Perihal Pendidikan…

At this current state of my mind, terlalu banyak rasanya perkara hendak ditintakan dan diperincikan satu persatu di sini.  Khususnya yang berkaitan tajuk post kali ini.

Cause I have always feel my blog is another baby that I will need to take good care of, thus ‘A Post A Day’ is compulsory for me to do. Tetapi ……

…… (banyak pula alasannya, kan?) masih belum boleh tertuntas, but a baby step will do, for sure. So, please stay with me at your willing ya.

Bila bercakap soal pendidikan, as a mother of two, duduk dan bermastautin pula di negara tanahair tercinta Malaysia, it’s a must for me to have always embrace every single news focus or articles on latest development that evolve around the issues of education.

Pendidikan, as in the general term sebenarnya terlalu luas kalau hendak diajak berbincang. But what’s best that you can learn or get the overview scenarios is from reading this one piece here, written by 30-year-old Azmira Amran:

bukan_salah_cikgu_cover

Mula mengenali Azmira adalah menerusi Facebooknya. She has been too active and productive as well, in alerting us about any education issues that’s happening in the world, most specifically in Malaysia (her hometown) and Finland (a place where she pursued her studies, currently).

Dan aku masih ingat .. dalam pada keterujaan membaca dan mengikuti apa jua yang Azmira tulis, I accidentally told everything about her posts to this one Finnish lady at a reception held by the Netherlands’ embassy.

Ahaks. Jangan marah ya, Mira (if you’re reading this).

As far as I can still remember, that Finnish lady who’s working with the embassy was also looking for a scope for her focus and report (maybe) about Malaysia’s education since she’s in charge of the education sector. By giving Mira’s name, hopefully she got what she wants.

******

 [Ini adalah siaran tertunda lama sangat, so here’s some new insights for this particular book review]

This book is practically an opinion-based book. Solely, an opinion-based book.

Sejenis buku yang mengetengahkan penulisan sebegini sebenarnya beri banyak kelebihan kepada pembaca, antaranya:

  1. Bahasa yang digunakan mudah. Mudah ayatnya dan mudah dihadam juga mesej yang dicuba untuk disampaikan bagi mereka-mereka yang mungkin ‘bingung’ atau ‘bengong’ sangat lalu tertanya-tanya ‘what’s so big deal with Malaysian education system now, that we previously hadn’t face any of those difficulties? … ‘. So this particular piece can be your best reference, in summary.
  2. Bukan sahaja opinion-based, tetapi hands-on and real experience-narrative-kind of storyline yang cuba author deliver from one chapter to another. Bila menulis berdasarkan pengalaman ini, pada kakaklah .. I believe in such approach is more adaptable (like analysis kind of book juga) and boleh dipercayai. Well, nak kata boleh senang terpengaruh pun iya, sebab it sounds so real — walaupun hanya menerusi buku senipis 155 pages sahaja.
  3. Buku ini sebenarnya suatu bentuk pujukan, dan juga seruan. Trust me, sebenar-benar rayuan yang sebenarnya berbunyi #luahanrasadotfm. Apa yang Mira dan Early Childhood Practitioners/Reliable Teachers are doing at this very moment sebenarnya lebih kepada mengajak masyarakat untuk LEBIH terbuka, LEBIH berlapang dada dalam menerima pembaharuan yang dapat mempersiapkan anak-anak hari ini untuk lebih BERSEDIA dengan cabaran di masa akan datang.

Kalau diikutkan point nombor 3, ya .. I will certainly agree that apa yang author cuba buat ini pun mungkin sebenarnya baru hendak mencapai usaha tidak sampai 10% masyarakat kita di luar sana.

Itu belum menyentuh soal ketersediaan dan kesiapsagaan para guru di dalam sistem sedia ada untuk berubah, menerima perubahan dan melakukan perubahan.

I don’t blame all. Bare with me, bukan semua.

