Peminat Rangers…

Menjadi antara yang terawal dapat menonton Power Rangers The Movie 2017 adalah suatu kenangan yang mahu dikenang sampai bila-bila. Tidak kurang juga suatu tindakan yang sedikit baik untuk perkembangan emosi dan mental kakak yang teramatlah tenggelam timbul sejak kebelakangan ini.

Too many deprivations that don’t suit me best but regrettably, that was what happened for a few weeks back.

Skip.

Permulaan yang macam sedikit beri mukadimah kepada permulaan jalan cerita filem versi 2017 ini yang pada zaman dahulu pernah menjadi kegemaran kakak tahap-supersaiya-sebab-menggilai-si-Tommy. Dan juga Billy, si biru yang geek dan sedikit tidak berapa sukakan si Kimberly kerana kegedikannya. DULULAH.

Setiap Sabtu (atau Ahad, tak ingat), siri berepisod yang hanya disiarkan seminggu sekali memang kakak tunggu depan TV. Kurang ingat juga bila waktu siarannya sebab serasa kakak macam sekitar waktu hendak atau lepas Maghrib.

Sebab itu Abah akan bising dan pesan suruh solat dulu, then barulah dapat tengok cerita bersiri ini.

Treatment penceritaan cerita lima-adiwira-pelbagai-warna-dan-pelbagai-karakter ini melalui pelbagai zaman yang berbeza-beza.

Oh my, semakin menulis tentang hal ini .. kepala jauh menerawang kepada banyak sekali cerita-cerita childhood memories yang tersangatlah best dulu-dulu! Gosh.

Tetapi antara banyak zaman itu …

Tentulah zaman Mighty Morphin Power Rangers la terpaling epik dan terpaling diikuti. Dan bila edisi 2017 ini mengetengahkan tema di sebalik how those Rangers can get morphed, kakak tersenyum lebar dan berlapang dada sahaja menonton dari awal sehinggalah ke akhir.

Naratif cerita dari awal sehingga akhir adalah sesuatu yang tidaklah sukar untuk diramal. Bukanlah perkara di luar jangkaan sangat sebab selaku peminat setia, jalan cerita setiap minggu waktu zaman dahulu itupun sesuatu yang boleh kakak hafal … makanya, tidak menjadi masalah sangat for me to enjoy myself watching this movie.

Sesuatu yang best dan lain adalah screenplay dan sinematografi mereka.

Berlatarkan masa tahun 2017 (…. not sure, if it’s beyond 2020), everything looks modern in this drama. ‘Moden’ jugalah kisahnya kalau the new breed of Rangers ini kesemuanya jatuh kategori remaja belia yang bermasalah.

Kategori bermasalah yang bukanlah sebenarnya suka untuk lakukan perkara juvana yang terlarang.

Go deep into their characters while watching throughout the show, please?

Cerita 5 sekawan yang tanpa sengaja dipertemukan kerana kononnya merekalah yang telah ‘ditakdirkan’ dan terus menjadi the chosen one untuk menjadi the next Power Rangers for the galaxy (in this era), sesuatu yang BEST sekali garapannya dari awal.

Teknik kamera pada permulaan cerita memang da bomb and I am very much surprised and pleasant to watch that. Dan melihat penceritaan yang walaupun-klise-tetapi-sebab-screenplay-yang-cantik, you’ll get awed by the scenery and what the film will be presented to you.

Pada pengamatan kakak jugalah, watak mereka berlima (well, at least not the Red & Blue Ranger la) sebenarnya masih ada yang kaku and sangat canggung. Lebih-lebih lagi saat bertukar menjadi Rangers and got morphed. Terserlah sangat ketidakmahiran mereka menguasai lakonan pura-pura-jadi-superhero-sedang-bertarung-teruk. Mungkin tidak pernah berpengalaman and ternyata mentah nak menjiwai such acting.

So, this part here is very much disappointing.

For every plots, of course, tentunya terlalu mengingatkan kakak and ramai lagi seangkatan dan sebaya tentang watak-watak back in 1995 movie yang ada mereka ini:

MIGHTY MORPHIN POWER RANGERS: THE MOVIE …. Johnny Yong Bosch, David Yost, Jason David Frank, Amy Jo Johnson, Karan Ashley, Steve Cardenas, 1995

Ya ampun, legendary sungguh mereka ini! hahaha tersenyum sipu malu terus waktu menaip blogpost ini pun. Gosh!

