… Raya, Oh Raya!

Raya 1438H wasn’t that bad at all.

Because all I wanted to do was only to be here.

The one and the only place that I miss so much.

My kampung. Processed with VSCO with c1 preset

It has been a while that I came to this place.

To be exact, it was a year ago.

Berkumpul banyak keluarga beberapa malam dan kasi gegar ruang dapur bila berkumpul makan, dan di ruang tamu bila berkumpul untuk sesi lepas-makan-maka-boleh-bersembang-sambil-layan-kerenah-anak-anak-bikin-gempak-bermain.

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung baru-baru ini pun dan sambil juga dikhabarkan satu-persatu update terkini yang semua ahli keluarga dari segenap pelusuk negeri dah mula checkin di rumah kayu-nan-lama-tetapi-utuh-asasnya itu, sekejap-sekejap bibir kakak ini menguntum senyum.

At least, there’s a reason why I can really smile after ….. days and nights yang tidak mudah senyum itu terzahir seikhlas itu.

Before

After

Being me naturally, budak-budak like this bunch of little ones captured above memang sejenis buat diri stress-free sekejap.

Well, stress itu berganda juga sebenarnya sebab dealing with so many mischievous minds and acts in one particular time and place dengan mereka nieh terkadang memang menduga iman dan keupayaan akal sebenarnya hahahahaha. But seeing them in that kind of circle, enjoying themselves freely tanpa ditentu-arahkan mereka setiap masa, membuatkan diri ini tahu untuk lebih menghargai kehidupan by improving current parenting skills even more for the better them.

Adatlah, bila dah berkumpul reramai begitu kan. Yang tukang jerit si mak bapak la terpekik sana sini .. cuba mengawal keadaan. Itu, memang tidak pernah berubah tabiat tu.

Mahu lari dari cerita topik #rayaapaadanya kejap, boleh?

Bila berkumpul, there were many things that I could observe and see and that’s the beauty of childhood that can only happen ONCE in your life.

Tidak dinafikan memang terkeluar juga isu #KBAT, #anakstress dan yang seangkatan dengannya, tetapi what am I proud of is on how my uncles, aunties, cousins especially in educating and be flexible with their babies.

Masyaallah, tremendous habis!

Tiada kekangan, tiada paksaan and very much cool on seeing or unleash their kids’ potentials. Lebih mengamalkan keterbukaan dan perbincangan dalam banyak hal dan pertanyaan yang dikemukakan anak-anak.

Walaupun ‘azab’ dan ‘seksanya jiwa raga’ hendak menjawab satu-persatu pertanyaan anak-anak yang terkadang soalan #KBAT pun tidak sebegitu mencabar macam yang mereka soal, tetapi layankan jugalah. Di situlah nanti baru ‘tercabar’ pemikiran si mak pak yang kredibilitinya akan disaksikan seantero ahli keluarga seisi rumah. Thrill!

What I love to do best when no 4G/LTE connection detected. Processed with VSCO with a5 preset

The rest of the days in kampung was simple and we just love to hangout with the family members, with chats and good food. Sesekali ada juga ambil peluang start enjin kereta dan mulalah merayap, melilau pusing pekan yang jauhnya sepelaung sahaja. Punyalah ramai umat di kampung itupun, dah macam tengah KL.

Pekan Batu 38 pun dah ‘pesat’ pembangunannya. Ada macam-macam, tinggal belum wujud Starbucks Coffee dan McDonald Drive-Tru je.

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, habis jalan tak kira tengah or bahu jalan, semuanya ada lencongan dan ‘dikerjakan’ oleh pembangunan. Gaya macam nak bina MRT sampai Sabak Bernam dah je, apa ke jadahnya kan?!

Kids were just being kids, di kampung. Including my precious two.

On another development, if I could share a little bit with you here, the traits of ADD-suspected in my 7-year-old son could be obviously seen sometimes over times. Entah kenapa ini terjadi but we strongly feel that there must be something that we haven’t fully cater or tackle that spot.

 

Somehow he could be really loud of nowhere and one way of how I toning it down is by saying, ‘I’m sorry’. Sebenar-benar maaf yang terkadang tu sebab kecil hati betul bila teringat cara dia tertinggi suara or determination-one-kind!

 

That’s one example.

More to his ’emotional intelligence’ that I don’t really master and tackle (yet) but will definitely seek for more guidance from the experts.

Other than that, he is doing perfectly fine, insyaAllah.

While the other children of mine who’s getting three this December, teramat-amatlah pandai ‘membawa diri’. Si Nawal kenit ini, pantang kalau dibiarkan bebas. Mulalah dia bertempiaran berlari macam ada hantu yang mengejar dia.

Sejenis ‘hyper’ juga kalau sungguh-sungguh dibiarkan bebas dan selalunya memang masih terkawal walaupun tinggi betul kadang-kadang dinding/slides yang dia panjat at a play centre.

Sejenis berani dan don’t-mess-with-me-type of girl!

Keletah tiada jangka. Processed with VSCO with hb1 preset

Ekspresi penuh gaya. I am so glad that I managed to capture this beautifully.

Sepupu yang dulunya hingusan belaka, sekarang sudah besar menjadi bujang dan teruna belaka.

Kalau dahulu saya inilah ‘Kak Bilah’, now no longer. ‘Acik Bilah’ jadinya. ‘Kenaikan pangkat’ yang best giler dirasakan sebab tidak sekelumit pun dirasakan sebab faktor usia hehehehehehe. Bukankah kakak sejenis muda remaja di hati selalu? (jangan muntah, please)

Ada yang dah melangkah ke alam pekerjaan pun. How time really flies. Yang dulu suka diluku dan digomol sekarang dah tentu-tentu tidak sesuai. Terpentingnya, bonding tetap kuat dan tetap mahu jadi kuat. Saling menjadikan contoh di antara satu sama lain so that all of us can become a greater person for the family and country, insyaAllah.

 

Alright, kesayangan semua?

Happy Hari Raya to all readers!

Salam kemaafan tulus ikhlas dari kakak yang tidak pernah pandai menulis yang hebat dan sesuatu yang mungkin ada manfaatnya kepada banyak orang di luar sana. Sentiasalah menjadi insan yang selalu mahu mengejar kebaikan dan memberi pertolongan kepada insan lain di atas muka bumi ini demi kerana kelangsungan hidup yang harmoni dan aman tenteram sesisi alam sejagat.

Love you all!

Pose gila-gila. Processed with VSCO with hb1 preset

Pose ala korporat and with ATTITUDE (yang tengah-tengah!). Processed with VSCO with hb1 preset

I missed the spot in both pictures somehow. If not, it would be MERRIER with me in it! Bukankah? 

