

 

 

No, that’s not just all about these two (both pictures).

A picture tells you thousand words, right?

Let’s me browse for more before I start to tell you a long story about this topic.

Untuk sementara waktu, jangan rasa terbeban dan terpukul pula dengan seleksi gambar yang ada ya.

Sejenis kelainan di Ramadhan 18 1438H, kakak hendak buat di sini.

 

 

 

 

Rasanya masih belum terlalu banyak, tetapi cukuplah sekadar yang picisan ini sahaja kakak titipkan gambar-gambar #foodporn yang ada. Walau sungguh belum lagi bertaraf profesional atau selayaknya diambil upah sebagai food blogger, gambar-gambar diatas dirakam cukup bermakna kerana:

  1. Kelazatan dan keenakan rasanya yang boleh dijangka sebelum oneself mencuba makanan tersebut.
  2. Faktor lighting dan presentation food yang memang superb.
  3. Sejenis makanan rare dan jarang-jarang dapat, sebab kakak manusia marhaen sangat .. so dapat makanan pun sejenis jakun juga.

… dan terpaling penting: setiap gambar sebenarnya juga merakam satu cerita lain di sebalik hanya gambar makanan yang tertera.

Elemen yang terpenting inilah adakala orang lupa.

Ada yang tak mahu ingat dan mengabaikan juga elemen kecil ini.

Ada cerita di setiap satu gambar.

Dengan siapa kita makan, kenapa di tempat itu untuk makan, bagaimana kita boleh end up berada di tempat makanan itu dan semua hal yang berlaku di sebalik rakaman gambar itulah yang kita terkadang tak mahu ambil peduli.

Terkadang, tanpa perlu kapsyen, kita jadi terus ingat gambar itu dirakam di mana.

Yang penting, kita tiba-tiba terasa hendak singgah semula lagi ke tempat itu dan menikmati juadah yang sama.

Kenapa?

Simply, because it contains a story. And a memory.

A memory that should be revisited when time allows you to do that.

A memory that wanted to be kept always without even no one knows about it, except for yourself.

Dan pelbagai lagi alasan lain.

Cerita pendeknya adalah untuk memori dan jalan cerita yang di sebalik setiap gambar yang ada, hargailah momen itu dan rakaman gambar itu selagi anda berpeluang mengingatinya.

I take it seriously when I am snapping a picture of a food.

Not just because I am excited about technology that I’m telling the world ‘hey-I-am-having-good-food-here-so-do-come-here-too’, but it also has its contented message and memory that I wanna keep and revive it with me, always.

That’s it.

Afterall, kakak terfikir kenapa boleh termenulis tentang ini di kala ini.

Anggap sahaja hiburan ringan yang mana kalau kau sedar, sebenarnya tiada salahnya membuat #foodporn dalam timeline akaun media sosial anda.

Adios!

 

Misi Musim Sejuk (1)…

#abbyfirstwinterexperience akhirnya trending!!!

Baiklah, berbunyi teramat poyo di situ. Sejenis percubaan apakah Abby yang engkau cuba lakukan huh?

Marilah menyokong sesekali Abby memulakan wacana dengan notasi yang sedikit berbaur kelakar walaupun pengisian blog post kali ini selalunya dan akan pastinya berteraskan sesuatu yang serius.

Cet.

Terlalu banyak yang hendak direncanakan di sini mengenai lawatan kerja ke negara matahari terbit baru-baru ini. Seperti biasa dan akan menjadi kebiasaan, beberapa blog post (lebih dari satu) akan menyusul di sini. Maka, bersedialah anda untuk blog entri yang berkajang panjang dan lebarnya di masa-masa akan datang (khusunya, selepas blog entri ini).

Jangan ditanya berapa kuantiti yang akan terhasil sebab … I AM SURE I HAVE ALREADY FALL IN LOVE WITH JAPAN AND ALL OF ITS STORIES!

Moh kiter.

***

2016 was my very first year experiencing winter!

Alhamdulilah for the opportunity, yang sebaik-baik perancangan dan kekangan yang muncul sekalipun di saat-saat akhir keberangkatan pergi, tetap DIA memudahkan urusan serba serbi.

Terkadang, selalu diri ini memikirkan … sesungguhnya ia, perancanganNYA adalah sebaik-baik tertulis dan punya alasannya tersendiri.

Di usia ini dan pertama kali merasai musim sejuk di negara orang, mungkin boleh kedengaran suara-suara sinis mentertawakan. Tetapi tidaklah sesuatu yang patut kakak pedulikan, betul?

Menyentuh soal dugaan yang bertimpa-timpa datang menguji macam cemburu sekali mahu beri sedikit ruang bernafas untuk diri ini menikmati winter buat pertama kali dalam hidup, ternyata rakan-rakan sekerja di sekelilinglah yang paling banyak membantu.

Sokongan material DAN moral, tentunya .. mereka ada dan telah membantu kakak. Nothing that’s more blessed I could’ve asked from them when it comes to this kind of difficulty I need to face with before departing. You know who you’re and if all of you colleagues who are reading this, THANK you very much from me.

