Peminat Rangers…

Menjadi antara yang terawal dapat menonton Power Rangers The Movie 2017 adalah suatu kenangan yang mahu dikenang sampai bila-bila. Tidak kurang juga suatu tindakan yang sedikit baik untuk perkembangan emosi dan mental kakak yang teramatlah tenggelam timbul sejak kebelakangan ini.

Too many deprivations that don’t suit me best but regrettably, that was what happened for a few weeks back.

Skip.

Permulaan yang macam sedikit beri mukadimah kepada permulaan jalan cerita filem versi 2017 ini yang pada zaman dahulu pernah menjadi kegemaran kakak tahap-supersaiya-sebab-menggilai-si-Tommy. Dan juga Billy, si biru yang geek dan sedikit tidak berapa sukakan si Kimberly kerana kegedikannya. DULULAH.

Setiap Sabtu (atau Ahad, tak ingat), siri berepisod yang hanya disiarkan seminggu sekali memang kakak tunggu depan TV. Kurang ingat juga bila waktu siarannya sebab serasa kakak macam sekitar waktu hendak atau lepas Maghrib.

Sebab itu Abah akan bising dan pesan suruh solat dulu, then barulah dapat tengok cerita bersiri ini.

Treatment penceritaan cerita lima-adiwira-pelbagai-warna-dan-pelbagai-karakter ini melalui pelbagai zaman yang berbeza-beza.

Oh my, semakin menulis tentang hal ini .. kepala jauh menerawang kepada banyak sekali cerita-cerita childhood memories yang tersangatlah best dulu-dulu! Gosh.

Tetapi antara banyak zaman itu …

Tentulah zaman Mighty Morphin Power Rangers la terpaling epik dan terpaling diikuti. Dan bila edisi 2017 ini mengetengahkan tema di sebalik how those Rangers can get morphed, kakak tersenyum lebar dan berlapang dada sahaja menonton dari awal sehinggalah ke akhir.

Naratif cerita dari awal sehingga akhir adalah sesuatu yang tidaklah sukar untuk diramal. Bukanlah perkara di luar jangkaan sangat sebab selaku peminat setia, jalan cerita setiap minggu waktu zaman dahulu itupun sesuatu yang boleh kakak hafal … makanya, tidak menjadi masalah sangat for me to enjoy myself watching this movie.

Sesuatu yang best dan lain adalah screenplay dan sinematografi mereka.

Berlatarkan masa tahun 2017 (…. not sure, if it’s beyond 2020), everything looks modern in this drama. ‘Moden’ jugalah kisahnya kalau the new breed of Rangers ini kesemuanya jatuh kategori remaja belia yang bermasalah.

Kategori bermasalah yang bukanlah sebenarnya suka untuk lakukan perkara juvana yang terlarang.

Go deep into their characters while watching throughout the show, please?

Cerita 5 sekawan yang tanpa sengaja dipertemukan kerana kononnya merekalah yang telah ‘ditakdirkan’ dan terus menjadi the chosen one untuk menjadi the next Power Rangers for the galaxy (in this era), sesuatu yang BEST sekali garapannya dari awal.

Teknik kamera pada permulaan cerita memang da bomb and I am very much surprised and pleasant to watch that. Dan melihat penceritaan yang walaupun-klise-tetapi-sebab-screenplay-yang-cantik, you’ll get awed by the scenery and what the film will be presented to you.

Pada pengamatan kakak jugalah, watak mereka berlima (well, at least not the Red & Blue Ranger la) sebenarnya masih ada yang kaku and sangat canggung. Lebih-lebih lagi saat bertukar menjadi Rangers and got morphed. Terserlah sangat ketidakmahiran mereka menguasai lakonan pura-pura-jadi-superhero-sedang-bertarung-teruk. Mungkin tidak pernah berpengalaman and ternyata mentah nak menjiwai such acting.

So, this part here is very much disappointing.

For every plots, of course, tentunya terlalu mengingatkan kakak and ramai lagi seangkatan dan sebaya tentang watak-watak back in 1995 movie yang ada mereka ini:

MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS: THE MOVIE …. Johnny Yong Bosch, David Yost, Jason David Frank, Amy Jo Johnson, Karan Ashley, Steve Cardenas, 1995

Ya ampun, legendary sungguh mereka ini! hahaha tersenyum sipu malu terus waktu menaip blogpost ini pun. Gosh!

The costumes were nice, their good looks itupun memang senang buat ‘fangirling’ in me spark dengan happynya, the moment and scenes where terkeluarlah segala makhluk alam yang berterbangan sebab diseru Rita, cecair purple yang slimmy dan banyak lagilah.

Semuanya demi kerana hendak mengekalkan keamanan dunia sejagat tanpa mereka-mereka yang berhati busuk nak membuat onar dan porak-peranda di atas muka bumi. Gitu!