Mana boleh Acik Bilah miss moment penting begini?

Till we meet again in less than 3 weeks, clan!

Jantungnya…

Saya terpanggil untuk menulis tentang ini, selepas pulang dari Froebel Seminar Series beberapa minggu sudah.

Ketika Dr Afzan Putri masih belum lagi menghabiskan sesi Q&A untuk talk pada petang itu, Imran Imtiyaz berlari tak peduli audience yang ada terus mendapatkan Dr, just to say hi.

My boy’s sentimental value is high somehow, and that’s why …

… tersentuh hati bila selepas anak teruna saya itu dipeluknya, Dr memberitahu, “He’s Imran, one of kids that love KinderKaizen dan baru sahaja beberapa bulan lepas undergo a heart surgery ….”

Here’s the story.

***

8 hari lagi, daripada tarikh hari ini .. akan genaplah 4 bulan sejak peristiwa dadanya dibelah doktor pakar kerana VSD.

Anak lelaki sulung saya ini, sehingga ke hari ini .. rata-rata yang berjumpa dengan saya, kerap sekali bertanyakan perihal dia, kesihatannya dan keberadaannya sejak peristiwa tersebut.

Ya, saya akui memang jarang-jarang sekali memberitahu secara terbuka mengenai dirinya walhal .. ketika terdesak & dalam keterpaksaan suatu ketika dulu, saya memang betul-betul mengharapkan doa daripada kalian semua untuknya.

Saya minta maaf, betul-betul minta maaf.

Tiada niat yang disengajakan untuk tidak menghebahkan cerita mengenai bagaimana dia, Imran Imtiyaz selepas kejadian itu .. tetapi dalam banyak hal, saya lebih suka bercerita bila bekeperluan sahaja.

Menyentuh soal proses baikpulih dan penyembuhan anak ini, sebenarnya .. ada sedikit pengalaman kecil yang mungkin boleh saya ceritakan di sini.

Well, yeah .. now I’m being open about it. Peace!

img_4266

Gambar di atas ini adalah atas permintaannya.

Dia minta saya snap gambar on the day he got discharged.

Gembira bukan main. Mulut yang sentiasa riuh dengan macam-macam ayat yang adakala teratur, adakala betul tetapi belum tentu sampai maksudnya itu … jadi semakin, dan terpaling riuh bila dapat tahu sudah boleh pulang ke rumah hari itu.

Muka yang ternyata ceria itu, ternyata tidak sama keadaannya sebaik sahaja menjejakkan kaki ke rumah.

(sebelum itu)

Sebelum discaj daripada IJN, memang kami telah diberitahu tentang kesan & akibat sekiranya aspek kebersihan tidak diambil berat dan teliti terhadap luka serta parut yang masih baharu di dadanya itu. Antaranya;

  1. Dia boleh mandi, tetapi sebaiknya dimandikan dengan tanpa dibubuh apapun shower gel/soap berhampiran luka panjang di bahagian dadanya. Bahagian dada juga hanya boleh disapu lembut dan dialirkan air secara perlahan dan bukan dengan air panas. Setiap kali mandi, 2 jenis tuala juga diasingkan kegunaannya untuk mengelap; 1 untuk keseluruhan badan yang lain, 1 lagi khas untuk mengelap dadanya sahaja.
  2. Untuk berbulan juga (2 bulan lebih), saya hanya membiarkan baju berbutang tengah sahaja yang dipakai Imran setiap masa (ya, sampai dia naik bosan dan mula merungut macam-macam). Pendek cerita, pagi, petang dan malam hanya pyjamas sahaja yang dia sarung, without fail.
  3. 6 minggu berpantang adalah dimestikan; tidak boleh berjumpa dengan ramai orang samada in public or seangkatan dan … paling penting, he can’t swim at all (kurang pasti selamanya atau untuk certain period of time sahaja).
  4. Ubat yang 3 jenis banyaknya kami bawa pulang ke rumah juga dimestikan habis dimakan sehingga next appointment.
  5. Sudah tentu, tidak digalakkan untuk aktif sangat dan elakkan daripada terjatuh, setiap masa.

… hati Ibu mana yang tidak remuk mendengarkan penerangan doktor dan jururawat, lebih-lebih lagi apabila dikhabarkan point penting no 3 dan 5 itu.

Bagi seorang yang hyperaktif dan terlalu happening hidupnya untuk bertukar 360 darjah sebaik sahaja keluar dari hospital itu … perasaan saya jadi … sedikit …

img_4536

(dan selama berada di rumah)

Bayangkan, kalau sampai tahap dirinya helpless dan perlu dibantu 100 peratus untuk beberapa ketika (sama sahaja perincinya diri yang perlu dijaga ketika wanita pantang bersalin) …

Ya, kami lalui semuanya.

Cuma .. sangat .. dan teramat tidak betah juga melihatkan dirinya terbaring, tidur at most times dan … rutin saya juga berubah sepenuhnya as if kembali menjaga dua bayi serentak.

Di dalam soal penjagaannya, tidak dinafikan En Suami adalah orang yang paling saya sandarkan harapan terutama soal memandikan dia.

Saya paling tidak boleh lihat parut yang akan melekat abadi di dadanya kerana setiap kali melihatkannya, hati cepat rapuh.

Waktu malam hari juga, saya akan sentiasa pastikan dan membetulkan gaya tidurnya supaya terlentang dan diampung dengan banyak sekali bantal di sisinya, demi untuk mengelakkan dia daripada tidur terlangkup atau menekan dada.

Setiap kali terdengar dia seperti mendengus dalam tidur (which I know that he was actually wanted to get up either to get some drinks or to the washroom) .. saya akan bangun, mendekat dan bertanya .. terus luluh jiwa dibuatnya & mata, jangan kau tanya jadi apa! hahahaha

Lelah, bersengkang mata untuk beberapa ketika memang terpaksa kami berdua lupakan sebentar demi kerana anak ini.

Kini, selepas 4 bulan, sebenarnya saya sangat serba salah memikirkan adakah apa yang saya lakukan dalam jangka waktu ini baik atau tidak untuk Imran Imtiyaz.

  1. Sehingga ke hari ini juga, dia tidak bersekolah kerana tidak sanggup lihat kalau-kalau apapun kemungkinan yang berlaku menyedari luka dan bahagian parut masih baru dan fragile.
  2. Saya a bit selective in finding types of games that he can do sebab again, takut-takut he can easily get tired. Mendengarkan ada satu ketika itu dia bercakap, “Ibu, Imran letihlah….” juga sudah cukup menggerunkan saya.

Apapun, Alhamdulilah … besar rahmat Tuhan kepada anak ini kerana setakat hari ini, ternyata keadaannya jauh lebih baik daripada dia sebelum hari pembedahan.