Lawatan kerja yang dipanggil #jenesys2016media ini atau nama penuhnya Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youth ini adalah yang julung kali buat petugas media dari negara Malaysia.

Julung kali, dan I was part of it!

Dan lawatan ini juga sebenarnya memfokus kepada organisasi media yang ada di negara matahari terbit. Kakak menjangkakan memang delegasi media Malaysia akan dibawa ke premis dan outlet media mereka, melihat sendiri operasi pemberitaan dengan lebih dekat dan seterusnya memperlebar sayap dan jaringan kerjasama hubungan baik antara pengamal media dari kedua-dua negara.

As predicted, yeah .. we did!

The bunch of Malaysian media members and the gang that participated the trip

We did enjoy our trip BUT there were life’s ups and downs stories for this inaugural winter experience trip for me & few of us.

TOKYO, KOTA METROPOLIS CANTIK

The only word that can best describe this metropolis city is BEAUTIFUL.

Entah kenapa, senang dan termudah jatuh hati bila kali pertama melihat Tokyo dari hanya segenap luas pemandangan yang perlu kami tempuh lebih kurang sejam daripada Narita International Airport.

Sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang pun, perkataan syukur tak lekang di bibir. Berbunga riang jangan katalah, seolah-olah “akhirnya-berjaya-dan-sampai-juga-diri-ini-ke-bumi-matahari-terbit-yang-bertuah-ini!”.

Penat duduk atas flight tidak langsung terasa. Perut berkelodak minta diisi pun boleh diabaikan sementara waktu sebab teruja punya hal.

Cerita kelakarnya juga adalah, waktu ketibaan kami pada hari itu .. kakak menjangkakan suhu masih lagi sekitar 15C sahaja lagi. Tetapi, tidak sama sekali sebab di airport sendiri terang lagi nyata jelas terpampang tertulis waktu itu; 3C!

Makanya, selaku marhaen Malaysian sejati yang badannya tidak pernah lagi terbiasa dengan negara 4 musim, kakak perhatikan rakan-rakan media lain juga sudah mulai unlock luggage masing-masing dan mula menyarung outer winter wear mereka. Penangan betul!

Glove sahaja pun tidak mencukupi wei!

The metropolis city of Tokyo. I’m loving the sight, the air and the people. Even more now.

Terlalu banyak perincian tentang bandar ini yang kakak betul-betul hendak ceritakan satu persatu.

Maafkan terlebih dahulu kalau anda terpaksa scroll teruk hanya semata-mata melayan panjang bebelan kakak berceloteh di sini ek? Sila scroll lagi, kalau berkenan. Nyet!

Di sebelah petang hari pertama di sini, kami terus dibawa ke Tokyo Government Observatory Building. Kakak rasakan tempat ini ibarat tempat wajib dilawati bagi sesiapapun yang pertama kali berkunjung ke Jepun. Maka, jangan mudah underestimate bangunan-bangunan-yang-ada-walaupun-semuanya-MINIMALIS-belaka, sebab nah .. there will be always something that you can learn from a new place you’ve never been to what more engkau bakal melihatnya dari tingkat 45!!!

Pemandangan adalah sama cantik, sama indah seperti yang kita boleh lihat dari Menara KLCC atau KL Tower. Perbezaan, tentu-tentulah THE LANDSCAPE (as shown in the picture above).

Penemuan di sini bukan sekadar apa yang kakak lihat, tetapi juga daripada perbualan bersama salah seorang sukarelawan yang bertugas di sini.

Tanya-tanya punya tanya (sambil dengan gaya tangan pointing here and there di antara board dengan dinding kaca), terselitlah juga soalan-soalan ‘mesra’ di situ.

Seperti; “Are you often been stationed here, doing voluntary works?”

Dengan ramahnya, dia menjawab; “Yes, we have shifts of course. But I wanted to be here because this is one of many ways I can improve my English proficiency verbally,”.

Ah ha.

Kalau ditengok pada usia dan lahiriahnya, sukarelawan yang kakak jumpa nieh boleh dikategorikan sebagai pertengahan usia 40-50 tahun. Tidak muda kalau tengok kerut wajah, tetapi kurus dan kesihatan tubuh itu memang terjaga.

Alahai. Masih ada kenyataan berbaur ikhlas terpacaul keluar dari manusia atas muka bumi ini yang masih nak bekerja (atas dasar sukarela ya) di kala usia begitu.

Tabik!

Ini bukan suatu kelainan dan pemandangan luar biasa sangat kalau anda berpijak ke tanah Jepun nieh. Walaupun selalulah kita disogok dengan kenyataan “hey-mereka-kan-Jepun-dulu-pernah-jajah-dan-menindas-zalim-di-negara-kita”, percayalah … tanggapan skeptikal anda boleh berubah 360 darjah nanti.

Menyaksikannya sendiri, maaf cerita .. memang kakak spontankan sahaja melantunkan ini.

Maafkan kakak kerana berlaku terlalu jujur. Tetapi, inilah yang sebenarnya berlaku sebaik sahaja tiba di lapangan terbang di sana. Walaupun kebanyakannya hanya warga tua yang kelihatan, tetapi itulah yang mengagumkan.

