… Love, Hate.

My-love-hate-relationship with FOOD is like …

.. so surreal that I would want to do this kind of post.

 

 

No, that’s not just all about these two (both pictures).

A picture tells you thousand words, right?

Let’s me browse for more before I start to tell you a long story about this topic.

Untuk sementara waktu, jangan rasa terbeban dan terpukul pula dengan seleksi gambar yang ada ya.

Sejenis kelainan di Ramadhan 18 1438H, kakak hendak buat di sini.

 

 

 

 

Rasanya masih belum terlalu banyak, tetapi cukuplah sekadar yang picisan ini sahaja kakak titipkan gambar-gambar #foodporn yang ada. Walau sungguh belum lagi bertaraf profesional atau selayaknya diambil upah sebagai food blogger, gambar-gambar diatas dirakam cukup bermakna kerana:

  1. Kelazatan dan keenakan rasanya yang boleh dijangka sebelum oneself mencuba makanan tersebut.
  2. Faktor lighting dan presentation food yang memang superb.
  3. Sejenis makanan rare dan jarang-jarang dapat, sebab kakak manusia marhaen sangat .. so dapat makanan pun sejenis jakun juga.

… dan terpaling penting: setiap gambar sebenarnya juga merakam satu cerita lain di sebalik hanya gambar makanan yang tertera.

Elemen yang terpenting inilah adakala orang lupa.

Ada yang tak mahu ingat dan mengabaikan juga elemen kecil ini.

Ada cerita di setiap satu gambar.

Dengan siapa kita makan, kenapa di tempat itu untuk makan, bagaimana kita boleh end up berada di tempat makanan itu dan semua hal yang berlaku di sebalik rakaman gambar itulah yang kita terkadang tak mahu ambil peduli.

Terkadang, tanpa perlu kapsyen, kita jadi terus ingat gambar itu dirakam di mana.

Yang penting, kita tiba-tiba terasa hendak singgah semula lagi ke tempat itu dan menikmati juadah yang sama.

Kenapa?

Simply, because it contains a story. And a memory.

A memory that should be revisited when time allows you to do that.

A memory that wanted to be kept always without even no one knows about it, except for yourself.

Dan pelbagai lagi alasan lain.

Cerita pendeknya adalah untuk memori dan jalan cerita yang di sebalik setiap gambar yang ada, hargailah momen itu dan rakaman gambar itu selagi anda berpeluang mengingatinya.

I take it seriously when I am snapping a picture of a food.

Not just because I am excited about technology that I’m telling the world ‘hey-I-am-having-good-food-here-so-do-come-here-too’, but it also has its contented message and memory that I wanna keep and revive it with me, always.

That’s it.

Afterall, kakak terfikir kenapa boleh termenulis tentang ini di kala ini.

Anggap sahaja hiburan ringan yang mana kalau kau sedar, sebenarnya tiada salahnya membuat #foodporn dalam timeline akaun media sosial anda.

Adios!

 

Peminat Rangers…

Menjadi antara yang terawal dapat menonton Power Rangers The Movie 2017 adalah suatu kenangan yang mahu dikenang sampai bila-bila. Tidak kurang juga suatu tindakan yang sedikit baik untuk perkembangan emosi dan mental kakak yang teramatlah tenggelam timbul sejak kebelakangan ini.

Too many deprivations that don’t suit me best but regrettably, that was what happened for a few weeks back.

Skip.

Permulaan yang macam sedikit beri mukadimah kepada permulaan jalan cerita filem versi 2017 ini yang pada zaman dahulu pernah menjadi kegemaran kakak tahap-supersaiya-sebab-menggilai-si-Tommy. Dan juga Billy, si biru yang geek dan sedikit tidak berapa sukakan si Kimberly kerana kegedikannya. DULULAH.

Setiap Sabtu (atau Ahad, tak ingat), siri berepisod yang hanya disiarkan seminggu sekali memang kakak tunggu depan TV. Kurang ingat juga bila waktu siarannya sebab serasa kakak macam sekitar waktu hendak atau lepas Maghrib.

Sebab itu Abah akan bising dan pesan suruh solat dulu, then barulah dapat tengok cerita bersiri ini.

Treatment penceritaan cerita lima-adiwira-pelbagai-warna-dan-pelbagai-karakter ini melalui pelbagai zaman yang berbeza-beza.

Oh my, semakin menulis tentang hal ini .. kepala jauh menerawang kepada banyak sekali cerita-cerita childhood memories yang tersangatlah best dulu-dulu! Gosh.

Tetapi antara banyak zaman itu …

Tentulah zaman Mighty Morphin Power Rangers la terpaling epik dan terpaling diikuti. Dan bila edisi 2017 ini mengetengahkan tema di sebalik how those Rangers can get morphed, kakak tersenyum lebar dan berlapang dada sahaja menonton dari awal sehinggalah ke akhir.

Naratif cerita dari awal sehingga akhir adalah sesuatu yang tidaklah sukar untuk diramal. Bukanlah perkara di luar jangkaan sangat sebab selaku peminat setia, jalan cerita setiap minggu waktu zaman dahulu itupun sesuatu yang boleh kakak hafal … makanya, tidak menjadi masalah sangat for me to enjoy myself watching this movie.

Sesuatu yang best dan lain adalah screenplay dan sinematografi mereka.