The costumes were nice, their good looks itupun memang senang buat ‘fangirling’ in me spark dengan happynya, the moment and scenes where terkeluarlah segala makhluk alam yang berterbangan sebab diseru Rita, cecair purple yang slimmy dan banyak lagilah.

Semuanya demi kerana hendak mengekalkan keamanan dunia sejagat tanpa mereka-mereka yang berhati busuk nak membuat onar dan porak-peranda di atas muka bumi. Gitu!

Secara keseluruhannya, antara isi penting mudah boleh kakak rumuskan di sini adalah (seharusnya boleh dijadikan panduan atau tips juga kalau-kalau berkira untuk menonton filem ini di panggung):

  1. Dalam durasi 180 minit, I could say suku akhir jalan cerita sahaja ada insiden gaduh, tembak and perang antara mereka yang baik dan antagonis … which to me, fair enough. Sebab I’m not kid anymore to enjoy such scenes.
  2. Do not compare the show with the 1995’s and what more with other superhero films. Because Power Rangers alone is super special and (can be actually) as good as Transformers to some of us, thus .. jalan cerita yang dijangka ini patut bukan menjadi hal terutama. In short, this film just wanna trigger the inner-kid-of you .. thus, chill lah!
  3. The script isn’t that bad. Ada juga unsur kelakar and yes, unsur LGBT ada di situ bagi penonton yang matang untuk mengenal scene yang mana. My advise is, be more mature to differentiate and educate those who are curious.
  4. Watch the movie with less expectation. Sebelum melangkah masuk panggung, just say this words to yourself, “It’s going to be one simple film for me to enjoy watching!”, nah … happy la kamu macam yang kakak rasakan.

Sekian sahaja.

Moral of the story juga, lima sekawan yang dilabel kumpulan bermasalah (ada isu autisme juga) dan ‘nakal’ ini sebenarnya kalau ada ruang dan kesempatan yang jujur dan baik untuk mereka, tidak mustahil mereka ini boleh jadi HERO tak didendang dalam masyarakat.

Dilabel sahaja, tidak cukup menggambarkan apa kisah jerit pahit mereka di sebalik kehadiran mereka dalam masyarakat  (dalam konteks filem ini: kolej).

But .. agak terrible ‘kreatif’-and-kelakar jugalah. Kalau sudah nama Power Rangers alaf baru, idea bergabung jadi MIGHTY MEGAZORD (where all Rangers bergabung tenaga menjadi robot terbesar) pun tidak ketahuan …………… masalah betul!

4 bintang, out of 5 for this one!

Thank you Rangers!

Sapporo Yang Belum Sudah …

Kejiranan di Sapporo pada jam 7 am. Masa snap gambar di atas, boleh terbau pula cucur bilis yang ya-ampun-bahagianya-hidup-mu-dapat-merasa-cucur-dalam-kedinginan-suhu-negatif3C-begini oit!!!

Sebagai orang Melayu sejati, pastinya menjadi adatlah untuk kita bangun pagi dan bertanyakan tuan rumah, “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”.

Hendak membantu di dapur, Okkasan macam sudah expert mengendalikan hal urusan makan tetamunya. Lalu, terpacullah soalan seperti, “Normally what do you up to at this very early morning in the winter?”

“Yuki-Kaki!!!”

Ah ha. Apakah?

Ini.

Sejenis pekerjaan buruh kasar yang terpaling sopan dan tidaklah mencederakan sebab berlakunya hanya ketika musim dingin sahaja.

Beku oit tangan dan muka! Buka sahaja pintu rumah pun tak mampu hendak acah-acah ambil udara luar sebab terlampau sejuk.

Pekerjaan di atas dilakukan kalau hendak menimbus salji yang tebal daripada terus menghalang laluan. Semalaman sahaja pun, menurut Okkasan, timbunan salji boleh menghalan terus laluan kereta di garajnya untuk keluar. Maka, aktiviti ‘yuki-kaki’ memang kena ada kerahan tenaga lebih dari seorang selalunya.

Iya, gambar makanan lagi. Jangan marah, jangan rasa hendak menabur kata-kata nista yang lain, please. Sedangkan gambar makanan sebegini elok susah hendak kau dapat di mana-mana pun di Jepun, haruslah kakak berkongsikan lebih lagi di sini untuk menceritakan betapa enak dan berkhasiat sungguh apa yang disajikan.

Like a friend said, Japanese food plating are all cute!

Siap minta resepi dari Okkasan on how to do that creamy soup in that bowl there. Kakak menambah dua mangkuk siap sebab yakin itulah satu-satunya hidangan yang best dihirup panas-panas untuk sekurang-kurangnya dapat bertahan sampai waktu makan seterusnya. Begitu (kononnya)!

