Peminat Rangers…

Menjadi antara yang terawal dapat menonton Power Rangers The Movie 2017 adalah suatu kenangan yang mahu dikenang sampai bila-bila. Tidak kurang juga suatu tindakan yang sedikit baik untuk perkembangan emosi dan mental kakak yang teramatlah tenggelam timbul sejak kebelakangan ini.

Too many deprivations that don’t suit me best but regrettably, that was what happened for a few weeks back.

Skip.

Permulaan yang macam sedikit beri mukadimah kepada permulaan jalan cerita filem versi 2017 ini yang pada zaman dahulu pernah menjadi kegemaran kakak tahap-supersaiya-sebab-menggilai-si-Tommy. Dan juga Billy, si biru yang geek dan sedikit tidak berapa sukakan si Kimberly kerana kegedikannya. DULULAH.

Setiap Sabtu (atau Ahad, tak ingat), siri berepisod yang hanya disiarkan seminggu sekali memang kakak tunggu depan TV. Kurang ingat juga bila waktu siarannya sebab serasa kakak macam sekitar waktu hendak atau lepas Maghrib.

Sebab itu Abah akan bising dan pesan suruh solat dulu, then barulah dapat tengok cerita bersiri ini.

Treatment penceritaan cerita lima-adiwira-pelbagai-warna-dan-pelbagai-karakter ini melalui pelbagai zaman yang berbeza-beza.

Oh my, semakin menulis tentang hal ini .. kepala jauh menerawang kepada banyak sekali cerita-cerita childhood memories yang tersangatlah best dulu-dulu! Gosh.

Tetapi antara banyak zaman itu …

Tentulah zaman Mighty Morphin Power Rangers la terpaling epik dan terpaling diikuti. Dan bila edisi 2017 ini mengetengahkan tema di sebalik how those Rangers can get morphed, kakak tersenyum lebar dan berlapang dada sahaja menonton dari awal sehinggalah ke akhir.

Naratif cerita dari awal sehingga akhir adalah sesuatu yang tidaklah sukar untuk diramal. Bukanlah perkara di luar jangkaan sangat sebab selaku peminat setia, jalan cerita setiap minggu waktu zaman dahulu itupun sesuatu yang boleh kakak hafal … makanya, tidak menjadi masalah sangat for me to enjoy myself watching this movie.

Sesuatu yang best dan lain adalah screenplay dan sinematografi mereka.

Berlatarkan masa tahun 2017 (…. not sure, if it’s beyond 2020), everything looks modern in this drama. ‘Moden’ jugalah kisahnya kalau the new breed of Rangers ini kesemuanya jatuh kategori remaja belia yang bermasalah.

Kategori bermasalah yang bukanlah sebenarnya suka untuk lakukan perkara juvana yang terlarang.

Go deep into their characters while watching throughout the show, please?

Cerita 5 sekawan yang tanpa sengaja dipertemukan kerana kononnya merekalah yang telah ‘ditakdirkan’ dan terus menjadi the chosen one untuk menjadi the next Power Rangers for the galaxy (in this era), sesuatu yang BEST sekali garapannya dari awal.

Teknik kamera pada permulaan cerita memang da bomb and I am very much surprised and pleasant to watch that. Dan melihat penceritaan yang walaupun-klise-tetapi-sebab-screenplay-yang-cantik, you’ll get awed by the scenery and what the film will be presented to you.

Pada pengamatan kakak jugalah, watak mereka berlima (well, at least not the Red & Blue Ranger la) sebenarnya masih ada yang kaku and sangat canggung. Lebih-lebih lagi saat bertukar menjadi Rangers and got morphed. Terserlah sangat ketidakmahiran mereka menguasai lakonan pura-pura-jadi-superhero-sedang-bertarung-teruk. Mungkin tidak pernah berpengalaman and ternyata mentah nak menjiwai such acting.

So, this part here is very much disappointing.

For every plots, of course, tentunya terlalu mengingatkan kakak and ramai lagi seangkatan dan sebaya tentang watak-watak back in 1995 movie yang ada mereka ini:

MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS: THE MOVIE …. Johnny Yong Bosch, David Yost, Jason David Frank, Amy Jo Johnson, Karan Ashley, Steve Cardenas, 1995

Ya ampun, legendary sungguh mereka ini! hahaha tersenyum sipu malu terus waktu menaip blogpost ini pun. Gosh!

The costumes were nice, their good looks itupun memang senang buat ‘fangirling’ in me spark dengan happynya, the moment and scenes where terkeluarlah segala makhluk alam yang berterbangan¬†sebab diseru Rita, cecair purple yang slimmy dan banyak lagilah.

Semuanya demi kerana hendak mengekalkan keamanan dunia sejagat tanpa mereka-mereka yang berhati busuk nak membuat onar dan porak-peranda di atas muka bumi. Gitu!

Secara keseluruhannya, antara isi penting mudah boleh kakak rumuskan di sini adalah (seharusnya boleh dijadikan panduan atau tips juga kalau-kalau berkira untuk menonton filem ini di panggung):

  1. Dalam durasi 180 minit, I could say suku akhir jalan cerita sahaja ada insiden gaduh, tembak and perang antara mereka yang baik dan antagonis … which to me, fair enough. Sebab I’m not kid anymore to enjoy such scenes.
  2. Do not compare the show with the 1995’s and what more with other superhero films. Because Power Rangers alone is super special and (can be actually) as good as Transformers to some of us, thus .. jalan cerita yang dijangka ini patut bukan menjadi hal terutama. In short, this film just wanna trigger the inner-kid-of you .. thus, chill lah!
  3. The script isn’t that bad. Ada juga unsur kelakar and yes, unsur LGBT ada di situ bagi penonton yang matang untuk mengenal scene yang mana. My advise is, be more mature to differentiate and educate those who are curious.
  4. Watch the movie with less expectation. Sebelum melangkah masuk panggung, just say this words to yourself, “It’s going to be one simple film for me to enjoy watching!”, nah … happy la kamu macam yang kakak rasakan.

Sekian sahaja.

Moral of the story juga, lima sekawan yang dilabel kumpulan bermasalah (ada isu autisme juga) dan ‘nakal’ ini sebenarnya kalau ada ruang dan kesempatan yang jujur dan baik untuk mereka, tidak mustahil mereka ini boleh jadi HERO tak didendang dalam masyarakat.

Dilabel sahaja, tidak cukup menggambarkan apa kisah jerit pahit mereka di sebalik kehadiran mereka dalam masyarakat  (dalam konteks filem ini: kolej).

But .. agak terrible ‘kreatif’-and-kelakar jugalah. Kalau sudah nama Power Rangers alaf baru, idea bergabung jadi MIGHTY MEGAZORD (where all Rangers bergabung tenaga menjadi robot terbesar) pun tidak ketahuan …………… masalah betul!

4 bintang, out of 5 for this one!

Thank you Rangers!