Jauh, jauh lebih baik. Walaupun terdapat kekurangan yang sesekali ada jugalah anak ini bertanyakan saya;

Ibu, kenapa operate Imran? I don’t like operation. Tak suka.

… sambil menggaru-garu manja kesan luka parutnya itu (sebab dah sudah terbiasa dijerkah, jangan disentuh kasar bahagian itu).

Sekian.

img_4537

A Visit…

Di suatu pagi Sabtu yang sedikit berkelapangan berbanding hari biasa, kakak dan seantero keluarga kecil decided to just rest easy with our routine and kids, thus ended up to be at this place for half a day there.

img_3966

Ini adalah KinderKaizen, cawangan Bukit Jelutong.

Sejenis mengundang dan menyeru betul tempat ini untuk kakak singgah dan tinjau keadaan dari sejak kali pertama cawangan ini diiklankan. Dan sejenis kakak juga yang sukakan perkara-perkara baru what more that has valueable, interesting point of views (and pictures as well) to be shared, keterujaan untuk berkongsi itu didorong oleh kedatangan kami ke tempat ini.

Mengenali Teacher Najmi, the owner of the BJ branch from this one creche handled by Haikal Outdoor Playgroup di PPAS Shah Alam at that time, I was actually excited to meet her again.

What more knowing her stories from Dr Putri’s updates, I know that the quality in her surely best suit the image or brand of Kinderkaizen BJ.

Undoubtedly, betul.

Graduated from the UK in ECE, sentuhan dan impiannya to championing childhood dizahirkan secara tidak langsung menerusi cawangan premis yang dikelola.

img_3979

The outlet’s layout is superb and very much attractive to grab the attention of whoever kids that come over to this place. In my point of view, kids will get very triggered looking at the place, what more to venture in at every corner of the place.

To me, kepelbagaian sudut yang ada di cawangan ini sebenarnya mencerminkan juga kepelbagaian minat yang ada pada diri anak-anak.

They can be the one who loves books, or arts, or games or adventures thus, keberadaan layout di cawangan Kinderkaizen yang satu ini membolehkan anak-anak menikmati dan mencuba setiap ruang yang ada.

Thumbs up, teacher Najmi and team!

Pada hari yang sama sebenarnya diadakan Open Day for selected KinderKaizen branches.

Justeru banyak jugalah parents yang datang dan bertanya itu dan ini. Ada yang pernah kakak berjumpa dengan segelintir daripadanya ketika Froebel Seminar Series minggu sudah.

img_3969

Tiada tips khusus maha dahsyat yang boleh kakak perincikan di sini, tetapi ada beberapa ciri-ciri yang boleh diutamakan dan diberikan perhatian oleh para ibu bapa sebelum memilih pra-sekolah (tadika) bersesuaian;

(Nota: Kakak senaraikan ini adalah berdasarkan pengalaman bersama anak teruna si II, maka keserasian dan kesesuaian yang dirasakan perlu sahajalah boleh anda ikuti ya?)

1. Utamakan keupayaan dan kecenderungan anak.

  • Maksudnya mudah. Bertanya terus kepada anak sama ada apakah yang dia mahu belajar atau peroleh daripada senarai tadika yang kita ada untuknya. Menyedari sikap ibu bapa yang terkadang  tiada punya pilihan lain tetapi terpaksa ‘bereksperimen’, justeru ya .. anda boleh memilih bagi pihak mereka, TETAPI sentiasa tanya adakah mereka seronok/bahagia/selesa di tadika tersebut. Kemestian yang tidak boleh dipandang ringan.

2. Tiada salahnya memilih tadika yang mengketengahkan pendekatan PLAY-BASED learning untuk kemasukan umur 3/4/5 tahun sekalipun.

  • Perlu diingat bahawa fitrah anak-anak itu bermain. Kalaupun tadika yang anda pilih dan suka, mahupun anak anda pilih dan suka itu TIDAK LANGSUNG BERTERASKAN AKADEMIK, let him/her be and choose. They will learn eventually walaupun berada di tadika yang menggunakan pendekatan sebegini. Percayalah!

3. Lokasi pra-sekolah perlu berdekatan dengan anda/ahli keluarga.

  • Be it you (the parents) atau penjaga, tadika yang dipilih perlulah hampir sekali dengan individu-individu ini. BUKAN dekat dengan lokasi/alamat rumah, semata. To me, perkiraan begitu sedikit silap dan perlu disemak semula, kalau sungguh terpaksa.

4. Once enrolled, berkomunikasilah selalu dengan anak-anak.

  • Komunikasi dua hala sebelum dan selepas enrollment anak-anak ke pra-sekolah, pasti ada bezanya! Get to know their feelings and how far have they coped at the kindy.  It is highlighted sentence there, thus read between lines of the meaning and message, please.

… dan banyak lagi, yang sekiranya ada faktor lain yang perlu diambil kira .. berbuatlah sesuatu demi anak-anak anda.

Terima kasih again, teacher Najmi. For the sharing talks and etc, I wish you and team the very best in shaping our small generations about the value of life and how they should do best with their gifted talents.

img_3963

It’s TOO Much TOO Soon!

Siaran tergendala terlalu banyak for many, many and many unavoidable reasons. Mohon maaf.

Itu sahaja yang mampu kakak luahkan for the long hiccups here.  Jangan ditanya apa dan mengapa, percayalah .. BLOG senantiasa menjadi dambaan pilu kakak untuk jenguk (baca post-post lama la selalunya), apatah lagi mahu kemaskini .. just right on time whenever I feel like doing it.

Tetapi keterbatasan masa dan waktu itu terlalu banyak, hence .. be ready for LOTS and lots of updates here from now on ya.

(Berbaur ugutan sangat! hehehehe excited much?)

On the past few weeks .. keterujaan membawa Imran Imtiyaz, my dearest son to a creche ever since he was discharged from IJN on last July, adalah sangat memuncak .. knowing the fact he’ll be meeting the public and other kids and started to go hyperactive or ‘wild’ again as he always does.

Perasaan berdebar dan was-was yang tidak pernah tenteram itu sentiasa ada dalam diri kakak ini sungguhpun 3 bulan dah berlalu dan tiada ketampakan yang tidak elok pernah ditunjukkan anak teruna ever since his open heart surgery itu.

Alhamdulilah (big time) for that, sebenarnya.

img_3433

To be honest, I am in love with this poster for its best picture captured there as well as for its design. Sejenis powerful yang macam mana entah. Schematic and attracting habis! (to me who really knows how to value designs, yang gempak disebabkan alasan yang jelas lagi nyata; kakak sejenis tidak pandai melukis .. that’s for sure bahahahaha)

Yes, we both went for this event. At it was my first time, stepped into KLMUC building. Awed by the ambience sebab yeah .. terfikir bila lagi boleh menjadi pelajar semula itu memang selalu sangat bermain-main di benak hati kakak ini.

