It’s TOO Much TOO Soon!

Siaran tergendala terlalu banyak for many, many and many unavoidable reasons. Mohon maaf.

Itu sahaja yang mampu kakak luahkan for the long hiccups here.  Jangan ditanya apa dan mengapa, percayalah .. BLOG senantiasa menjadi dambaan pilu kakak untuk jenguk (baca post-post lama la selalunya), apatah lagi mahu kemaskini .. just right on time whenever I feel like doing it.

Tetapi keterbatasan masa dan waktu itu terlalu banyak, hence .. be ready for LOTS and lots of updates here from now on ya.

(Berbaur ugutan sangat! hehehehe excited much?)

On the past few weeks .. keterujaan membawa Imran Imtiyaz, my dearest son to a creche ever since he was discharged from IJN on last July, adalah sangat memuncak .. knowing the fact he’ll be meeting the public and other kids and started to go hyperactive or ‘wild’ again as he always does.

Perasaan berdebar dan was-was yang tidak pernah tenteram itu sentiasa ada dalam diri kakak ini sungguhpun 3 bulan dah berlalu dan tiada ketampakan yang tidak elok pernah ditunjukkan anak teruna ever since his open heart surgery itu.

Alhamdulilah (big time) for that, sebenarnya.

img_3433

To be honest, I am in love with this poster for its best picture captured there as well as for its design. Sejenis powerful yang macam mana entah. Schematic and attracting habis! (to me who really knows how to value designs, yang gempak disebabkan alasan yang jelas lagi nyata; kakak sejenis tidak pandai melukis .. that’s for sure bahahahaha)

Yes, we both went for this event. At it was my first time, stepped into KLMUC building. Awed by the ambience sebab yeah .. terfikir bila lagi boleh menjadi pelajar semula itu memang selalu sangat bermain-main di benak hati kakak ini.

Back to the event, maaf .. terlalu banyak interruptions kan?!

Seminar yang sebenarnya perlu direbut peluang menghadirinya oleh ramai ibu bapa di luar sana, tetapi sayang seribu kali sayang .. tidak semua betul-betul bersedia atau mungkin juga tinggi rasa ketidaksedarannya untuk ambil tahu apatah lagi berbuat sesuatu mengenainya … betul?

img_3572

Di Malaysia hari ini (I believe seantero dunia pun), situasinya sudah terlalu jauh berbeza.

Ya betul, kita hari ini adalah generasi yang terdidik dengan sistem yang sama yet still doing well now dalam segala segi.

Tetapi dalam konteks hari ini, kesan dan akibat kepada generasi Y or even Alpha dan seterusnya … implikasi dan kaedah tidak lagi boleh sama, dan perubahan di dalam sistem pendidikan pada hari ini juga sewajarnya PERLU seiring dengan perubahan trend di kalangan anak-anak.

It’s very too much too soon;

  1. … Kalau sehinggakan anak itu sudah memberontak atau kemurungan untuk melakukan apapun yang bukan minatnya.
  2. … Kalau sehinggakan anak itu sudah seperti robot, ikut dan buta-buta menerima apa jua arahan dan kehendak kita, si ibu bapa.
  3. … Kalau sehinggakan anak itu menzahirkan ketidaksediaannya untuk belajar (atau yang bukan minatnya), tetapi apa yang ibu bapa buat adalah terus mencuba dan mencuba, tanpa kalah … ??
  4.  … dan banyak situasi-situasi lain yang menjurus kepada creating the unhappy child of yours. Faham situasinya?

img_3578

Throughout that one whole day seminar, mesej yang ingin disampaikan oleh panelis pada hari berkenaan adalah sangat MUDAH. Literally, too easy to understand (kalau terbukalah minda dan hati anda untuk menerima apa yang disampaikan pada hari itu).