Tetapi kalau ada pun guru-guru hari ini yang merungut, lelah dan merintih lebih, the root causes are needed to get rechecked so that permasalahan ‘walhasil balik asal’  and kaedah bekerja ‘asal ada, asal jalan’ ini dapat ditangani daripada terus berleluasa.

………… kerana impaknya pada 15-20 tahun masa akan datang itu?! Fuh. I really don’t wanna imagine that.

Back to the book.

Apa yang penulis cuba gambarkan sebenarnya adalah gambaran awal atau masih secara basic lagi. So that the readers are generalised of the concerns and issues that are highlighted as a whole.

Negara Finland menjadi paksi.

From this one point of view … ingatlah bahawa;

Bukan jatuh hukum salah atau talak tiga bila perbandingan mula dihuraikan satu-persatu apa, kenapa dan bagaimana perbezaan sistem pendidikan Malaysia dan Finland itu umpama bumi dengan langit. Bila dibaca helaian demi helaian, fikiran kita (kalau kakaklah) jadi terikut sama terdetik seperti;

  1. “Yes, why not we just have less hours on formal teaching session but instead focusing on more hands-on experience?”
  2. “Why only depending on rankings, charts, examinations to move on? What’s the big deal of having many As and be in the top PISA ranking? Is this how education path should be for every single kids/student here?”
  3. “Why they can provide free education from 0 – 16 years old, and not here in our land? How do they survive? How about the amount of funds needed to support those Finnish kids and the whole sectore? How is it even possible for them to implement them, for years now?”
  4. … dan banyak lagi.

Kakak lebih senang untuk menyatakan only snippets here as you can always refer to the book to get the whole idea. Rajin sikit, please.

Pendek cerita, buku kakak Mira ini adalah sejenis wadah pembuka mata & minda.

As one of many followers who is always on track of such issues (cuma belum berpengalaman luas sahaja lagi sebab belum berkesempatan lagi menjejakkan kaki ke negara-negara yang sektor pendidikannya sangat sangat sangat bertaraf ‘world class’),  penulisan kakak Mira sememangnya saya damba dan penuh pengharapan juga untuk saya lihat ada ‘kewujudan’nya di dalam negara.

Contoh mudah:

  1. Persekitaran P&P dalam kelas yang jauh lebih santai. Tengok layout kelas mereka sahaja sudah mendamaikan jiwaku, cause kids/children/students will definitely interact to each other and sharing more insights easily. Bukan stringent macam yang kita duduk waktu di sekolah-sekolah dulu. Erk.
  2. Project-based homework and P&P session. Kalau beri pada kakak and sekalian umat especially those 90s babies, kakak rasa ketaq lutut kut nak duduk berbincang, apatah lagi present kertas cadangan/projek. But to those yang dah terbiasa dididik sedemikian, I’m sure …. wallaaweih, the confidence and speaking proficiency level pastinya, tiada tanding.
  3. Persepsi dan tanggapan yang senantiasa mengiktiraf kerjaya perguruan adalah terpaling dipandang tinggi berbanding kerjaya lain (di negara itu). Fuh, speaking on this .. you should have know now that on what basis they are taught and ‘colonised’ that way. Bila golongan ini dikatakan sebagai penyumbang terbesar dalam perkembangan individu dalam negara mereka … you tell me, what makes them at large when it comes to education? FIKIRKAN.

Bila menulis begini, ramai pasti menuduh yang kakak menulis besertakan emosi.

Tetapi for those yang mengenali, tidak .. this is not one emotional post. Instead, ada gesaan yang Ibu anak dua ini harapkan, ramai lagi di luar sana segeralah berubah dan bersedia menerima perubahan demi kerana kehendak semasa.