Oh that Vietnamese roll there, also. Superb betul rasanya. The taste of vinegar with lots of crunchy vegies yang best .. ah, terngiang-ngiang jadinya.

Missing you Mii! …and your snowballs too!

Hari pertama kakak bersama keluarga angkat baru bermula dengan aktiviti jalan-jalan keliling kota. Mujurlah mereka sekeluarga kaki bergambar juga, makanya banyak jugalah sesi bergambar yang ada di antara kami sepanjang dengan mereka.

Aktiviti seharian kami di luar boleh dikatakan sangat biasa-biasa (kalau hendak dibandingkan dengan wakil media lain yang sakan jugalah pergi banyak tourism spots di tengah bandar itu walaupun semuanya serba putih sahaja di mana-mana). Memang impian dan mimpi untuk mencuba sukan ski punah begitu sahaja. Kakak lihat peruntukan masa yang diberikan oleh penganjur adalah tersangatlah terhad maka, tidak jugalah kami meminta-minta dari Okkasan kami.

Seadanya yang disediakan untuk kami, kami tadah tangan terima dengan gembira.

Pemandangan yang cukup ‘serene’ & ‘extravagant’ to me! An hour drive to the subskirt of Sapporo where the whole family of Ito and us went out shopping. We had good soba too!

Di Grand Park Otaru. I couldn’t imagine how beautiful this place is if it’s autumn. Seriously.

Finally, a picture of me with my Okkasan! In full! Bergambar di kaki gunung tempat orang gigih bermain ski dan kakak hanya bisa bergambar berlatarbelakangkan mereka sahaja. Tet!

Tetapi, antara yang terpaling epik di antara kumpulan kami yang menginap dengan keluarga angkat masing-masing, rasanya kakak dan teman serumah Ms JJ sahaja yang terpaling bertuah sebab untuk makan malam terakhir bersama keluarga Ito, kami disajikan sushi yang sangat sedap dan segar, bukan dari dapur Mrs Ito HEHEHEHEHE

Teruja!

Being in that sushi restaurant pun, sudah cukup membawa kakak ke dimensi yang lain.

Poyo sangat bunyinya, kan?

Meriah ucapan ‘Selamat Datang’ bila jejak masuk sahaja ke restaurant macam sambutan orkestra bersahutan gitu. Meriah teruk dan hampir terkejut kalau-kalau mereka ini benarnya menjemput masuk atau menghalau keluar! hahahahahaha

Adik-adik kakak berdua ini memang rasanya manusia paling seronok malam itu. Menambah berpinggan-pinggan dan bercawan-cawan juga minuman yakult yang free-flow itu.

Dan kakak terpaling enjoy the french fries (yang diyakini dan terpaling sedap boleh dihadam dalam kesejukan yang negatif itu) dan sepinggan raw sushi seperti di bawah:

Dekat Malaysia, walau berjuta lemon keluar masuk Sushi King pun … tidak pernah teringin dek tekak pula lah hendak menelan makanan mentah sebegini.

Di sana, huehuehuehue sunggah kontradiksi sekali sebab mampu pula tekak kakak ini menelan sepinggan yang begini. Mahal jangan cerita lah. Kelazatannya apatah lagi! Sejenis mentah yang sedap dan boleh buat kekenyangan serta-merta jugalah.

Satunya, mungkin sebab itu sahaja makanan di dalam restoran itu yang diyakini dan terjamin sedikit. Disusuli keyakinan itulah agaknya berani juga ditelankan barang yang mentah ini. Apapun, it was a great chance dapat ‘berjimba’ kami semalaman dengan sushi yang ada. Such a pleasant dinner we had that night!

To sum up overall visit of mine to the Japan land, adalah satu sahaja perkataan yang sesuai iaitu ….. AWESOME!

Tiada lagi yang dapat menandingi negara ini (menurut pendapat kakak) yang setanding majunya kecanggihan teknologi sambil ‘disulami’ dengan ciri ketimuran benua Asia yang utuh ada dalam sebahagian besar rakyatnya.

Pasti yang negatif dan selingkuh itu ada. Cacat cela dan kisah yang sumbing juga tentunya wujud, tetapi bukanlah sesuatu yang kakak peduli beriya sebab di mana-mana ceruk dunia sekalipun, elemen ini sudah tentu ‘perencah’ kehidupan yang pastinya wujud.