Secara keseluruhannya, antara isi penting mudah boleh kakak rumuskan di sini adalah (seharusnya boleh dijadikan panduan atau tips juga kalau-kalau berkira untuk menonton filem ini di panggung):

  1. Dalam durasi 180 minit, I could say suku akhir jalan cerita sahaja ada insiden gaduh, tembak and perang antara mereka yang baik dan antagonis … which to me, fair enough. Sebab I’m not kid anymore to enjoy such scenes.
  2. Do not compare the show with the 1995’s and what more with other superhero films. Because Power Rangers alone is super special and (can be actually) as good as Transformers to some of us, thus .. jalan cerita yang dijangka ini patut bukan menjadi hal terutama. In short, this film just wanna trigger the inner-kid-of you .. thus, chill lah!
  3. The script isn’t that bad. Ada juga unsur kelakar and yes, unsur LGBT ada di situ bagi penonton yang matang untuk mengenal scene yang mana. My advise is, be more mature to differentiate and educate those who are curious.
  4. Watch the movie with less expectation. Sebelum melangkah masuk panggung, just say this words to yourself, “It’s going to be one simple film for me to enjoy watching!”, nah … happy la kamu macam yang kakak rasakan.

Sekian sahaja.

Moral of the story juga, lima sekawan yang dilabel kumpulan bermasalah (ada isu autisme juga) dan ‘nakal’ ini sebenarnya kalau ada ruang dan kesempatan yang jujur dan baik untuk mereka, tidak mustahil mereka ini boleh jadi HERO tak didendang dalam masyarakat.

Dilabel sahaja, tidak cukup menggambarkan apa kisah jerit pahit mereka di sebalik kehadiran mereka dalam masyarakat  (dalam konteks filem ini: kolej).

But .. agak terrible ‘kreatif’-and-kelakar jugalah. Kalau sudah nama Power Rangers alaf baru, idea bergabung jadi MIGHTY MEGAZORD (where all Rangers bergabung tenaga menjadi robot terbesar) pun tidak ketahuan …………… masalah betul!

4 bintang, out of 5 for this one!

Thank you Rangers!

KReview (Doctor Crush) …

Rindu?

Tidaklah. Ada seorang dua sahaja yang rindukan KDrama review saya.

Bukan apa, bila menulis KDrama review (I shorten it to KReview now) .. I could feel the ease and satisfaction of writing it. Plus, I can easily narrate anything/everything that I have in mind in a very flowy style, tanpa ada sebarang rasa gelisah atau mahu memikirkan hati dan perasaan orang lain. Unlike my official career.

Dan bila ada yang bertanya, “Kak Abby, rindu ler nak baca review. Bila nak buat lagi?”

Dang! Terpukul sekejap rasa muka seperti ditampar Maria pada mukanya Mariana. Lalu Mariana pun berkata, “Maria, Maria, Maria. Semua orang dalam rumah ini lebihkan Maria!,” Bahahahahaha. Dialog filem epik Melayu lama.

Bukan tidak mahu buat dik. I was and am still into reading actually, terutamanya sejak kebelakangan ini. Well, I can’t be doing two tough things at one particular time  (reading & watching), sebab kedua-dua aktiviti ini tersangatlah menuntut daya konsentrasi yang tinggi.

Dan sejenis review yang akan/perlu dibuat oleh @abbyhakka kenalah yang berkualiti dan sedikit mencerminkan kelainan. I don’t perceive things like others. Yang biasa-biasa dan hanya bersifat ‘asal ada’. Mungkinlah.

The reason I said so, sebab that’s how I normally value a drama/film. Tidak kisahlah apa genrenya, atau dari negara mana.

Back to KReview. Setelah sekian lama.

I’m sure sekarang .. the one that’s sizzling hot to be watched is this piece (cause I think so):

image

Another drama about doctors.

In general, I’ve always anticipated two types of dramas which tell stories of two different professions; DOCTOR & JOURNALIST.

Sebab utamanya yang anda perlu tahu, dulu cita-cita pertama aku adalah untuk menjadi seorang surgeon, tetapi instead, I’m now my third ambition, listed in my secondary school’s form back in early 2000.

Makanya, dua kerjaya ini tersangatlah menjadi dambaan pilu aku untuk tengok dan ikuti, walaupun memang jauh dari keupayaan la untuk menjadi seorang doktor perubatan, di waktu dan usia begini. Ahaks.

Doctor Crush, permulaan yang tidak berapa pleasing. To me.

Kenapa? Sebabnya Park Shin Hye adalah bukan seperti kebiasaan. Dia kelihatannya jauh lebih kurus, sejenis kurus aneroxia yang buat mata ini tersangatlah janggal melihat dia atas bawah.

Too skinny that makes her doesn’t really suit the character of a doctor, seriously. Walaupun di permulaan jalan cerita, Shin Hye ada memaparkan suatu sisi dirinya yang lain sebagai seorang pelakon serba-boleh, tetaplah di mata kakak si Shin Hye ini sewajarnya tidak perlu menjadi sehingga terlalu kurus begitu.

