#Kelabu

Selalunya, kebiasaannya atau dalam kebanyakan masa, aku sememangnya seorang yang jenis mengamalkan keterbukaan dan selalu embrace (what is the best Malay word to replace this?) konsep keterbukaan dalam apa jua pelaksanaan kerja atau interpretasi akal dan perbuatan.

Jenis tidak suka mahu membataskan akal kepada satu-satu perkara atau judgemental yang belum tentu bagus, selamat atau ‘bajet bagus’ kinda-type. Tidak suka. Kalau secara tiba-tiba ada perasaan begitu, aku cuba kembali (dengan laju-laju) kepada kewarasan akal dan mengambil kira kalau-kalau apa jua perkara baru itu mungkin sebenarnya ada manfaat atau kebaikannya tersendiri.

Walaupun demikian, keterbukaan aku jenis berbatas juga. Tidak semuanya aku boleh hadam, tidak semuanya aku boleh telan. Dan bila dijumpakan dengan insiden-yang-tidak-boleh-kita-bukakan-minda-kita-untuknya, aku mengambil dasar ambil-dan-belajar-mana-perlu sahaja. Tidak perlu, anggap sahaja ianya ‘mainan-sekali-lalu’ dan tidak perlu gusar atau menyusahkan kepala otak pikir dalam-dalam.

Situasi di atas jelas menggambarkan betapa itu yang aku rasa dan jiwai bila baca senaskhah novel terbitan syarikat penerbitan independent (tidak lagi popular sepertimana established publisher lain).

Aku mulakan bacaan dengan penulisan Nadia Khan ini:

Kelabu1

Terus jatuh cinta. Atas beberapa faktor:

  1. Penceritaan jalan cerita dari muka satu sampai akhir adalah lari dari skeptikal novel-novel sedia ada di pasaran hari ini, yang selambak dan mengetengahkan pendekatan tajuk yang panjang berjela. Sangat-sangat.
  2. Plot yang boleh mendatangkan pelbagai emosi, persoalan dan tanda tanya dalam diri. Diakhiri pula dengan jalan cerita yang juga masih boleh menimbulkan kemusykilan. Fuh. Dari awal sampai akhir, bermain emosi yang tidak terjangka. Mampu?
  3. Mengetengahkan isu semasa yang tersangat-sangat semasa. Pelbagai isu. Boleh jadi juga sebenarnya apa yang diceritakan cukup menggambarkan kenyataan ‘Life Is Drama’ itu sebenarnya wujud.
  4. Tidak menjemukan sebab there’s no scene that you could expect what will happen in the next, next chapter. Sebab itu jadi leka and you can even finish reading it within 4-5 days ONLY.

… dan banyak lagi sebab-sebab lain yang hanya kalau anda bersifat terbuka dengan sesuatu pembaharuan atau menerima kepelbagaian sebagai sesuatu yang baru, boleh alami menerusi novel ini.

Give yourself a try. It can turn out to be a good addiction iaitu membaca.

Tetapi …

Seandainya pada pemikiran anda di pertengahan (or even di permulaan cerita, sudah mula merasa jengkel, jelik dan dangkal), aku nasihatkan supaya terus-terusanlah membaca novel-novel cinta yang walhasil balik asal hanya bermotifkan jalan cerita dipaksa-kahwin (kebergantungan kepada kes bagaimana boleh jadi terpaksa, teraccident dan tertipu)-dan-akhirnya-bertukar-jadi-cinta-sejati-sampai-mati.

Proudly say, this one piece of Nadia Khan makes me wanna read more and more of the-same-type-of-novel-writing which is independent, sedikit loose, ringan dan penggunaan bahasa yang niche dengan bahasa yang separa formal & seperti-ayat-blog. I am kinda embrace this kinda of coolness and I would love to share more if I find it suitable for other readers to read.

Pada aku, tiada propaganda besar cuba diperkotak-katik atau ‘ditanamkan’ dalam jiwa pembaca, cuma, some (I could predict this) will or might find it awkward sebab dek kerana isu semasa yang aku senaraikan di bahagian faktor-jatuh-cinta di atas. Nak tahu? Kena bacalah. I am sure you’ll  find a lot of reviews about this one novel, so up to you all to decide and have your pleasant time reading.

Reading will bring no harm to you in neither way. Still, bergantung kepada penerimaan. Take things that you can learn and do something with it to others (in Malay word, amal).

Surprisingly, you will feel way better, way with easy mind and easy satisfaction too.

More book reviews to come, and amongst those are Gantung by Nadia Khan dan Kombo! Kougar & Tabu by Shaz Johar.

