Me Before You

 

Me Before You OST: Happy With Me by Hollychild [Klik PLAY and enjoy!]

me before you_2

Hajat tertunai.

Pasang angan dan impian, lalu ada rakan-rakan yang sekufu tidak mahu ketinggalan menjadi antara yang terawal menonton, maka … dapat juga lihat di panggung sehari selepas hari tayangan.

Jenis tidak toleh belakang dan tanpa ragu-ragu, what more bila kata hati itu berdetik, “This shall be a hit and definitely a good love story movie,”.

I was thrilled to watch the film, the moment I watched its trailer.

Ya, trailernya cukup meyakinkan untuk aku jatuh cinta dan pergi ke panggung untuk menonton. Dan sila maklum juga, bukan semua trailer filem itu boleh semudah ABC meyakinkan orang yang gelarannya Abby ini ya, bear that in mind 😋

Diadaptasikan dari novel tulisan Jojo Mayes, I knew this piece wouldn’t be as cliche as our Malaysian pieces (not all, of course). At least, we can’t simply jump into conclusion or predict the whole storyline, seperti selalunya kalau tonton any of the local dramas.

Penceritaan, plot dan the narrative way of the author describing the whole situation, from the point of Louisa Clark’s view, the heroine’s character towards his helpless, quadriplegic man, lakonan si handsome bergaya, Sam Claflin (Will Traynor) adalah sesuatu yang sangat awesome sebab penonton senang dibawa dan terbuai dengan perasaan bagaimana rasanya mencintai dan dicintai, di dalam keadaan yang undescribable, also due to unavoidable reasons.

Undescribable di sini merujuk kepada situasi fizikal kedua-dua hero dan heroin yang pada pandangan mata kasar, sebenarnya hampir mustahil jugalah untuk mereka meneruskan impian hubungan mereka. Well, ini mungkin dari sudut pandangan gerak hati aku sebagai wanita, juga sebagai seseorang yang dah macam jadi tipikal pemikirannya sebab pernah tengok drama/baca novel Melayu …? 😆

image

… and in describing the hardship that Will need to go through ever since the accident, sebenarnya sangat menggerunkan jugalah (I could say, menginsafkan kalau aku di tempatnya) and from that particular scene, the only think that lingered in my mind was; “There’s no way they can get together, for life,”.

To me, to watch that scene is way too heartbreaking. Cubalah cari scene itu kalau berpeluang menonton ya.

I don’t really curious or cautious enough about the ability of the two main characters in delivering their acting perfectly throughout the film, since I am not a die-hard fan of Game of Thrones or Hunger Games which aren’t that familiar to me either 🙈 (oh maafkan kakak yang ketinggalan banyak dalam hal ehwal cerita super aksi bersiri ini).

Tertarik dengan raut wajah para pelakonnya, itu adalah sesuatu yang bukan luar biasa pun Abby selalu buat 😋. But truly, this film portrays their natural beauty indirectly that could simply hook you on the screen, like from the very beginning.

Nanti, akan terpacullah ayat seperti dan seangkatan dengan, “Argh, sweetnya dia” berulang kali, setiap kali si Louisa muncul. Cause she, who is innately funny and loves to unembarrassed herself at most of the scenes, memang sejenis senang menjadi pujaan ramai, walaupun yang menonton itu adalah golongan wanita. (Lelaki jangan cakap!)

Well, Miss Clark here really nailed it well!

image

me before you_1

Untuk mesej utama jalan cerita Me Before You ini dapat difahami oleh penonton juga tidak susah, which is literally tidak jauh daripada tema cinta-itu-bukan-untuk-memiliki & there’s always unwelcomed circumstances in life that you’ll need to eventually bear with, asalkan rasa cinta dan bersedia menerima pasangan kita seadanya itu ada.

Well, kalau bukan kerana kita yang berada dalam situasi tersebut, pasti ada keluarga, kenalan atau sahabat kita yang merasai pengalaman serupa.

Walaupun dikritik hebat oleh media Barat sendiri (among disability activists esepcially) kerana cerita ini seolah-olah memaparkan kehidupan Will sebagai orang kurang upaya yang langsung tiada punya daya lagi untuk hidup itu …. seakan-akan tiada lagi tempatnya di atas muka bumi ini untuk mereka, maka sebaik-baik pilihan yang ada iaitu mati sahaja … bukanlah suatu mesej yang digemari.

I look at it differently, although I strongly agree that disabled individuals have more than little to live for. They shouldn’t have felt that way, seharusnya.

Me Before You, is another lovely piece that oneself can always enjoy the aimless-with-low-grade-fashion-style Louisa Clark who has that passion to commemorating and living up the love story she shared with Will, as best as she should.

Sungguhpun perlambangan (symbolisation) yang menggambarkan momen-momen kematian itu hampir membuat kesemua yang di dalam panggung menitis air mata, EXCEPT for me … this film is really something for you to have a look, bila berkelapangan.

I didn’t cry at all, which was my biggest regret, but instead at that time … terus tengok jam di handphone and dang!