The transition character from a gangster-girl-with-brain to a passionate-real-smart-and-pretty doctor adalah sejenis watak pity girl yang tipikal selalu dibawakan oleh Shin Hye.  Tetapi itu hanyalah di permulaan cerita. When she’s becoming an adult, cerita ada sedikit memberikan nafas inspirasi bahawa it’s not impossible to become somebody, if you’re really striving .. waima apapun sekali pengalaman hitam yang pernah dilalui.

Terbukti. Lumrah dunia pun selalunya memainkan sentiment itu, in real life.

image

Di samping Shin Hye, ada watak lelaki-matang-but-really-knows-how-to-be-cute-at-times itu adalah sejenis tidak berapa hendak jadi dambaan kakak sangatlah (yeah, right!). But the real fact he’s a neurologist dan sedikit berusia itu kelihatan dan kedengaran sangat macho jugalah (Abbyyyyyyyyyyyyy!).

Up to episode 13, perjalanan plot dan perkembangan setiap watak adalah semakin berbaur keduniaan dan hilang sentimen kemanusiaannya hubungan pesakit dan doktor.

Memandangkan kisah drama ini lebih memperihalkan kepakaran doktor pakar otak atau neuro, adalah kurang boleh diterima akal kalau mana soal peribadi pesakit yang mengilukan itu (sebab dipertontonkan banyak sekali babak membelah kepala dan otak) dijadikan modal untuk tujuan ‘pemasaran’ (‘marketing’) …. ini adalah sebenarnya elemen paling keji dalam dunia kalau betul-betul ada manusia berhati dan berotak sedemikian.

… and when it comes to the 14th episode, aku jadi lemah lutut.

[Ini mungkin sedikit lari dari kebiasaan aku menulis review, but .. please accept my apology here, terlebih dahulu]

Sebagai antara manusia terpilih yang diuji jiwa dan emosinya dengan ketidakupayaan jantung anak teruna yang perlu ‘dibaiki’ di IJN 2 minggu yang lalu, this storyline of Doctor Crush adalah sedikit menyentuh naluri keibuan dan kemanusiaanku.

doctors14-00398

Babak ini. Melibatkan keluarga kecil ini.

Allah, sayunya.

I lost the guts to continue watching the next episode, jadinya. Diselitkan di situ kepayahan si bapa bergolok-gadai mencari rezeki demi kerana hendak menanggung pembiayaan kos pembedahan otak kedua-dua anaknya, pada aku .. this part of the story here is tooooooooooooooooooo ‘near’ to my heart.

Terlalu banyak pedoman yang boleh diambil dari this particular scene. Cuba, sesekali, letakkan diri anda di tempat mereka dan cuba juga lihat dari mata mereka.

[Ya ampun, this review somehow, not giving justice a little bit, it seems. Maaf …]

Overall, I give 3 and a half stars for this movie, out of 5. Sebab kalau hendak dibandingkan dengan ‘doctors drama’ yang lain pernah ditayangkan sebelum ini, ada yang jauh lebih baik (Yong Pal), lebih berinformasi dan sesuatu yang baharu (Doctor Stranger – the best!) dan tentunya, lebih dramatik lagi jalan cerita cintanya (The Descendants of The Sun – less doctor roles, but insanely synchronise with the soldier profession).

Percayalah … sebab here’s some gist:

IMG_9865

Take time and choose your ‘Doctors Drama’ at your fingertips;  https://www.dramafever.com/news/7-dramas-about-doctors-passionate-lives-in-south-korea/

….. and you’ll be wayyyyyyyyyyyyyyyyyy satisfied. Peace!

Mudah Lupakah Kita?

Sekali lagi, ada perkongsian best yang boleh diulang-siar di sini.

Sebab Melayu itu mudah lupa, dan perlu dan sentiasa terus untuk perlu diingatkan setiap masa .. justeru, terkadang perkara ini mengingatkan aku pada melodi yang boleh membangkitkan kesedaran itu setiap hari.

I would prefer this to be a good reminder for all, as well.

And here’s a recap which I’ve written somewhere.

*******

Rasanya sudah berulang-ulang kali klip video di atas saya titipkan di dalam post-post entri saya di blog ini. Tidak akan pernah bosan dan tidak akan pernah rasa mahu meminggirkan lagu ini sampai bila-bila. Kalau boleh hendak diperturunkan ke beberapa generasi akan datang pun saya tidak kisah. Mahu tahu kenapa?

Jawapannya mudah sahaja. Kita, Melayu mudah lupa. Tersangat-sangat mudah lupa.

Maka dengan adanya melodi dan penghasilan lirik seindah seperti dalam lagu di atas sememangnya wajar ditiupkan semangatnya ke dalam diri manusia-manusia pelupa macam saya (terutamanya) supaya kita-kita ini tidak alpa dan tidaklah pula tersenang alpa dengan perkara yang kita punya yang sebenarnya dipinjamkan Tuhan untuk sementara.

Sekali lagi ini juga tiada kaitan ceritanya antara hidup atau yang telah meninggal dunia. Tetapi I can guarantee the story that I am to tell you here is things that evolve around me. Things that I feel can be shared and at the same time would love to always remind my own self that this is one of many elements in life that you need to deal with.