Back to the event, maaf .. terlalu banyak interruptions kan?!

Seminar yang sebenarnya perlu direbut peluang menghadirinya oleh ramai ibu bapa di luar sana, tetapi sayang seribu kali sayang .. tidak semua betul-betul bersedia atau mungkin juga tinggi rasa ketidaksedarannya untuk ambil tahu apatah lagi berbuat sesuatu mengenainya … betul?

img_3572

Di Malaysia hari ini (I believe seantero dunia pun), situasinya sudah terlalu jauh berbeza.

Ya betul, kita hari ini adalah generasi yang terdidik dengan sistem yang sama yet still doing well now dalam segala segi.

Tetapi dalam konteks hari ini, kesan dan akibat kepada generasi Y or even Alpha dan seterusnya … implikasi dan kaedah tidak lagi boleh sama, dan perubahan di dalam sistem pendidikan pada hari ini juga sewajarnya PERLU seiring dengan perubahan trend di kalangan anak-anak.

It’s very too much too soon;

  1. … Kalau sehinggakan anak itu sudah memberontak atau kemurungan untuk melakukan apapun yang bukan minatnya.
  2. … Kalau sehinggakan anak itu sudah seperti robot, ikut dan buta-buta menerima apa jua arahan dan kehendak kita, si ibu bapa.
  3. … Kalau sehinggakan anak itu menzahirkan ketidaksediaannya untuk belajar (atau yang bukan minatnya), tetapi apa yang ibu bapa buat adalah terus mencuba dan mencuba, tanpa kalah … ??
  4.  … dan banyak situasi-situasi lain yang menjurus kepada creating the unhappy child of yours. Faham situasinya?

img_3578

Throughout that one whole day seminar, mesej yang ingin disampaikan oleh panelis pada hari berkenaan adalah sangat MUDAH. Literally, too easy to understand (kalau terbukalah minda dan hati anda untuk menerima apa yang disampaikan pada hari itu).

Apapun kaedah dan pendekatan yang mahu diterapkan terhadap anak-anak anda pada hari ini, pastikan … KEBAHAGIAAN dan KESEDIAAN mereka dalam menerima apapun bentuk pendidikan yang anda mahu berikan diambil kira 100 peratus dahulu sebelum mengimplementasikannya ke atas mereka.

I’ve said it clearly and using a very simplest term, of course.

Sebab utama juga … adalah ibu bapa harini mempunyai kepelbagaian latar belakang yang undoubtedly credible enough to give their very best for the children’s sake.

But in ‘assessing’ your children’s happiness, do you think you’re good at interpreting them?

Fikirkan.

Ilmu keibubapaan itu terlalu luas. Aspek penerimaan kritikan dan perubahan baru (like what KinderKaizen is doing currently to championing childhood by doing play-based learning) di kalangan ibu bapa di Malaysia hari ini juga adalah salah satu penyumbang lain yang menjadikan misi mengutamakan kebahagiaan anak itu kadang-kadang terabai.

Justeru .. there, up above .. saya sudah menyatakan apa yang saya rasa terbuku, dan rumusan paling mudah boleh diuar-uarkan kepada umum di luar sana.

It’s very too much, kalau;

  1. .. daripada kajian yang dibuat, hanya 2 sahaja indikator untuk faktor kebahagiaan anak dalam memilih pra-sekolah bersesuaian. Berbanding 28 indikator yang lain, semuanya menjurus kepada kecemerlangan akademik (academic success), prospektus/falsafah sekolah dan lain-lain.
  2. .. sekiranya perkembangan kognitif otak (10%) ditekan habis-habisan sedangkan 90% lain bahagian otak ditolak tepi perkembangannya, sungguhpun (that 90%) should be given priority at the first six years’ life of a kid?

I would love to quote my son’s case for example.

He loves to play. Terpaling dan teramat suka. Playful, hyperactive kid .. you name them. He really learnt from playing. Apapun yang dia belajar daripada bermain, he turned out to be really matured (especially once he stepped out from the KinderKaizen centre after 5.30pm) baik dalam tindak tanduk ataupun gaya percakapan.

But, he really learnt from playing. Apapun yang dia belajar daripada bermain, he can turned out to be a really matured boy (especially once he stepped out from the KinderKaizen centre after 5.30pm) baik dalam tindak tanduk ataupun gaya percakapan.

In his case yang saya sendiri rasakan he’s somehow a year lagging from his peers, KinderKaizen terlalu banyak mengubah dia.

Walaupun demikian, perasaan untuk mencuba dan melihat keupayaan anak yang lain tetap ada dalam diri kakak ini. Being typical Asian mother (like I’ve always said), cuba juga lihat kalau-kalau ada ruang akademik yang dia boleh terima dan get blend into it.

Surprisingly, he can! He really can … if only, he’s ready and happy to learn which eventually I could sense he has achieved or learned really well from what teachers or friends in KinderKaizen have taught him.

See!

Ingat, anak-anak zaman hari ini .. bukan setakat fizikal dan mentalnya sahaja kita perlu tackle dan kenal, tetapi EMOSInya juga adalah perkara terutama yang perlu diberikan perhatian sama rata.

Di Malaysia, saya kurang pasti kalau ini pernah terjadi. Di Singapura (lihat di bawah), sudah.

You want it to happen to your own child?

img_3594

Please, fikir-fikirkan semua.

More to come on this issue here, on my blog.

Please continue to support and embrace this kind of approach and message for your children’s sake.

Sekian,

Ibu Prihatin yang Selalu Mencuba Mengajak.

… D-Day (Bahagian Akhir)

(… sambungan dari Bahagian 1)

Selepas lebih 4 jam menunggu, we received the news that the operation is done.

Suatu tempoh yang terlalu lama dirasakan dan bila waktu mula menjengah detik jam keempat, buat aku dan suami betul-betul resah dan cukup mendebarkan untuk tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam bilik bedah itu.

Saat diberitahu oleh seorang doktor Jepun (he was in extremely excited mode, I can tell you) that the operation was a success, mata, hati dan telinga aku ini macam dah ditulikan selagi tidak lihat sendiri duduk dirinya keadaaan si II.

… dan bila momen kebenaran melawat anak di ICU itu sampai, dari jauh .. aku sudah boleh meneka mana satu II. Saat itu, tangan sudah mendakap mulut, mata kedua-dua kami merah basah tanpa ada apa perkataan pun yang terkeluar dari mulut kami.