Itu belum lagi soal isu-isu yang cukuplah buat kakak panas punggung baca sejak dua menjak ini;

  1. Pedophile cases yang mencanak seram naik kejadiannya dilaporkan perkongsian di sana sini.
  2. Kes buli, tidak kenal umur dan maksud kemanusiaan (well, bukan patut di usia muda beginilah patutnya nilai begitu sewajarnya tinggi dalam diri?)
  3. Kecelaruan pentadbiran dan campur tangan pihak-pihak yang tidak berkenaan, seperti dalam tulisannya www. saifulislam.com

Kalau anda nampak perkaitannya kepentingan early childhood education (ECE) and education itself untuk duduk dan berlangsung mengikut kaedah yang ‘benar’, isu permasalahan-permasalahan berbangkit seperti di atas seharusnya tidak berlaku dan sememangnya pasti boleh dielak.

Maka, sekian sahaja.

Semoga pembacaan panjang lebar ini bawa manfaat, celik mata ramai lagi pihak. Silalah berkunjung ke FB Mira untuk anticipating lagi perjalanannya memudahcara dengan membuat ringkasan mengenai isu pendidikan negara hari ini.

Keep it up, Mira!

You have my 200% support.

1H 2016

Pejam celik, pejam celik …

(Wait, too cliche to start with something that has been repeated too many times)

Thus, let me begin with …

We’re about to enter the first half of the year.

(Yes!)

It also indicates that we’ve another 6 months more to accomplish whatever targets that we’ve set the bar and points to achieve by end of this year.

I’m also included, in this regard and therefore amongst those is the development that I wish my son, Imran Imtiyaz could potentially do at his biological ability and year of birth (because these two have always been the factors for me to study his pattern and preferences).

And for this purpose, KinderKaizen has apparently become the first to come out with their approach and as always, I’m anticipated by all of their programmes and activities that very much likeable by my boy!

image

Yesterday (May 22), was a Parents-Teachers’ Meeting Day for Phonics Learning class. As you may aware, II has been attending the class consistently every Saturday ever since it’s launched back in January.

This is an awaiting event for me, cause I have been always asking and curious about his progress on learning phonics.

Since I’m alone with the kids from the beginning till the end of the session, to be honest, I was too knackered entertaining my kids’ ‘aggressiveness’ at the play centre but overjoyed knowing II has actually done some impressive progress as what I’ve expected from him.

image

image

‘Expected’ di dalam konteks ayat di atas kedengaran sangat tipikal for an Asian mother like me to have always such expectation in mind. Not just one, maybe tremendous number of them. Erk.

I am an Asian woman (obviously), a Malaysian mother in fact .. thus inilah yang sebenarnya mentaliti klise yang berkali-kali aku juga selalu mengingatkan diri to be as cool as I can be, towards my children’s growth milestone.

Sedangkan dalam konsep KinderKaizen itu sendiri juga ada memberitahu that we couldn’t really expect atau menjangka apapun jua perkembangan anak-anak ini boleh memenuhi syarat yang sudah kita (the parents) tetapkan untuk mereka.

In this case, rest easy, parents! Rest easy, jugak kau Abby oit!

What makes me too comfortable with KinderKaizen concept and team members is that their consistency in educating the parents over and over again, selagi berkesempatan dan berpeluang!.

image

Though I’ve attended few of their parenting classes before, another session with them last Saturday wouldn’t cost any harm for me to get refreshed.

Dan buat pertama kalinya juga, Nawal terpaksa ditinggalkan bersama KinderKaizen teachers yang ada, while I went to the upper level to attend the briefing.

Pertama kali juga rasa impressed, teruja dengan anak sekecil itu mampu bawa diri macam burung yang dilepaskan bebas dari sarang sahaja gayanya ha! KinderKaizen is definitely born for a precious child like Nawal Najah too, wehoooooooooooooooo!

image

In short, I am satisfied with II’s first half, as well as mine in the working field. The first half that is super blessed with small achievements that last thousands of memories for us to remember.

Now, II is having his assessment week at his Little Caliph kindy. There’ll be one day exactly the same like we had last Saturday.