…. bersambung.

Jantungnya…

Saya terpanggil untuk menulis tentang ini, selepas pulang dari Froebel Seminar Series beberapa minggu sudah.

Ketika Dr Afzan Putri masih belum lagi menghabiskan sesi Q&A untuk talk pada petang itu, Imran Imtiyaz berlari tak peduli audience yang ada terus mendapatkan Dr, just to say hi.

My boy’s sentimental value is high somehow, and that’s why …

… tersentuh hati bila selepas anak teruna saya itu dipeluknya, Dr memberitahu, “He’s Imran, one of kids that love KinderKaizen dan baru sahaja beberapa bulan lepas undergo a heart surgery ….”

Here’s the story.

***

8 hari lagi, daripada tarikh hari ini .. akan genaplah 4 bulan sejak peristiwa dadanya dibelah doktor pakar kerana VSD.

Anak lelaki sulung saya ini, sehingga ke hari ini .. rata-rata yang berjumpa dengan saya, kerap sekali bertanyakan perihal dia, kesihatannya dan keberadaannya sejak peristiwa tersebut.

Ya, saya akui memang jarang-jarang sekali memberitahu secara terbuka mengenai dirinya walhal .. ketika terdesak & dalam keterpaksaan suatu ketika dulu, saya memang betul-betul mengharapkan doa daripada kalian semua untuknya.

Saya minta maaf, betul-betul minta maaf.

Tiada niat yang disengajakan untuk tidak menghebahkan cerita mengenai bagaimana dia, Imran Imtiyaz selepas kejadian itu .. tetapi dalam banyak hal, saya lebih suka bercerita bila bekeperluan sahaja.

Menyentuh soal proses baikpulih dan penyembuhan anak ini, sebenarnya .. ada sedikit pengalaman kecil yang mungkin boleh saya ceritakan di sini.

Well, yeah .. now I’m being open about it. Peace!

img_4266

Gambar di atas ini adalah atas permintaannya.

Dia minta saya snap gambar on the day he got discharged.

Gembira bukan main. Mulut yang sentiasa riuh dengan macam-macam ayat yang adakala teratur, adakala betul tetapi belum tentu sampai maksudnya itu … jadi semakin, dan terpaling riuh bila dapat tahu sudah boleh pulang ke rumah hari itu.

Muka yang ternyata ceria itu, ternyata tidak sama keadaannya sebaik sahaja menjejakkan kaki ke rumah.

(sebelum itu)

Sebelum discaj daripada IJN, memang kami telah diberitahu tentang kesan & akibat sekiranya aspek kebersihan tidak diambil berat dan teliti terhadap luka serta parut yang masih baharu di dadanya itu. Antaranya;

  1. Dia boleh mandi, tetapi sebaiknya dimandikan dengan tanpa dibubuh apapun shower gel/soap berhampiran luka panjang di bahagian dadanya. Bahagian dada juga hanya boleh disapu lembut dan dialirkan air secara perlahan dan bukan dengan air panas. Setiap kali mandi, 2 jenis tuala juga diasingkan kegunaannya untuk mengelap; 1 untuk keseluruhan badan yang lain, 1 lagi khas untuk mengelap dadanya sahaja.
  2. Untuk berbulan juga (2 bulan lebih), saya hanya membiarkan baju berbutang tengah sahaja yang dipakai Imran setiap masa (ya, sampai dia naik bosan dan mula merungut macam-macam). Pendek cerita, pagi, petang dan malam hanya pyjamas sahaja yang dia sarung, without fail.
  3. 6 minggu berpantang adalah dimestikan; tidak boleh berjumpa dengan ramai orang samada in public or seangkatan dan … paling penting, he can’t swim at all (kurang pasti selamanya atau untuk certain period of time sahaja).
  4. Ubat yang 3 jenis banyaknya kami bawa pulang ke rumah juga dimestikan habis dimakan sehingga next appointment.
  5. Sudah tentu, tidak digalakkan untuk aktif sangat dan elakkan daripada terjatuh, setiap masa.

… hati Ibu mana yang tidak remuk mendengarkan penerangan doktor dan jururawat, lebih-lebih lagi apabila dikhabarkan point penting no 3 dan 5 itu.

Bagi seorang yang hyperaktif dan terlalu happening hidupnya untuk bertukar 360 darjah sebaik sahaja keluar dari hospital itu … perasaan saya jadi … sedikit …

img_4536

(dan selama berada di rumah)

Bayangkan, kalau sampai tahap dirinya helpless dan perlu dibantu 100 peratus untuk beberapa ketika (sama sahaja perincinya diri yang perlu dijaga ketika wanita pantang bersalin) …

Ya, kami lalui semuanya.

Cuma .. sangat .. dan teramat tidak betah juga melihatkan dirinya terbaring, tidur at most times dan … rutin saya juga berubah sepenuhnya as if kembali menjaga dua bayi serentak.

Di dalam soal penjagaannya, tidak dinafikan En Suami adalah orang yang paling saya sandarkan harapan terutama soal memandikan dia.