Nurses di unit ICU juga leka, tekun membuat kerja masing-masing tanpa mempedulikan kami yang tenggelam dalam emosi masing-masing.

Masih tidak berkelip mata ini mengingat rakaman detik itu dalam kepala bila banyak betul wayar yang ada di badan dan sekelilingnya, tidak kurang nafas jantungnya turun naik boleh kami lihat dengan penuh tanda soal dalam fikiran, “Is his heart functions normally, now?”.

image

Dalam pada aku lihat II dari sisi sebelah katilnya, ada masa ketika berbisik juga kami ke telinganya minta agar dia bersabar dan kuat serta tahan dengan kesakitan yang ada, buat sementara.

Tiba-tiba, II bergerak dan ada pandangan matanya yang memberitahu he can see us. Tangannya yang berselirat wayar itu cuba hendak menanggalkan salur pernafasan yang ditampal pada mulutnya .. dan waktu itulah, the machines connected to him, beeped loudly.

Allahu.

Segera nurse capai dan mula perlahan-lahan memasukkan sesuatu ke dalam drip pointnya. I’m afraid it could be some sort of drug yang sebenarnya membolehkan II untuk lebih lama berehat, sebab due 4 jam ‘tidur’ selepas keluar dari bilik OT belum lagi mencukupi.

Buat seketika, kami terpempan dan berharap dapat keluar segera dari unit ICU sebab tidak dapat tidak untuk terus melihat II yang selalunya aktif dan sihat, terbaring begitu.

…. dan bermulalah pengalaman aku bermalam di hospital sebagai ‘mother-awaiting-his-dear-child-to-be-out-from-ICU’.

****

Apart from what evolves around the world of II in that ‘hotel’, as a mother myself .. I could say, I am also ‘living a life in a separate world’ as a mother to a child who has heart problems, with the rest of other patients’ mothers as well.

‘Dunia’ yang terlalu kecil dan sangat asing untuk mengenali setiap seorang dari mereka yang ternyata kuat dan lebih kuat lagi (I could tell that II’s condition might way better than the rest I met) berhadapan dengan masalah jantung anak masing-masing.

Dan dalam kebanyakan hal, aku lebih senang ‘membawa diri’. Sejenis yang tidak mahu dan tidak suka untuk berbicara-panjang-takut-takut-boleh-menyinggung-perasaan-ibu-yang-lain. Ya, sejenis aku selalunya.

Mengamalkan pendekatan untuk lebih banyak memerhati dan bertanya jika perlu, sejujur-jujurnya boleh aku katakan di sini adalah; there’re things that society must know about each and every single mothers’ stories in here, especially their struggle on how to face the fact that their children’s heart has problem (s).

Bukan mudah, I tell you.

Nampak mudah, tetapi tidak sebenarnya.

Mereka (the mothers) yang mencuba memudahkan hati mereka supaya akal dan riak wajah mereka nampak ‘mudah’ & easy-peasy sahaja di hadapan kita semua.

Salute.

Subhanallah.

****

Meanwhile …

 IMG_0290

II’s progress was quite fast, according to the doctors. He didn’t experience many difficulties ever since get discharged from the ICU unit and his recovery was quite impressive too.

Sungguhpun II melalui kepayahan yang bukan pernah dia lalui sebelum ini, I’m very much glad that he has passed the most critical stage. That’s already sufficient untuk aku dan keluarga berterima kasih banyak kepada semua orang yang mendoakan kesejahteraan anak ini.

The gratitude must goes to IJN and its staff cause from the moment we entered the institute selepas kelahiran II 6 tahun yang lalu, this place has always been the most complacent one especially their tip top services. During hospitalisation too, their utmost dedication in delivering the best are seen everywhere especially towards kids & their parents.

Keluarga dan sahabat handai, jauh atau dekat .. jasa dan ingatan itu yang buat saya ralat untuk sekadar mendoakan kesejahteraan anda semua kembali. Tetapi kalau itu sebaik-baik ‘hadiah’ yang boleh saya hulurkan, saya mohon DIA perkenan apapun permintaan anda sehari-hari dalam doa yang anda utuskan kepadaNYA.

Husband and I are very much blessed to live in your circles that we owe big time for our kid’s most difficult time, thus … TERIMA KASIH.

P/s: Kakak kalau bercerita memang boleh larut ke mana-mana, dan jauh perginya. Tetapi niatnya hanya dua; to thank and to share what’s good for the mutual benefit to other readers. At least, these two posts on my humble experiences could give you some ideas on how we should value, appreciate life more … always.

Sentiasalah bersyukur dengan kurniaanNYA yang anda punya, apapun. Dugaan kita itu berlainan dan tersimpan banyak 1001 alasan kenapa kita diduga sedemikian.

At least for this one test here, I knew now that .. there’s so much LOVE for II from so many people I’ve known out there.

Alhamdulilah.

IMG_9741

Amanah Yang Menguji (3) – D-Day…

Hari yang dinanti kunjung tiba.

Hampir sebulan persediaan dibuat, anak ini terpaksa juga berdepan hakikat itu pada 29 Julai 2016 yang lalu.

[Ketika post ini ditulis, minggu satu baru sahaja berlalu]

Without properly telling him, secara sengaja, saya bawa dia keluar dari rumah dan beritahu ‘let’s check in into a hotel together, ya?’.

Dia sangat-sangat terpujuk.

Selesai urusan di kaunter (siap diberikan sebuah pouch lengkap berisi toileteries), anak teruna ini jadi terhibur. Bila betul-betul ‘check in’ dan diberikan katil ever since, hatinya berbunga-bunga sebab bakal tinggal di bilik yang serba selesa, apatah lagi berdekatan dengan bilik playroom sarat dengan segala macam permainan yang sesuai untuknya.

IMG_0160

IMG_0173

Semua nurses yang ada dia sapa dan dengan semua anak sebaya dia, dibuat kawan. That’s him naturally. Tiada yang perlu diajar tentang itu, sebab II is easily gel in dengan semua peringkat umur pun.

Menjelang petang, the traumatise moment came, satu-satunya perkara yang saya berulang-ulang kali doa supaya he doesn’t have to go through that. Disebabkan he’s so much intense with needles, I don’t have any choice but to leave it to the nurses and doctors in charged, unwillingly.

Perancangan untuk kemasukan awal ke wad adalah bagi membolehkan catheterization to be done on him, a procedure that anyone who will need to undergo a surgery must face with beforehand.

Menyedari hakikat ini berkali-kali, memang buat aku susah sekali hendak lelap mata waktu malam hari.

Sehabis baik cuba ditenangkan diri, dengan doa yang menggunung agar hanya kesakitan yang minima sahajalah dirasakan anak ini nanti.