But hey, who really cares?

II has already impressed me, enough! Hiks!

image

Muziknya…

Ya, hujung bulan lalu sana sini orang memperkatakan tentang kematiannya.

Tentang Pemergiannya…

Tentang Agamanya…

Tentang Hartanya…

Tentang Pengebumiannya….

dan banyak lagi persoalan yang tidak berakhir lagi sampai ke hari ini.

Yang pasti….

Cakap-cakap mengenai muziknya memang kekal sampai bila-bila. Siapa tidak kenal ikon yang seorang ini. Abby bukan mengagungkan dirinya, tetapi gemar benar dengan lagu-lagunya. Sampai sekarang, rasa ‘melekat’ dalam kepala genre muziknya. Menarik, Unik dan Lain.

Pendek kata, Abby ingat akan ikon ini bukan kerana dia seorang, tetapi kerana saudara-saudaranya. Tengok sahaja video klip di bawah, Abby jadi terhibur.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=a4sxVXXAmXM]

1 lg sebab, kerana ‘Nsync ada sama. Hahaha..Meriah industri muzik mereka. Bakat-bakat mereka pelbagai. Tetapi agung mana sekalipun, semuanya kembali juga padaNya. Tiada Ragu.

Semoga dia bersemadi dengan aman.

Perempuan…

Mungkin agak ketinggalan Abby mahu memberi komentar atau mengulas lanjut mengenai cerita yg 1 ini.

perempuan-berkalung-sorban

Abby jadi kepingin bangat mau nonton gara2 membaca 1 komentar yg kawan Abby papar di facebook acc nya.

Pergh, apa angin pula engkau ni Abby? Ngomong jawa kayak reti bennar..(Sila baca dengan slanga Jawa Indonesia ya..)

Lagi pula ada slot filemnya dlm Youtube. Maka, laayaann….

Hasilnya, ermm..barangkali Abby mahu memberikan 2 pandangan peribadi Abby mengenai cerita ini.

1.Ya!Paparan realiti liberalnya Islam tentang hak-hak pembebasan wanita. Pendek kata cerita ini boleh dikategorikan sebagai memberi gambaran buruk tentang Islam. Khususnya wanita..Bayangkan…

a. Perempuan semacam kelas kedua dalam masyarakat

b. Tidak boleh melanjutkan pelajaran tanpa ditemani muhrimnya

c. Tidak boleh menunggang kedua dan cergas

d. Tidak boleh berkarya untuk menghebahkan ilmu, kerana wanita itu sudah terjamin syurganya sekiranya patuh pada suami..

d. Tidak boleh sambung kuliah, kerana lelaki yg lebih berhak peroleh pangkat tinggi..Perempuan, kesudahannya di rumah shj

dan banyak lagi…(sangat banyak, sila nonton..itu yg terbaik!)

sorban-dlm

Sementara, ada beberapa skrip dlm citer ini yg masih Abby ingat jelas…

“Disebabkan di dalam Islam, lelaki itu adalah pemimpin, maka Farid jadi ketua kelas” – walhal Nissa (Revalina S.Temat) menang majoriti.

dan banyak lagi contoh dialog lain yg bagi Abby adakala jelik, benci & hina sangat bunyinya.

Opps….relaks Abby, abaikan emosi….hehe

Walaupun Abby tidak nonton habis cerita Ayat-ayat Cinta yg genrenya lebih kurang serupa, tetapi cerita yg ini mampu memberi anda pelbagai emosi, bisa hingga kecamuk dan beristighfar panjang.

Itulah yg Abby rasakan. Adakala mahu nitis airmata sebab ya la..Perempuan diperlakukan sebegitu rupa (diperlakukan suami yg bukan muslim yg baik) . Walau baik bagaimana sekali didikan ajaran agama, tetapi Tuhan itu kalau mahu menguji tidak kira siapa dan di mana.