Saya paling tidak boleh lihat parut yang akan melekat abadi di dadanya kerana setiap kali melihatkannya, hati cepat rapuh.

Waktu malam hari juga, saya akan sentiasa pastikan dan membetulkan gaya tidurnya supaya terlentang dan diampung dengan banyak sekali bantal di sisinya, demi untuk mengelakkan dia daripada tidur terlangkup atau menekan dada.

Setiap kali terdengar dia seperti mendengus dalam tidur (which I know that he was actually wanted to get up either to get some drinks or to the washroom) .. saya akan bangun, mendekat dan bertanya .. terus luluh jiwa dibuatnya & mata, jangan kau tanya jadi apa! hahahaha

Lelah, bersengkang mata untuk beberapa ketika memang terpaksa kami berdua lupakan sebentar demi kerana anak ini.

Kini, selepas 4 bulan, sebenarnya saya sangat serba salah memikirkan adakah apa yang saya lakukan dalam jangka waktu ini baik atau tidak untuk Imran Imtiyaz.

  1. Sehingga ke hari ini juga, dia tidak bersekolah kerana tidak sanggup lihat kalau-kalau apapun kemungkinan yang berlaku menyedari luka dan bahagian parut masih baru dan fragile.
  2. Saya a bit selective in finding types of games that he can do sebab again, takut-takut he can easily get tired. Mendengarkan ada satu ketika itu dia bercakap, “Ibu, Imran letihlah….” juga sudah cukup menggerunkan saya.

Apapun, Alhamdulilah … besar rahmat Tuhan kepada anak ini kerana setakat hari ini, ternyata keadaannya jauh lebih baik daripada dia sebelum hari pembedahan.

Jauh, jauh lebih baik. Walaupun terdapat kekurangan yang sesekali ada jugalah anak ini bertanyakan saya;

Ibu, kenapa operate Imran? I don’t like operation. Tak suka.

… sambil menggaru-garu manja kesan luka parutnya itu (sebab dah sudah terbiasa dijerkah, jangan disentuh kasar bahagian itu).

Sekian.

img_4537

It’s TOO Much TOO Soon!

Siaran tergendala terlalu banyak for many, many and many unavoidable reasons. Mohon maaf.

Itu sahaja yang mampu kakak luahkan for the long hiccups here.  Jangan ditanya apa dan mengapa, percayalah .. BLOG senantiasa menjadi dambaan pilu kakak untuk jenguk (baca post-post lama la selalunya), apatah lagi mahu kemaskini .. just right on time whenever I feel like doing it.

Tetapi keterbatasan masa dan waktu itu terlalu banyak, hence .. be ready for LOTS and lots of updates here from now on ya.

(Berbaur ugutan sangat! hehehehe excited much?)

On the past few weeks .. keterujaan membawa Imran Imtiyaz, my dearest son to a creche ever since he was discharged from IJN on last July, adalah sangat memuncak .. knowing the fact he’ll be meeting the public and other kids and started to go hyperactive or ‘wild’ again as he always does.

Perasaan berdebar dan was-was yang tidak pernah tenteram itu sentiasa ada dalam diri kakak ini sungguhpun 3 bulan dah berlalu dan tiada ketampakan yang tidak elok pernah ditunjukkan anak teruna ever since his open heart surgery itu.

Alhamdulilah (big time) for that, sebenarnya.

img_3433

To be honest, I am in love with this poster for its best picture captured there as well as for its design. Sejenis powerful yang macam mana entah. Schematic and attracting habis! (to me who really knows how to value designs, yang gempak disebabkan alasan yang jelas lagi nyata; kakak sejenis tidak pandai melukis .. that’s for sure bahahahaha)

Yes, we both went for this event. At it was my first time, stepped into KLMUC building. Awed by the ambience sebab yeah .. terfikir bila lagi boleh menjadi pelajar semula itu memang selalu sangat bermain-main di benak hati kakak ini.

Back to the event, maaf .. terlalu banyak interruptions kan?!

Seminar yang sebenarnya perlu direbut peluang menghadirinya oleh ramai ibu bapa di luar sana, tetapi sayang seribu kali sayang .. tidak semua betul-betul bersedia atau mungkin juga tinggi rasa ketidaksedarannya untuk ambil tahu apatah lagi berbuat sesuatu mengenainya … betul?

img_3572

Di Malaysia hari ini (I believe seantero dunia pun), situasinya sudah terlalu jauh berbeza.

Ya betul, kita hari ini adalah generasi yang terdidik dengan sistem yang sama yet still doing well now dalam segala segi.

Tetapi dalam konteks hari ini, kesan dan akibat kepada generasi Y or even Alpha dan seterusnya … implikasi dan kaedah tidak lagi boleh sama, dan perubahan di dalam sistem pendidikan pada hari ini juga sewajarnya PERLU seiring dengan perubahan trend di kalangan anak-anak.

