Nawal Najah is 2 …

Yes, she is TWO.

Not biological year of course. Tet.

Hahahaha kalau tidak memang hambalah orang paling terasa bebenor proses penuaan giat aktif dan rancak berlaku dalam proses tumbesaran badan sendiri, si Ibu saban hari. Gitu.

Bukan sahaja Ibu in denial terhadap umur biologi anak yang sebenarnya belum pun masuk umur setahun sebulan, tetapi in high denial juga terhadap umur sendiri yang tahun ini sudah masuk kategori 3-series.

Well, of course angka adalah just numbers. Perkembangan atau potensi diri tidaklah sebenarnya reflected by age factor lebih-lebih lagi dalam kes Nawal Najah ku yang sebenarnya ada sedikit concern yang perlu aku ambil kira di sini.

Benda bukan baru, tetapi tidak juga basi andaikata apa yang dikongsikan di sini boleh menjadi manfaat ramai pembaca.

Anak dara saya ini perkembangannya sangatlah berbeza dengan si Abang yang pada saya, perkara ini is expected. Dan buat kadang-kadang rasa teruja juga hendak menambah bilangan anak demi kerana suka hendak menganalisa carta perkembangan mereka. Tetapi tidaklah seserius mana ya, sekadar teruja tetapi of course, tentunya saya belum sepenuhnya bersedia ke arah itu ✌🏻️

Back to my baby girl.

Yes, she has turned 1 on last December, which had reminisced me so much during the labour moment. It was not an easy one but after all, I managed to raise her well up to this point, today.

Anak perempuan sulung saya yang dilahirkan secara Caesarean (sekali lagi) adalah satu lagi anugerah terindah dalam hidup, bila mana saya boleh declare diri sebagai antara makhluk Tuhan di atas muka bumi ini yang dikurniakan ‘sepasang anak’.

Made it until 38 weeks (not like with Imran Imtiyaz, at around 36weeks+), I am lucky to be a second time mother to 4.5kg infant at that time. Ya Allah, syukur tiada terhingga bila dalam bilik pembedahan yang serupa (dan dalam pada lower abdomen saya dirobek, dijahit dan ‘disempurnakan’ semula kejadiannya), saya diberikan kesempatan untuk pegang anak sendiri, dirapatkan pada dada dan terus diberikan peluang ‘latching’ bagi menggalakkan rangsangan penyusuan which this was A TOTAL PRICELESS MOMENT I’ve ever had in my life. Not even when I had first held Imran Imtiyaz last 6 years ago.

Ya Allah, syukur tiada terhingga bila dalam bilik pembedahan yang sama (dan dalam pada lower abdomen saya dirobek, dijahit dan ‘disempurnakan’ semula kejadiannya), saya diberikan kesempatan untuk pegang anak sendiri, dirapatkan pada dada dan terus diberikan peluang ‘latching’ bagi menggalakkan rangsangan penyusuan.

That was A TOTAL PRICELESS MOMENT I’ve ever had in my life! Not even when I had first held Imran Imtiyaz last 6 years ago.

Terasa hilang, perit melalui proses Caesarean sekali lagi itu tiada tandingannya perit kalau hendak dibandingkan perasaan diberikan peluang sedemikian rupa.

Walaupun ada sekejapan waktu (ketika masih di dalam bilik pembedahan), bacaan tekanan darah saya rendah secara tiba-tiba, sedikit hingar dan panik juga saya  dibuatnya bila ada doktor menyatakan, “She looks so pale. Continue monitoring her blood readings before dischargal ..”.

Tidak terjangkau di fikiran sampai saya perlu ditambah darah, kalau betul darah banyak hilang ketika Caesarean kali ini. Thus, tawakal dalam hati itu menggunung tinggi biar apapun, aku keluar dari bilik pembedahan ini tanpa sebarang komplikasi lain.


Alhamdulilah, dalam setahun yang lalu, bonding antara Nawal Najah (NN, I think I will want to use the abbreviation bagi memudahkan penulisan di kemudian hari) dan abangnya, Imran Imtiyaz (II) juga sangat baik, although surely they were hiccups like hey-this-is-my-thing-you-go-and-get-something-else scenarios which way TOO common.

Si II semakin boleh menerima ada ‘kawan’ baru tempat dia boleh berkongsi permainan dan kasih sayang. Sebagai Ibu dan Abah kepada kedua-duanya, kami sendiri kena betul-betul peka dalam hendak memastikan kedua-duanya pun diberi sama rata tidak kira dari segi kebendaan, perhatian mahupun curahan kasih sayang.

Sebab si II bukan boleh. As the most sensitive person in the house, segala gerak geri dia perhati. Tanpa menyuarakan pun sebenarnya dia itu sedang berasa cemburu, aku jadi lebih ‘tinggi’ darjah kepekaan untuk cepat-cepat overcome the jealousy.


Si molat gebam gebus NN ini, walau bagaimanapun baru mencapai berat +-9kg sahaja. Carta pertumbuhan anak perempuan ini ternyata berbeza sedikit dengan lelaki, thus, berbekalkan pengalaman memantau tumbesaran si II, of course I am putting extra efforts and equipped myself with massive information and knowledge IF there’s possibly happen to our baby girl here.