Ingat, ‘Life Is Drama’. Jangan ingat cerita (berdasarkan novel) ini imaginasi sahaja, mungkin ada yg benar-benar berlaku dlm kehidupan masyarakat hari ini.

2. Mcm yg Abby katakan, paparan realiti sebenar masyarakat.Ya~ Mungkin itu juga mesej yg ingin disampaikan. Bermakna ada golongan agama atau masyarakat Muslim itu sendiri tidak jelas dalam memahami agama.

Kau bayangkan, andai persekitaran Nissa dalam filem ini masih wujud?? Mungkin ada…tapi bayangkan..

perempuan-berkalung-sorban

Pendek kata cerita ini banyak buat Abby berfikir. Maaf kalau komentar Abby tidak seberapa, Abby bukan bijak pandai utk berdebat. Ilmu masih tidak banyak mana. Kerana..Abby masih belajar, sampai mati Abby pun masih dan akan terus belajar.

Sebab itu, post ini tujuan utk berkongsi pendapat dan cerita sahaja. Kalau dalam sehari tiada apa yg boleh buat anda berfikir, tontonlah apa jua bahan, video dan input yg membolehkan kita berfikir tentang kehidupan..Semoga ada manfaat dan pelajaran yg kita akan peroleh.

Perempuan Berkalung Sorban mungkin boleh menyedarkan banyak pihak, tetapi sayang di Malaysia tidak dipertontonkan…

🙂

Peragut…

Peragut?Apakah itu?

Pekerjaan profesional?Tahap pengurusan?A passion?

Cis, bedebah sungguh peragut2 hari ini. Sampai bila-bila pun keturunan dan generasi peragut ini takkan senang hidup, tak betah duduk kalau tidak meragut agaknya!Apa kau fikir lumayan menjadi seorang peragut?!

Ya, ‘lumayan’ dosa dan caci hina!

Berani-berani mereka meragut wanita berbadan dua~

Kau sudah membunuh lebih dari 1 nyawa kau tahu, bila kau meragut!

Sakit hati seawal jam 7 pagi Abby memandu ke pejabat!Berang dan panas hati dibuatnya. Belum lagi Abby menghadap suratkhabar tu. Dengar sahaja di Hot FM, Abby sudah boleh tangkap dan bayangkan betapa kejamnya perilaku si peragut.

Wanita hamil, ibu tua pun boleh jadi mangsa~ Sungguh hati binatang!

Emosikah aku? Aku percaya ramai lagi di luar sana berperasaan begini pada pagi ini!

Justeru wanita di luar sana berhati2 la kalian semua. Peringatan juga utk diri ini, yg beremosi sakan pagi ini. Teringat akan setiap kali bebelan mr fiancee supaya lebih berhati2 kalau berjalan seorang~

Ya, tunangku mmg kerap mengingatkan. Ada yg aku ikut, ada yg aku wat endah tak endah…Lihat, kesannya kalau tidak beringat, sungguh….nyawa boleh jadi pertaruhan 🙁

Semoga isu ini menemui jalan penyelesaiannya…SEGERA!.

Dan dia, IGP masih boleh mengulas begini, “Polis tidak boleh berada di setiap tempat…,”

Sungguh tidak ‘profesional’ langsung jawapanmu itu!!!

Psst…

Ni nak bergosip sikit.

Well, bukan lah bergosip. cuma ada cerita Abby nk cerita. Tetapi sumber penceritaan adalah daripada pendengaran Abby sendiri, bukannya sesi perbualan. Opps, i overheard something. Dush dush dush. Bad habit of u  Abby, but still Abby nak cerita jugak!

Pagi2 Khamis yang damai ini, ehem…Abby dh sampai di ofis. Seawal jam 6.50am. Alhamdulilah, Abby diizinkanNYA utk terus bernafas dan beramal.