Apapun kaedah dan pendekatan yang mahu diterapkan terhadap anak-anak anda pada hari ini, pastikan … KEBAHAGIAAN dan KESEDIAAN mereka dalam menerima apapun bentuk pendidikan yang anda mahu berikan diambil kira 100 peratus dahulu sebelum mengimplementasikannya ke atas mereka.

I’ve said it clearly and using a very simplest term, of course.

Sebab utama juga … adalah ibu bapa harini mempunyai kepelbagaian latar belakang yang undoubtedly credible enough to give their very best for the children’s sake.

But in ‘assessing’ your children’s happiness, do you think you’re good at interpreting them?

Fikirkan.

Ilmu keibubapaan itu terlalu luas. Aspek penerimaan kritikan dan perubahan baru (like what KinderKaizen is doing currently to championing childhood by doing play-based learning) di kalangan ibu bapa di Malaysia hari ini juga adalah salah satu penyumbang lain yang menjadikan misi mengutamakan kebahagiaan anak itu kadang-kadang terabai.

Justeru .. there, up above .. saya sudah menyatakan apa yang saya rasa terbuku, dan rumusan paling mudah boleh diuar-uarkan kepada umum di luar sana.

It’s very too much, kalau;

  1. .. daripada kajian yang dibuat, hanya 2 sahaja indikator untuk faktor kebahagiaan anak dalam memilih pra-sekolah bersesuaian. Berbanding 28 indikator yang lain, semuanya menjurus kepada kecemerlangan akademik (academic success), prospektus/falsafah sekolah dan lain-lain.
  2. .. sekiranya perkembangan kognitif otak (10%) ditekan habis-habisan sedangkan 90% lain bahagian otak ditolak tepi perkembangannya, sungguhpun (that 90%) should be given priority at the first six years’ life of a kid?

I would love to quote my son’s case for example.

He loves to play. Terpaling dan teramat suka. Playful, hyperactive kid .. you name them. He really learnt from playing. Apapun yang dia belajar daripada bermain, he turned out to be really matured (especially once he stepped out from the KinderKaizen centre after 5.30pm) baik dalam tindak tanduk ataupun gaya percakapan.

But, he really learnt from playing. Apapun yang dia belajar daripada bermain, he can turned out to be a really matured boy (especially once he stepped out from the KinderKaizen centre after 5.30pm) baik dalam tindak tanduk ataupun gaya percakapan.

In his case yang saya sendiri rasakan he’s somehow a year lagging from his peers, KinderKaizen terlalu banyak mengubah dia.

Walaupun demikian, perasaan untuk mencuba dan melihat keupayaan anak yang lain tetap ada dalam diri kakak ini. Being typical Asian mother (like I’ve always said), cuba juga lihat kalau-kalau ada ruang akademik yang dia boleh terima dan get blend into it.

Surprisingly, he can! He really can … if only, he’s ready and happy to learn which eventually I could sense he has achieved or learned really well from what teachers or friends in KinderKaizen have taught him.

See!

Ingat, anak-anak zaman hari ini .. bukan setakat fizikal dan mentalnya sahaja kita perlu tackle dan kenal, tetapi EMOSInya juga adalah perkara terutama yang perlu diberikan perhatian sama rata.

Di Malaysia, saya kurang pasti kalau ini pernah terjadi. Di Singapura (lihat di bawah), sudah.

You want it to happen to your own child?

img_3594

Please, fikir-fikirkan semua.

More to come on this issue here, on my blog.

Please continue to support and embrace this kind of approach and message for your children’s sake.

Sekian,

Ibu Prihatin yang Selalu Mencuba Mengajak.

Melangkah …

IMG_9718

Dalam keterpaksaan hari ini, terlalu banyak perkara berkecamuk dalam kepala.

Hati gelisah dan setiap masa juga kerap terdetik .. ‘Apakah kesilapan pernah berlaku di mana-mana?’.

Tidak, sudah tentu. Sesungguhnya liku perjalanan seorang khilafnya manusia di atas muka bumi itu, ternyata telah tertulis hebat rencananya di Luh-Mahfuz sana.