Setiap manusia itu lumrahnya, Tuhan telah jadikan dan rencanakan perjalanan hidupnya. Perjalanan yang ada adakalanya mudah, senang, susah dan liku, serta beronak duri memang Tuhan pelbagaikan untuk manusianya yang juga pelbagai.

Disebabkan ‘kepelbagaian’ yang Tuhan ciptakan ini, Tuhan ciptakan juga akal fikiran supaya manusia itu dapat membezakan mana satu permata dan mana satu kaca, mana satu baik dan juga mana satu buruk. Malangya, tidak semua manusia itu bijak hati dan akal fikirannya untuk menggunapakai nikmat Tuhan yang satu itu dalam memberi penilaian ke atas hidup manusia lain.

In fact, golongan seperti ini bermaharajalela. Tersangat banyak ‘kuman’ macam ini dalam populasi manusia hari ini yang macam dewa dan macam tiada unsur kemanusiaan dalam diri. Allahuakbar.

Aku ini, manusia yang berumur 28 tahun. Allah, umur setahun jagung orang kata. Pengalaman pun ‘masinnya’ belum boleh terasa. Tetapi bila bercakap soal manusia yang macam tidak boleh sedar elemen ‘jatuh-bangun-ini-adalah-niche-kehidupan’, aku bukanlah tiada pengalaman langsung. ‘Masin’ berdepan pengalaman itu dah pernah saya rasa. Pernah jugalah beberapa kali merasa. Perit apatah lagi.

Bila ada sahabat yang dilanda badai yang sama, I would rather stand beside my dear friend and support him or her firmly so that my friend will feel easier and look forward to a better settlement and future. 

I will want to give consistent encouragement so that a good friend of mine will put aside the negative element from that ‘silly’ people or occasions but instead rise from the downfall and be grateful for what other life elements that he/she has now, which to me it’s mindful that we appreciate things that we less care before.

Begitulah. Sekecil-kecil alam, me or we could do to help and remind those who think they are great in many sense. Let us remind ourselves and let us be grateful for what we have rather than confronting the issue or the persons involved.

Susah mengingatkan sesama manusia. Walau sebangsa, susahnya ya rabbi. We can always try. Do try at your willing. But if you’re not and do not dare to ‘fight’ with those, always remember …. ‘Retreat doesn’t mean we’re lost’. Maturity plays big role in some sense.

Sekian.

DIAgnosis3

Sebab sekarang tengah dalam proses membaca DIAgnosis3: Motuari, tetiba teringat ada pernah cerita pasal DIAgnosis di laman sesawang yang unfamiliar itu.

Share sikit di sini.

Kesinambungan penceritaan yang best dan cukup menggambarkan how trilled the profesionalism is, in the medical. Dibukukan seperti novel, aku rasa cara beginilah terpaling mudah hendak menarik minat pembaca dan muda-mudi di luar sana yang kejar impian mahu menjadi doktor mahupun pengamal perubatan.

Now to recap, the sharing posted in April 2014.

DIAgnosis

Apa barang pakai gambar Google Images kan? Pakai gambar sendiri lorh. Tetapi kebarangkalian diculik dan disalah guna itu memang tinggi. Malas mahu bertekak. Mujur gambar sekadar untuk perkongsian dan bebelan di blog. Kalau untuk tujuan kerja, jangan mimpi. Jangan cuba cari pasal lah mahu mencedok lepas tu siar dalam suratkhabar korang. Biadap!

Baiklah, tadi itu adalah permulaan yang sangat random. Tiada kaitan dengan ‘hormonal inbalance’ dalam diri. Hiks. Marilah kita membuka lembaran baru memandangkan hari ini juga adalah penghulu segala hari. Rebut syafaat dan keberkatan yang dijanjikan kalau kita mahu hindari perkara yang tidak diingini, insyallah.

Berbalik pada tajuk post di atas, it’s obviously stated that this post is another way of me presenting my sincere thoughts and feel on this one material and piece that I’ve read. And this time around it’s on #DIAgnosis, a compilation of short stories that happened and faced by three local credible Malaysian doctors.

Nipis sahaja. RM20 harganya.

Sebenarnya adalah menjadi pantang aku juga hendak membeli buku yang nipis, walaupun harganya murah. Sebab aku ada satu perangai yang senang mentafsirkan buku nipis buat diri aku tidak puas membaca and mesti cerita penulisan buku tersebut pendek dan tidak dapat berjaya melengahkan dan melekakan aku dari terus membaca.

Satu perangai pelik sebenarnya tetapi yes, memang itu semacam mentaliti yang aku ada dalam kepala setiap kali berkonfrontasi dengan diri sendiri bila bab membeli buku terutamanya novel dan cerpen, either in Malay or English.

But because of this one simple review I read from IG account of Dr @zahiliahfilzah, saya langsung teringat dan beli tanpa ambil pusing mentaliti aku yang entah apa-apa tu. Hiks. Beli dengan sangat confidentnya.