It’s very too much too soon;

  1. … Kalau sehinggakan anak itu sudah memberontak atau kemurungan untuk melakukan apapun yang bukan minatnya.
  2. … Kalau sehinggakan anak itu sudah seperti robot, ikut dan buta-buta menerima apa jua arahan dan kehendak kita, si ibu bapa.
  3. … Kalau sehinggakan anak itu menzahirkan ketidaksediaannya untuk belajar (atau yang bukan minatnya), tetapi apa yang ibu bapa buat adalah terus mencuba dan mencuba, tanpa kalah … ??
  4.  … dan banyak situasi-situasi lain yang menjurus kepada creating the unhappy child of yours. Faham situasinya?

img_3578

Throughout that one whole day seminar, mesej yang ingin disampaikan oleh panelis pada hari berkenaan adalah sangat MUDAH. Literally, too easy to understand (kalau terbukalah minda dan hati anda untuk menerima apa yang disampaikan pada hari itu).

Apapun kaedah dan pendekatan yang mahu diterapkan terhadap anak-anak anda pada hari ini, pastikan … KEBAHAGIAAN dan KESEDIAAN mereka dalam menerima apapun bentuk pendidikan yang anda mahu berikan diambil kira 100 peratus dahulu sebelum mengimplementasikannya ke atas mereka.

I’ve said it clearly and using a very simplest term, of course.

Sebab utama juga … adalah ibu bapa harini mempunyai kepelbagaian latar belakang yang undoubtedly credible enough to give their very best for the children’s sake.

But in ‘assessing’ your children’s happiness, do you think you’re good at interpreting them?

Fikirkan.

Ilmu keibubapaan itu terlalu luas. Aspek penerimaan kritikan dan perubahan baru (like what KinderKaizen is doing currently to championing childhood by doing play-based learning) di kalangan ibu bapa di Malaysia hari ini juga adalah salah satu penyumbang lain yang menjadikan misi mengutamakan kebahagiaan anak itu kadang-kadang terabai.

Justeru .. there, up above .. saya sudah menyatakan apa yang saya rasa terbuku, dan rumusan paling mudah boleh diuar-uarkan kepada umum di luar sana.

It’s very too much, kalau;

  1. .. daripada kajian yang dibuat, hanya 2 sahaja indikator untuk faktor kebahagiaan anak dalam memilih pra-sekolah bersesuaian. Berbanding 28 indikator yang lain, semuanya menjurus kepada kecemerlangan akademik (academic success), prospektus/falsafah sekolah dan lain-lain.
  2. .. sekiranya perkembangan kognitif otak (10%) ditekan habis-habisan sedangkan 90% lain bahagian otak ditolak tepi perkembangannya, sungguhpun (that 90%) should be given priority at the first six years’ life of a kid?

I would love to quote my son’s case for example.

He loves to play. Terpaling dan teramat suka. Playful, hyperactive kid .. you name them. He really learnt from playing. Apapun yang dia belajar daripada bermain, he turned out to be really matured (especially once he stepped out from the KinderKaizen centre after 5.30pm) baik dalam tindak tanduk ataupun gaya percakapan.

But, he really learnt from playing. Apapun yang dia belajar daripada bermain, he can turned out to be a really matured boy (especially once he stepped out from the KinderKaizen centre after 5.30pm) baik dalam tindak tanduk ataupun gaya percakapan.

In his case yang saya sendiri rasakan he’s somehow a year lagging from his peers, KinderKaizen terlalu banyak mengubah dia.

Walaupun demikian, perasaan untuk mencuba dan melihat keupayaan anak yang lain tetap ada dalam diri kakak ini. Being typical Asian mother (like I’ve always said), cuba juga lihat kalau-kalau ada ruang akademik yang dia boleh terima dan get blend into it.

Surprisingly, he can! He really can … if only, he’s ready and happy to learn which eventually I could sense he has achieved or learned really well from what teachers or friends in KinderKaizen have taught him.

See!

Ingat, anak-anak zaman hari ini .. bukan setakat fizikal dan mentalnya sahaja kita perlu tackle dan kenal, tetapi EMOSInya juga adalah perkara terutama yang perlu diberikan perhatian sama rata.

Di Malaysia, saya kurang pasti kalau ini pernah terjadi. Di Singapura (lihat di bawah), sudah.

You want it to happen to your own child?

img_3594

Please, fikir-fikirkan semua.

More to come on this issue here, on my blog.

Please continue to support and embrace this kind of approach and message for your children’s sake.

Sekian,

Ibu Prihatin yang Selalu Mencuba Mengajak.

Kenapa WARTAWAN?

Entahlah. Agaknya kenapa Abby jadi wartawan ya?

Adakah sebab memang mahu jadi wartawan sejak azali atau tersuka menjadi wartawan tanpa sengaja lalu menyebabkan Abby hakikinya adalah seorang wartawan pada hari ini?

[Ini penulisan blog sejenis apapun kakak sendiri kurang pasti, justeru baca jika mahu. Abai, jika perlu]

Ini tulisan blog santai sahaja, tentang kakak dan kerja kakak.

Pada asalnya, memang PERNAH pun terfikir hendak menjadi wartawan.

In fact, wartawan adalah kerjaya yang dipilih untuk dicapai cita-citanya pada waktu bersekolah dulu.

Pendek kata, PILIHAN KETIGA selepas doktor pakar bedah dan jurutera (waktu isi borang kurikulum sekolah dulu-dulu la).

