Bulan Kedua 2018 …

I’m so into this that I can’t wait for 2018 to be the year of another exciting new venture.

Because it’s taking ages for me to update, on time (supposedly planned to post this on the new year’s eve to be specific), then I would rather change the mood, the theme and the headline for this one whole post, the first of the year for abbyhakka.net!

Yeay to myself!

Finally, there’s always somewhere I could turn to. Write lavishly and without anyone’s concern.

Marilah terus dan terus istiqamah dalam bidang penulisan yang menjadi darah dagingmu ini, Abby!

Maka, apa maknanya dengan bulan kedua?

Pejam celik dah beralih bulan di tahun baru. Itu sebenarnya highlight di sini. Betapa masa betul-betul tidak mengejar manusia dan betapa manusia perlu belajar mencemburui masa supaya tidak dikatakan ‘ketinggalan’.

I am not rushing anything in my life. Nothing, seriously.

Cuma sentiasa berasakan kesesuaian untuk selalu memastikan diri mengikut peredaran semasa dan senantiasa juga seiring dengan semasa itu PERLU ada dalam diri, lebih-lebih lagi di sebalik jumlah tahun yang bertambah.

More or less, sebenarnya banyak yang hendak diceritakan tentang apa yang perlu dibuat tahun ini.

Kalau boleh, blogpost di www.abbyhakka.net ini kena ada sehari satu.

Instagram post juga.

Penceritaan di Instagram juga kena ada motif dan tema tertentu, which I have decided myself on what I should be working on.

Menulis untuk beberapa lagi laman web yang memerlukan khidmat penulisan juga adalah sejenis karier idaman bermula tahun ini. Nampak gaya ada menampakkan hasil, cuma perlu digandakan lagi usaha pencariannya … dan beberapa lagi.

Semoga tidak putus-putus rezeki ini, yang tiada lain diusahakan demi kerana anak-anakku.

Hey, apa cerita ya the #abbyhakkajr? Here comes the favourite part of any bloggers in the world.

To tell people about your whole life, supaya nanti ada senang untuk pakcik dan makcik berkenaan bertukar karakter menjadi bawang.

Tet!

The junior.

Tadaa!

Sudah bertukar remaja kedua-duanya. Eh! Silap benar mata anda melihatnya itu. Tengok betul-betul. Dalam sekelip mata, memang orang lihat mereka ini magically raised up. Tetapi bagi mata yang memandang mereka hari-hari, adalah lain ya perasaannya.

Yang anak dara itu dah tidak lagi boleh dimanjakan seperti bayi yang mulus. Yang anak teruna pula sudah tidak boleh diajak berbual kerana sudah terlalu sibuk menyiapkan diri menjadi seorang ‘grown up’.

To cut story short, 2018 is gonna be another tough year for me.

In almost aspects of life.

Will jotting it down here page by page, thus … Welcome back to www.abbyhakka.net!

… Cerita Nasi Minyak.

Cerita nasi minyak dalam keluarga kecil kakak berlaku kali terakhirnya … 8 tahun yang lalu.

Dan untuk peristiwa sebesar itu berlaku dalam keluarga selepas tempoh tersebut, adalah seperti ibarat memenuhi kebenaran di sebalik kata-kata, “It’s just about time …”.

Dan buat julung-julung kalinya, bukanlah juga seperti kenyataaan “akhirnya, seperti mimpi jadi makbul” .. tetapi bolehlah sebab kakak juga jadi teruja sebab akan (a one now, finally) menerima seorang adik ipar dalam keluarga!

Al-maklum, adik-beradik bukan ramai. Jarak beza umur antara kakak dan adik-adik juga agak besar, maka, beginilah keterujaan-dalam-kesederhanaan yang kami rasai for the past 2 weeks of our life as a family.

The Bani Ismail Clan

Gila-gila us!

We’re not ready yet. of course!

Although we’re ready, our poses are still the best!

Semestinya haruslah gambar mereka yang bekerja kuat di belakang tabir yang perlu didahulukan.

Dan sekarang .. baru boleh cerita bab pengantin!

Majlis kali ini adalah serba sederhana dalam segenap hal. Yang penting, perkara wajib dilaksanakan dan agenda serta keperluan lain disusun rapi agar pengantin dan kami, selaku tuan rumah juga berpuas hati untuk majlis yang dilangsungkan sekaligus dalam 1 hari, nikah & resepsi.

Banyak kelainan dalam penganjuran majlis dulu dan sekarang. Walau dalam kesederhanaan inilah, sebenarnya ada bahagia yang boleh kita cipta dan sertakan bersama untuk senang sekali diingati sebagai kenang-kenangan sampai bila-bila.

Bila mana ada majlis, seluruh ahli keluarga besar datang turun padang menghulurkan keringat yang ada.

Bagi meraikan satu-satunya adik perempuan yang saya ada dalam dunia ini dan … seorang adik ipar yang bukan juga seseorang yang asing, tetapi rupanya dari kalangan kenalan yang kami kenal waktu kecil ketika masih lagi bersekolah di Kluang, Johor dahulu.

Budak gedik, sememeh dan konon bajet happening ni adik saya!

Bertunang ketika sekitar Januari yang lalu, kurang lebih 6 bulan mereka disatukan terus.

Keluarga besar bila sudah berkumpul, kemeriahannya memang luar biasa. Kesengalan berganda, kemeriahan gelak ketawa pula, memang selalunya tidak disengajakan. That’s plain us, the Bani Ismail clan somehow 🙂

Dan sejak sudah bergelar kakak ipar masuk bulan keempat ini, I am pretty sure that these two are meant for each other.

Begitu sekali. Itu masuk bulan keempat, masuk tahun keempat, mahu lihat juga bagaimana these two can be as crazy as other clan members. Gitu!

Sekitar gambar perkahwinan ada beberapa diabadikan di dalam IG milik kakak. Tiada pula rasa hendak berkongsi banyak gambar sebab dah tentu bukan majlis kakak, kan? Hahahaha

Yang penting, kedua-dua adik ini kini sedang mengalami fasa transition dalam hidup terutamanya si adik perempuan inilah.

Kini bermastautin sekejap di Ausgburg, Jerman, silakan anda berdua menikmati keindahan dan rencah hidup berumahtangga di negara orang.

Jangan pernah lupa asal usul dan silalah pulang untuk menabur jasa dan bakti di tanahair sendiri.

Sekian sahaja cerita indah hari bahagia adik kakak.

Sehingga bertemu lagi di lain kisah dan edisi kerja kahwin keluarga kakak di lain masa.

Tinggal seorang sahaja lagi yang belum selesai, my one and only baby brother.

Ada yang berminat?