Balik, belum terus boleh membaca muka ke muka. Terpaksa ditahan-tahan sebab ada kertas peperiksaan yang perlu diduduki dalam seminggu dua. Langsung terlupakan sampailah the day after the exam is finished, membukalah aku sampulnya plastik yang membaluti #DIAgnosis dan membacanya.

And … it takes me only half a day to finish reading the book. Nampak tidak kegagahan di situ, di sebalik mentaliti aku yang memang tidak suka buku nipis?

Hahahahahaha statement mahu menang sahaja! Tetapi trust me, ketipisannya bawa impak yang sangat besar dalam diri aku sebagai pembaca, waima aku bukan pengamal perubatan apatah lagi ada sangkut-paut dengan bidang sains biologi manusia itu.

Sebab itu orang kata pengalaman adalah sebaik-baik cikgu dalam kehidupan. Dan dengan penceritaan pengalaman tiga orang doktor ini, I could sum up that they’ve faced a lot of challenges in their career yet they are still passionate in what they’re responsible to do towards their patients.

Salute betul pemikiran orang-orang begini. Kalau aku boleh kata dahulu, ada doktor yang sebenarnya kurang bijak (sikit) dalam hal-hal perubatan (in some cases and situation, they don’t really showing us the professionalism), but these 3 humble doctors have totally changed my perception that they are still some doctors who have the high-end quality knowledge and ethics while they’re wearing their uniform, or even out of their shifts.

Dan bila pengalaman mereka selalu dikaitkan dengan kebesaran Allah s.w.t, saya jadi lagi mudah tersentuh dan sebal kerana ada perkara dalam kehidupan kita seharian yang kita leka dan tidak pernah mahu ambil pusing walau seminit dua dari 24 jam yang Tuhan pinjamkan setiap hari.

Allahuakbar.

Terlalu banyak ayat-ayat yang ‘berkuasa besar’ dalam buku tersebut. Yang mana kalau sekali baca sahaja, terpana lah aku dek kerana kebenarannya. Terkesima jugalah jiwa dek kerana kekuatan di sebalik ayat-ayat yang disusun. Sungguh tinggi dan dalam ilmu mereka para doktor, tetapi lebih dalam lagi bila mana setiap apa jua penemuan penyakit, perangai pesakit dan jalan penyelesaian yang cuba para doktor ini selesaikan … sebenarnya berbalik semula kepada Allah s.w.t

I am sure all of us are aware that there’re thousands of people, with millions of different diseases and attitude whenever, wherever towards the people named doctors. Tersangatlah pada aku, kategori manusia sedemikian macam tidak kenal erti syukur, tetapi … siapalah kita yang khilaf untuk membuat perhitungan. Cumanya … kalau selepas membaca buku ini, harapnya adalah kesedaran sikit untuk saling hormat-menghormati dan berilah walau secubit kerjasama dengan mereka, para doktor yang mungkin sebenarnya ikhlas dalam menghulurkan bantuan kepada kita.

I know it’s always hard for us to face reality what more shocking news that tells you the real condition of your own health, but with some faith … I am sure we can cool down and accept the ‘pain’ slowly, but in more surely way.

Dan antara kesukaran dan ketidakselesaaan para doktor juga adalah untuk memberitahu ‘khabar buruk’ kepada pesakit mahupun keluarga pesakit, bila perlu. We should’ve also feel them and understand both situations in order to have a better conclusion at last, for the good sake of two parties involved.

Makanya, penceritaan buku nipis banyak mengajar mengenai erti kehidupan and how on earth can we do to appreciate our loved ones. Ini adalah terpaling penting sebenarnya, suatu elemen yang manusia sering alpa dan gah (tidak kurang) dengan nikmat kesihatan yang Tuhan pinjamkan.

So peeps, grab this one copy while you still can. Cause I’ve been told #DIAgnosis2 is about to launch soon. And I super can’t wait to grab the new sequel, dan tidaklah lagi menjadi bukan-antara-yang-terawal masa mula-mula #DIAgnosis keluar dahulu.

Mak terlajak train sangat, tetapi syukur kesempatan memiliki itu Tuhan bukakan jalan juga untuk aku jadikan teladan. Alhamdulilah.

#kdramareviewbyabby

Perkara yang aku suka buat, dan teramat suka buat lebih-lebih lagi adanya demand daripada kenalan yang tahu dan menyuarakan.

Aku pun jadi kurang sedar bila sebenarnya kali pertama aku mula tonton cerita Korea, dan terus-terusan suka dan sekarang macam obses satu macam punya giler dengan siri drama dari negara yang terbahagi dua itu, South and Nouth.

Seingat diri inilah kan, drama pertama yang aku tonton dan betul-betul hayati sekaligus terus jatuh cinta gedebok adalah drama Korea, Winter Sonata. Itupun gara-gara speaker kursus penulisan skrip yang aku attend di Finas (entah tahun bila pun tak ingat), Murali Abdullah waktu berkursus itu suruh tengok dan hayati skrip yang dia tayangkan.