… I knew it!It’s a  sad ending! Huh.

image

Continue Reading

#Kelabu

Selalunya, kebiasaannya atau dalam kebanyakan masa, aku sememangnya seorang yang jenis mengamalkan keterbukaan dan selalu embrace (what is the best Malay word to replace this?) konsep keterbukaan dalam apa jua pelaksanaan kerja atau interpretasi akal dan perbuatan.

Jenis tidak suka mahu membataskan akal kepada satu-satu perkara atau judgemental yang belum tentu bagus, selamat atau ‘bajet bagus’ kinda-type. Tidak suka. Kalau secara tiba-tiba ada perasaan begitu, aku cuba kembali (dengan laju-laju) kepada kewarasan akal dan mengambil kira kalau-kalau apa jua perkara baru itu mungkin sebenarnya ada manfaat atau kebaikannya tersendiri.

Walaupun demikian, keterbukaan aku jenis berbatas juga. Tidak semuanya aku boleh hadam, tidak semuanya aku boleh telan. Dan bila dijumpakan dengan insiden-yang-tidak-boleh-kita-bukakan-minda-kita-untuknya, aku mengambil dasar ambil-dan-belajar-mana-perlu sahaja. Tidak perlu, anggap sahaja ianya ‘mainan-sekali-lalu’ dan tidak perlu gusar atau menyusahkan kepala otak pikir dalam-dalam.

Situasi di atas jelas menggambarkan betapa itu yang aku rasa dan jiwai bila baca senaskhah novel terbitan syarikat penerbitan independent (tidak lagi popular sepertimana established publisher lain).

Aku mulakan bacaan dengan penulisan Nadia Khan ini:

Kelabu1

Terus jatuh cinta. Atas beberapa faktor:

  1. Penceritaan jalan cerita dari muka satu sampai akhir adalah lari dari skeptikal novel-novel sedia ada di pasaran hari ini, yang selambak dan mengetengahkan pendekatan tajuk yang panjang berjela. Sangat-sangat.
  2. Plot yang boleh mendatangkan pelbagai emosi, persoalan dan tanda tanya dalam diri. Diakhiri pula dengan jalan cerita yang juga masih boleh menimbulkan kemusykilan. Fuh. Dari awal sampai akhir, bermain emosi yang tidak terjangka. Mampu?
  3. Mengetengahkan isu semasa yang tersangat-sangat semasa. Pelbagai isu. Boleh jadi juga sebenarnya apa yang diceritakan cukup menggambarkan kenyataan ‘Life Is Drama’ itu sebenarnya wujud.
  4. Tidak menjemukan sebab there’s no scene that you could expect what will happen in the next, next chapter. Sebab itu jadi leka and you can even finish reading it within 4-5 days ONLY.

… dan banyak lagi sebab-sebab lain yang hanya kalau anda bersifat terbuka dengan sesuatu pembaharuan atau menerima kepelbagaian sebagai sesuatu yang baru, boleh alami menerusi novel ini.

Give yourself a try. It can turn out to be a good addiction iaitu membaca.

Tetapi …

Seandainya pada pemikiran anda di pertengahan (or even di permulaan cerita, sudah mula merasa jengkel, jelik dan dangkal), aku nasihatkan supaya terus-terusanlah membaca novel-novel cinta yang walhasil balik asal hanya bermotifkan jalan cerita dipaksa-kahwin (kebergantungan kepada kes bagaimana boleh jadi terpaksa, teraccident dan tertipu)-dan-akhirnya-bertukar-jadi-cinta-sejati-sampai-mati.

Proudly say, this one piece of Nadia Khan makes me wanna read more and more of the-same-type-of-novel-writing which is independent, sedikit loose, ringan dan penggunaan bahasa yang niche dengan bahasa yang separa formal & seperti-ayat-blog. I am kinda embrace this kinda of coolness and I would love to share more if I find it suitable for other readers to read.

Pada aku, tiada propaganda besar cuba diperkotak-katik atau ‘ditanamkan’ dalam jiwa pembaca, cuma, some (I could predict this) will or might find it awkward sebab dek kerana isu semasa yang aku senaraikan di bahagian faktor-jatuh-cinta di atas. Nak tahu? Kena bacalah. I am sure you’ll  find a lot of reviews about this one novel, so up to you all to decide and have your pleasant time reading.

Reading will bring no harm to you in neither way. Still, bergantung kepada penerimaan. Take things that you can learn and do something with it to others (in Malay word, amal).

Surprisingly, you will feel way better, way with easy mind and easy satisfaction too.

More book reviews to come, and amongst those are Gantung by Nadia Khan dan Kombo! Kougar & Tabu by Shaz Johar.

Banyak sebenarnya. Banyak dan banyak aku dah baca sampai tidak pasti mahu mulakan yang mana kalau about to make #bookreviewbyabby comes alive pula.

Tetapi, akan cuba. Hopefully it won’t cause you pain while waiting. Peace!