Banyak sebenarnya. Banyak dan banyak aku dah baca sampai tidak pasti mahu mulakan yang mana kalau about to make #bookreviewbyabby comes alive pula.

Tetapi, akan cuba. Hopefully it won’t cause you pain while waiting. Peace!

#AADC2

Menulis sambil dihalwatelingakan lagu-lagu dari OST #AADC2 barulah betul-betul mendatangkan mood menulis, walaupun selesai nontonnya sequel cerita adalah kurang dari 24 jam sahaja (kut). Begitu sekali penangannya. Ready?

#AADC2, semua orang tahu lanjutannya dari kisah yang mana. Percintaan epik Cinta & Rangga itu, selepas 14 tahun  … semua pun jadi gusar dan teringin sekali ingin tahu apakah kesudahannya dan bagaimanalah ‘pertemuan’ semula itu bakal berlaku.

Sangat-sangat dinantikan ya, termasuklah yours truly yang bukan tegar penonton sinema cerita Melayu dan seangkatan dengannya.

Di permulaan cerita, garapan bermula dengan sedikit flashback tentang episod pertamanya, #AADC. Elemen yang aku rasakan perlu juga dipertonton sebab durasi cerita dahulu dan sekarang adalah terlalu lama; 14 tahun. Sampaikan aku betul-betul terlupa jugalah ketiadaan Alya di awal cerita dan sampai tercari-cari juga kenapa tinggal berempat sahaja gegadis yang ada … hiks.

Kehidupan Cinta (yang selama terpisah dek kerana seutus surat dari Rangga itu) ternyata jauh lebih baik sekarang dan kemunculan #Trian sebagai tunangannya Cinta itu memang sedikit menjengkelkan, pada aku.

Mungkin, Pengarah berasakan perlunya elemen ‘cemburu’ dan ‘rasa-insecure-dalam-perhubungan’ itu perlu ada to sizzles the storyline more … dan ternyata memang aku antara audiences yang teramatlah disturbed dengan wataknya si Trian.

End.

For that Trian part.

Keakraban Cinta, Karmen, Milly dan Maura itu sememangnya idaman dan impian semua mereka yang pernah bergelar gadis suatu ketika dalam kehidupan. For this part, aku juga jadi teringat momen-momen yang lama sangat tertinggalkan sejak masing-masing punya keluarga dan anak-anak.

096748200_1459166155-AADC__39_of_263_

It ‘smitten’ me BIG time dan bila idea bercuti ke Jogjakarta itu muncul, it struck me so well that hell yeah, I feel like immediately want to do it with my favourite girls too! Seriously!

Sebagai seorang yang tidak pernah lagi ke mana-mana daerah di Indonesia mahupun menjejakkan kaki ke republik itu, tentunya #AADC2 adalah masterpiece yang berjaya menjual tempat-tempat menarik untuk dilawati di daerah itu.

Ditambah pula dengan adegan pertemuan semula Cinta dan Rangga di Jogja, aku kira kebarangkalian dilawati pelancong ke Jogja pastinya dapat mengatasi Bali, selepas ini. This is predictable, really.

Dan bila mana pertemuan itu terjadi antara keduanya kerana hanya hendak merungkaikan punca mereka berpisah, ada rakan yang memberitahu (yang sama-sama menonton) that reason given by Rangga is just so LAME dan tidaklah menjadi centerpiece kepada jalan cerita keseluruhannya #AADC2.

Setuju, sebab well … cerita cinta abadi selalunya memang mudah berakhir dengan jalan pengakhiran yang membahagiakan, bukan? So … tidak perlu rasanya Rangga took that 9 years just to explain that he’s confused with whatever dilemma yang dia punya waktu di kota New York.

Idea ‘membenihkan semula rasa bunga cinta’ yang terbazir 9 tahun lalu antara Cinta & Rangga itu adalah sebenar-benar benarnya momen yang terlalu mencuit hati sesiapa sahaja yang menonton.

In one single night, kurang lebih 36 jam aku kira … episod jelajah Jogja direncana Rangga (tanpa sengaja mungkin, sebab momennya manis sangat okek) telah bawa penonton ke hampir semua destinasti hot spot perlu dilawati di Jogja. [I wouldn’t really want to state each and every single spot they went for shooting .. sebab lagi rasa kurang pengalaman dan feel untuk bercerita kerana tidak pernah sampai ke sana .. so, just ask from Mr Google]

ChQ04MUWkAALB5D

Dan wataknya Rangga kali ini dilihat sebagai sangat baik sekali menjadi yang termanis untuk Cinta walaupun di saat Cinta beritahu dia sudah menjadi tunangan orang. On how you can get into the film by understanding Rangga itu tidak susah .. sebab concentrate sahaja pada lakonannya dia, dan definitely you’ll see the real him being a lover to Cinta. [Begitu sekali description yang aku boleh pendekkan di sini on how good he is in the film … seeing is believing too, bukan?]