Masa itu, rasanya buta tuli dalam menafsirkan maksud di sebalik penceritaan sesebuah drama/skrip, apatah lagi nak menganalisis maksud tersirat yang terkandung dan seterusnya membuat review seberani dan segigih macam sekarang.

Hahaha entah dari mana datang kekuatan dan kematangan berbuat demikian pun aku kurang pasti.

But it’s kinda fun and appreaciative jugalah sebab ada rupanya yang menjadikan review sengal saya itu dibuat rujukan. Rujukan yang boleh diterima pakai kalau-kalau mereka hendak menonton siri KDrama yang lepas-lepas.

But to tell you the adventure or how I do it, memang tiada apa boleh dikongsikan kut. It’s just something that naturally comes from my brain that goes into my fingers and they clicks and dancing spontaneously.

Gituh. Kenyataan teramat poyo lah kalau orang tak kenal aku boleh cakap.

But this #kdramareviewbyabby adalah suatu cetusan yang kalau boleh mahu kekal jadi ‘darah daging’ aku sampai bila-bila. Sebab sememangnya selesa dan terus-terusan mahu jatuh cinta dengan drama-drama Korea, aku harap one fine day this hashtag could trigger the attention of the world. Gitu. Ambitious tidak?

Tetapi tidaklah tahap membuat review ini sampaikan diri sendiri pun terabai. Terkadang memang tidak mampu rasanya hendak follow segala semua drama production SBS, KBS dan TVN nieh.

Throughout the year, rasanya terlalu banyak yang mereka hasilkan. Jenis aktif dan ligat jugalah kira. Itu belum yang running game reality shows and etc.

KDrama juga kalau sesiapa yang dah terbiasa ada kategori tersendiri. Aku suka bahagikan kepada beberapa groups where there’ll be normally 16 episodes, 20 – 26 episodes and 50 episodes.

Well, 50 episodes adalah terpaling banyak boleh aku nengok.

Dan usually, to come out with such review, aku suka hendak menceritakan betanya kreatif nya plot and narrative style mereka dalam menyusun babak and what more, tangling you with the ‘nerve-wrecking’ element.

Berdebar kut. Dah berdebar satu hal, ditambah pula dengan elemen memang-takkan-boleh-sabar-hendak-tunggu-next-episode-maka-hidup-kau-jadi-bermatlamatkan-cepatlah-datang-Isnin-dan-Selasa-oit!.

Hahahaha rengsa tidak baca adjektif dan deskriptif sepanjang itu? But trust me, itulah yang terlahir dari sudut sanubari kakak.

I wish, I really wish that I can do extension review of each reviews I’ve done in my Instagram account. Walaupun ku tahu, tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia adalah peratusan yang senipis bawang, aku aku tegarkan diri menulis dengan panjang .. supaya aku yang akan lebih terhibur dalam ini hal.

Hahahaha kakak kejam, I know.

And as for this poster posted above; #CheeseInTheTrap.

In short, up to the latest episode, I could say that the character of Park Hae Jin adalah semakin cheesier and cheesier that you will always feel he’s super gorgeously cute, handsome boyfriend someone could never ask for.

Begitu.

Terkadang juga aku menulis sambil didorong emosi menggila. Bukan macam-aku-seorang-director nye feeling, tetapi lebih kepada aku-lah-heroin-dan-girlfriend-Park-Hae-Jin itu!

Bluek.

Kendurian …

 

Lama sangat tidak mentekedarah durian seperti yang aku buat minggu lepas, macam dalam gambar.

Allahu. Teringin memang sudah lama teringin. Satu macam punya teringin yang hendak melahap durian atau buah-buahan tempatan lain dengan sangat banyaknya dan sehingga boleh ketat perut.

End up itu hari, tidaklah sampai ketat perut pun. Tetapi sampai boleh sendawa kenyang pun, aku sudah bersyukur banyak. Sebab dapat memuaskan tahap keinginan aku yang lama pendam itu.

Al-kisah cerita ada kendurian di pejabat tajaan FAMA dan Bank Rakyat. Memang tidak fikir panjang terus beli kupon RM10 tanpa banyak soal. Hajat di hati memang mahu duduk gah sambil menikmati buah-buahan yang ada especially longan/mata kucing.

Tetapi, itulah .. mungkin niat pelahap itu tidak berapa nak betul sangat, maka sebelum menjadi teruk .. aku hanya berdiri sahaja sambillah menikmati buah-buahan yang ada.

Apapun, kenyang. Puas hati.

Tiada masalah, tiada perkara berbangkit.

Tiada juga demam menyusul selepas dua tiga hari dan standing still walaupun beberapa jam lepas makan, memang panas menyinga dalam badan ini rasanya.

One of the best moment this year to get in touch and closer to other Bernamaians.

Syukur.