Berlatarkan masa tahun 2017 (…. not sure, if it’s beyond 2020), everything looks modern in this drama. ‘Moden’ jugalah kisahnya kalau the new breed of Rangers ini kesemuanya jatuh kategori remaja belia yang bermasalah.

Kategori bermasalah yang bukanlah sebenarnya suka untuk lakukan perkara juvana yang terlarang.

Go deep into their characters while watching throughout the show, please?

Cerita 5 sekawan yang tanpa sengaja dipertemukan kerana kononnya merekalah yang telah ‘ditakdirkan’ dan terus menjadi the chosen one untuk menjadi the next Power Rangers for the galaxy (in this era), sesuatu yang BEST sekali garapannya dari awal.

Teknik kamera pada permulaan cerita memang da bomb and I am very much surprised and pleasant to watch that. Dan melihat penceritaan yang walaupun-klise-tetapi-sebab-screenplay-yang-cantik, you’ll get awed by the scenery and what the film will be presented to you.

Pada pengamatan kakak jugalah, watak mereka berlima (well, at least not the Red & Blue Ranger la) sebenarnya masih ada yang kaku and sangat canggung. Lebih-lebih lagi saat bertukar menjadi Rangers and got morphed. Terserlah sangat ketidakmahiran mereka menguasai lakonan pura-pura-jadi-superhero-sedang-bertarung-teruk. Mungkin tidak pernah berpengalaman and ternyata mentah nak menjiwai such acting.

So, this part here is very much disappointing.

For every plots, of course, tentunya terlalu mengingatkan kakak and ramai lagi seangkatan dan sebaya tentang watak-watak back in 1995 movie yang ada mereka ini:

MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS: THE MOVIE …. Johnny Yong Bosch, David Yost, Jason David Frank, Amy Jo Johnson, Karan Ashley, Steve Cardenas, 1995

Ya ampun, legendary sungguh mereka ini! hahaha tersenyum sipu malu terus waktu menaip blogpost ini pun. Gosh!

The costumes were nice, their good looks itupun memang senang buat ‘fangirling’ in me spark dengan happynya, the moment and scenes where terkeluarlah segala makhluk alam yang berterbangan sebab diseru Rita, cecair purple yang slimmy dan banyak lagilah.

Semuanya demi kerana hendak mengekalkan keamanan dunia sejagat tanpa mereka-mereka yang berhati busuk nak membuat onar dan porak-peranda di atas muka bumi. Gitu!

Secara keseluruhannya, antara isi penting mudah boleh kakak rumuskan di sini adalah (seharusnya boleh dijadikan panduan atau tips juga kalau-kalau berkira untuk menonton filem ini di panggung):

  1. Dalam durasi 180 minit, I could say suku akhir jalan cerita sahaja ada insiden gaduh, tembak and perang antara mereka yang baik dan antagonis … which to me, fair enough. Sebab I’m not kid anymore to enjoy such scenes.
  2. Do not compare the show with the 1995’s and what more with other superhero films. Because Power Rangers alone is super special and (can be actually) as good as Transformers to some of us, thus .. jalan cerita yang dijangka ini patut bukan menjadi hal terutama. In short, this film just wanna trigger the inner-kid-of you .. thus, chill lah!
  3. The script isn’t that bad. Ada juga unsur kelakar and yes, unsur LGBT ada di situ bagi penonton yang matang untuk mengenal scene yang mana. My advise is, be more mature to differentiate and educate those who are curious.
  4. Watch the movie with less expectation. Sebelum melangkah masuk panggung, just say this words to yourself, “It’s going to be one simple film for me to enjoy watching!”, nah … happy la kamu macam yang kakak rasakan.

Sekian sahaja.

Moral of the story juga, lima sekawan yang dilabel kumpulan bermasalah (ada isu autisme juga) dan ‘nakal’ ini sebenarnya kalau ada ruang dan kesempatan yang jujur dan baik untuk mereka, tidak mustahil mereka ini boleh jadi HERO tak didendang dalam masyarakat.

Dilabel sahaja, tidak cukup menggambarkan apa kisah jerit pahit mereka di sebalik kehadiran mereka dalam masyarakat  (dalam konteks filem ini: kolej).

But .. agak terrible ‘kreatif’-and-kelakar jugalah. Kalau sudah nama Power Rangers alaf baru, idea bergabung jadi MIGHTY MEGAZORD (where all Rangers bergabung tenaga menjadi robot terbesar) pun tidak ketahuan …………… masalah betul!

4 bintang, out of 5 for this one!

Thank you Rangers!

Cerita Musim Sejuk (2) …

#abbyfirstwinterexperience Day 2.

Apa engkau plan untuk buat 8 blogposts ke Abby?

We can never know. Tet!

Nama pun wartawan. Geng wartawan kalau sudah berjumpa, mulut, tangan dan kaki memang tidak pandai hendak duduk diam.

Walaupun dikenakan curfew untuk tidak keluar dari hotel selepas jam 11 malam, kami, the Bernama clans tetaplah dengan agenda sendiri mahu explore Tokyo cara kami.

Rancangnya mahu ke Shibuya sahaja pun. Alasan terbaik sebab hendak jejak Shibuya Crossing … tetapi cabarannya, dengan cuaca segitu pula. Boleh bayangkan?