Cinta, di sebaliknya, yang masih kekal cantik dan manis (walaupun kelihatan sedikit berusia), memang sentiasa berjaya develop that lovely side of her. The sweet and lullaby her yang berjaya juga jadi bahan ketawa, sudah persis Lisa Surihani di Malaysia, aku rasa.

Overall, jalan ceritanya mudah difahami dan walaupun sedikit klise dan boleh diramal, ada elemen lain yang buat penonton jadi terlupa untuk memikirkan apa yang bakal berlaku di penyudahan cerita.

Camera angles for this film juga pada aku, terbaik. Bukan like jump one frame to another seperti kebanyakan cerita, tetapi instead kita dibawa untuk sama-sama go along with the camera movements serta flow and mood jalan cerita. Emosi juga diluahkan secara literally bagus dengan such camera tricks, terutama … untuk momen dan scene di bawah ini (tutup muka);

aadc2 1

aadc2

Sumber : Google Images

Cerita sequel #AADC adalah pertama yang aku lihat untuk kategori filem Indonesia, selain Ungu Violet. Tidak banyak yang pernah aku tonton di layar perak, tetapi bila keluar rumah dan memilih untuk menonton itu, selalunya yang paling OK pastinya.

Sungguhpun, semua sedia maklum pasangan Cinta & Rangga sememangnya sinonim dengan lantunan puisinya yang puitis dan bermadah, this second sequel nampaknya berjaya membuatkan anda untuk tidak terlalu terganggu dengan elemen itu, unless you’re looking for it.

After all, apabila menonton apa-apa jua cerita di layar perak .. latihlah diri menjadi penonton matang. Take things which are good to be emulated and avoid if there’s such that’s not likeable.

Susah memuaskan hati semua pihak bila hendak berkarya nieh. As long as anda happy menontonnya, itu sahaja sudah cukup untuk diri sendiri.

Peace!

What’s Next?

#kdramareviewbyabby macam on hiccups lately. Sangat!

Sedikit sendu dan kerancakan menontonnya kena dicari dan digali balik moodnya itu.

Minat takkan pernah pudar, cuma ada keterbatasan yang perlu diutamakan.

Too many things happened lately, sampaikan cuti long weekend minggu ini pun boleh buat aku lupa. Oh I’m just a terrible mother that failed to sort out plans for dearest children of mine. Dang!

Well, things have turned out really good sejak dua tiga menjak nieh. Malas mahu diperincikan, cukup sahaja dengan updates yang ada.

Alhamdulilah for what has been achieved so far.

For more ‘extravagant’  &  hectic years to come .. well, I do look forward such occasions in life too, insyaAllah.

Too many things in the pipeline as well, yang buat aku berharap all plans that have been sorted out could take place real soon.

Lelah itu sudah terlalu lali dengan diri aku. Cuma, kalau ada yang dapat meringankan beban itu, diharapkan itulah sebaik-baik perancangan aku yang mungkin direstuiNYA juga.

Few more exclusives to come and write, to crack the head and come out with good angles … NGEE!

Tetapi, nak beritahu juga .. dua cerita #KDrama for this year ini adalah yang akan aku tengok next. Doakan ada kesempatan itu untuk aku have my own me-time, please.

Come Back Mister_poster

Ada unsur komedi yang boleh menceriakan kehidupan, mungkin. And with Rain in it .. BONUS!

Sebab ada Ji-Sung, the unavoidable reason not to watch this drama. Gosh, Abby ...!

Sebab ada Ji-Sung, the unavoidable reason not to watch this drama. Gosh, Abby …!

Mudah Lupakah Kita?

Sekali lagi, ada perkongsian best yang boleh diulang-siar di sini.

Sebab Melayu itu mudah lupa, dan perlu dan sentiasa terus untuk perlu diingatkan setiap masa .. justeru, terkadang perkara ini mengingatkan aku pada melodi yang boleh membangkitkan kesedaran itu setiap hari.

I would prefer this to be a good reminder for all, as well.

And here’s a recap which I’ve written somewhere.

*******

Rasanya sudah berulang-ulang kali klip video di atas saya titipkan di dalam post-post entri saya di blog ini. Tidak akan pernah bosan dan tidak akan pernah rasa mahu meminggirkan lagu ini sampai bila-bila. Kalau boleh hendak diperturunkan ke beberapa generasi akan datang pun saya tidak kisah. Mahu tahu kenapa?