Satu pengharapan yang tinggi .. adalah biar ada kesempatan lagi untuk kakak melangkah kaki lagi ke negara ini. Teringin sekali hendak bercuti lama di sana dan menulis banyak lagi hal yang positif dari sana. Seriously.

Dan ketelusan keluarga angkat baru kakak ini telah berjaya kakak abadikan dengan baik dan kemas sekali menerusi penulisan rasmi pada pautan-pautan di bawah:

English version: http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1338776

Malay version: http://mediapermata.com.bn/memori-indah-bersama-keluarga-angkat-di-sapporo-jepun/

Penghasilan rencana ini memang ambil sedikit masa, tetapi kepuasan menghasilkannya memang terbaik!

Banyak feedback yang kakak terima seolah-olah memangkin minat yang tinggi untuk lebih banyak lagi menulis rencana, berbanding berita.

For those colleagues who have helped and noticed, terharunya hati ini Tuhan sahaja yang tahu.

Till we meet again, Japan!

Sincerely,

Yang-Tidak-Akan-Pernah-Puas-Mengumpul-Cas-Positif-dari-Traveloguenya

Sapporo & Ceritanya …

Sapporo menjanjikan anda suatu pemandangan yang jauh dari kesibukan kota, apapun bangunan pencakar langit dan terpaling epik, kemeriahan bunyi hon kereta di sana sini (macam di kebanyakan negara yang boleh anda fikirkan).

Like seriously.

Sedangkan di Tokyo yang metropolis itu pun almost impossible untuk mendengar sebarang honking sound, (kecuali ambulance atau kereta peronda polis) .. Sapporo sudah tentu, jauh sekali.

Dalam bahasa mudahnya, I could describe the place is like a remote state or town in Malaysia. Like Bangi or Shah Alam or maybe Ipoh and Kluang in Johor (except for the honking part, still).

Dan di bandar kecil nan permai inilah, berlakunya pertemuan kakak dengan keluarga angkat berpangkalkan nama keluarganya, Ito.

Masa merakam gambar ini, Ottosan perhati sahaja kakak. Alih-alih dia tanya, “rupanya .. ini cara wartawan bekerja ya?” Erk. Senyum lebar.

Ito’s family is a very beautiful family. I love everything about this family. For what I wanted to hear, witness and experience so much from a Japanese family, I think Ito’s family has had given me the best general idea about how Japanese is in their country and their own household, also indirectly fulfilled my wishlist, that I was hoping to know right after I was assigned for this trip.

Kerukunan dan keharmonian hidup seisi keluarga pasangan Atsushi dan Tomoko bersama-sama dua cahaya mata mereka ini memang terlalu banyak memberikan nilai positif kepada kakak di sepanjang momen berada bersama mereka di sana sampailah ke hari ini.

Kenapa positif?! 

Here’s to many many stories.

Malam pertama kami menjejakkan kaki ke rumah keluarga ini, jam sudah menunjukkan hampir 9 malam. 9 malam di sana ibarat sudah 5 jam lamanya melepasi waktu malam (sebab di sana gelap sekitar 4.30 petang).

Mata jangan ditanya, memang sudah memberat ajak pejam. Ditambah pula dengan kulit yang mengering teruk, memang mengundang 1001 rasa ketidakselesaan pada diri, tidak kurang juga rasa self-esteem yang terpaling dalam dirasakan berada di negara orang. Sigh.

Terpaling dinantikan sebenarnya malam itu .. adalah santapan makan malam! (Sorry cause I’m being too honest here). Sebab memang teramat lapar tahap dewa sebab the last time we ate on that day hanyalah during lunch time.

Okkasan (mother in Japanese) kakak yang sememangnya surirumah sepenuh masa rupanya dah lama menyediakan hidangan sebelum keluar rumah petang itu. Jeng jeng jeng.

Menu yang terpaling membuka selera walau kelihatannya ada-ada sahaja. Sangat menepati keinginan ‘halal’ yang kakak inginkan dan sejujurnya, my Okkasan is a very good cook! I’m a happy foster child on that night! hehehehehe

Semua yang berada di meja makan malam itu, memang disediakan portion yang sebegini setiap seorang. Untuk Kai & Mii juga, cuma kelainan hanya pada minuman di mana teh atau kopi for the adults and Yakult drink for the kids.

Sakan kami berborak tentang banyak hal malam itu. Okkasan kakak ini, tak dimamah dek usia sebenarnya and I can never guess her age. Sangat perahsia.