First timer sahaja yang rasa begini. Layankan je.

Loving the train map. Messy but beautiful. Erk.

Terdapat subway tertentu yang mempunyai penghadang ditelakkan di garisan kuning. Tetapi at this one particular subway, tiada pula. Manusia tidak kelihatan ramai sebab ini dari platform pertama kami naiki dari Shinjuku.

Sejenis kegigihan di dalam menahan ketar. Studying the map isn’t my thing but snapping them doing it was my favourite. Ngeh!

Terima kasih banyak kepada jurupandu ekspedisi (@ekinazizminhat) yang gigih belajar tentang selok belok dan sistem pengangkutan di Jepun kerana memudahkan lagi pengembaraan jalan-kaki-kakak-di-dalam-sejuk-begitu-in-less-than-24-hours-jejak-tanah-Jepun.

Bila lagi berpeluang, kan? Kakak took the challenge sebab nak uji ketahanan diri, itupun sebab nak mempersiapkan diri sebelum berdepan cuaca sejuk Sapporo kemudiannya. Begitulah.

In general, I could say sistem subway yang ada di Tokyo, setakat dari Shinjuku ke Shibuya pun sudah cukup complicated. Sebenarnya bukan lah juga susah difahami kalau betul-betul mahu belajar explore dan bila sudah terbiasa.

Cuma, apapun pergerakan di sana yang hanya melibatkan jalan kaki setiap masa, maka tinggi cabaran diri ini adalah pada kekuatan dan stamina kaki dan badan untuk melangkah sekaligus merintangi suhu yang sejuk. Suhu tu .. suhu!

Itu belum episod kulit muka yang mulai mengering dan merekah teruk akibat suhu di sana. Menangis kejap!

On the other part, paling mengujakan sebenarnya, bila dapat pegang tiket subway yang teramat kecil itu. Mak aii, super powerful that tiny little piece of card ya. Kalau hilang di pertengahan jalan sebelum sempat sampai ke destinasi sepatutnya, boleh meroyan juga kut dibuatnya (ya tidak?).

Shibuya Crossings, suatu kemestian.

Dan seperti coretan ringkas yang kakak tulis di Instagram di sini, perjalanan ke Shibuya adalah saksi mata sendiri ini melihat bagaimana orang-orang Jepun ini berkomutasi di sana.

  1. Shibuya station, I believe .. memang platform paling teramat sibuk kalau di Tokyo. Orang yang turun berbondong-bondong dan terus memboloskan diri dari platform sehinggalah ke destinasi masing-masing dilihat macam dah tak peduli orang sekeliling. Jangan kau berangan hendak duduk di tengah-tengah laluan yang ramai itu sebab there’s no way you can survive standing still in that ‘dark & grey ocean of people’! hehehehehe sejenis lucu juga ek, kalau berlaku.
  2. Dalam subway, tiada kelihatan pun orang marhaen mereka yang beratur panjang di sebelum garisan kuning untuk memasuki train. Tiada. Cuma, mereka memang beri laluan dahulu kepada mereka yang mahu keluar dari train dan barulah memasukkan pula diri masing-masing hanya selepas orang terakhir keluar. Mudah peraturannya di situ, semua orang nampak selesa & patuh dengan rules begitu.
  3. Soal kepadatan manusia dalam train, janganlah engkau cuba banding. Tiada tara dengan yang ada di Malaysia pun. Mungkin bezanya terletak pada; the odourless of people’s bodies (mungkin disebabkan musim sejuk) & bagaimana mereka bertindak balas kepada apapun asakan yang berlaku dalam train. Berasakan dan bersesakan itu tetaplah berlaku ya … tetapi tetap dalam keadaan penuh kesantunan-tanpa-tolakan-fizikal-yang-ketara dan tiada pula suara-suara kasar dan sinis kedengaran. Aman dan sentosa sahaja keadaannya.

[Disclaimer: Pendapat penulis adalah semata-mata pendapatnya. Tiada kena mengena dengan apapun yang ada kaitan dengan dirinya secara hakiki. Nama pun blog. Sekian]

Ada apa hal tentang sejuk bila sudah di sini! Tidak begitu?

Bila dah sampai, aktiviti wajib pun menguasai diri. Lama juga berdiri dalam kesejukan begitu hanya kerana hey-dah-sampai-so-what-are-you-waiting-for-moment terus jadinya!

Begitulah kami dalam setengah jam (kalau tidak silap) di persimpangan ini, bergambar, merakam video dan apapun sahajalah sebelum kami duduk-duduk capai kopi untuk sesi memanaskan badan.

Pulang semula ke pangkal jalan (Shinjuku New City Hotel), selepas lebih kurang 1 jam kami pusing dan cuci mata di Shibuya.

Maka, bersediakah kami untuk cabaran ‘White Sapporo’ keesokan harinya?

Tunggu!

Suhu malam di Shibuya waktu itu adalah terpaling best sebenarnya. Sebab masih boleh tahan beku, tanpa memakai gloves … hanya kerana mahu bergambar dan merakam banyak gambar-gambar bangunan di sekeliling. THIS VERY MINIMALIST CITY OF TOKYO HAS CAPTURED MY HEART …. FOREVER!

KReview (Doctor Crush) …

Rindu?