IMG_0183

Dan apabila II disuruh berpuasa sebagai antara langkah persediaan sebelum melalui proses pembedahan (this is very standard too), sekali lagi hati Ibu ini seperti dilumat-lumat kecil kerana sedikit pun tidak betah untuk melihat anak ini diperlakukan begitu (…walaupun maha sedar ianya pasti untuk kebaikan dirinya juga).

Kalaulah hendak dihitung berapa kali hati ini disiat lumat, digasak sakan dan dibolak-balikkan dengan perasaan yang berkecamuk, tiada satupun rasanya terzahir di wajah dan perilaku aku di sepanjang ‘penginapan’ kami di hospital.

Apa yang diberitahu doktor pakar, kami telan sebaiknya. Apa yang kami lihat, di persekitaran khususnya, kami hadam semahunya.

IMG_0203

Sebab percayalah … di ‘hotel’ inilah, satu antara seribu tempat yang dapat membuka mata dan minda seseorang tentang kebesaran DIA dengan mengenali 1001 perkara mengenai organ bernama JANTUNG.

Subhanallah, untuk pengalaman ini sebenarnya. Apatah lagi dikelilingi hamba-hambaNYA yang lain yang turut diuji perkara serupa.

Catheterization went well, AND next to come is D-Day. Just a day after.

****

Selepas diberitahu doktor pakar tentang apa yang bakal dibuat pada jantung II dan sekaligus bersetuju untuk dilakukan open-heart surgery ke atasnya, antara sebaik-baik usaha aku buat antaranya cuba melapangkan diri dengan memberitahunya secara lebih terbuka di laman-laman sosial yang ada.

During this moment, tiada yang kuat dapat hati ini cekalkan melainkan mengharapkan ihsan dan pertolongan dalam bentuk doa dari orang perseorangan yang mungkin diperkenanNYA untuk dimakbulkan. Sesuatu di luar bidang kuasa aku, suami mahupun doktor pakar yang ada untuk memberi jaminan segalanya bakal okay, now or hereafter .. justeru doa dianggap mampu jadi mujarab dalam hal ini.

image

Momen ketika dipanggil ke bilik bedah, anak ini masih terlalu santai fikirannya dan tiada apa pun riak perasaan yang jelas tergambar di wajahnya.

Turunnya dia dari ward, ditemani aku dan beberapa orang nurses juga, hanya berjalan kaki sahaja ya (walaupun ada iringan katil ke bilik bedah, yang macam selalu nurses are required to do). Slumbernya dia itu waktu itu .. seperti ..

Setibanya di ruangan menunggu bilik bedah itupun, dearest son of mine adalah clueless dan masih tidak mengerti apa-apa.

Kami bertiga beranak menunggu sambil menemaninya dia yang leka bermain iPad, merakam gambar dan video tanpa henti sementara tunggu dipanggil. Waktu itu, saya juga sudah berpakaian ala doktor bedah (macam yang diangan-angankan waktu kecil dululah, yang memang mustahil boleh saya sarung lagi selepas ini).

IMG_0241

Bila sampai masa dan detiknya II perlu melangkah ke OT room, II yang tetaplah clueless hanya ikut sahaja ke mana kaki aku melangkah. Jalan beriringan tangan, sambil di’escort’ kiri dan kanan semua pakar dan doktor berbaju hijau yang ada .. buat hati nurani aku sebagai Ibunya tersangatlah ngilu untuk dikenang.

Dalam pada berjalan menuju ke bilik itulah, I was somehow greeted by two foreign surgeons (whose I think was in-charged for the surgery) and told them, “Just let him walk and think he’s going to watch a big screen inside,”.

Itu yang terpacul dari mulut, waktu itu.

Wanna rate how bad I am for not telling II the truth?

Sampai sahaja di katil bedah, II diminta duduk. Waktu itu he has started crying, bila mana ada doktor yang tanpa sengaja menyebut perkataan ‘cucuk’ (cause he’s too traumatised and that doc wanted to give the bius dose through the drip point).

One thing that surprised me adalah … in few seconds, once the bius drug was shooted in through the drip at his hand, II terus senyap, bisu dan mula pengsan.

There goes my tears, yang deras sekali mengalir tanpa disangka-sangka.

I kissed him on his forehead lalu beredar keluar tanpa sedikit pun menoleh ke belakang, cause I know he’s definitely going to do great later on.

Itu, was the standard procedure when you have kids that need to undergo surgery. The fact that you’ll need to wait until he’s ‘asleep’, is a must for one of the parents to do.

Wanna guess now how strong I was at that time? Wanna predict how strong other mothers who face the same situation could be much stronger than I am for more complicated heart cases?

 ****

(to be continued…)

Amanah Yang Menguji (2)

At times like this, aku tahu ada yang cuba mendekat dan bertanya segala yang terperinci mengenai apa yang aku tulis dalam post sebelum ini.

Dan seperti biasa, menjadi aku, si Nabilah Saleh .. memang dalam segala banyak hal pun, lebih senang sebenarnya untuk tidak membuka mulut dan bercerita mengenainya berulang-ulang kali, atau apapun perkara yang aku rasakan tidak perlu jadi perkongsian ramai.

… lagi-lagi, untuk hal raih simpati. I simply dislike it.

(P/s: sejenis perangai dan sikap Abahnya si Nabilah itu jugalah. Maka, darah yang mengalir itu sememangnya sejati dan abadi huhuhuhuhu)

At this very begininning of another test by HIM, I could say that the only thing I appreciate most at this particular moment is any comforting words that a good friend/a friend/colleagues (besides my loved ones, of course) could offer me.

Itu sahaja. Tidak lebih.

Alhamdulilah, the least I can get and appreciate now is to be rest-assured on things that will go smoothly, walaupun sebenarnya gelojak rasa hati ini selagi hujung Julai tidak menjelma, memang nauzubillah …. seram, takut dan risau itu lebih lagi memuncak, rasanya.

Tidak mahu terlalu selesa dengan kata-kata, “Insyallah, II will be just fine,” .. aku tetap melakukan usaha yang wajar dilakukan di waktu-waktu begini untuk lebih tenang and rest-easy sendiri.

Apapun usaha yang semahu-mahunya aku lakukan …. 24 jam tanpa henti.

Nota penting: At this current state, please be informed that my II is doing fine and okay. As hyper as normal, as chaty as usual dan segala bentuk keriangan dan keceriaan yang wajar diekpresikan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun itu sememangnya masih, dan senang dinikmati anak teruna saya. At this very moment, yes.

Suatu kenyataan yang aku sendiri susah and berat hati untuk gembar-gemburkan dengan ramai orang sebenarnya.