#Review Novel ‘Kelabu’

Selalunya, kebiasaannya atau dalam kebanyakan masa, saya sememangnya seorang yang jenis mengamalkan keterbukaan dan selalu embrace (what is the best Malay word to replace this?) konsep keterbukaan dalam apa jua pelaksanaan kerja atau interpretasi akal dan perbuatan.

Jenis tidak suka mahu membataskan akal kepada satu-satu perkara atau judgemental yang belum tentu bagus, selamat atau ‘bajet bagus’ kinda-type. Tidak suka. Kalau secara tiba-tiba ada perasaan begitu, saya cuba kembali (dengan laju-laju) kepada kewarasan akal & mengambil kira kalau-kalau apa jua perkara baru itu mungkin sebenarnya ada manfaat atau kebaikannya tersendiri.

Walaupun demikian, keterbukaan saya jenis berbatas juga. Tidak semuanya saya boleh hadam, tidak semuanya saya boleh telan. Dan bila dijumpakan dengan insiden-yang-tidak-boleh-kita-bukakan-minda-kita-untuknya, saya mengambil dasar ambil-dan-belajar-mana-perlu sahaja. Tidak perlu, anggap sahaja ianya ‘mainan-sekali-lalu’ dan tidak perlu gusar atau menyusahkan kepala otak pikir dalam-dalam.

Situasi di atas jelas menggambarkan betapa itu yang saya rasa dan jiwai bila baca senaskhah novel terbitan syarikat penerbitan independent (tidak lagi popular sepertimana established publisher lain).

Saya mulakan bacaan dengan penulisan Nadia Khan ini:

Kelabu_Nadia Khan

Terus jatuh cinta. Atas beberapa faktor:

  1. Penceritaan jalan cerita dari muka satu sampai akhir adalah lari dari skeptikal novel-novel sedia ada di pasaran hari ini, yang selambak dan mengetengahkan pendekatan tajuk yang panjang berjela. Sangat-sangat.
  2. Plot yang boleh mendatangkan pelbagai emosi, persoalan dan tanda tanya dalam diri. Diakhiri pula dengan jalan cerita yang juga masih boleh menimbulkan kemusykilan. Fuh. Dari awal sampai akhir, bermain emosi yang tidak terjangka. Mampu?
  3. Mengetengahkan isu semasa yang tersangat-sangat semasa. Pelbagai isu. Boleh jadi juga sebenarnya apa yang diceritakan cukup menggambarkan kenyataan ‘Life Is Drama’ itu sebenarnya wujud.
  4. Tidak menjemukan sebab there’s no scene that you could expect what will happen in the next, next chapter. Sebab itu jadi leka and you can even finish reading it within 4-5 days ONLY.

… dan banyak lagi sebab-sebab lain yang hanya kalau anda bersifat terbuka dengan sesuatu pembaharuan atau menerima kepelbagaian sebagai sesuatu yang baru, boleh alami menerusi novel ini.

Give yourself a try. It can turn out to be a good addiction iaitu membaca.

Tetapi …

Seandainya pada pemikiran anda di pertengahan (or even di permulaan cerita, sudah mula merasa jengkel, jelik dan dangkal), saya nasihatkan supaya terus-terusanlah membaca novel-novel cinta yang walhasil balik asal hanya bermotifkan jalan cerita dipaksa-kahwin (kebergantungan kepada kes bagaimana boleh jadi terpaksa, teraccident dan tertipu)-dan-akhirnya-bertukar-jadi-cinta-sejati-sampai-mati.

Proudly say, this one piece of Nadia Khan makes me wanna read more and more of the-same-type-of-novel-writing which is independent, sedikit loose, ringan dan penggunaan bahasa yang niche dengan bahasa yang separa formal & seperti-ayat-blog. I am kinda embrace this kinda of coolness and I would love to share more if I find it suitable for other readers to read.

Pada saya, tiada propaganda besar cuba diperkotak-katik atau ‘ditanamkan’ dalam jiwa pembaca, cuma, some (I could predict this) will or might find it awkward sebab dek kerana isu semasa yang saya bagitahu di bahagian faktor-jatuh-cinta di atas. Nak tahu? Kena bacalah. I am sure you’ll  find a lot of reviews about this one novel, so up to you all to decide and have your pleasant time reading.

Reading will bring no harm to you in neither way. Still, bergantung kepada penerimaan. Take things that you can learn and do something with it to others (in Malay word, amal).

Surprisingly, you will feel way better, way with easy mind and easy satisfaction too 🙂

Sekarang, sedang ‘menelaah’ ini. This one piece here is kinda COOL too :

kombo-kougar-tabu
Enjoy reading everyone. In a month, I’ve read two novels! Targeting more books in more months to come, insyaAllah 🙂

Keluarga…

Saya sangat sayang keluarga saya, keluarga besar saya dan semua lah!

Wah!Motif buat intro kekeluargaan ini kenapa? Tetiba ada idea bila membaca blog Nurulism terlebih dahulu. 😉 Padahal keluarga ku baru ada aku & suami..Apakah? hehehe…

Bila dilihat balik kembali gambar-gambar kekeluargaan yang ada dalam simpanan sepanjang hari perkahwinan minggu lalu, rasa bahagia sangat. Comel benar gambar itu ini.