Jawapannya mudah sahaja. Kita, Melayu mudah lupa. Tersangat-sangat mudah lupa.

Maka dengan adanya melodi dan penghasilan lirik seindah seperti dalam lagu di atas sememangnya wajar ditiupkan semangatnya ke dalam diri manusia-manusia pelupa macam saya (terutamanya) supaya kita-kita ini tidak alpa dan tidaklah pula tersenang alpa dengan perkara yang kita punya yang sebenarnya dipinjamkan Tuhan untuk sementara.

Sekali lagi ini juga tiada kaitan ceritanya antara hidup atau yang telah meninggal dunia. Tetapi I can guarantee the story that I am to tell you here is things that evolve around me. Things that I feel can be shared and at the same time would love to always remind my own self that this is one of many elements in life that you need to deal with.

Setiap manusia itu lumrahnya, Tuhan telah jadikan dan rencanakan perjalanan hidupnya. Perjalanan yang ada adakalanya mudah, senang, susah dan liku, serta beronak duri memang Tuhan pelbagaikan untuk manusianya yang juga pelbagai.

Disebabkan ‘kepelbagaian’ yang Tuhan ciptakan ini, Tuhan ciptakan juga akal fikiran supaya manusia itu dapat membezakan mana satu permata dan mana satu kaca, mana satu baik dan juga mana satu buruk. Malangya, tidak semua manusia itu bijak hati dan akal fikirannya untuk menggunapakai nikmat Tuhan yang satu itu dalam memberi penilaian ke atas hidup manusia lain.

In fact, golongan seperti ini bermaharajalela. Tersangat banyak ‘kuman’ macam ini dalam populasi manusia hari ini yang macam dewa dan macam tiada unsur kemanusiaan dalam diri. Allahuakbar.

Aku ini, manusia yang berumur 28 tahun. Allah, umur setahun jagung orang kata. Pengalaman pun ‘masinnya’ belum boleh terasa. Tetapi bila bercakap soal manusia yang macam tidak boleh sedar elemen ‘jatuh-bangun-ini-adalah-niche-kehidupan’, aku bukanlah tiada pengalaman langsung. ‘Masin’ berdepan pengalaman itu dah pernah saya rasa. Pernah jugalah beberapa kali merasa. Perit apatah lagi.

Bila ada sahabat yang dilanda badai yang sama, I would rather stand beside my dear friend and support him or her firmly so that my friend will feel easier and look forward to a better settlement and future. 

I will want to give consistent encouragement so that a good friend of mine will put aside the negative element from that ‘silly’ people or occasions but instead rise from the downfall and be grateful for what other life elements that he/she has now, which to me it’s mindful that we appreciate things that we less care before.

Begitulah. Sekecil-kecil alam, me or we could do to help and remind those who think they are great in many sense. Let us remind ourselves and let us be grateful for what we have rather than confronting the issue or the persons involved.

Susah mengingatkan sesama manusia. Walau sebangsa, susahnya ya rabbi. We can always try. Do try at your willing. But if you’re not and do not dare to ‘fight’ with those, always remember …. ‘Retreat doesn’t mean we’re lost’. Maturity plays big role in some sense.

Sekian.

DIAgnosis3

Sebab sekarang tengah dalam proses membaca DIAgnosis3: Motuari, tetiba teringat ada pernah cerita pasal DIAgnosis di laman sesawang yang unfamiliar itu.

Share sikit di sini.

Kesinambungan penceritaan yang best dan cukup menggambarkan how trilled the profesionalism is, in the medical. Dibukukan seperti novel, aku rasa cara beginilah terpaling mudah hendak menarik minat pembaca dan muda-mudi di luar sana yang kejar impian mahu menjadi doktor mahupun pengamal perubatan.

Now to recap, the sharing posted in April 2014.

DIAgnosis

Apa barang pakai gambar Google Images kan? Pakai gambar sendiri lorh. Tetapi kebarangkalian diculik dan disalah guna itu memang tinggi. Malas mahu bertekak. Mujur gambar sekadar untuk perkongsian dan bebelan di blog. Kalau untuk tujuan kerja, jangan mimpi. Jangan cuba cari pasal lah mahu mencedok lepas tu siar dalam suratkhabar korang. Biadap!

Baiklah, tadi itu adalah permulaan yang sangat random. Tiada kaitan dengan ‘hormonal inbalance’ dalam diri. Hiks. Marilah kita membuka lembaran baru memandangkan hari ini juga adalah penghulu segala hari. Rebut syafaat dan keberkatan yang dijanjikan kalau kita mahu hindari perkara yang tidak diingini, insyallah.