Berpengalaman bekerja di di New Zealand beberapa tahun serta merupakan graduan dalam Literasi Bahasa Inggeris nampaknya membuatkan wanita ini lebih fasih berbahasa Inggeris, berbanding Ottosan (father in Japanese). We were yet to meet the Ottosan during our chatting session at that time since he’ll be home late from work, jelasnya si isteri kepada kakak.

Cuba teka jam berapa suaminya pulang? 12.30pm!

Menerusi perbualan pada malam itu, Okkasan memberitahu bahawa seisi keluarganya pernah sampai juga ke Bali, Indonesia untuk bercuti. All of them are aware about Malaysia but yet to plan and come here, even once.

To our surprise, Okkasan (also) was quite impressed to know that many Japanese products, shopping outlets and even winter outerwear & accessories are widely sold and made available in Malaysia.

… dan mengetahui hal yang satu ini, buat kakak terfikir akan banyak hipotesis dan kemungkinan sebab musabab apa dan mengapa ada penduduk dunia lain yang belum pernah lagi sampai ke Malaysia (as in this case Japan and Malaysia are sharing the same continent, maka tidaklah menjadi hal untuk kami saling mengunjungi negara masing-masing dari segi jarak dan jurang masa).

Mungkin juga sebab .. ada aktiviti yang mereka gemar lakukan, tiada dan sukar untuk dilakukan di Malaysia. Mungkin. Contohnya mereka sukakan ski, tetapi Malaysia bukannya negara empat musim pun. Mungkin juga …

Tetapi … hipotesis yang enteng lagi dangkal ini ternyata benar dan mampu mengubah persepsi mereka apabila ….

****

Waktu ini, kakak sengaja tidak tunjuk skill hebat guna chopstick lagi depan mereka. Tekun dan tenang sekali adik-adik kakak mengajar dan mengajak mencuba bersama that chopstick game. Susah juga nak kepit benda cinonet tu. Sekali bila kakak tunjuk kehebatan, Ottosan pun terkejut, “Woa, you’re good at using it” .. di kala tengok kakak guna untuk makan udon & kepelbagaian tempura yang ada. Ngeh!

One of the games we played on the night we first met Kai and Mi. Kebanyakannya German-based educational toys yang mahir sekali budak berdua nieh main. Gigih juga mengajar kami cara bermain (walau dalam keadaan terpaksa guna bahasa isyarat & sepatah dua sahaja perkataan bahasa Inggeris)

Perwatakan kedua-kedua adik kakak si Kai dan Mii ini sebenarnya cukup saling melengkapi each other.

Kakak yang sememangnya musykil untuk tahu banyak hal mengenai sektor pendidikan di Jepun terutama sistem pendidikan awal kanak-kanak mereka, sememangnya setia memerhatikan keletah kedua-dua mereka dan menafsir dari sudut pandangan dan intellektual yang ada (cet!).

Dalam pada masa yang sama, Okkasan turut memberikan maklumat yang memadai untuk kakak hadam dan membuat kesimpulan bahawa;

Ibu bapa di Jepun juga ada yang berpendirian tegas dan konsisten bila mana anak-anak sudah mulai mencecah usia first high-school, tetapi bukan di peringkat ECE mereka.

[Tegas dalam konteks ini is more to book-exam-oriented.]

Maka, tidak mustahillah Kai dan Mii kelihatan seperti dua individu yang matang dan  pandai ‘membawa diri’ bila berhadapan dengan mereka yang lebih dewasa.

Sifat keanak-anakan yang fragile dan manja itu juga ada, dan tiada sedikitpun riak wajah mereka yang menampakkan ketidakselesaan bila berkomunikasi dengan ibu bapa.

They’re being themselves, as the real kids, they’re supposed to be!

Patuh dan taat itu juga suatu kemestian yang mereka tunjuk di dalam rumah, terutamanya dalam usaha meraikan tetamu luar macam kami.

Sebab kenapa?

I truly believe sebab asas mereka dalam tempoh ECE itu cukup memadai, bebas, terpelihara daripada asakan yang boleh mendera fizikal, rohani apatah lagi emosi mereka.

.. dan di dalam insitusi kekeluargaan keluarga Ito yang kakak jumpa ini, banyak lagi cerita-cerita kemanusiaan (humanity) lain yang Kai & Mii tunjukkan kepada kakak sebagai anak-anak yang jauh matang cerdik dan tinggi keprihatinan siviknya terhadap orang perseorangan di sekeliling dan persekitaran mereka.

I’m so gonna let these two kids meet their Malaysian brother & sister (my kids)!