Tidaklah. Ada seorang dua sahaja yang rindukan KDrama review saya.

Bukan apa, bila menulis KDrama review (I shorten it to KReview now) .. I could feel the ease and satisfaction of writing it. Plus, I can easily narrate anything/everything that I have in mind in a very flowy style, tanpa ada sebarang rasa gelisah atau mahu memikirkan hati dan perasaan orang lain. Unlike my official career.

Dan bila ada yang bertanya, “Kak Abby, rindu ler nak baca review. Bila nak buat lagi?”

Dang! Terpukul sekejap rasa muka seperti ditampar Maria pada mukanya Mariana. Lalu Mariana pun berkata, “Maria, Maria, Maria. Semua orang dalam rumah ini lebihkan Maria!,” Bahahahahaha. Dialog filem epik Melayu lama.

Bukan tidak mahu buat dik. I was and am still into reading actually, terutamanya sejak kebelakangan ini. Well, I can’t be doing two tough things at one particular time  (reading & watching), sebab kedua-dua aktiviti ini tersangatlah menuntut daya konsentrasi yang tinggi.

Dan sejenis review yang akan/perlu dibuat oleh @abbyhakka kenalah yang berkualiti dan sedikit mencerminkan kelainan. I don’t perceive things like others. Yang biasa-biasa dan hanya bersifat ‘asal ada’. Mungkinlah.

The reason I said so, sebab that’s how I normally value a drama/film. Tidak kisahlah apa genrenya, atau dari negara mana.

Back to KReview. Setelah sekian lama.

I’m sure sekarang .. the one that’s sizzling hot to be watched is this piece (cause I think so):

image

Another drama about doctors.

In general, I’ve always anticipated two types of dramas which tell stories of two different professions; DOCTOR & JOURNALIST.

Sebab utamanya yang anda perlu tahu, dulu cita-cita pertama aku adalah untuk menjadi seorang surgeon, tetapi instead, I’m now my third ambition, listed in my secondary school’s form back in early 2000.

Makanya, dua kerjaya ini tersangatlah menjadi dambaan pilu aku untuk tengok dan ikuti, walaupun memang jauh dari keupayaan la untuk menjadi seorang doktor perubatan, di waktu dan usia begini. Ahaks.

Doctor Crush, permulaan yang tidak berapa pleasing. To me.

Kenapa? Sebabnya Park Shin Hye adalah bukan seperti kebiasaan. Dia kelihatannya jauh lebih kurus, sejenis kurus aneroxia yang buat mata ini tersangatlah janggal melihat dia atas bawah.

Too skinny that makes her doesn’t really suit the character of a doctor, seriously. Walaupun di permulaan jalan cerita, Shin Hye ada memaparkan suatu sisi dirinya yang lain sebagai seorang pelakon serba-boleh, tetaplah di mata kakak si Shin Hye ini sewajarnya tidak perlu menjadi sehingga terlalu kurus begitu.

The transition character from a gangster-girl-with-brain to a passionate-real-smart-and-pretty doctor adalah sejenis watak pity girl yang tipikal selalu dibawakan oleh Shin Hye.  Tetapi itu hanyalah di permulaan cerita. When she’s becoming an adult, cerita ada sedikit memberikan nafas inspirasi bahawa it’s not impossible to become somebody, if you’re really striving .. waima apapun sekali pengalaman hitam yang pernah dilalui.

Terbukti. Lumrah dunia pun selalunya memainkan sentiment itu, in real life.

image

Di samping Shin Hye, ada watak lelaki-matang-but-really-knows-how-to-be-cute-at-times itu adalah sejenis tidak berapa hendak jadi dambaan kakak sangatlah (yeah, right!). But the real fact he’s a neurologist dan sedikit berusia itu kelihatan dan kedengaran sangat macho jugalah (Abbyyyyyyyyyyyyy!).

Up to episode 13, perjalanan plot dan perkembangan setiap watak adalah semakin berbaur keduniaan dan hilang sentimen kemanusiaannya hubungan pesakit dan doktor.

Memandangkan kisah drama ini lebih memperihalkan kepakaran doktor pakar otak atau neuro, adalah kurang boleh diterima akal kalau mana soal peribadi pesakit yang mengilukan itu (sebab dipertontonkan banyak sekali babak membelah kepala dan otak) dijadikan modal untuk tujuan ‘pemasaran’ (‘marketing’) …. ini adalah sebenarnya elemen paling keji dalam dunia kalau betul-betul ada manusia berhati dan berotak sedemikian.

… and when it comes to the 14th episode, aku jadi lemah lutut.

[Ini mungkin sedikit lari dari kebiasaan aku menulis review, but .. please accept my apology here, terlebih dahulu]

Sebagai antara manusia terpilih yang diuji jiwa dan emosinya dengan ketidakupayaan jantung anak teruna yang perlu ‘dibaiki’ di IJN 2 minggu yang lalu, this storyline of Doctor Crush adalah sedikit menyentuh naluri keibuan dan kemanusiaanku.

doctors14-00398

Babak ini. Melibatkan keluarga kecil ini.

Allah, sayunya.

I lost the guts to continue watching the next episode, jadinya. Diselitkan di situ kepayahan si bapa bergolok-gadai mencari rezeki demi kerana hendak menanggung pembiayaan kos pembedahan otak kedua-dua anaknya, pada aku .. this part of the story here is tooooooooooooooooooo ‘near’ to my heart.