Berbalik pada tajuk post di atas, it’s obviously stated that this post is another way of me presenting my sincere thoughts and feel on this one material and piece that I’ve read. And this time around it’s on #DIAgnosis, a compilation of short stories that happened and faced by three local credible Malaysian doctors.

Nipis sahaja. RM20 harganya.

Sebenarnya adalah menjadi pantang aku juga hendak membeli buku yang nipis, walaupun harganya murah. Sebab aku ada satu perangai yang senang mentafsirkan buku nipis buat diri aku tidak puas membaca and mesti cerita penulisan buku tersebut pendek dan tidak dapat berjaya melengahkan dan melekakan aku dari terus membaca.

Satu perangai pelik sebenarnya tetapi yes, memang itu semacam mentaliti yang aku ada dalam kepala setiap kali berkonfrontasi dengan diri sendiri bila bab membeli buku terutamanya novel dan cerpen, either in Malay or English.

But because of this one simple review I read from IG account of Dr @zahiliahfilzah, saya langsung teringat dan beli tanpa ambil pusing mentaliti aku yang entah apa-apa tu. Hiks. Beli dengan sangat confidentnya.

Balik, belum terus boleh membaca muka ke muka. Terpaksa ditahan-tahan sebab ada kertas peperiksaan yang perlu diduduki dalam seminggu dua. Langsung terlupakan sampailah the day after the exam is finished, membukalah aku sampulnya plastik yang membaluti #DIAgnosis dan membacanya.

And … it takes me only half a day to finish reading the book. Nampak tidak kegagahan di situ, di sebalik mentaliti aku yang memang tidak suka buku nipis?

Hahahahahaha statement mahu menang sahaja! Tetapi trust me, ketipisannya bawa impak yang sangat besar dalam diri aku sebagai pembaca, waima aku bukan pengamal perubatan apatah lagi ada sangkut-paut dengan bidang sains biologi manusia itu.

Sebab itu orang kata pengalaman adalah sebaik-baik cikgu dalam kehidupan. Dan dengan penceritaan pengalaman tiga orang doktor ini, I could sum up that they’ve faced a lot of challenges in their career yet they are still passionate in what they’re responsible to do towards their patients.

Salute betul pemikiran orang-orang begini. Kalau aku boleh kata dahulu, ada doktor yang sebenarnya kurang bijak (sikit) dalam hal-hal perubatan (in some cases and situation, they don’t really showing us the professionalism), but these 3 humble doctors have totally changed my perception that they are still some doctors who have the high-end quality knowledge and ethics while they’re wearing their uniform, or even out of their shifts.

Dan bila pengalaman mereka selalu dikaitkan dengan kebesaran Allah s.w.t, saya jadi lagi mudah tersentuh dan sebal kerana ada perkara dalam kehidupan kita seharian yang kita leka dan tidak pernah mahu ambil pusing walau seminit dua dari 24 jam yang Tuhan pinjamkan setiap hari.

Allahuakbar.

Terlalu banyak ayat-ayat yang ‘berkuasa besar’ dalam buku tersebut. Yang mana kalau sekali baca sahaja, terpana lah aku dek kerana kebenarannya. Terkesima jugalah jiwa dek kerana kekuatan di sebalik ayat-ayat yang disusun. Sungguh tinggi dan dalam ilmu mereka para doktor, tetapi lebih dalam lagi bila mana setiap apa jua penemuan penyakit, perangai pesakit dan jalan penyelesaian yang cuba para doktor ini selesaikan … sebenarnya berbalik semula kepada Allah s.w.t

I am sure all of us are aware that there’re thousands of people, with millions of different diseases and attitude whenever, wherever towards the people named doctors. Tersangatlah pada aku, kategori manusia sedemikian macam tidak kenal erti syukur, tetapi … siapalah kita yang khilaf untuk membuat perhitungan. Cumanya … kalau selepas membaca buku ini, harapnya adalah kesedaran sikit untuk saling hormat-menghormati dan berilah walau secubit kerjasama dengan mereka, para doktor yang mungkin sebenarnya ikhlas dalam menghulurkan bantuan kepada kita.

I know it’s always hard for us to face reality what more shocking news that tells you the real condition of your own health, but with some faith … I am sure we can cool down and accept the ‘pain’ slowly, but in more surely way.

Dan antara kesukaran dan ketidakselesaaan para doktor juga adalah untuk memberitahu ‘khabar buruk’ kepada pesakit mahupun keluarga pesakit, bila perlu. We should’ve also feel them and understand both situations in order to have a better conclusion at last, for the good sake of two parties involved.