Kalau ditanya kenapa dan mengapa kakak suka hendak menjadi wartawan … rasanya jawapan yang paling tepat boleh diberi adalah disebabkan kakak sukakan bahasa.

Teramat suka bermain bahasa, tetapi tidaklah sampai mampu menguasai bahasa lain selain Melayu dan Inggeris. Erk.

…. dan kakak juga sejenis suka hendak mengujakan penggunaan bahasa dan seterusnya ‘menghidupkan’ rasa suka itu dengan keraplah menulis pelbagai genre penulisan yang berkemahiran kakak tulis dahulu, macam cerpen.

Begitu kisahnya asal-usul kakak yang pernah punya cita-cita hendak jadi wartawan.

[Now, kita naik travel time dan mendaratlah pula di tahun dan era serba kecanggihan dalam bidang kewartawanan yang Abby’s in hari ini]

2016-10-11-16-42-52-c530

Mendapat pendidikan formal dalam bidang kewartawanan kemudiannya pada usia 19 tahun (Ya Allah, kedengaran asing betul angka 19 itu di situ), itulah titik mula Abby kepada dunia yang omputih suka untuk menggelarkan bidang ini sebagai  ‘fourth estate’.

Dulu masa belajar, mengetahui fakta tersebut tidaklah pula menjentik akal ini untuk terjangkau memikirkan kepayahan, perit duka bidang kewartawanan nieh. Until the day I entered the industry, nah … barulah kau tahu yang tangan dan kaki kau sudah menempah jalan dan meminta tempias bahang neraka sebenarnya, bila sudah ‘terjerumus’ ke bidang ini (ini pepatah ‘sendiri’ orang Melayu).

Kenapa neraka?

Maaf, bukan sahaja neraka .. tetapi sebenarnya sudah hampir pasti juga selangkah menempah jalan menuju ke syurga, SEKIRANYA cara pemberitaan yang ditulis adalah berlandaskan kepada niat yang baik.

Kalau ada yang bertanya pula sekarang, what’s ‘niat yang baik’ to you Abby? Define, please.

Ini memang soalan mengundang namanya bahahahahaha.

Apabila menyatakan apa yang dikatakan pandangan peribadi (which people normally relates it to the function of blogs; to influence people by expressing personal opinions), I take responsible of what I’m writing here sebab apapun yang tertulis dan terzahir di sini semuanya yang buruk-buruk belaka dari diri yang khilaf ini.

Yang terutama, ramai kena tahu dan sedar, cabang kewartawanan ini tidaklah hanya terbatas pada organisasi manakah seseorang pengamal media itu bekerja, apakah paksi pegangan organisasi tersebut termasuklah sumber pemberitaan seorang pengamal media itu.

Ini tidak lain tidak bukan, kalau berkisar ceritanya tentang dunia politik.

Silap besar kome sebenarnya kalau fikir kewartawanan dan politik itu macam isi dengan kuku (walaupun hakikatnya macam dicincang air tidak putus jugalah istilahnya).

Hakikatnya, boleh selalunya terpisah (dalam kebanyakan masa) …. dengan banyak lagi cerita-cerita human interest yang lain. Sungguh.

…. and this is what I’m dying to do.

img_3276

Menulis yang bukan kerana terpaksa, tetapi menulis dari hati.

On perkara yang di luar dari kancah politik.

On environmental issues.

On kids and their world.

On education and their challenges.

On women and their empowerment.

…. and banyak lagi, asalkan bukan dunia yang satu itu.

Peace!

img_3490


to be continued ….

‘Copy Paste’ Je?

Just a short one. Regarding this.

img_2331

Kisah di sebalik pembikinan berita seperti di atas adalah antara-yang-boleh-tahan-juga-drama-dan-cabarannya.

Tetapi disebabkan kakak bukanlah seseorang yang punya nama apatah lagi menjadi seseorang yang suka meminta dan menagih, maka dibiarkan perkara ini sebegini dengan harapan tiada pengulangan yang berlaku di masa akan datang.

Kerna, kalau sungguh berulang … tahulah nasib anda, si pelaku!

Tenang, bukan marah sangat sebenarnya. Tetapi macam kakak katakanlah tadi, mengenangkan kisah menulis berita di atas ini pun macam sekangkang-kera-mata-kakak-menahan-sengkang-mata, alih-alih nama orang lain pula yang manis terpampang.

This is part of many challenges that you’ll need to face whenever you’re (or will be) in my shoes, sooner or later.

Bukan ugutan, tetapi sekadar perkongsian picisan sahaja.

Kakak, maybe (just not yet) bukanlah wartawan yang mengejar dan menulis berita tahap mega [klasifikasi yang aku buat sendiri di mana kalau perlu melaporkan apa jua liputan mengenai Malaysian top leaders and politicians].

Bertugas pula di ‘arena’ antarabangsa, we’re prone to the urge of writing news that needs to be planned and scheduled.

I’m happy doing this way, actually. Dan selalunya memang akan memerah keringat (tidak sangat, melainkan kalau terlibat dalam conferences contohnya) dan kepala dengan sangat teruk to generate questions for those foreign diplomats and envoys.