Sesampai di ofis, dua rakan sekerja (1 level) sudah pun ada di ofis seperti biasa. Pendek kata, golongan yg dtg awal waktu2 begini semuanya yg duduk jauh luar KL. Macam kes Abby. Lagi2 Abby yg bencikan kesesakan. Datang awal dikira sbg 1 pilihan dan ianya tidak mendatangkan masalah kpd Abby, in fact its a good option.

Dalam duk Abby browse satu2 Mozilla dan monitoring page, Abby overheard their conversation.

Terdengar ya, bukan sengaja pasang telinga. Tetapi lama kelamaan aku jadi ‘terlekat’ terus mendengarnya. Kenapa?! Baca ni.

Mereka, mr Z dan kak M berborak psl anak2 di rumah. Mereka dah berkeluarga. Pangkat kakak2 and abang2 kepada Abby. mr Z merintih tentang anak-anaknya yg meniti dewasa. Sedang membesar tetapi seperti sudah tidak mengendah dirinya sebagai bapa.

Aduh, sedih sebenarnya kalau dengar satu2 bait ceritanya. Bayangkan kalau bapa kita merintih, kita terdengar. Apa kau rasa?

Mr Z menambah (mcm artikel style of writing dah..) anak perempuannya ada blog, he found out by himself. Sadly, blog anak perempuannya itu bnyk bercerita lebih tentang kengkwn, dan tiada langsung cerita psl famili.

Aduh, bertambah sadis. Tersentap sekejap aku dengar..

Bezanya sekrg juga, kalau dulu..mr Z balik dari kerja, anak2 dia mesti terjerit2 depan pintu, “Papa balik, yeay!”. Tetapi skrg kalau dia pulang bekerja, belum tentu anak2 ada di rumah. Kalau ada, mesti dalam bilik, entah buat apa.

Kemudian, kak M si pendengar setia berselang seli tanya soalan pada mr Z. Samada, kerap ke mr Z berborak dengan anak2, waktu makan selalu makan bersama kah & banyak lagi (yg Abby fikir, mungkin mencari punca2 kelakuan si anak2 mr Z).

Bila diteliti semula dan hasil percakapan mereka berdua, mungkin betul juga faktor usia anak2 itu yg mengubah kelakuan mereka. mungkin si bapa, mr Z terasa sedikit mengenangkan perangai sorang2. Anak perempuan seorang, anak lelaki seorang, dan seorang kanak2 kecil yg kurang sihat sejak lahir (pernah mendapat perhatian media).

Yg buat Abby ‘terpaku’ utk terus mendengar adalah kerana mendengar sendiri bagaimana seorang bapa itu merintih. Kasihan, lebih2 lagi mengenangkan mr Z adalah seorang OKU (tetapi tidak pada mata Abby kerana dia kuat, gigih bekerja mcm manusia biasa) .

Abah Abby walaupun sihat walafiat, tidak bermakna dia tidak pernah merintih. Pasti, mesti ada!Sekelumit perasaan kecewa mesti pernah terbit dalam hatinya, mungkin dek gelagat kami tiga beradik.

Argh, tak suka~ mata sudah bergenang. Cerita tentang Abah mmg senang buat Abby menangis. Lagikan mama.

Apapun, terima kasih mr Z kerana luahan rasa anda. Buat Abby sedar sekejap akan tujuan Abby hidup atas muka bumi ini. Harapannya, bukanlah ianya utk sekejap cuma, tetapi sampai bila2.

Buat sesiapa bergelar anak di luar sana, berbicaralah selalu dengan keluarga anda kerana itu lebih membahagiakan mereka. :’-)

dsc_0282-copy

p/s : 1. Blog ini bukannya utk membodek Abah. Err..Abah tak baca kut blog Abby. hehehe

2. Abby akan bercuti 3 hari di Penang mulai esok. Birthday bakal mertua jatuh pd esok hari. Yeeha!Cuti2!

The -ve side of me….

Semua orang, tidak sempurna…walaupun kesempurnaan itu menjadi impian semua orang di muka bumi ini.

