Rezeki, Harapan…

Barangkali ini yang dinamakan rezeki. Walaupun hanya sekadar panggilan untuk ‘menyenangkan’ gundah gulana hati Abby selama ini, sekurang-kurangnya panggilan tersebut memang memberi ‘warna’ sedikit pada hari-hari yg dilalui Abby.

Besar harapan Abby untuk berjaya ‘menempuh’nya. Moga tiada ‘halangan’ dan ‘rintangan’ besar utk Abby. Semoga segala-galanya dipermudahkan.

Buat masa ini, mood untuk ;

1. Bekerja : ZERO, NADA…

2. Freelance : Meluap-luap, ingin mencuba kepelbagaian bakat yg lain

3. Study : 50-50. Tetapi peratusan dijangka meningkat menjelang Julai kerana Mid-Term will be on July.

4. Assignment (U) : Masih dalam mode research bahan2 and material. Cepat betul deadline this semester as May semester is a short sem.

Huhu begitulah situasinya aktiviti2 Ilmiah Abby.

Ilmiah ya?Yang tidak berapa nak Ilmiah adalah seperti berikut ;

1. Blogging : Ikut mood dan tahap kerajinan. Mahu jadi dedicated blogger dalam sedikit masa lagi (entahkan jadi, entahkan tidak..bergantung pada masa dan komitmen lain)

2. Korean series : 100%! Sajian cerita adalah pelbagai, kreatif dan tidak pernah membosankan. Satu medium pengenalan kepada budaya luar, sesuatu yang baru…asing daripada apa yg ada di Malaysia (derhh..obviously..)

Moga ada harapan dan rezeki untuk Abby….

Supaya apa yg Abby nyatakan di atas dapat Abby lakukan tak kira waktu masa lapang mahupun sesibuk mana. Tidak mahu ada yg ZERO lagi..

Jengkel…

Jengkel?Tahukah anda semua maksudnya?tak tahu? Semak karyanet.com atau kamus dewan bahasa yang anda punya. Secara segera pasti anda tahu apa maksudnya.

Malas? Kau memang…Apa yang engkau rajin?

Ha, rujuk pernyataan di bawah :

jengkel

berasa sangat kesal (kerana tidak sampai maksud dll), sebal hati, mendongkol

menjengkelkan

1. berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati: tidaklah ini membosankan dan ~ hati; 2. menyebabkan kesal (sebal dll): perbuatan Ahmad ~ orang tuanya; kejengkelan perihal jengkel (sebal dll)

Jelas dan nyata semua kini faham kan maksudnya. Bagi mereka yang menguasai bahasa ibunda kita dengan lebih baik, pasti sudah merasa jengkel dengan elaborasi Abby yg entah apa *lagi lah Abby bakal bebelkan ni…

Haha siapa suruh mr kau (bukan nama sebenar) buat hal..Jangankan ada belas ihsan, entah ada hati atau jantung ke idak

Siapa mr kau? Adalah seorang hamba Allah. Abby jadi pelik bin hairan kenapalah ada lagi insan secara amnya lelaki, berbangsa Melayu khasnya seperti sangat-sangatlah tidak ada budi bahasa.

Begini al-kisah ceritanya. Abby dan mr fiancee sedang dalam pencarian mencari rumah sewa untuk kami duduk selepas berkahwin nnti. Sementara menantikan rumah baru (yang kami beli..insyaAllah) siap, kami bercadang untuk menyewa terlebih dahulu hatta barang pun tidaklah banyak mana.

Sepertinya kami berminat untuk mencari rumah di kawasan Saujana Utama juga. Tempat aman lagikan jauh dari KL, sewa pun berkadaran, punya laman sendiri sudah cukup best buat kami.

Tetapi hadir pula si mr kau yang seolah-olah menyekat mood pencarian kami.

Dikenakan banyak syarat bagai  mcm tak nak lepaskan pula rumah sewa yg berstatus ‘anak dara’ tu. Serupa lebih baik tidak disewakan pada orang lain.

‘Anak dara’ lagi ke? Ye la, acceptable! Sebabnya org lain byr sewa bulan2, tapi kawal ketat tak boleh buat itu ini~!

Leceh dan naik menyampah kami dibuatnya. Abby malas mengulas panjang tindak tanduk si mr kau. Tetapi gaya bercakap persis egois yg pantang dan berkira amat soal duit!~

Wah!Kejam sungguh bahasa Abby hari ini!~ Mana tidaknya, keluarga aku dapat tempias sama~ Seperti menghina kami tidak punya wang pun ada, kau tahu~~

Mmg Abby tak mahu ulas panjang. Cukup setakat ini. Pendek kata, jangan perlakukan orang lain sedemikian rupa..nanti terkena batang hidung sendiri…Abby senyum 7 hari 7 malam okeyh tak?~

Senang cerita, tuhan itu maha adil. Ada lagi rumah sewa yg beri kami tawaran yang lebih lumayan, 10 kali ganda lebih baik. Serius, tak tipu~

Alhamdulilah 😉 Doa Abby agar Abby sekeluarga mahupun sahabat semua dijauhi daripada sikap manusia yg menjengkelkan ini. Sadisnya, sesama bangsa Melayu diperlakukan begini…..