Why I said so?

  1. It majorly involves international affairs. Sebuah dunia asing yang adakala sebahagian besar rakyat Malaysia tidak peduli sangat pun. Bukan benda yang dekat di hati sangat (melainkan kisah keperitan hidup rakyat Palestin atau Syria mungkin), apatah lagi kerap didengari di telinga. Unless you’re following such issues happening in respective countries, yes .. you’re trained and can easily know what to ask, tanpa scrutinising info from the Google.
  2. Untuk berdepan dengan mereka-mereka yang asing ini, ada cara dan etika nya juga. Mereka adalah wakil negara mereka yang bekerja di dalam negara kita. Mengenali budaya mereka dalam jarak terpaling dekat ini pun sebenarnya sesuatu yang menuntut kemahiran yang tanpa-sengaja-boleh-terlatih. Kamu tahu kan dunia itu berbahagi benua yang pelbagai? Trust me, ‘budaya’ mereka juga PELBAGAI.
  3. Terkadang, berdepan dengan mereka yang asing ini … tersangatlah memangkin diri ini untuk ‘work extra miles’, bak kata omputih. They (some of them) are foreign nations that seldom get publicised by the media — thus tersangatlah mengundang dan tahap menguji kebesaran whenever you need to deal with them in order for them to get the coverage and appear on our national newspapers/websites. Topik atau tajuk dan jenis coverage yang perlu diberikan itu .. terbanyak sekalilah menguji. Allahu .. sekali dua bolehlah ku turutkan jua labu. Tetapi kalau sudah terbiasa, macam kaki naik ke muka .. ku-tahan-dan-telan-kemudian-cakap-carut-belakang-sahajalah kekdahnya.

Tetapi segala kekangan dan keterbatasan di atas inilah yang sebenarnya mematangkan kemahiran sosial dan kebolehtafsiran kakak lalu menterjemahkannya ke dalam penulisan berita yang sesuai dengan kehendak organisasi tempat kakak bekerja. Begitu.

Perlu kau ingat, organisasi yang mengutamakan G-to-G (government-to-government) relation inilah antara berbanyak-banyak cabaran lain yang perlu kakak dan kawan-kawan rakan seperjuangan sebumbung perlu tempuhi bila menulis mereka yang asing ini.

Penyudah cerita, bila kerja keras kita dihargai dengan sebaris byline tertulis: Nabilah Saleh itu .. sebenarnya terkandung 1001 kepuasan di hati kakak.

Soal kredibiliti atau kemasyhuran itu, letak belakang lah. Not me, surely.

So, my name .. where?

img_2352

‘Pearl’ Beyond Tomorrow…

Kalau ditanya samada aku minat permata atau tidak, jawapannya adalah “Ya, tidak minat,”.

Sangat-sangat tidak berminat tahap, boleh-jalan-dan-mata-boleh-tutup-sebelah-lah, ya!

Tetapi, Permata yang ini, adalah berkecuali. Sangat-sangat berkecuali.

image

The reason why I’m in love with this kind of PERMATA is because it evolves around the world and issues of childhood and surely, the children of this country.

Jadi, there’s always concrete reason why I fall in love with this effort, what more of its initiatives yang sekarang ini sudah mencakupi 7 areas of early childhood, which are Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Permata Kurnia, Perkasa Remaja dan Permata Children’s Hospital.

 7 areas of ECE; sebenarnya terlalu banyak ruang lingkup, but .. suatu nikmat yang perlu rakyat Malaysia syukuri juga that at least we have such initiatives provided in the country.

Bersyukur, kerana disebabkan ada insan yang peka, ada manusia yang prihatin, ada manusia yang bijak pandai dan jujurnya diharapkan, ada yang ikhlas ingin melihat Malaysia maju kerana berani ‘melabur’ untuk anak-anak ini yang saling tidak tumpah bernilainya seperti ‘permata’.

image

Kanak-kanak ‘product’ PERMATA yang cukup saya kagumi. Sebagai seorang pencinta seni yang kaya dengan ciri ketimuran, persembahan pembukaan PIC2016 baru-baru ini cukup buat aku meremang bulu roma menyaksikan setiap seorang daripada mereka menzahirkan mimik serta kebolehan menari dan mengikut alunan muzik. Impressed, truly!

Dalam pada kesyukuran yang kita boleh panjatkan itu, sebenarnya tidaklah mencukupi untuk kita boleh mendabik dada dan bermegah dengan kelebihan yang ada.

PERMATA, kehadirannya muncul di kala negara terdesak dan mendesak akan keterampilannya.

Dalam pada Malaysia sedang gah dan giat mengejar arus pembangunan dan daya saing setanding negara-negara luar, PERMATA dilihat sebagai satu medium yang memangkinkan generasi anak-anak hari ini dapat dipersiapkan secara khusus demi kerana kelangsungan negara yang mahu mencapai status maju.

I haven’t gone into details of any PERMATA’s initiatives’ blueprints because in them, (I believe) laid a lot of information, measures and methods that will be implemented so that the future of those selected Permata children are guaranteed, along with the objectives.