Maaf ya kalau ada pembaca yang sudah meluat dengan cerita kekeluargaan Abby. Huhu..Saya suka dan akan selalu suka. Harap maaf.

Kalian ada terbaca tak status Facebook? Yang ada kt tepi tu. Yang tertulis, ” Nabilah Saleh strongly feels that Abah & Mama misses her so much~!. Time flies and it has been a week of us living as husband & wife (^_^)”.  Tidak percaya? Betul. In fact, adik-adik pun rindu keriuhan kakak diaorang yang gila-gila ini.

Itulah, dulu waktu aku ada, buat bo layan…Main gusti tak hengat. Sampai lebam-lebam. Ha sekarang masing-masing depan ‘kitab’ sampai lebam??Padan muka!

Ha sekarang, rindu-rinduan jadi kenang-kenangan……….Eh bukan, tiada maknanya kenangan. Selagi terdaya, Abby akan pastikan saat adik-beradik ini bergaul mesra akan jadi gemilang.

Ahh, ayat sangat tidak entah apa-apa. Inilah bahasa kalau berblogging tanpa suami di sisi ;-( (Dehh, alasan tul!)

DSC06796-5

Gambar tidak berapa nak ready. Ahh, cantiknya color turqoise ku……..

DSC06797-6

Syok kalau bergaduh selalu dengan diaorg ni. Sebabnya nanti baru wujud perasaan rindu. Haha..

Lagi syok lagi bergaduh dengan minah genit ni…

DSC06804-12

Batrisya. Huhu..sangat genit, kepoche dan gedik! Mak mertua Abby sangat suka Icha ni. Petanda kah? Jeng jeng jeng.

Icha ni berlari keliling rumah masa kenduri hari tu bukan main. Malam, bila sesi ‘Buka Hadiah bersama Pengantin’ dah terbungkang tidur!. Tak comel dah waktu tu. Huhu..

More stories to come. Bersambung…Encik Suami mahu balik sekejap lagi. Adios~

Puasa…

Ramadhan 6

Tup tup sudah masuk enam hari umat Islam berpuasa. Alhamdulilah segala urusan dipermudahkanNya, walaupun ada 1 hari itu agak ‘mati’ Abby dibuatnya, tekak mahupun tenaga badan.

Aish, itulah namanya dugaan. Walau bagaimanapun, Abby sukses pada hari itu~ Tabah sekejap! Hehe..

Bakal keluarga mertua yang juga berkampung di KL sejak Ramadhan 1 juga sudah mahu pulang ke Penang pagi ini. Abby tidak sempat jumpa kerana sudahpun sampai di pejabat. Tetapi sempat lagi terima pesanan khidmat masyarakat menerusi sms daripada mr fiancee mengingatkan supaya hati-hati memandu ke tempat kerja. Oh shweeet~

Sepanjang enam hari berpuasa ini, padat rasanya aktiviti selepas balik kerja 4.45pm. Berbuka di luar, berjalan-jalan sehingga ke Nilai 3 dan banyak lagi la.

Tetamu dari jauh datang, atenyer…Dibawa berjalan-jalan la semua. Tapi syiok, sebab bukan selalu 9 orang dari 2 keluarga ini dapat berkumpul. Alhamdulilah 😉

Esok, hari keramat, hari Gaji.

Ceh, ingatkan apa ke mendanya la…

Esok juga, rancangnya mahu ke Ampang Park itu. Mengambil persalinan untuk majlis bertandang. Sudah siap!Baru punya masa untuk ambil. Dan mungkin berbuka di luar dengan mr fiancee, untuk pertama kali Ramadhan tahun ini.

It’s…

1 month 27 days

more to go!

Buat kesekian kalinya…

Wah, tajuk tidak menahan. Sesekali buat comeback, tajuk mesti da bomb! Mengapa ek?

Hehe…Kalian, saya masih ada. Abbythejournalist masih wujud, jangan disangka tiada update, maka empunya badan juga lupus. Kalau lupus sekalipun, hanya sebahagian minda nye dah mcm haywire sedikit.

Eh suka pula guna perkataan haywire itu ek. kenapa eh? Haruslah suka! Saya sedang haywire!

This entry will be a short one. Inilah padahnya kalau update di awal-awal pagi. Mengira detik jam 8.30am, sebelum mula fokus membuat kerja. Huhu.. Dedikasi Abby lately, tetapi tidak juga. Curi-curi juga.

Aish Abby, bila mahu berubah ini? Sudah melupakan tagline yang satu itu ka, ‘Berani Berubah’! Eh, ada kena mengena ke tagline itu dengan Abby? Ishk semakin nk habiskan entry, semakin merapik dibuatnya.

Okies, sekian sahaja ya. Sudah mahu bersiap-siap untuk makan sarap. Minggu hadapan sudah mula berpuasa.

Alhamdulilah, berjumpa lagi Ramadhan kali ini.

Sekian.