Sudah tentu, aku tidak lari daripada ketidaksempurnaan yang sememangnya wujud….Apakah ketidaksempurnaan ku?Aku sahaja yang tahu….

Ketidaksempurnaan samalah ertinya dengan sifat negatif yang ada pada diri…

Hendak mengeluh, itu tidak digalakkan. Lagipun ianya akan berakhir sebagai satu keluhan semata-mata…

Hendak dikesali,ianya masih boleh diubah…tidak pernah wujud istilah ‘sudah terlambat’ dalam kamus hidup ku…

Dan, sememangnya itu yang aku harapkan…Berubah kepada yang lebih baik!

Tidak kira apa sahaja yang aku ingin dan akan lakukan…aku perlu terapkan sesuatu nilai yang baik dalam diri…dan dengan itu, aku perlukan contoh!

I have my own idol and determine to be good though life’s POP me every single day!

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=kAYDQIbOi7c]

Mengejar impian….satu perjuangan!

Langkah…

Beribu langkah…

Ke destinasi yang diimpi..

Tiba terhenti tercari-cari

Haluan arah yang telah pun musnah…

Harapan takkan kesampaian..

Hina..Hinanya diri..

Hanya menantikan bantuan…

Bagaimanakah ini terjadi…

Kerdilnya diri bukan lagi tuan…

Inikah rupanya nasib bangsaku…

Langkah demi langkah…

Biarkan bertatih…

Impian kan juga kan terlaksana..

Martabat diri ini tiada kan berakhir tanpa usaha..

Janganlah leka..

Tuah negaraku…

Semerbak harumnya…

Bingkisan keringat oh bangsaku…

Teruskan langkah ini..

Biarkan ia kekal sentiasa…

” Hari ini..jalan ini..pasti semakin berliku..kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga, bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa..Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya cekal dan tabah dapat membela mercu tanda bangsanya yang berjaya” – Tun Dr Mahathir

Tangisan ini untuk….

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=odIcWSIC-1Q]

Perjuangan yang belum selesai

Buat kesekian kalinya, Abby menitiskan airmata seringkali lagu ini berkumandang…

Lagu ini jarang-jarang sekali diketahui oleh ramai orang…

Bagiku, setiap lirik dan butir perkataan lagu ini, terlalu menusuk kalbu…apatah lagi diselangi dengan dendangan pencak silat diiringi bersama kata-kata tangis bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad…

Abby..turut hiba…pilu…mendengarkan lagu ini, yang asalahnya sebuah sajak nukilan Tun..bukan sahaja melalui deria telinga, malah paparan video klip di dalam post ini juga cukup menyentuh hati insan bergelar manusia, bangsa Melayu yang hidup di bumi Malaysia ini, harapanku…..

malah, di kala menaipkan post ini, aku menitis air mata mengenangkan apa yang telah, belum dan akan aku lakukan kepada bangsa dan neragaku

Raut wajah si ayah tua…memegang keris pusaka bangsa melambangkan kedaulatan bangsa Melayu yang perlu dibela…dijumpai pula di tepian pantai yang cukup simbolik dengan negara Malaysia yang penuh kedamaian…gambar anak kecil yang mengaji muqaddam menggambarkan kepentingan agama dalam kehidupan…tidak kurang juga anak kecil yang mengira jari mempelajari ilmu duniawi yang baginya perlu untuk berjaya…

Semua ini, cukup membuatkan diri Abby teringat akan Abah…yang berusaha keras bekerja siang dan malam, membesarkan anak-anak..memberi pendidikan dunia dan akhirat dengan sempurna…semuanya kerana ingin melihat aku menjadi manusia yang berjaya sebelum dirinya menutup mata……………..

Hanya dengan sebuah lagu ini, ianya menyingkap lebih dari 1001 kesedaran dan keinsafan..

Ayuh, rakan…bangsaku…sedarlah akan kedudukan kita hari ini….