Disebabkan hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan dan berdasarkan perancangan kami sebagai ibu bapanya, we’ve decided to stop him from going to kindergarten temporarily.

Ini bagi memberi ruang sebaik dan semahunya untuk II menggunakan segala upaya, keringat, kreativiti dan 1001 akal yang ada untuk enjoy sepuasnya, tanpa ada sekatan apapun. Thus, KinderKaizen Bandar Sri Damansara suits this criteria well for him to have such fun and ‘glory’ himself.

Hari ini sahaja sudah masuk hari keempat kami berulang-alik menghantarnya ke sana. Left another 1 week plus before admission day appears. [Dengan harapan, semoga akan ada rezeki dan kesempatan untuk II ke KinderKaizen itu lagi dan lagi, selepas sembuh kelak .. together with his sister, NN. Soon, insyaAllah]

Setakat hari ini, masih tiada lagi perkembangan sahih yang boleh kami kongsikan khususnya soal biaya kos pembedahan anak ini. Mohon didoakan kelancarannya menjelang 27 Julai nanti, tarikh kemasukan ke wad seperti dicadangkan doktor.

Sekian,

Salam Lebaran ke-9.

 image

Amanah Yang Menguji (1)…

Di usia 25 tahun waktu itu, tidak pernah langsung terfikir  .. apakah bentuk kasih-sayang dan sejenis curahan limpahan keringat yang bagaimanakah wajar aku curahkan pada anak sekecil ini.

Berada dalam dakapan dengan sehalus rangka, perasaan yang bercampur baur antara gembira, cemas, panik dan risau, yang kurniaannya perasaan itu .. subhanallah, luar biasa sekali setiap kali hati ini terdetik, setiap masa dan setiap ketika jugalah diri ini macam hilang punca dan bertanya diri sendiri .. “am I in the right track, actually?”

Itulah pemikiran enteng lagi hingusan yang ada.

Sepertinya tidak langsung bersedia untuk apapun yang bakal dan mungkin berlaku. Perasaan yang aku kurang pasti adakah aku sahaja yang alami sebagai ibu muda, atau pengalaman semua orang pun yang menjadi Ibu buat pertama kali dalam hidup mereka.

Namun, berbekalkan orang perseorangan di sekeliling yang banyak sekali menyuntik semangat dan dorongan, tumbesaran dan perihal membesarkan Imran Imtiyaz, anak sulung dan teruna saya akhirnya menjadi mudah dan sentiasa dipermudahkanNYA sehinggalah ke detik ini.

Kecuali …

Dalam satu hal.

Hanya … dalam satu hal ini.

Imran Imtiyaz_2

Setiap kali teringat, diingatkan atau mengingatkan fakta itu, hati ini jadi remuk sangat.

Bagai disiat-siat, senang rapuh dan terlalu menghiris jiwa bila dikenang.

Air mata yang berlinang, bila diingat semula .. adalah lebih baik tidak diingat untuk berapa lama takungan air mata itu mampu untuk tidak tumpah.

Tidak kurang hebat rasa rendah diri yang terpaling bawah pernah dirasakan, kekesalan yang tiada berpenghujung apatah lagi kecendurangan untuk sentiasa berfikir kebarangkalian dengan perkataan yang cukup bahaya, “kalaulah ….”

Luh-Mahfuz tetap menetapkan. Ini mungkin bahagian saya.

Bahagian saya hasil perkongsian hidup dengan Encik Suami.

Tidak pernah tidak, walau maha hebat sekali hati dan akal ini memohon sebaik-baik kesempurnaan yang kami minta, ini bahagian kami.

Imran Imtiyaz didiagnos mempunyai ketidakstabilan jantungnya berfungsi yang dipanggil …

Semasa pertama kali dengar terma itu dan dimaklumkan bla bla bla oleh sekian para doktor, hati jadi gugup dan susah betul lelap malam berjaga takut-takut II kebiruan.

Sedang menyusukan juga, doktor minta untuk selalu perhatikan anak kalau-kalau ada tunjuk tanda sukar bernafas.

Tetapi …………….

Ujian Tuhan itu sememangnya bersebab.

Simptom ketidakstabilan jantung II ini sebenarnya jatuh kategori sakit yang tidak bahaya dan jarang-jarang sekali diberikan perhatian, melainkan ada consequences lain yang mungkin/berpotensi berlaku.

.. which is sehingga ke hari ini, tiada sedikit kesulitan atau simptoms pun pernah ditunjukkan II. For those who’s dear to him, knowing the fact that he’s ADD-suspected, a good swimmer, a fast runner, a happening chatterbox, a repetitive-sensitive-appreciative-type-of-boy that ‘yeah-please-get-to-know-him-closer-for-you-to-love-him’ … this sudden news might sounds so ABSURD …. ?!

Well, terpulang.

(itu suara pesimis yang terdetik, so nyahkan! that’s the normal Abby, anyway)

Aku simpan kepedihan ini.

Sebab satunya, aku bukan kaki tagih simpati dan empati. Bukan penggemar. I don’t know why, but I just don’t do it.

Keduanya, kekurangan yang ada pada jantung II, boleh tertutup secara sendirinya bila dia membesar kelak.

Itu janji doktor. Tetapi bukan atas perkenan yang Esa lagi nampaknya.

Belum lagi.

Setakat, selepas enam tahun ini … pemeriksaan tahunannya adalah terpaling cemas sekali momennya dalam hidup, which is memang tiada siapa pun dapat hidu kegusaran yang kami, suami isteri alami setiap kali menyinggah institusi itu membawa II.

Dan hari ini, ketakutan jadi nyata dan kami tiada pilihan, melainkan berdepan dengan fakta .. II will need to undergo a surgery.

In a meantime, tiada apa yang saya pohon dari kalian sidang pembaca, sahabat di alam maya mahupun nyata, kenal secara lahiriah, rasmi atau tidak, sahabat handai dan ahli keluarga yang diingati selalu …

… hanya DOA yang saya minta agar keberadaan II sebelum, semasa dan selepas proses pembedahan itu berjalan dengan baik dan lancar, selaras dengan persetujuan ALLAH.

Saya khilaf, saya kerdil dan saya juga Ibu biasa.

Risau yang melampau itu adalah lumrah dan maafkan saya kerana terlalu dramatik menulis blog post kali ini.

Akan saya maklumkan dari semasa ke semasa, demi kerana sokongan dan kata-kata semangat untuk hati saya berasa sedikit selesa seketika. Itu sahaja.

Sekian,

Ibu Tidak Kuat Diuji

Cerita Teacher Garang

image

 

image

Bila terlalu banyak cerpen yang kakak buat, kakak risau ada yang rengsa melihat status FB ditulis sepanjang itu di laman sosial kakak yang sendu itu.