Makanya, penceritaan buku nipis banyak mengajar mengenai erti kehidupan and how on earth can we do to appreciate our loved ones. Ini adalah terpaling penting sebenarnya, suatu elemen yang manusia sering alpa dan gah (tidak kurang) dengan nikmat kesihatan yang Tuhan pinjamkan.

So peeps, grab this one copy while you still can. Cause I’ve been told #DIAgnosis2 is about to launch soon. And I super can’t wait to grab the new sequel, dan tidaklah lagi menjadi bukan-antara-yang-terawal masa mula-mula #DIAgnosis keluar dahulu.

Mak terlajak train sangat, tetapi syukur kesempatan memiliki itu Tuhan bukakan jalan juga untuk aku jadikan teladan. Alhamdulilah.

#kdramareviewbyabby

Perkara yang aku suka buat, dan teramat suka buat lebih-lebih lagi adanya demand daripada kenalan yang tahu dan menyuarakan.

Aku pun jadi kurang sedar bila sebenarnya kali pertama aku mula tonton cerita Korea, dan terus-terusan suka dan sekarang macam obses satu macam punya giler dengan siri drama dari negara yang terbahagi dua itu, South and Nouth.

Seingat diri inilah kan, drama pertama yang aku tonton dan betul-betul hayati sekaligus terus jatuh cinta gedebok adalah drama Korea, Winter Sonata. Itupun gara-gara speaker kursus penulisan skrip yang aku attend di Finas (entah tahun bila pun tak ingat), Murali Abdullah waktu berkursus itu suruh tengok dan hayati skrip yang dia tayangkan.

Masa itu, rasanya buta tuli dalam menafsirkan maksud di sebalik penceritaan sesebuah drama/skrip, apatah lagi nak menganalisis maksud tersirat yang terkandung dan seterusnya membuat review seberani dan segigih macam sekarang.

Hahaha entah dari mana datang kekuatan dan kematangan berbuat demikian pun aku kurang pasti.

But it’s kinda fun and appreaciative jugalah sebab ada rupanya yang menjadikan review sengal saya itu dibuat rujukan. Rujukan yang boleh diterima pakai kalau-kalau mereka hendak menonton siri KDrama yang lepas-lepas.

But to tell you the adventure or how I do it, memang tiada apa boleh dikongsikan kut. It’s just something that naturally comes from my brain that goes into my fingers and they clicks and dancing spontaneously.

Gituh. Kenyataan teramat poyo lah kalau orang tak kenal aku boleh cakap.

But this #kdramareviewbyabby adalah suatu cetusan yang kalau boleh mahu kekal jadi ‘darah daging’ aku sampai bila-bila. Sebab sememangnya selesa dan terus-terusan mahu jatuh cinta dengan drama-drama Korea, aku harap one fine day this hashtag could trigger the attention of the world. Gitu. Ambitious tidak?

Tetapi tidaklah tahap membuat review ini sampaikan diri sendiri pun terabai. Terkadang memang tidak mampu rasanya hendak follow segala semua drama production SBS, KBS dan TVN nieh.

Throughout the year, rasanya terlalu banyak yang mereka hasilkan. Jenis aktif dan ligat jugalah kira. Itu belum yang running game reality shows and etc.

KDrama juga kalau sesiapa yang dah terbiasa ada kategori tersendiri. Aku suka bahagikan kepada beberapa groups where there’ll be normally 16 episodes, 20 – 26 episodes and 50 episodes.

Well, 50 episodes adalah terpaling banyak boleh aku nengok.

Dan usually, to come out with such review, aku suka hendak menceritakan betanya kreatif nya plot and narrative style mereka dalam menyusun babak and what more, tangling you with the ‘nerve-wrecking’ element.

Berdebar kut. Dah berdebar satu hal, ditambah pula dengan elemen memang-takkan-boleh-sabar-hendak-tunggu-next-episode-maka-hidup-kau-jadi-bermatlamatkan-cepatlah-datang-Isnin-dan-Selasa-oit!.

Hahahaha rengsa tidak baca adjektif dan deskriptif sepanjang itu? But trust me, itulah yang terlahir dari sudut sanubari kakak.

I wish, I really wish that I can do extension review of each reviews I’ve done in my Instagram account. Walaupun ku tahu, tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia adalah peratusan yang senipis bawang, aku aku tegarkan diri menulis dengan panjang .. supaya aku yang akan lebih terhibur dalam ini hal.

Hahahaha kakak kejam, I know.

And as for this poster posted above; #CheeseInTheTrap.