Walhasil balik asal…

alhamdulilah, rutin harian aku ketika bertugas di Bernama.com dapat diselesaikan satu persatu..Lepas satu-satu rencana yang aku tulis, kesemuanya kini selesai dan aku semakin memahami dan mengerti erti penulisan sesebuah rencana….

Dan, di waktu kelapangan beginilah aku ambil kesempatan mencoret tinta pada blog ni…walaupun ianya blog, tetapi kadang2 bila dilihat balik, ada juga gaya dan rupa blog ni macam sebuah rencana =)…Jadi, tak kurang tak lebih, aku tetap peroleh manfaat utk dikongsikan bersama di sini….Kedua-duanya memerlukan research dan pemikiran yang ligat….

Tajuk post kali ini, adalah salah satu vocab ku pada hari ini…Maksudnya….=) samalah ertinya dengan pi mai pi mai tang tu jugak!mengikut kefahaman ku juga, jgnlah sesuatu perkara baru itu akhirnya nnti walhasil balik asal plak….Yez,thats it!

Frasa di atas ni sgtlah bersesuaian dengan senario yang berlaku sekarang ni…yang baru-baru sangat berlaku…terutamanya dengan kempen besar-besaran (besar ke..?) Hari Hijau yang dilancarkan oleh Pak Lah di Jom Hebah Penang, ahad lalu…Iklan mempromosikan Hari Hijau sekaligus ingin menarik masyarakat untuk lebih peka kepada kebersihan alam sekitar juga boleh tahan, cukup cute dan menarik…Namun, sejauh mana keberkesanannya?

Beberapa post yang sebelum ini pernah aku tulis, aku menyatakan kesedihan melihatkan kebersihan yg tidak langsung diambil berat oleh Uptown Cheras…Perkara itu berlarutan sehingga ke hari ini, terutamanya apabila aku memerhatikan keadaan sekeliling..hendak ke kedai makan umpamanya…aku dan ‘my best company’ cukup berjaga-jaga…biarlah aku digelar cerewet sekalipun, but its for my own good…

Sejauh mana keberkesannya??Itulah yg dimaksudkan dgn walhasil balik asal tu td…Ada langkah-langkah pencegahan yang diambil, bukan takde…namun, harapannya…agar matlamat Hari Hijau itu biarlah tercapai…Kalau x, walhasil balik asal lah jawabnya…

Hanya dengan diriku seorang sahaja yang ada kesedaran sivik ini, tidak cukup nak menjaga kebersihan 1 bumi Malaysia ini, apatah lagi Bumi yang kita duduk…Tetapi banyak perkara yang boleh diperingatkan bersama…Jangan lah dah terhantuk, baru nak terngadah…

Selain itu, jauh di sudut hati ini, kuat betul berdetik menyatakan Malaysia kini bukan lagi tempat yang selamat…Aku memikirkan ini sebab aku sygkan diriku sendiri, masa depan ku, org2 yang ku syg….Setiap hari, tidak putus2 ada sahaja kejadian jenayah yang meragut bukan sebarangan nyawa, bukan yang tua sahaja yang layak menemui ajal…yg masih kecil, walaupun bayi 10 bulan juga seperti sudah ditakdirkan pemergiannya dengan diperlakukan sebegitu rupa….=(

Bayi 10 bulan, hanyut dan ditinggalkan di tali air, bayi Cina yang comel dibunuh oleh maknya sendiri dan banyak lagi…di mana letaknya harga sebuah nyawa kalo nyawa pun disamakan dengan wang ringgit?Malah lebih dari wang ringgit….Itu sahaja sudha cukup menggelisahkan diriku…nak ke mana sekalipun, aspek utama perlu diambil kira iaitu merancang perjalanan dengan sebaik-baiknya…..

Susah…nak hidup di bumi tempat tanah air sendiri pun sudah tidak terjamin…..???