Keluarga…

Saya sangat sayang keluarga saya, keluarga besar saya dan semua lah!

Wah!Motif buat intro kekeluargaan ini kenapa? Tetiba ada idea bila membaca blog Nurulism terlebih dahulu. 😉 Padahal keluarga ku baru ada aku & suami..Apakah? hehehe…

Bila dilihat balik kembali gambar-gambar kekeluargaan yang ada dalam simpanan sepanjang hari perkahwinan minggu lalu, rasa bahagia sangat. Comel benar gambar itu ini.

Maaf ya kalau ada pembaca yang sudah meluat dengan cerita kekeluargaan Abby. Huhu..Saya suka dan akan selalu suka. Harap maaf.

Kalian ada terbaca tak status Facebook? Yang ada kt tepi tu. Yang tertulis, ” Nabilah Saleh strongly feels that Abah & Mama misses her so much~!. Time flies and it has been a week of us living as husband & wife (^_^)”.  Tidak percaya? Betul. In fact, adik-adik pun rindu keriuhan kakak diaorang yang gila-gila ini.

Itulah, dulu waktu aku ada, buat bo layan…Main gusti tak hengat. Sampai lebam-lebam. Ha sekarang masing-masing depan ‘kitab’ sampai lebam??Padan muka!

Ha sekarang, rindu-rinduan jadi kenang-kenangan……….Eh bukan, tiada maknanya kenangan. Selagi terdaya, Abby akan pastikan saat adik-beradik ini bergaul mesra akan jadi gemilang.

Ahh, ayat sangat tidak entah apa-apa. Inilah bahasa kalau berblogging tanpa suami di sisi ;-( (Dehh, alasan tul!)

DSC06796-5

Gambar tidak berapa nak ready. Ahh, cantiknya color turqoise ku……..

DSC06797-6

Syok kalau bergaduh selalu dengan diaorg ni. Sebabnya nanti baru wujud perasaan rindu. Haha..

Lagi syok lagi bergaduh dengan minah genit ni…

DSC06804-12

Batrisya. Huhu..sangat genit, kepoche dan gedik! Mak mertua Abby sangat suka Icha ni. Petanda kah? Jeng jeng jeng.

Icha ni berlari keliling rumah masa kenduri hari tu bukan main. Malam, bila sesi ‘Buka Hadiah bersama Pengantin’ dah terbungkang tidur!. Tak comel dah waktu tu. Huhu..

More stories to come. Bersambung…Encik Suami mahu balik sekejap lagi. Adios~

Cerita baru…

Tup tup sudah seminggu kami tinggal serumah sebagai suami isteri. Cepat betul masa berlalu. Masih terngiang-ngiang lagi kemeriahan hari persandingan kami. Best ever di kalangan perkahwinan ahli keluarga sebelum-sebelum ini!

Masih teringat-ingat kemeriahan jiran tetangga dan ahli keluarga yang datang menolong, persalinan baju perkahwinan yang cantik-cantik belaka, keriuhan anak-anak kecil pangkat sepupu kepada Abby berlari keliling rumah, keceriaan sahabat dan kawan baik yang datang menemani Abby sepanjang 2 hari 2 malam majlis dan banyak lagi la.

Sangat seronok. Alhamdulilah, impian majlis perkahwinan yang sederhana tetapi MERIAH menjadi nyata. Terasa kebaikan kedua orang tua Abby berbayar melihat mereka gembira dengan kunjungan hadirin yang datang. Syukur.

Kehidupan bersuami?

Alhamdulilah, terasa ada pelindung sentiasa. Tidak perlu takut kerana dia ada di sisi.

Tipu je Abby tu. Kalau suami keje malam, penakut juga~ 😉

Abby lagi sedang mencuba membiasakan diri dengan fasa kehidupan yang baru ini. Abby percaya Abby boleh melakukan dan melaluinya dengan baik.

Terasa seperti mahu membuat dedikasi khas kepada kalian yang sudi hadir ke majlis keraian kami minggu lalu. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah:

Slide1

I heart what Mr Kyle Brachon has comment about the whole wedding of mine on Facebook. It sounds so cool till my parents feel touched by it. I bet it was sincere come from your heart, Mr Kyle. Thanks a lot to you and wife for coming the other day. :-).

Tidak cukup dengan itu, zillion thanks to everyone who pray and wish for our happiness in marriage, including this:

Slide2

Slide4

Yang ini pula, moment yang paling best dan sangat sangat meninggalkan kesan pada Abby, Mr Hubby dan keluarga besar kami. Abby juga terhutang budi dengan Nayzi, kerana dengan bantuannya impian untuk membuat tarian poco-poco menjadi kenyataan. Siapa sangka sambutannya, sungguh luar biasa kan Izyan? 😉 Satu sahaja perkataan yang boleh menggambarkan bagaimana individu ceria dan sporting habis dalam video-video ini. Anda semua sangat ………..

COMEL!!!!!

Slide3

Pendek kata, saya dan suami gembira melihatkan tetamu yang hadir juga gembira. Terima kasih berbanyak-banyak. Kepada kawan baik kami dan rakan photografer, thanks sebab menceriakan suasana dan mood perkahwinan Abby & Mael.

You are all the best!!!!!

p/s: Tidak sabar pula untuk bersiap sedia ke majlis bertandang di Ayer Itam, Pulau Pinang Nov ini. Sebab kawan-kawan saya ada. Doa anda juga sentiasa ada bersama saya dan suami. Alhamdulilah.

1Kasih…

8222_191597217925_49012822925_3943570_6054563_n

Alhamdulilah, kami telah selamat disatukan. Tarikh keramat 23 Oktober menjadi saksi. Hubungan cinta yang terjalin lebih 3 tahun kini diikat kemas. Tiada lain melainkan rasa syukur pada Illahi kerana dipanjangkan usia dan umur untuk terus melayari kehidupan yang berlainan fasa dan rentak.

Dinikahkan oleh bapa tercinta buat Abby terharu benar waktu saat diijabkabul. Tersentuh hati kerana Abah sudi ‘menyerahkan’ sendiri anak sulungnya kepada seorang lelaki. Terima kasih Abah!Dengan semerta, mata bergenang je. Mimik muka Abah & Mama bersilih ganti dalam kepala. Tup tup, selesai. Abby sah menjadi milik Muhd Ismail Ali.

Kini, usia perkahwinan baru masuk hari ke-3. Terlalu awal untuk menilai diri di tahap mana. Hari demi hari, ada sahaja azam dan angan yang ingin Abby realisasikan bersama-sama insan yg Abby cintai. Semua sudah senang, banyak aktiviti dapat dilakukan bersama dan sudah tiada kerisauan lagi. Terima kasih Mr Hubby kerana sudi menerima diri ini 😉

Semoga perkahwinan kita kekal sampai hujung nyawa. Saya cinta kamu!

p/s: Sangat berterima kasih atas kehadiran semua kenalan dan sahabat di Hari Himpunan Bersejarah 24 Oktober lalu. Abby & Mr Hubby gembira kerana anda semua sudi berkongsi kegembiraan dan meraikan kami. Terhutang budi juga dengan jiran-jiran yang sudi membantu Abby sekeluarga. Paling tidak dilupakan, tarian ‘poco-poco’ berjaya mengeratkan cinta dan silaturahim sesama keluarga besar Abby. Thanks a lot!

Anda semua sangat sangat sangat COMEL!