Buat seketika … hidup berbolak-balik.

Diuji sekejap, kemudian diturunkan rahmatnya.

Sekejap.

Dikurniakan kembali rasa gembira, syukurnya lapang sekejap dada.

Kemudian Tuhan hujani pula dengan ujian lain.

Allahu.

Ditenangkan pula dengan nikmatnya yang lain.

Pun hanya persinggahan.

Kemudian, didatangkan kembali gelisah itu.

Sungguh ..

 

Buntu dibuatnya.

Hidup, perlu diatur. Perlu terus diselia-senggara juga.

Wajah, kena terus mengukir senyum dan tetap menguntum.

Hati, kena terus dipujuk, berusaha untuk gembira.

Akal, kena terus disentosakan dengan kemanisan-kemanisan hidup yang tidak pernah jemu dipinjamkanNYA.

… dan seterusnya meneruskan kewajaran hidup yang perlu.

 

Sampai bila?

Sampai berhenti diuji. (walaupun sekejap, syukur tetap ada)

Sampai DIA perkenan untuk pinjamkan lagi nikmatnya kepada diri ini. Untuk tempoh yang DIA sudi.

Jadi?

Ke mana melangkah?

Selagi ada tanahnya, selagi ada udaranya dan selagi ada nikmat dunianya yang boleh disyukuri, itulah sehabis daya diri ini akan lalui.

Apalah sangat mungkin cubaan yang ada. Mungkin sekecil kuman yang terpalit sekarang.

Sedangkan pada insan lain, masyaAllah …

Melangkahlah, Abby.

Ke mana kakimu bawa, ke mana hatimu mengajak dan ke mana juga akalmu berbicara.

Yang penting, ke mana hatimu menetapkan.

Sekian,

Melangkah dengan beratnya.

Cerita Teacher Garang

image

 

image

Bila terlalu banyak cerpen yang kakak buat, kakak risau ada yang rengsa melihat status FB ditulis sepanjang itu di laman sosial kakak yang sendu itu.

Jadi adalah lebih baik, kakak educate atau salur maklumat panjang lebar itu di sini sahaja, yang dirasakan lebih sesuai untuk ber’madah helah’ dan mencapai lebih ramai lagi sidang pembacanya.

On the issue above, no, I have no plan to be the next Azmira Amran neither be the next any other ECE fighters — in their own term and definition. Tidak.

Cuma, sekadar menzahirkan kerisauan yang sangatlah tidak berbelah bahagi ini demi kerana anak sendiri, what more anak bangsa cucu cicit kakak di masa akan datang.

I am not in the position of getting this issue to go wild, viral or be highlighted by anybody. Cuma sekadar berkongsi kebimbangan yang sememangnya jatuh kategori big argument pada dunia semesta hari ini.

I called it as one of many world problems occurring today because dalam satu sudut atas peta dunia itu sendiri (iaitu Malaysia), isu ini sedap diapi luap kebangkitannya oleh mereka yang ‘berjuang’ mempertahankan apa yang sepatutnya children of the day alami.

In recent II’s case di atas, tentunya kakak risau bila mana tiba-tiba dia menangis keesakan sebab he’s unhappy with what he is taught at school.

Sejenis II juga, sepanjang hampir 2 tahun persekolahannya di situ .. jarang sekali dia mengadu he dissatisfy with any of his friends, or anything that he barely understands whatever his lessons at school .. memang kes jarang sangat-sangatlah mahu buka mulut bercerita panjang lebarnya.

Tetapi …

Kalau sudah sampai tahap menangis macam malam itu, mengadu perihal cikgunya yang garang at things he don’t at all could digest, hati Ibu manalah tidak terusik.

Dan …

Perlunya aku fikir waktu itu adalah bukan untuk terus jatuh hukum pada si pelaku, tetapi lebih kepada;

“What should I do about this?