Jadi adalah lebih baik, kakak educate atau salur maklumat panjang lebar itu di sini sahaja, yang dirasakan lebih sesuai untuk ber’madah helah’ dan mencapai lebih ramai lagi sidang pembacanya.

On the issue above, no, I have no plan to be the next Azmira Amran neither be the next any other ECE fighters — in their own term and definition. Tidak.

Cuma, sekadar menzahirkan kerisauan yang sangatlah tidak berbelah bahagi ini demi kerana anak sendiri, what more anak bangsa cucu cicit kakak di masa akan datang.

I am not in the position of getting this issue to go wild, viral or be highlighted by anybody. Cuma sekadar berkongsi kebimbangan yang sememangnya jatuh kategori big argument pada dunia semesta hari ini.

I called it as one of many world problems occurring today because dalam satu sudut atas peta dunia itu sendiri (iaitu Malaysia), isu ini sedap diapi luap kebangkitannya oleh mereka yang ‘berjuang’ mempertahankan apa yang sepatutnya children of the day alami.

In recent II’s case di atas, tentunya kakak risau bila mana tiba-tiba dia menangis keesakan sebab he’s unhappy with what he is taught at school.

Sejenis II juga, sepanjang hampir 2 tahun persekolahannya di situ .. jarang sekali dia mengadu he dissatisfy with any of his friends, or anything that he barely understands whatever his lessons at school .. memang kes jarang sangat-sangatlah mahu buka mulut bercerita panjang lebarnya.

Tetapi …

Kalau sudah sampai tahap menangis macam malam itu, mengadu perihal cikgunya yang garang at things he don’t at all could digest, hati Ibu manalah tidak terusik.

Dan …

Perlunya aku fikir waktu itu adalah bukan untuk terus jatuh hukum pada si pelaku, tetapi lebih kepada;

“What should I do about this?

“How can I convince my boy that in learning or ganining knowledge, it’s okay to ‘bleed’ and got ‘beaten’ sometimes?”

“But the true fact that is, he doesn’t understand what he learnt .. didn’t the teacher guided him?” 

“Didn’t the teacher identify who’s okay and who’s not with what he has been lecturing? Doesn’t the teacher think of any other methods to increase the better understanding among his students?”

…. and the list goes on.

Sebab dalam kepala ini yang sememangnya sudah well-equipped dengan segala kemungkinan yang ada itu, I was not really sure on what I should do next about this, if it keeps repeating (who knows).

Mahu berkongsi sedikit pengalaman mendengar forum anjuran CENTHRA minggu lalu, banyak sekali kerisauan-kerisauan yang disuarakan para ibu bapa yang hadir. [will definitely share this on  a separate blog post, later on]

Ternyata aku yang sesenyap ini, yang lebih gemar menjadi pemerhati dan penulis dalam kebanyakan hal, akan terjerumus dan dijumpakan juga dengan permasalahan sejagat yang dilalui parents yang lebih banyak makan garam dalam hal ini.

In short, don’t make me or turn me to become a fighter as well. Sebaris dengan Dr Afzan Putri Maria of KinderKaizen or Ustaz Hasrizal Abdul Jamil of www.saifulislam.com & Khalifah Model School. (...in which these two has become my best two mentor/model in getting more insights about what’s the real meaning of education for our kids)

Jangan.

But if situation persists, why not?

Ramadhan 1437H

Ramadhan 10.

In just a blink, sudah masuk hari ke-10. Happy?

Alhamdulilah, is the word. The correct word to describe my current situation up to this Ramadhan month.

Tiada apa yang lebih baik dari kalimah itu untuk dilafazkan kerana dapat sekali lagi kesempatan untuk beribadah dan beramal selagi boleh. Selagi dipinjamkanNya nyawa untuk bernafas dengan udaraNYA.

What’s interesting about Ramadhan this year to me?

Well, to be honest .. my Ramadhan has never been fancy or extravagant seperti kebanyakan orang. Kurang pasti sejak bila ianya tidak pernah ‘semeriah’ yang saya fikirkan, but those recent years .. it was not a fancy one.

Dengan jadual kerja (yes, syukur sebab masih berjadual dan terancang) yang bukan selalunya ‘tenang’ dan perlu ‘ikut’ keadaan semasa, terkadang terbeban juga perasaan ini terus merencana kehidupan, lebih-lebih lagi with me alone handling the kids up until today.

Jadual waktu kerja juga yang sedikit awal pulangnya dari pejabat (tetapi tidak membantu banyak untuk saya menyediakan juadah seisi keluarga, what more this time memang isi perut sendiri sahaja) sebenarnya suatu keadaan yang memilukan jugalah.

Sebab itu, memang dalam kepala sudah tertanam .. diri sendiri untuk keutamaannya jatuh no dua dan ke belakang sahajalah, unlike issues that involve both II dan NN.

Dan Ramadhan (atau mungkin Syawal juga) 1437H tahun ini bagi aku sebenarnya tahun duka dan sedikit diuji oleh Pencipta.

abby (1)

…. dan di sebalik dugaan yang menimpa ini, sebenarnya momen flashback itulah yang seringkali datang menyinggah.

Dan bila datangnya menyinggah itu kerana tujuan (mungkin) untuk lebih menyedarkan kita supaya senantiasa bersyukur dengan apa jua kurnianNYA yang kita punya hari ini, terus rasa diri ini tidak layak apapun meminta-meminta dari yang Esa.

Orang kata, amalan tidak seberapa, tetapi hajat dan idaman kalbu itu menggunung tinggi. Di manalah sangat kewajaran meraikan bulan kemenangan kalau itu amalan yang jadi bekalan dunia sana itu nanti ‘ala kadar’ sahaja?

I’ve always this kind of thought dalam kepala. Selalu.

Entah bila diri boleh jadi sesempurna macam yang dalam kitab suruh. Yang macam dalam agama minta. Hisab diri itu tidak pernah berkesudahan lebih-lebih lagi setiap kali datangnya Ramadhan. Selalu.

Penyudah cerita, Ramadhan apapun yang sedang anda lalui dan aku lalui .. yang terutama, kita berada dan berjumpa dengannya tahun ini.

Ada insan di luar sana mungkin tak ‘sempat’ atau tidak lagi berkesempatan mengimarahkan bulan ini. Kalau mungkin ada insan di luar sana yang Tuhan masih pinjamkan nyawanya, tidak pula mahu cuba mendekat dengan syafiat yang Tuhan janjikan — yang mana aku adalah tergolong.

Semoga semuanya yang baik dan mulia itu sudi dilimpahkan kepada kita-kita semua.

Siapa boleh meramal kalau ini Ramadhan terakhir kita.