Entah…

Entah, tajuk single baru Aghan. Best! Tapi tu bukan ceritanya yang Abby nak ‘ketuk’ di sini..

Entah kenapa Abby jadi tidak faham akan perangai segelintir pihak atau golongan manusia atau ‘manusia’ itu sendiri.

Mr fiancee, jgn risau ini tiada kena mengena dengan kita, keluarga atau rakan kenalan kita..hehe

Abby sendiri sentiasa ingat akan kelemahan dan kekurangan diri. Sah-sahlah roh kita, badan dan jasad kita. Sudah tentu serba serbi kita tahu semuanya. Tetapi ini tidak bermakna Abby lupa diri, sbbnya ada juga blind or hidden area dlm diri Abby yg mungkin Abby tak tahu (ha amik kau…ini dah masuk Basic Interpersonal Communication dah…haha)

Pendek kata, Abby sedia menerima teguran, kritikan mahupun tohmahan sekali. Namun…

Biarlah dengan cara beradab, berpada-pada dan bersopan santun. Bukan kah lebih mulia kalau teguran itu membina semangat orang lain dan bukannya menjatuhkan maruah orang lain?

Aku mungkin bukan Melayu yang tinggi budi-bahasanya, tetapi sangat sangat peka kalau tiadanya nilai budi bahasa itu pada orang lain. Kadang-kadang aku belajar daripada berbudi daripada orang lain, kadang-kadang aku sampai tidak berbudi kerana orang lain yg juga sepertinya ‘macam tiada budi bahasa’

Ha amik…Entahkan faham atau tidak blogger sekalian membacanya…

Penat, Geram, Merepek dan Entah apa-apa….

Apa yang Abby buat?

Ambil semua teguran tersebut, dengar dan ubah.

Kalau tak boleh pakai?

Ambil dulu~~~!!!Kemudian dengar, teliti dan abaikan jika perlu.

Keras kepala?

Seperti ke? Tidak sebab i always stick to these words ;

MISERY IS WASTEFUL

tak kisahlah apa punca dan gerangannya, apa kisah dan ceritanya…ianya tetap mendatangkan SENGSARA~!

Haha…Sekian

Tukar topik. Tak seronok la menulis dengan emosi yang entah apa2 ni..

But the good thing is..

walaupun Abby dilanda mood yang entah apa2, hiburan minda tetap Abby sajikan. Tetap tidak dilupakan.

Daripada kepala otak Abby terus terusan melalak, meronta yg bukan2…..

Hehe..kepada sesiapa yg mahu ikut jejak langkah, Abby sekarang asyik melayan 2 drama Korea.

1. Reality show actually – We’ve Got Married

0000gygg

Pasangan favourite sudah tentu lahKim Hyun Joong & Hwang Bo

Ada banyak lagi pasangan selebriti lain yang terlibat. Tugasan atau mission mereka setiap minggu bertukar dan kesemuanya samada untuk menguat/melemahkan hubungan’perkahwinan’ mereka!

Very entertaining. Dan banyak kemahiran menjaga hati pasangan boleh dipelajari…

Hehe..Jangan jeles, diamuk perasaan hangat bercinta katanya…hehe

2.  Queen of Housewives

Yang ini, Abby baru layan 1 episod. Tarikan utama adanya watak si gantang Oh Ji Hoo..hehehe…

queen_of_housewives_official

Hari ini Jumaat, maka esok adalah Sabtu!yeay!Liburan?

No No..

Ada appointment sama :

1. wedding planner

2. loan house personnel in charge

3. Modul Communication Theory ;-P

Stress…

Tak semena-mena semalam stress giler!

Mood entah apa2. Sebelah pagi elok je, menjelang petang, mula pissed off~!

superstock_1348-34008

Satu-satu incident berlaku~!yikes, giler tak suka!

1. A staff at the ofis quit so sudden…

Kristina, why? Well, tak marah dia pun. Cuma ketiadaannya affected the whole desk

2. Artikel berlambak kena tulis

Bila dh shorthanded, camne nk perform menulis?subbing lagi..aishh

3. Mr Lappy, internet connection lak tak dpt detect

Abby ni perangai, kalau barang2 gadget sakit, mulalah….sendiri rasa mcm nk jerit2, last2 9pm mlm td masuk tido dah

Pendek kata, bila dh stress camni…turut stress sama, mr fiancee la. *sigh

Kesian awak, nk kena ngadap antu Abby semalam. huhu..ampun, maaf, sorri, biyane’ (korean words)..

🙁