“How can I convince my boy that in learning or ganining knowledge, it’s okay to ‘bleed’ and got ‘beaten’ sometimes?”

“But the true fact that is, he doesn’t understand what he learnt .. didn’t the teacher guided him?” 

“Didn’t the teacher identify who’s okay and who’s not with what he has been lecturing? Doesn’t the teacher think of any other methods to increase the better understanding among his students?”

…. and the list goes on.

Sebab dalam kepala ini yang sememangnya sudah well-equipped dengan segala kemungkinan yang ada itu, I was not really sure on what I should do next about this, if it keeps repeating (who knows).

Mahu berkongsi sedikit pengalaman mendengar forum anjuran CENTHRA minggu lalu, banyak sekali kerisauan-kerisauan yang disuarakan para ibu bapa yang hadir. [will definitely share this on  a separate blog post, later on]

Ternyata aku yang sesenyap ini, yang lebih gemar menjadi pemerhati dan penulis dalam kebanyakan hal, akan terjerumus dan dijumpakan juga dengan permasalahan sejagat yang dilalui parents yang lebih banyak makan garam dalam hal ini.

In short, don’t make me or turn me to become a fighter as well. Sebaris dengan Dr Afzan Putri Maria of KinderKaizen or Ustaz Hasrizal Abdul Jamil of www.saifulislam.com & Khalifah Model School. (...in which these two has become my best two mentor/model in getting more insights about what’s the real meaning of education for our kids)

Jangan.

But if situation persists, why not?

Getting Three Series

Reaching the age of 30 soon literally indicates that I will soon need to face a turning point in life.

REALLY, ABBY?!

Well, some said that while others might not even care about it, at all.

The feeling being a little bit aging surely must be there, the anxiety of not celebrating it like-you’re-just-turning-17 .. of course, would not be there as well dan macam-macam lagi ‘ketidakselesaan’ yang bermain di benak hati dan fikiran.

What should be worried about getting 30? Can anyone specifically, briefly tell me the reason why and why, please?

30s-580x580

Like selalu yang aku tulis dalam setiap kali hashtag yang macam susah-sangat-la-nak-hadam-bila-menginjak-umur (#enteringthreeseries & #inbigdenial), sebenarnya ya .. itulah yang lubuk dalam hati aku ini duk menjeruk rasa bila mana mengenangkan tarikh July 21 will be approaching soon, no matter what.

What’s so big about getting 30? Well, in my terms & conditions .. I shouldn’t have to contain so much of that anxiety because:

  1. I’m a 30-year-old mother to two beautiful pair of children. Sebaik-baik anugerah dan pemberianNya yang tidak boleh disangkal lagi kelebihan, be one.
  2. Blisfully married to a good, loyal, modest husband. Alhamdulilah for being given the chance to go through thick and thin, together.
  3. Stable in career, position and satisfaction of producing news & articles’ piece ( … well, more to achieve but slowly).
  4. Own a house, already. But of course, not sufficient enough.
  5. Travelled to several countries too, checked. Of course, this isn’t sufficient too because more is merrier to enhance the knowledge.
  6. ….
  7. ….

What else? Those points are a little bit too general, I guess. Nothing specific that’s fancy for me to state all of them here, so *peace*.

Tentu ada banyak lagi yang hendak dicapai. But there’s always the word ‘INSUFFICIENT’ there.

Dan dalam banyak-banyak keinginan dan ketidaktentuan hala menjengah umur ke angka 30 ini, terkadang … adalah lebih baik direnung apa yang aku dah capai dan punya hari ini, daripada merungut dengan apa yang aku tidak punya dan belum lagi dapat gapai (buat masa ini).

Because, things for sure is that … we can never compare our Chapter 1 with someone’s Chapter 20.

Perbandingan yang sentiasa didesak hati dan kemahuan akal yang kadang-kadang hanyalah bersandarkan emosi semata-mata adalah terlalu bahaya untuk diturutkan.