Terlalu banyak pedoman yang boleh diambil dari this particular scene. Cuba, sesekali, letakkan diri anda di tempat mereka dan cuba juga lihat dari mata mereka.

[Ya ampun, this review somehow, not giving justice a little bit, it seems. Maaf …]

Overall, I give 3 and a half stars for this movie, out of 5. Sebab kalau hendak dibandingkan dengan ‘doctors drama’ yang lain pernah ditayangkan sebelum ini, ada yang jauh lebih baik (Yong Pal), lebih berinformasi dan sesuatu yang baharu (Doctor Stranger – the best!) dan tentunya, lebih dramatik lagi jalan cerita cintanya (The Descendants of The Sun – less doctor roles, but insanely synchronise with the soldier profession).

Percayalah … sebab here’s some gist:

IMG_9865

Take time and choose your ‘Doctors Drama’ at your fingertips;  https://www.dramafever.com/news/7-dramas-about-doctors-passionate-lives-in-south-korea/

….. and you’ll be wayyyyyyyyyyyyyyyyyy satisfied. Peace!

Komik ‘PRISMA’…

Sehari sebelum usia bertambah 1 angka.

Ada dedikasi khas yang hendak dibuat hari ini.

Dalam perjalanan yang superlicious ‘best’ pagi tadi seperti laporan Waze di bawah, tiba-tiba idea ‘best’ juga muncul dalam kepala untuk berbuat sesuatu dan menulisnya di sini.

[Gambar 1: Kesesakan teruk yang bukanlah di luar kuasa kita juga untuk meramal apa yang akan berlaku bila melangkah keluar sahaja dari pintu rumah hari ini. Now, let’s see what awaits me esok]

IMG_9823

Kalau ada sesiapa noticed, ada satu apps ‘best’ terbaru di pasaran yang sudah menjadikan diri ini ketagih. Setiap masa kalau boleh mahu muatnaik segala koleksi gambar yang ‘best’, yang belum pernah lagi diletakkan di mana-mana. [Tet!]

PRISMA.

Terbaik. Cubalah download.

But, I do believe ada sebab dan kenapa gambar-gambar anda boleh kelihatan ‘best’, exclusive dan cantik untuk layak dipadankan dengan app bernama Prisma ini.

In short, if you do have the eyes of photography, you’ll value this app wholeheartedly that your pictures which get filtered by this app will satisfy to bits.

[Begitu sekali!]

Well, I am not the one who loves filter ‘machines’. Sekalipun banyak, to me, too many ‘cheapskate’ one. [Sorry!]

On this, I’m very selective. Antara yang betul-betul menambat dan menjerat hati untuk meng’download’ apps yang bersesuaian untuk tujuan ‘menjadikan’ gambar-gambar menjadi lebih ‘best’ adalah DUA sahaja iaitu : VSCO Cam & Snapseed.

I’m using VSCO Cam kalau untuk gambar potrait dan manusia, dan Snapseed untuk sceneries. Strictly.

As for this PRISMA, this app really gives an added-value to your picture.

I’ve tried once, and I found it really attractive if you wish to give some impact & drama to your picture.

I began my experiment with this picture.

IMG_9710

I captured this two months ago. Originally, this picture alone (without been filtered) itself already contains an ecstatic-kind with that sentimental value I have in mind, along with the so-called-nice-mellow-caption (who knows me, they are well-known of my captions too huehuehuehue).

Prap! Sekali bila diacah-mainkan dengan Prisma, it turned out really really really well. Kakak suka teramat! Terus caption bertambah-tambah mellow tidak hengat!

It looks like someone animated it (with that some narrations that can tell a story).

Next, I played around with this picture.

IMG_9725

Bahahahaha cuba beritahu alasan apa yang boleh buat anda tidak jatuh cinta dengan app se’cool’ ini!?

One of the main tips: Snap a well-composed picture. So that your ‘Prisma’ed picture will look extremely better than the original. This is serious.

Sejak dari percubaan pertama dan kedua inilah, banyak betul gambar-gambar yang ada dalam koleksi telah berjaya diubahsuai dan membuahkan kepuasan yang ‘smirky’ dalam hati. Nyet!

Pagi ini sahaja, saya snap beberapa pictures to kill the mood that badly affected by the heavy traffic jam this morning:

IMG_9826

Tak cukup dengan pemandangan hadapan, aku snap ini juga:

IMG_9827

Si kecit manis yang tidak pernah sunyi daripada menjadi teman hidup kami sebagai suri hati. Sedang dalam percubaan imitation yang ‘terlampau’ which is really entertaining-rasa-hendak-dush-tampar-manja aja mukanya tu hehehehe.

Being me who is always enthusiastic about photography, I did this as well;

IMG_9806

 The new piece of cloth for work attire today!

Itupun jadi bahan. Asal boleh dan asal boleh dicantikkan oleh Prisma, I will do it right away! hahahaha

So do you think you would fall for Prisma, like I did?

Not sure now whether to share them all here. But will slowly do through my Instagram account, for sure.

For those who’re as crazy as mine in taking pictures or has that high interest to be a photo shooter by nature, also to whom who has already inspired me to always endure life the way I used to, so here’s the way I’m  telling you to do the same and this is also how I’m doing it to chill myself.