Kisah Sejuk Lagi (3) …

‘White Sapporo’ adalah nama jolokan yang diberi untuk daerah ini setiap kali musim sejuk tiba.

Bertolak pula ke utara kepulauan Jepun, wilayah Hokkaido yang terkenal kerana kawasan pergunungan dan iklimnya sehinggakan mampu menjadi acara sukan musim sejuk bertaraf dunia … sememangnya sebuah pengalaman yang menjanjikan kelainan kalau anda betul-betul berpeluang menjejakkan kaki ke tanah ini.

Tengok sahaja dalam TV pun belum tentu menjanjikan apa-apa, kata orang. Disclaimer: Youtube dan banyak lagi travel blogs yang lain. Ngeh.

Maka, berangkatlah kami ke utara nun sana selepas dua hari di Tokyo.

Perjalanan domestik kira-kira satu setengah jam ke sana benar-benar lancar and it must be one of many lucky days for all of us on that day sebab dapat ke sana dengan jalan udara. Marhaen lain ke sana mungkin akan memikirkan banyak hal untuk soal pengangkutan, tetapi kami tidak.

Thank you JICE. Thank you big time to the Japanese government for this planning.

Di dalam pesawat, dalam pada mata hampir terlelap .. kakak dikejutkan hanya kerana semata-mata pemandangan ini. Marah (sikiiitlah) pada mulanya sebab mengantuk barai bangun awal pagi bersiap hendak ke airport, tetapi … sedikit berbaloi juga kekdahnya.

Mount Fuji, yang mampu diambil dari kejauhan.

Kelihatan dan memang sangat mustahil untuk kami sampai dan capai gunung kebanggaan kesemua rakyat Jepun untuk trip kali ini. Maka, sekeping gambar ini mencukupi sebagai tanda kenang-kenangan kakak untuk melihatnya dalam jarak yang terbaik ini.

Keterujaan tengok saujana mata sendiri yang memandang hanya putih dan tiada lain yang putih, melainkan yang putih-putih belaka sahaja itu adalah …. NIKMAT, sebaik sahaja mendarat. Syukur menadah tangan kerana tercapai juga hasrat nak jejak kaki ke sini.

****

Sampai sahaja di bumi Sapporo, perut berbunyi teruk dan tibalah masanya menjamah makanan tengahari.

Bercerita soal makanan, here’s a snippet. Or maybe the general idea of what we consumed for more than a week there.

Sejenis sedap sebab terlalu lapar dek kerana perjalanan yang jauh dan tidak tahan menahan sejuk. Soupy like this is my all time favourite, somehow.

To me, apa yang terhidang sebenarnya sudah cukup baik untuk dihadam. For a week, I ate clean and that was wonderful enough, truly. Kenyang terjamin, sungguhpun tiadalah kelazatan ketara yang boleh dikhabarkan beriya di sini.

Cuma … senario yang sama dialami ketika di Laos, begitulah juga keadaan yang sama berulang di negara serba canggih ini.

Kefahaman mengenai halal mengikut garis panduan agama masih ala kadar. Kalau dah begini rupanya, mengetahui jurang yang besar (either economy, social etc) di antara Laos dan Japan pun … there’s no doubt that the knowledge about Islam pun hanya so-so sahaja (eh, macam tiada kena-mengena pula).

Hanya setakat di permukaan sehinggakan sampai satu tahap boleh mendatangkan kekeliruan (dan sedikit amarah jugalah sebab musim sejuk yang teramat sejuk ini senang sangat mengganggu-gugat keimanan perut apatah lagi buat rakyat Malaysia yang rujinya adalah …… !).

Mungkin juga sebab kami mengharapkan banyak sumber laut yang boleh kami hadam untuk santapan, tetapi sebaliknya .. setiap masa, hanya sayur-sayuran juga menjadi pilihan utama penganjur untuk menu makanan kami.

Kecewa sedikit, but afterall .. PERCAYALAH, once, mereka ini jelas dan betul-betul tahu mengenai definesi halal yang sebenar, am sure they’ll feel and think that actually the issue is not as heavy & difficult as they thought! Cause Japanese really has critical minds, you know.

Apapun, kakak was generally happy with the food sepanjang berada di sana, terutama sekali bila berada di rumah keluarga angkat baharu!

Please stay tune for more stories on that part, okay?

Pasta bendi merupakan menu makanan pertama yang kami makan sejak menjejakkan kaki di Jepun. Tidak terfikir pun hendak buat menu ini di negara sendiri, but in Japan .. they have!

Gambar wajib-tetapi-tidak-berapa-epik! Ngeh!