Keduanya, why must you compare? We can always work on our plan regardless of anyone’s chapters sekalipun. Thus, bertenang dan cuba tarik nafas dalam dan appreciate those we have and the one that we care. Itu rasanya lebih baik, lebih sihat.

Setuju?

Apapun, let’s hope my version of celebrating 30-year-old birthday is the most happening, lovely and memorable (hope ajalah). Paling tidak, sebaik-baik pinjaman yang Tuhan berikan sehingga ke hari ini, pada tahun ini juga sudah cukup besar rahmat.

No regrets, at all.

Hopefully juga the #indenial phase won’t prolong much.

Sebab sedangkan sekarang pun, hati tetap memikirkan diri ini sweet 21, di mana-mana dan bila-bila masa.

Phewit!

What’s Next?

#kdramareviewbyabby macam on hiccups lately. Sangat!

Sedikit sendu dan kerancakan menontonnya kena dicari dan digali balik moodnya itu.

Minat takkan pernah pudar, cuma ada keterbatasan yang perlu diutamakan.

Too many things happened lately, sampaikan cuti long weekend minggu ini pun boleh buat aku lupa. Oh I’m just a terrible mother that failed to sort out plans for dearest children of mine. Dang!

Well, things have turned out really good sejak dua tiga menjak nieh. Malas mahu diperincikan, cukup sahaja dengan updates yang ada.

Alhamdulilah for what has been achieved so far.

For more ‘extravagant’  &  hectic years to come .. well, I do look forward such occasions in life too, insyaAllah.

Too many things in the pipeline as well, yang buat aku berharap all plans that have been sorted out could take place real soon.

Lelah itu sudah terlalu lali dengan diri aku. Cuma, kalau ada yang dapat meringankan beban itu, diharapkan itulah sebaik-baik perancangan aku yang mungkin direstuiNYA juga.

Few more exclusives to come and write, to crack the head and come out with good angles … NGEE!

Tetapi, nak beritahu juga .. dua cerita #KDrama for this year ini adalah yang akan aku tengok next. Doakan ada kesempatan itu untuk aku have my own me-time, please.

Come Back Mister_poster

Ada unsur komedi yang boleh menceriakan kehidupan, mungkin. And with Rain in it .. BONUS!

Sebab ada Ji-Sung, the unavoidable reason not to watch this drama. Gosh, Abby ...!

Sebab ada Ji-Sung, the unavoidable reason not to watch this drama. Gosh, Abby …!

Hidup Ber’masyarakat’ …

Aku sedang mengalami dilema ini.

Tersepit antara kehendak dan kerjaya.

Kalaulah dari segenap segi orang boleh faham, boleh tahu apa yang aku buat sekarang ini bukan lakonan semata-mata. Dan kalau boleh juga orang faham yang aku ini sebenarnya bukan sengaja pun mahu mengelak dari terus aktif dan menyumbang kepada ‘pembangunan’ persatuan.

Seingat aku la, sejenis orang macam aku dari zaman sekolah lagi aku dah aktif melibatkan diri dengan segala macam kegiatan ko-kurikulum dan luar kelas. Camping sana sini, program keluarga angkat dan etc.

Tetapi masa berubah. Komitmen juga berlainan dan bertambah.

Namun niat di hati dan keinginan yang membuak-buak untuk menyeimbangkan antara semua kegiatan dengan tanggungjawab hakiki sebagai seorang Ibu dan Isteri tetap ada dalam diri. Cuma apa yang diharapkan adalah secebis ihsan dan tolak ansur kerana ada masanya ‘keadaan’ dan ‘masa’ memang tidak mengizinkan, macam dalam keadaan yang aku alami sekarang.

Allah, kalaulah aku seorang yang masih bujan, sudah tentu tiada halangan waima ‘puting beliung’ yang sedia ada ini selalu menggegar aku pun, aku boleh tempuh dan lawan sengsorang. [Maksud ayat adalah sangat deep, hanya sesiapa yang mengenali dan memahami sahaja boleh tangkap maksud ayat ini … hehehe]

Pendek cerita, ‘restu’ tiada.