Kamsahanida!

But one thing for sure, this Prisma app won’t ‘do so much justice’ for selfie pictures! Like seriously.

A portrait is good and it may turn to be extremely good also .. but not selfie.

BUROK!

Sekian, tips mudah dan senang hati dibawakan oleh;

Yours truly-who-is-turning-30-tomorrow!

IMG_9708

Lebaran Seadanya …

#teamrayaseadanya memang begini. Sempoi sahaja tahun ini.

Biarlah sempoi sesempoi sempoinya. Kalau punya rezeki lebih di lain tahun sekalipun, biarlah tetap sempoi selalu temanya.

Janji dapat merasa masakan sayur lodeh air tangan Mama berkoyan-koyan tambahnya, nasi impit gebu, kuah kacang marvellous dan ayam masak merah meletops sebagai bonus … pun dah cukup sempoi!

So inilah #teamrayaseadanya.

IMG_9051

Nampak tidak, terang lagi bersuluh tahap sempoi tahun ini? Baju pun carca-marba temanya. Asal ado.

End of Day 1. Tet!

Hari kedua, awal pagi sudah memulakan perjalanan balik kampung.

image

Pemandangan snap-snap dari dalam kereta sahaja.

Nampak tenang, nampak tiada cabaran. That’s how I love it. Selalunya. Tetapi, bukan selalunya pun begini. Apalagi musim perayaan. KAN?!

Pemandangan yang berona indah warnanya dari pandangan langit ke bumi bertar itu, adalah seindah-indah scenery yang kami lihat ketika pulang ke kampung di Sabak Bernam baru-baru ini.

Kalau tiada kesesakan, perjalanan seharusnya memakan masa kurang lebih 1 jam setengah sahaja (luckily, hari itu). Tetapi kalau sudah sesak dan namanya pun ‘musim perayaan’, perjalanan sehingga 7 jam lamanya pun tidak mustahil berlaku untuk jaraknya yang kurang daripada 200km ini. Begitulah.

image

image

IMG_9291

Selalu ambil gambar dari belah hadapan, kali ini kita ambil dari gambar sisi pula.

Baru betul terserlah ciri kekampungannya itu. Uhuk. Satu-satunya yang tinggal dan tidak akan boleh lupa kemeriahan dan keseronokannya perasaan dapat pulang ke kampung ini waktu kecil-kecil dahulu.

Dari Kluang, Johor meredah lebuhraya Utara-Selatan, menerusi Dengkil dulu dan melalui bandar diraja Klang pula, terus ke Kuala Selangor, perasaan hendak cepat-cepat sampai di kampung itu memang undescribable sangat.

Kalaulah, boleh diputar masa ke zaman itu ….

******

Back to reality.

Sejak perginya arwah Nenek tiga tahun lalu, kemeriahan pulang ke kampung ada sedikit pudar dirasakan. Kalau dahulu, ada wajah tua yang sentiasa menanti kehadiran kami di suatu sudut.

Senyumnya dia melihat seorang demi seorang turun dari kereta ditambah pula dengan riuh-rendah suaranya cucu-cucu ini kalau berteriak bila jejak sahaja tanah rumah kampung, dari jauh boleh nampak jelas dan lebar terukir. Walau hanya tersenyum, kami tahu hati dia pastinya berbunga riang dan dalam kepalanya, sudah tentu banyak yang difikirkan tentang apa yang perlu diberikan kepada setiap kami sebagai buah tangan … PASTI.

Tetapi, sudah 3 tahun.

Sudah lama sangat rasanya tidak nampak wajah tua dengan susuk tubuh yang kecil itu. Rindunya.

image

image

image

Cerita lebaran saya sudah banyak tahun jadi ala kadar sahaja. Terutama tahun lepas dan tahun ini, dugaannya lebih sedikit.

Tidak apalah, janji masih sudi dipinjamkan kesempatan ada bersama-sama orang yang tersayang di sisi selalu, pun lebih dari cukup untuk saya.

Kita enjoy gambar sahajalah ya. Buat kenang-kenangan di sini.

image

IMG_9299
IMG_9280

image

Sepupu-sepupu yang ada, yang dulu digomol dibuli dan diusung sahaja ke mana pergi, sudah membesar jadi gegadis dan teruna (seorang sahaja) semuanya.

Rupa paras dah berubah, selera juga berjenis, bab bergaya jangan dicerita.

Apapun, kakak Bilah mu ini berjanji untuk sentiasa dan akan sentiasa menjadi kakak sepupu engkau orang semua yang paling kuat menyakat sampai bila-bila (walau dalam hatinya, Allah .. drama airmata berbakul-bakul). Ini sahaja kenyataan yang tidak akan pernah berubah huehuehuehuehue.

IMG_9311

Akhir kata, Batu 38 Sabak Bernam … you’ve always got a special spot in my heart. Forever.

I’m so lucky to have you (all that related to you), and always want to portray you as part of my life story. Selamanya.

Salam Lebaran 2016.

To Forget IG Soon?

  • This isn’t a review.

At least, not a paid one apatah lagi disuruh-suruh oleh sesiapa untuk melakukan, but I’m doing this at my willing to spread all good news that I’ve gained and learnt to date.