In short, up to the latest episode, I could say that the character of Park Hae Jin adalah semakin cheesier and cheesier that you will always feel he’s super gorgeously cute, handsome boyfriend someone could never ask for.

Begitu.

Terkadang juga aku menulis sambil didorong emosi menggila. Bukan macam-aku-seorang-director nye feeling, tetapi lebih kepada aku-lah-heroin-dan-girlfriend-Park-Hae-Jin itu!

Bluek.

M.a.k.a.n 

Simply because of its authenticity, I am here again to taste these food again.

Bukan sesuatu yang mengketagihkan tetapi cukup untuk buat diri ini kembali lagi dan lagi setiap kali datang ke Pulau ini.

Dan … pada setiap masa pun aku ke pulau ini, hanya inilah ketagihan makanan yang boleh aku damba, bergantung harap dan sedut nutrien, tenaga daripadanya.

Makanan lain? Na daaa. Memang tidak dan tidak akan retilah aku untuk makan segala yang bukan-biasa-di-tekak-kalau-bukan-makanan-KL-dan-Johor-namanya. Gitu.

Benda bukan kebiasaan, beginilah. Tetapi kalau sekali dah suka, bertalu-talu pinggan yang datang pun aku sebat.

Yang peliknya (tidak berapa peliklah juger), sehingga ke hari ini, aku susah betul hendak hadam makanan autentik masakan Utara yang lain selain yang ada di Padang Brown nieh.

Maaflah kesayangan. Apapun, kids and I will need to survive this kinda situation setiap kali pulang ke kampung. Tidak mahu membiasakan perkara yang bukan menjadi kebiasaan mereka.

Sebolehnya, we go moderate at all time. Asalkan yang ada di atas (macam dalam gambar) ada di Pulau Mutiara itulah, selagi itulah rasanya berbaloi-baloi kalau mengidama masakan utara nieh.

Yang lain, makanan Johor juga tetap terbaik, tetap di hati. Waima, aku bukanlah orang kelahiran Johor. Tet.

MrMamaFood is the name …

Ya, setelah rasanya bertahun-tahun memendam rasa dan berfikir secara kritikal akan bila masanya sesuai untuk salah seorang daripada kami memulakan perniagaan atau dalam erti kata lainnya ; bekerja sendiri, akhirnya … we end up with establishing one in March this year.

Alhamdulilah for this strong will, determination and ‘force’ given by Almighty for us to finally come out with the idea. We’ve given this new baby of ours as MrMamaFood — bercirikan dengan hanya seketul kiosk sahaja di Kepong Baru.

Nothing big, fancy and giant about this initial small business of us. Tetapi syukurnya aku dan suami kerana dapat juga come out with the idea and that ‘strong’ will sebab serius mahu melakukan ia at last, tercapai.

It’s our baby which serves variety of western food, kepakaran encik suami yang aku kenali sejak mula kami bercinta lagi. Cause I can still remember he packed for me a box of mushroom soup together with roasted bread yang terpaling sedaplah aku pernah makan bila mana kalau tengah sakit demam.

Till today, I can still remember the taste though I am pretty sure he was not done it from scratch either (but from the can, instead) kah kah kah.

It has entered its three month of operation now, but of course (almost) a month absence due to husband’s condition being infected by dengue on the mid of Ramadhan recently.

For those who’re curious or not knowing of its existence, you may go and search us in Instagram, Twitter and Facebook. As the administrator incharged, I am fully responsible to promote and market our babies. Things that I’m good at and kinda forte of mine, kata encik suami.

Well, as newborn .. I am pretty sure we aren’t the best yet but we’re on our way to serve our very best delicacies for all. Walau banyak mana sekalipun persaingan di luar sana, I guess people will still need to eat everyday and will always endure good food anytime, anywhere … correct?

Label Mr MAMA

If you see this logo and design in Kepong Baru, make sure you drop by and give yourself a try peeps! It’s worth buying, I tell you!

See you after Raya, cause MrMamaFood is so gonna go wild after this. Ahaks.

#Review Novel ‘Kelabu’

Selalunya, kebiasaannya atau dalam kebanyakan masa, saya sememangnya seorang yang jenis mengamalkan keterbukaan dan selalu embrace (what is the best Malay word to replace this?) konsep keterbukaan dalam apa jua pelaksanaan kerja atau interpretasi akal dan perbuatan.

Jenis tidak suka mahu membataskan akal kepada satu-satu perkara atau judgemental yang belum tentu bagus, selamat atau ‘bajet bagus’ kinda-type. Tidak suka. Kalau secara tiba-tiba ada perasaan begitu, saya cuba kembali (dengan laju-laju) kepada kewarasan akal & mengambil kira kalau-kalau apa jua perkara baru itu mungkin sebenarnya ada manfaat atau kebaikannya tersendiri.