Dan pada aku, ‘restu’ itu adalah berkadaran juga. Tetapi kalau sudah nama ada insan yang tidak boleh nak terima logik akal yang ‘restu’ itu wujud … I am sorry, but with a happy note I am all ready to quit from the team.

Dengan mungkin pesanan terakhir, kalau boleh aku selitkan di sini:

Hidup kita ini tetap macam putaran roda. Walau ada yang merubah, putaran tetap akan menjadi putaran yang membulat laluannya. Sekalipun ini adalah mungkin dugaan dan waktunya aku diuji, tidak pernahlah terlintas di hati ingin mendoakan orang lain yang ‘tidak-berapa-memahami’ ini untuk diduga dengan ujian yang sama … cuma … beringatlah, putaran itu adakalanya sama adil, ada masa juga maha lebih hebat dari apa yang aku rasa.

Apapun, I am happy person to be tested with this thus look forward better life with a better team (or friends and colleagues) in the near future.

Sebab malas mahu mengeluh dan merintih bagai, sebab selayaknya I am well-deserved to be with more and much better people.

Sekian.

Tidak Selesa…

Hanya mampu menulis keypoint sahaja. Boleh tak?

1. Tidak rasa selesa ah. Turun dari kereta tadi mcm OK lagi.

2. Mula sok sek, hidung selsema.

Wah, rasa-rasanya sejak kahwin jarang benar dapat selsema. Tetiba hari ini, selsema datang. Hoho..Ada benda pelik kah?

3. Aish, sedang belajar dari pengalaman untuk tidak mempercayai ‘taburan janji-janji manis’ yang dilemparkan oleh ‘mulut’.

Manis lah kan, kalau kata-kata itu cukup dengan lenggok, liuk lentok yang lembut kan?!kan?!

4. Ngantuk. Mak aii, super duper!Tak tertahan rasa mata dan kepala nak landing.

Huh, selalu pun macam itu. Tetapi kalau sudah mengadap TV, tukar channel sana sini…ada kau peduli bantal empuk? Huhu..Kesal2. Tidur awal hari ini.

5. Tak terasa mahu lunch. Sehingga sanggup tinggal di pejabat, berblogging sambil menanti cendol yg sedap. *Pesan kat college belikan. Tq eh~

6. Dah pukul 2pm daaaaaaaaaaaaaaa???

Tetapi kesal macam kurang produktif di sebelah paginya. Jom tengok, kalau-kalau 2nd half (2-5.30pm) boleh jadi cergas? Jom3!!!

7.  Teringin SUSHI la!!!!!!!!!!!!Boleh tak?*Please….

Murung itu biasa…

Menjadi normal sebuah kehidupan itu kalau ada waktu sedihnya. Sepanjang masa kalau gembira sahaja tidak ‘manis’ juga kehidupan ini. Mungkin kenyataan ini macam tidak manis dijadikan ‘pembuka kata’. Tetapi kenyataannya…’Murung Itu Biasa’.

Dipendekkan cerita, ada sangkut paut soal kerja. Normal, itu semua normal. Akan cuba diperbaiki dan terus diperbaiki untuk kebaikan Abby juga. Kesilapan atau tidak, bukan soal. Pendek cerita, baik pulihkan sahaja. Terima kasih kepada yang prihatin.

Okay!Nak dijadikan cerita, Encik Suami pun bertanya apakah gerangan airmata di senja Khamis? Wahahahaha…Terima kasih kepada Mr Prihatin Yang Amat lagi seorang ini. Bercerita sambil bersandar bahu padanya memang mendamaikan, maka murung yang ada berkurangan.

Wah3, jadi mendamaikan secara tetiba. Dah tentu, itu belum lagi disua sesuap dua aiskrim perasa strawberri/vanila yang best itu? Hahaha…*Gediks statement…(Bila dah punya suami sahaja boleh begitu ya?)