Which is yang mana telah dikenalpasti bakat dan potensinya itu akan dipelihara dan dididik sebaiknya untuk target tertentu, which generally preparing them for a better path and future specifically.

Tetapi, hasil dari pemerhatian marhaen saya .. ECE di Malaysia ini belum mencakupi secara meluas.

Masih ada yang lompong, ‘berlubang’ dan tidak secara menyeluruh, tentunya.

I would love to refer you to this quote I wrote on an article that mentioned:

“Malaysia can begin implementing the 15-hour-per-week of free ECEC place policy and improve it on that yearly,” said Edward Melhuish, Professor of Human Development from the University of Oxford.

This professor said to me when he is asked to comment what Malaysia could do to utilise the ECEC sector for the country’s growth.

[Please find the full article here: http://www.beritadaily.com/news/2016-07-23/47144/longterm-benefits-to-good-early-childhood-education]

IMG_9896

From that quote above, ada pernah terfikir that one day our lovely land could offer such privilege to our children for a better tomorrow?

So that each and every single children born in Malaysia including the origins (orang Asli), those who live in the rural area, the poor, the underprivileged, the special needs …. could be able to attend schools, and learn like those who afford to and capable of getting the best education benefits for them?!

… if only this area is been taken necessary actions, empowered and applied to our education system, then I will be more than happy to say Permata has done more than it should.

Free ECEC, sounds a little bit impossible .. it seems. For now. In the country.

Betul?

But it’s going to be really MAJOR sebab that free ECEC for kids 3 years above sebenarnya adalah terpaling damba diwujudkan dalam negara kita, untuk setiap seorang anak itu. Kenapa? Sebab-sebab berikut:

  1. Tidak semua ibu bapa itu ‘celik’ atau secara kasarnya prihatin enough that 3 years and above are such critical years for a child’s growth and development, physically, mentally & emotionally. Ada penekanan perkataan di situ, tolong fahamkan maksudnya secara total.
  2. Dari sudut kesediaan untuk melabur (what more financially-ready) terhadap pendidikan anak-anak di peringkat usia kritikal (bawah 4 tahun, in general even) terlalu dipandang ringan. Not all, but most of them. Setuju? Ini belum diambil kira soal kemampuan ibu bapa secara kewangan ya.
  3. Ini belum lagi soal cara pemikiran atau tahap intelektualiti pasangan ibu bapa (or any of them) dalam menerima segala bentuk perubahan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan sedia ada. Bahasa mudahnya; (Situasi 1) “We need to expose him with those flash cards/books, not only toys, clay etc. They need to learn so that he’ll catch up with the rest,”. (Situasi 2) “Why is this boy only play all day. Doesn’t he supposed to learn and get to speak few words by this age?” …. dan banyak lagi situasi lain yang sebenarnya pusing balik cerita, TIPIKAL sangatlah hai pemikiran begini kalau masih wujud lagi di zaman era hari ini.
  4. …. dan banyak lagi alasan-alasan enteng dan prejudis yang tidak pernah berkesudahan kalau Abby dah mula buka cerita bahahahahaha.

Tipikal tentang umur, jantina, keupayaan yang pelbagai (multiple intelligences) dan judgemental bahawa ‘budak pandai baca buku sahaja boleh ‘hidup’ atas dunia ini!’ sebenarnya sudah terlalu basi untuk dijadikan bahan debat hari ini.

Kena belajar buka tingkap sedikit, tuan puan. Anda beruntung punya anak cukup sifat, dan bukan dalam kategori ‘special needs’. Anda tahu apa pula cabarannya kalau dikurniakan ‘permata’ bernilai begitu? MasyaAllah. Seronok! Ambillah tahu.

Again, ECEC isn’t just the world for kids to explore for free, but also for them to value life for their own secured future.

Mereka perlu bersedia secara fizikal, mental dan teramat penting, secara EMOSInya jitu .. barulah they’re perfectly raised and ready to face whatever challenges upon them.

ECEC shouldn’t be a burden, but it should be the most treasured asset to a country.

Let’s hope and pray that one day, Malaysia can do what UK is doing now. In ECEC.

PERMATA dah OK. Cuma kena lebih OK, alright?

image

Masih ingat post IG saya di atas? Curious about the ‘hazardous’ part? Let me write in short here:

  1. It was an international conference with good, excellent line of speakers and research presentations. But event management-wise, it was not properly arranged. Most probably, due to (too) many of Permata initiatives in one single conference. This year’s conference is somehow different from 2014 forum that concentrated only on Autism, SOLELY. That year was a GOOD one and more focus! This aspect highly needs attention by the organiser, so, please.
  2. Venue. Havoc. Messed up. I don’t really like the venue to ‘handle’ such big audience like this one.
  3. This time around, the First Lady of African countries were the VVIPs throughout the event. Didn’t really manage to get them to speak (for me to interview them either) because of communication barrier (the language somehow). Suatu kerugian sebenarnya cause we might know and get to know ECEC in their countries.
  4. Organiser; carca marba. Not media-friendly. Sorry.

Sekian,

#luahanrasadotfm #ibuprihatin