So as for this time, there’s a new app in town, which is really NEW to me.

Quite happening, soon-to-booming and pretty brilliant for us to venture cause we’re indirectly trained to be creative and tend to do extra miles to display best pictures and storylines that you have in mind.

Sounds appealing enough? 😄

image

image

Pernah jugalah sejarah tercipta sebab one of the story I did reach higher viewership daripada kebiasaan (so far that’s my personal record, that’s the best dan termampu) yang entah bila boleh berulang lagi 🤓

To me, why Steller is in the picture now is because … it try to tell us that our smartphones can do more than serve as our cameras or a quick way to post images to social networks like Facebook or Instagram.

Our smartphone are way capable of being creative devices. So if you think your creativity isn’t channeled good enough, give Steller a try.

Tentang sejarah kewujudan Steller ini, silalah Google untuk kesahihan dan kefahaman sendiri. Salah maklumat, salah pula pembawakannya. But as you know its background, am sure you’ll fall for it straightaway!

image

There’s no specific aim why I do Steller, except for my passion and ability in capturing pictures. Masih berlabel amatur, of course.

I mean, this is the only way I can ease my stress and yeah, to show a little bit of the talent in narrating stories (walaupun not at all bagus dalam penyampaian cerita gaya ringan begini, but will slowly learn how to do it, for sure).

Yang penting, I have tonnes of pictures yang sayang kalau tidak diabadikan di mana-mana. Internet juga senang jadi bahan rujukan anak cucu cicit nanti nak lihat apa yang kita buat hari ini, kan?

So I did a few and enjoying myself stumbling it. Memang semacam berkobar dan meluap-luap rasa untuk sentiasa update dan come out with any new stories each day.

Apakan daya, belum mampu dan belum juga berupaya untuk aktif 5 Stellers sehari (mungkin) sebab ada sahaja kerja-kerja hakiki yang selalu menanti. Suatu kekangan yang hellyeah, kalau boleh dapat escape sekurang-kurangnya barang seminggu dua juga .. lebih dari yang terbaik dan MENARIK, akaun Steller kakak ini mampu berfungsi. (Puiiii!)

Another nice feature about this Steller juga adalah challenge-challenge tertentu yang diwujudkan bagi memangkin lagi aktiviti kreativiti di kalangan sesama account members. There’ll be days where you are encouraged to do #stellerhero #stellerplaces #stellermom and many more!

Dare to be challenged?!

To me, trying will bring no harm. Kalau suka, please give it a try!

Afterall, IG is already overrated … don’t you think? 😜

Me Before You

 

Me Before You OST: Happy With Me by Hollychild [Klik PLAY and enjoy!]

me before you_2

Hajat tertunai.

Pasang angan dan impian, lalu ada rakan-rakan yang sekufu tidak mahu ketinggalan menjadi antara yang terawal menonton, maka … dapat juga lihat di panggung sehari selepas hari tayangan.

Jenis tidak toleh belakang dan tanpa ragu-ragu, what more bila kata hati itu berdetik, “This shall be a hit and definitely a good love story movie,”.

I was thrilled to watch the film, the moment I watched its trailer.

Ya, trailernya cukup meyakinkan untuk aku jatuh cinta dan pergi ke panggung untuk menonton. Dan sila maklum juga, bukan semua trailer filem itu boleh semudah ABC meyakinkan orang yang gelarannya Abby ini ya, bear that in mind 😋

Diadaptasikan dari novel tulisan Jojo Mayes, I knew this piece wouldn’t be as cliche as our Malaysian pieces (not all, of course). At least, we can’t simply jump into conclusion or predict the whole storyline, seperti selalunya kalau tonton any of the local dramas.

Penceritaan, plot dan the narrative way of the author describing the whole situation, from the point of Louisa Clark’s view, the heroine’s character towards his helpless, quadriplegic man, lakonan si handsome bergaya, Sam Claflin (Will Traynor) adalah sesuatu yang sangat awesome sebab penonton senang dibawa dan terbuai dengan perasaan bagaimana rasanya mencintai dan dicintai, di dalam keadaan yang undescribable, also due to unavoidable reasons.

Undescribable di sini merujuk kepada situasi fizikal kedua-dua hero dan heroin yang pada pandangan mata kasar, sebenarnya hampir mustahil jugalah untuk mereka meneruskan impian hubungan mereka. Well, ini mungkin dari sudut pandangan gerak hati aku sebagai wanita, juga sebagai seseorang yang dah macam jadi tipikal pemikirannya sebab pernah tengok drama/baca novel Melayu …? 😆

image

… and in describing the hardship that Will need to go through ever since the accident, sebenarnya sangat menggerunkan jugalah (I could say, menginsafkan kalau aku di tempatnya) and from that particular scene, the only think that lingered in my mind was; “There’s no way they can get together, for life,”.

To me, to watch that scene is way too heartbreaking. Cubalah cari scene itu kalau berpeluang menonton ya.

I don’t really curious or cautious enough about the ability of the two main characters in delivering their acting perfectly throughout the film, since I am not a die-hard fan of Game of Thrones or Hunger Games which aren’t that familiar to me either 🙈 (oh maafkan kakak yang ketinggalan banyak dalam hal ehwal cerita super aksi bersiri ini).