Nah, di Sapporo .. jangan kau tanya kejakunan tahap apa yang terkena pada orang perseorangan kami di dalam trip ini sebab masing-masing pun sanggup tidak menyarung glove sebelah tangan demi kerana hendak sakan bergambar.

Itu normal.

Apa yang tidak normalnya atau sedikit kelainan yang kakak dapat lihat sendiri adalah seperti coretan ringkas di sini.

Lawatan singkat ke kilang percetakan Hokkaido Newspaper pada hari yang sama kami mendarat di wilayah itu buat kakak betul-betul berfikir tentang cara bekerja orang Jepun, yang mana antaranya selalu kita dengar berbunyi seperti;

  1. “…. mungkin sebab mereka ini sudah terbiasa dengan semangat kamikaze,”.
  2. “…. lagi lambat you balik dari bekerja, menunjukkan how workaholic you’re.”

Pernah terdengar those statements?

Ms. Kudo was giving brief explanations. Just look at her smile, peeps.

Di kilang ini, kami diberikan taklimat oleh pegawai medianya Ms Kudo. Such a sweet lady she is. Bersaiz petite dan langsing, macam kebanyakan wanita Jepun yang lain.

Memberikan penerangan sepenuhnya dalam bahasa Jepun, Ms Kudo macam tidak tahu erti lelah bercakap, menyatakan setiap perincian bagaimana kilang tempatnya berkhidmat, bekerja setiap hari menghasilkan dua kali siaran akhbar dalam masa sehari untuk edaran lebih 5 juta penduduk Hokkaido.

Senyuman yang tidak pernah lekang di wajah ibu kepada 3 cahaya mata ini kelihatannya sangat jujur dan bukanlah sesuatu yang dibuat-buat.

Ibarat lahir  dan terbitnya ikhlas daripada hati.

Ketika dia leka memberikan perincian, ada sesuatu pada dirinya yang tanpa sengaja kakak terlihat dan langsung buat diri ini tertanya-tanya. Terus teringat akan kata-kata pujangga orang kebanyakan yang lain bila bercakap pasal Japanese; “… mereka kan manusia-manusia rajin,”.

Kalau sungguhpun rajin, kakak kira .. orang-orang tempatan di sini mungkin jatuh kategori manusia-yang-hey-kerja-sahajalah-janji-quality-comes-first-but-not-the-way-I-look-or-dress-or how-I -work-it-out.

Ha itu. The hint.

Kena PM tepi, kalau mahu tahu in detail. Tetapi hint tadi cukup (cukup-cukup sudah) memberikan gambarannya.

Terkesan sedikit melihatkan Ms. Kudo dan dengan sedikit hipotesis yang bergelar dalam kepala waktu itu sehinggalah kepada momen blogpost ini ditulis.

It was indeed an inspiring event.

Kalaulah kita Melayu sejenis rajin tanpa ada rasa segan silu dengan apapun pekerjaan yang kita lakukan, dedikasi dan pushing all out in acomplishing works, pasti …..!

Ini sekadar pemerhatian mata kasar kakak sahaja. Kebenaran di sebalik kisah dan apa yang kakak lihat (dan sedikit soal siasat dari sumber-sumber terapat), mungkin hipotesis kakak betul dan mungkin juga tidak. Cuma ..

.. yang baik dan boleh diteladani, kita ambillah dan manfaatkan bersama. Ambil semangat itu. Untuk apapun perjuangan yang sedang anda lakukan.

Okek!

Bukan setakat rajin, ramah dan tidak reti penat bercakapnya. Tanpa sebarang winter outer wear pula selepas itu, Ms Kudo ikut menghantar kami pulang sehinggalah bas yang kami naiki betul-betul lenyap dari pandangan kami (dan dia). Sejenis dedikasi-tahap-dewa-bila-bekerja kakak gelarkan Ms Kudo ini.

Adeh. Sejenis kegigihan yang bukan sikit-sikit ada pada Ms. Kudo nie. Tabik!

Ini adalah salah satu spreadsheet yang dihasilkan oleh Hokkaido Shimbun untuk edisi khas tsunami terbesar yang berlaku pada 2011. Paling mengejutkan, sebuah edisi akhbar mereka mengandungi 40 mukasurat yang mampu memuatkan lebih 250 berita dalam seseuah naskhah. That’s the beauty of Japanese culture in which they are still embracing the culture of reading. It is believed due to their massive number of aging society, therefore newspaper (shimbun) is still their people’s top choice.