Sudah-sudah cerita pasal murung, kerana murung itu bukan sahaja biasa tetapi sementara. Lepas sahaja duduk di dalam kereta, mama dearie sms ajak dinner bersama. Abby dan Encik Suami apa lagi, tidak fikir panjang turut ikut serta.  Lupa sudah apa yang berlaku selepas itu.

The End…

Pening bukan lalat…

Seperti yang diuar-uarkan di dalam status facebook status kami berdua, sudah ramai membuat tekaan sendiri.

Pandai betul kamu bab pening-pening ni eh? Teruja lebih ha!Saya relaks sahaja. Apa kamu nak kata? Hehehe…

Saya sendiri setakat hari ini masih belum ada jawapan. Ada masa Mr Hubby pening, ada masa saya pening.

Mungkin, pening sebab bekerja. Noktah.

Ada masa Mr Hubby teringin makan itu, ada masa saya teringin makan ini.

Mungkin, selera kami ini macam hari-hari biasa juga. Berselera sahaja. *Peace

Ada masa Mr Hubby muntah-muntah, oh tang ni..Abby tiada masa! Hahaha…

Tidak ada pula aku rasa nk bluekkkk~ Ok tenang. Jangan panik. (Memang berlagak biasa shj)

Masalahnya…………..

Anda hebat meneka. Tetapi kami tiada jawapannya (tiada juga usaha utk merungkai teka teki tersebut). Huhu. Marilah kita terus berteka-teki. Abby dan Mr Hubby menerima rezeki seadanya. Tidak merancang, tidak juga menghalang. Maka…..

Pening saya (or kami) bukan lalat la……………..Kalau lalat, berita gembira bukan? 🙂

Bila sakit lagi…

Hari itu sudah demam. Kali ini entah apa pula ujian yang datang, kepala lebih-lebih lagi di bahagian belakang berdenyut tak mo hengat. Menekan-nekan, mencucuk-cucuk.

Ada masa di pejabat, dah bertongkat kepala. Kejap-kejap pula urut-urut tengkuk. Kalau diikutkan hati mahu sahaja kepala ditelangkupkan atas meja, tetapi mengenangkan waktu kerja, mmg tak jadi.

Sudahnya, mahu ke washroom pula memanjat la aku ke tingkat 3. Lagi pula ada lelah. Pitam sekejap rasa.

Aish, dugaan mmg dugaan. Selepas 3 hari, baru berpeluang ke klinik. Itupun esoknya sudah Ramadhan.

Alih-alih, doktor bilang ‘Kamu tidak cukup rehat, mungkin hypertension’.

Pulak! Dalam hati :

Itu je??Punyalah tahan sakit, sampaikan hendak drive pun rasa separuh nyawa.

Doktor kata lagi :

Tunggu luar. Nanti saya bagi ubat.

Perjalanan dari klinik ke dalam kereta, aku berdetik lagi :

Biar betul?. Tak boleh jadi, mahu pergi klinik lain la, cek lagi. Esok.

Sampai di rumah, terus-terus rehat. Capai remote Astro, nonton. Denyut lagi kepala ni, tidak boleh tunduk sekalipun. Ada sahaja bahagian yg menjerit sakit.

Tak boleh jadi, turun bawah, makan. Dinner terus. Telan ubat sebelum dan selepas makan, macam yg doktor suruh. Tetapi sedikit takut melihat ubat tahan sakitnya, color biru. Confirm KUAT!

Lepas makan, rehat-rehat. Tunggu Nur Kasih. Dalam duk layan ‘excitement’ dalam episod yg best kali ini, baru tersedar denyut kepala mulai takde.

Giler r. Dasar dadah.

Betul ka?

Aku hypertension???!

Kalau boss baca ini, apakah dia fikir aku mmg tension? Huhu….Wonder.

Macam TIDAK je. Tetapi………….