Tertarik dengan raut wajah para pelakonnya, itu adalah sesuatu yang bukan luar biasa pun Abby selalu buat 😋. But truly, this film portrays their natural beauty indirectly that could simply hook you on the screen, like from the very beginning.

Nanti, akan terpacullah ayat seperti dan seangkatan dengan, “Argh, sweetnya dia” berulang kali, setiap kali si Louisa muncul. Cause she, who is innately funny and loves to unembarrassed herself at most of the scenes, memang sejenis senang menjadi pujaan ramai, walaupun yang menonton itu adalah golongan wanita. (Lelaki jangan cakap!)

Well, Miss Clark here really nailed it well!

image

me before you_1

Untuk mesej utama jalan cerita Me Before You ini dapat difahami oleh penonton juga tidak susah, which is literally tidak jauh daripada tema cinta-itu-bukan-untuk-memiliki & there’s always unwelcomed circumstances in life that you’ll need to eventually bear with, asalkan rasa cinta dan bersedia menerima pasangan kita seadanya itu ada.

Well, kalau bukan kerana kita yang berada dalam situasi tersebut, pasti ada keluarga, kenalan atau sahabat kita yang merasai pengalaman serupa.

Walaupun dikritik hebat oleh media Barat sendiri (among disability activists esepcially) kerana cerita ini seolah-olah memaparkan kehidupan Will sebagai orang kurang upaya yang langsung tiada punya daya lagi untuk hidup itu …. seakan-akan tiada lagi tempatnya di atas muka bumi ini untuk mereka, maka sebaik-baik pilihan yang ada iaitu mati sahaja … bukanlah suatu mesej yang digemari.

I look at it differently, although I strongly agree that disabled individuals have more than little to live for. They shouldn’t have felt that way, seharusnya.

Me Before You, is another lovely piece that oneself can always enjoy the aimless-with-low-grade-fashion-style Louisa Clark who has that passion to commemorating and living up the love story she shared with Will, as best as she should.

Sungguhpun perlambangan (symbolisation) yang menggambarkan momen-momen kematian itu hampir membuat kesemua yang di dalam panggung menitis air mata, EXCEPT for me … this film is really something for you to have a look, bila berkelapangan.

I didn’t cry at all, which was my biggest regret, but instead at that time … terus tengok jam di handphone and dang!

… I knew it!It’s a  sad ending! Huh.

image

Continue Reading

1H 2016

Pejam celik, pejam celik …

(Wait, too cliche to start with something that has been repeated too many times)

Thus, let me begin with …

We’re about to enter the first half of the year.

(Yes!)

It also indicates that we’ve another 6 months more to accomplish whatever targets that we’ve set the bar and points to achieve by end of this year.

I’m also included, in this regard and therefore amongst those is the development that I wish my son, Imran Imtiyaz could potentially do at his biological ability and year of birth (because these two have always been the factors for me to study his pattern and preferences).

And for this purpose, KinderKaizen has apparently become the first to come out with their approach and as always, I’m anticipated by all of their programmes and activities that very much likeable by my boy!

image

Yesterday (May 22), was a Parents-Teachers’ Meeting Day for Phonics Learning class. As you may aware, II has been attending the class consistently every Saturday ever since it’s launched back in January.

This is an awaiting event for me, cause I have been always asking and curious about his progress on learning phonics.

Since I’m alone with the kids from the beginning till the end of the session, to be honest, I was too knackered entertaining my kids’ ‘aggressiveness’ at the play centre but overjoyed knowing II has actually done some impressive progress as what I’ve expected from him.

image

image

‘Expected’ di dalam konteks ayat di atas kedengaran sangat tipikal for an Asian mother like me to have always such expectation in mind. Not just one, maybe tremendous number of them. Erk.

I am an Asian woman (obviously), a Malaysian mother in fact .. thus inilah yang sebenarnya mentaliti klise yang berkali-kali aku juga selalu mengingatkan diri to be as cool as I can be, towards my children’s growth milestone.

Sedangkan dalam konsep KinderKaizen itu sendiri juga ada memberitahu that we couldn’t really expect atau menjangka apapun jua perkembangan anak-anak ini boleh memenuhi syarat yang sudah kita (the parents) tetapkan untuk mereka.

In this case, rest easy, parents! Rest easy, jugak kau Abby oit!

What makes me too comfortable with KinderKaizen concept and team members is that their consistency in educating the parents over and over again, selagi berkesempatan dan berpeluang!.

image

Though I’ve attended few of their parenting classes before, another session with them last Saturday wouldn’t cost any harm for me to get refreshed.

Dan buat pertama kalinya juga, Nawal terpaksa ditinggalkan bersama KinderKaizen teachers yang ada, while I went to the upper level to attend the briefing.

Pertama kali juga rasa impressed, teruja dengan anak sekecil itu mampu bawa diri macam burung yang dilepaskan bebas dari sarang sahaja gayanya ha! KinderKaizen is definitely born for a precious child like Nawal Najah too, wehoooooooooooooooo!

image

In short, I am satisfied with II’s first half, as well as mine in the working field. The first half that is super blessed with small achievements that last thousands of memories for us to remember.

Now, II is having his assessment week at his Little Caliph kindy. There’ll be one day exactly the same like we had last Saturday.

But hey, who really cares?

II has already impressed me, enough! Hiks!

image