Walaupun demikian, keterbukaan saya jenis berbatas juga. Tidak semuanya saya boleh hadam, tidak semuanya saya boleh telan. Dan bila dijumpakan dengan insiden-yang-tidak-boleh-kita-bukakan-minda-kita-untuknya, saya mengambil dasar ambil-dan-belajar-mana-perlu sahaja. Tidak perlu, anggap sahaja ianya ‘mainan-sekali-lalu’ dan tidak perlu gusar atau menyusahkan kepala otak pikir dalam-dalam.

Situasi di atas jelas menggambarkan betapa itu yang saya rasa dan jiwai bila baca senaskhah novel terbitan syarikat penerbitan independent (tidak lagi popular sepertimana established publisher lain).

Saya mulakan bacaan dengan penulisan Nadia Khan ini:

Kelabu_Nadia Khan

Terus jatuh cinta. Atas beberapa faktor:

  1. Penceritaan jalan cerita dari muka satu sampai akhir adalah lari dari skeptikal novel-novel sedia ada di pasaran hari ini, yang selambak dan mengetengahkan pendekatan tajuk yang panjang berjela. Sangat-sangat.
  2. Plot yang boleh mendatangkan pelbagai emosi, persoalan dan tanda tanya dalam diri. Diakhiri pula dengan jalan cerita yang juga masih boleh menimbulkan kemusykilan. Fuh. Dari awal sampai akhir, bermain emosi yang tidak terjangka. Mampu?
  3. Mengetengahkan isu semasa yang tersangat-sangat semasa. Pelbagai isu. Boleh jadi juga sebenarnya apa yang diceritakan cukup menggambarkan kenyataan ‘Life Is Drama’ itu sebenarnya wujud.
  4. Tidak menjemukan sebab there’s no scene that you could expect what will happen in the next, next chapter. Sebab itu jadi leka and you can even finish reading it within 4-5 days ONLY.

… dan banyak lagi sebab-sebab lain yang hanya kalau anda bersifat terbuka dengan sesuatu pembaharuan atau menerima kepelbagaian sebagai sesuatu yang baru, boleh alami menerusi novel ini.

Give yourself a try. It can turn out to be a good addiction iaitu membaca.

Tetapi …

Seandainya pada pemikiran anda di pertengahan (or even di permulaan cerita, sudah mula merasa jengkel, jelik dan dangkal), saya nasihatkan supaya terus-terusanlah membaca novel-novel cinta yang walhasil balik asal hanya bermotifkan jalan cerita dipaksa-kahwin (kebergantungan kepada kes bagaimana boleh jadi terpaksa, teraccident dan tertipu)-dan-akhirnya-bertukar-jadi-cinta-sejati-sampai-mati.

Proudly say, this one piece of Nadia Khan makes me wanna read more and more of the-same-type-of-novel-writing which is independent, sedikit loose, ringan dan penggunaan bahasa yang niche dengan bahasa yang separa formal & seperti-ayat-blog. I am kinda embrace this kinda of coolness and I would love to share more if I find it suitable for other readers to read.

Pada saya, tiada propaganda besar cuba diperkotak-katik atau ‘ditanamkan’ dalam jiwa pembaca, cuma, some (I could predict this) will or might find it awkward sebab dek kerana isu semasa yang saya bagitahu di bahagian faktor-jatuh-cinta di atas. Nak tahu? Kena bacalah. I am sure you’ll  find a lot of reviews about this one novel, so up to you all to decide and have your pleasant time reading.

Reading will bring no harm to you in neither way. Still, bergantung kepada penerimaan. Take things that you can learn and do something with it to others (in Malay word, amal).

Surprisingly, you will feel way better, way with easy mind and easy satisfaction too 🙂

Sekarang, sedang ‘menelaah’ ini. This one piece here is kinda COOL too :

kombo-kougar-tabu
Enjoy reading everyone. In a month, I’ve read two novels! Targeting more books in more months to come, insyaAllah 🙂

Kembali ke sini…

Ini bukan lakonan semata.

Perkiraan mahu kembali ke laman ini macam perlu ditimbal balik.

Memandangkan ianya jauh lebih mudah, murah dan senang diurus, mungkin dalam sedikit hari lagi laman ini akan kembali aktif seperti dahulu yang dolu-dolu.

Memandangkan juga ada dua baby baru yang mahu dikhabarkan cerita, maka kewajipan berblogging mengenainya adalah memuncak.

Tunggu.