But to date, she’s one perfectly-fine little girl that always lullaby to her dearest parents, brother, Atuk Bah & Mama. Alhamdulilah.

Please continue blossoming our years together, NN. We love you too much!

My Boy is 5…

My boy has turned 5 already!

Sungguh sekejapan masa berlalu. Am already being a mother for more than 5 years and two children have even popped out from my womb. Sungguh tidak ku sangka yang aku pernah melaluinya, dan berjaya menempuhinya (of course, dengan bantuan dan sokongan mereka yang tersayang) sekaligus sedang di dalam proses mengenali anakku berdua itu dengan lebih dekat dan membesarkan mereka dengan segala tenaga empat kerat yang ada.

Speaking on my my elder son, Ibu tahu Imran Imtiyaz adalah sebaik-baik aset yang pernah dan akan terus ada dengan Ibu sampai masa Tuhan izinkan kita bersama.

He is not an easy boy, up till today .. but trust me, terlalu banyak perkara tentang kehidupan dan isinya yang boleh kita (yang dewasa) belajar daripada anak ini.

I’ve always tell myself that he is a really special boy, that needs special attention and care, and even special ‘treatment’ from us. Tidak semua orang boleh faham dia dan tidak semua orang boleh terima dia. Justeru, jika ada insan di luar sana, baik kawan-kawan rapat mahupun saudara mara yang boleh ‘adapt’ dengan dia sehabis baik, ia umpama besar rahmat untuk aku sedikit berasa lega.

Ramai yang menasihatkan, just bare with him cause a genius act and born that way. And most of the time, I have always nod to such statement but deep inside my heart, tiada apa yang besar saya minta dari anak ini .. melainkan selalu dikurniakan dan dirahmati kesihatannya dunia dan akhirat.

The rest of many other responsibilities, insyaAllah I am more than happy to accomplish them together with him, slowly.

Sejenis anak yang sifat penyayangnya, sama ‘tinggi’ dengan ‘kenakalannya’. Terus-terusan begini ya anakku.

Jangan pernah goyah dengan ejekan orang, dan sentiasa ingat bahawa di setiap kesusahan yang kita ada or pernah rasa, ada lagi mereka yang di luar sana jauh lebih menderita daripada kita.

As a birthday treat, I’ve decided to bring him back to one of our relative staying far from the KL city on recent long weekend. I’ve planned it precisely so that he will get the fun (as much as he can) and be satisfied being a new-boy-of-5-year-old.

We headed south and yes, as expected, he was the one who loudly cherished every moment playing with my cousins, from the moment he stepped on his foot at the south land.

Tersangat meriah walaupun dalam banyak hal, ‘permainan’ yang jadi gurauan dan ‘pergaduhan’ mereka itu adalah ayam pelbagai jenis jantan dan betinanya, upih pinang, batu, kayu dan segala macam tanah merah yang berselaput.

Dua malam berbumbungkan atap zink bersama dengan sepupu yang lain, aku tahu Imran Imtiyaz tidak puas bermain dan bergaul mesra dengan mereka sebenarnya.

Dan dalam banyak hal, memang Imran la orangnya yang paling bertenaga, paling ceria dan hanya-kong-baterinya-mula-jam-10-malam-sampai-7-pagi.

 

Beginilah pemandangannya, hampir setiap masa. Di luar rumah, berkejaran sesama mereka, jogging di pagi Subuh sehinggalah bermain tarik di kebun kelapa sawit (di sebelah kiri gambar).

The most peaceful and natural way of spending quality time with family, I define this.

There was a session where I brought all the kids and dine out. I had fun watching them eat in so luxurious way, padahal apa yang mereka makan walau hanya hidangan makanan segera called KFC.

Dear son,

I hope you’ll be smiling with me all the way becoming a grown up.

We have so much to tell the world that you’re precious in so many ways, also we have tonnes of love to be shared with the rest of the world.

Therefore, be grateful and always be my side. Forever.

My Precious …

To ramble anonymously about my children, the precious two.


Dua beradik ini, sudahlah berpasangan. Perangai pun ‘berpasangan’ juga. Nothing can beat their cuteness in front eyes cause they’re different to me.

Jangan cuba-cuba alih satu perhatian kepada salah seorang sahaja, sebab akan datanglah elemen cemburu dalam diri seorang lagi untuk menerpa kami, si Ibu dan Bapa untuk sama raih perhatian yang tidak berbelah bahagi.

Alahai. Semakin bijak akal si kecil itupun. Sudah boleh tawaf satu rumah dan masuk ceruk entah mana-mana. Pantang nampak saya bersiap, dia punya mengamuk tahap gedabom sangat!

Si abang, bila datang sesi tutorial atau homeschool aku dan dia di rumah … Memang boleh gegak gempita rumah. He’s catching up but yes, to gather and hook his focus onto things that I wanted to show and teach .. Nauzubillah punyalah liat.

Tetapi ada momennya yang kadang-kadang dia sebenarnya akan ajuk semula apa yang saya ajar dan ITU tandanya that he’s actually learning walau dalam pada aku gigih menyinga 😳😅. Am sorry Imran .. You must know that I really love you too much that I want the best out of many best in the world for you 😂

Sekian. Random yang sikit-sikit sahaja.

Sebab mode testing WordPress from the iPhone me 😆