… cerita-cerita sejuk bersambung lagi di lain post boleh?

With more inspring and lovely stories, of course!

Oh ya, tidak dilupakan .. saguhati terpaling best kami terima daripada trip ini adalah seperti di bawah. It was a great chance that we managed to meet you, Ms Kudo and team! Arigato!

This piece of draft paper is done within 20 minutes after the photo session. Thank you!

Cerita Musim Sejuk (2) …

#abbyfirstwinterexperience Day 2.

Apa engkau plan untuk buat 8 blogposts ke Abby?

We can never know. Tet!

Nama pun wartawan. Geng wartawan kalau sudah berjumpa, mulut, tangan dan kaki memang tidak pandai hendak duduk diam.

Walaupun dikenakan curfew untuk tidak keluar dari hotel selepas jam 11 malam, kami, the Bernama clans tetaplah dengan agenda sendiri mahu explore Tokyo cara kami.

Rancangnya mahu ke Shibuya sahaja pun. Alasan terbaik sebab hendak jejak Shibuya Crossing … tetapi cabarannya, dengan cuaca segitu pula. Boleh bayangkan?

First timer sahaja yang rasa begini. Layankan je.

Loving the train map. Messy but beautiful. Erk.

Terdapat subway tertentu yang mempunyai penghadang ditelakkan di garisan kuning. Tetapi at this one particular subway, tiada pula. Manusia tidak kelihatan ramai sebab ini dari platform pertama kami naiki dari Shinjuku.

Sejenis kegigihan di dalam menahan ketar. Studying the map isn’t my thing but snapping them doing it was my favourite. Ngeh!

Terima kasih banyak kepada jurupandu ekspedisi (@ekinazizminhat) yang gigih belajar tentang selok belok dan sistem pengangkutan di Jepun kerana memudahkan lagi pengembaraan jalan-kaki-kakak-di-dalam-sejuk-begitu-in-less-than-24-hours-jejak-tanah-Jepun.

Bila lagi berpeluang, kan? Kakak took the challenge sebab nak uji ketahanan diri, itupun sebab nak mempersiapkan diri sebelum berdepan cuaca sejuk Sapporo kemudiannya. Begitulah.

In general, I could say sistem subway yang ada di Tokyo, setakat dari Shinjuku ke Shibuya pun sudah cukup complicated. Sebenarnya bukan lah juga susah difahami kalau betul-betul mahu belajar explore dan bila sudah terbiasa.

Cuma, apapun pergerakan di sana yang hanya melibatkan jalan kaki setiap masa, maka tinggi cabaran diri ini adalah pada kekuatan dan stamina kaki dan badan untuk melangkah sekaligus merintangi suhu yang sejuk. Suhu tu .. suhu!

Itu belum episod kulit muka yang mulai mengering dan merekah teruk akibat suhu di sana. Menangis kejap!

On the other part, paling mengujakan sebenarnya, bila dapat pegang tiket subway yang teramat kecil itu. Mak aii, super powerful that tiny little piece of card ya. Kalau hilang di pertengahan jalan sebelum sempat sampai ke destinasi sepatutnya, boleh meroyan juga kut dibuatnya (ya tidak?).

Shibuya Crossings, suatu kemestian.

Dan seperti coretan ringkas yang kakak tulis di Instagram di sini, perjalanan ke Shibuya adalah saksi mata sendiri ini melihat bagaimana orang-orang Jepun ini berkomutasi di sana.

  1. Shibuya station, I believe .. memang platform paling teramat sibuk kalau di Tokyo. Orang yang turun berbondong-bondong dan terus memboloskan diri dari platform sehinggalah ke destinasi masing-masing dilihat macam dah tak peduli orang sekeliling. Jangan kau berangan hendak duduk di tengah-tengah laluan yang ramai itu sebab there’s no way you can survive standing still in that ‘dark & grey ocean of people’! hehehehehe sejenis lucu juga ek, kalau berlaku.
  2. Dalam subway, tiada kelihatan pun orang marhaen mereka yang beratur panjang di sebelum garisan kuning untuk memasuki train. Tiada. Cuma, mereka memang beri laluan dahulu kepada mereka yang mahu keluar dari train dan barulah memasukkan pula diri masing-masing hanya selepas orang terakhir keluar. Mudah peraturannya di situ, semua orang nampak selesa & patuh dengan rules begitu.
  3. Soal kepadatan manusia dalam train, janganlah engkau cuba banding. Tiada tara dengan yang ada di Malaysia pun. Mungkin bezanya terletak pada; the odourless of people’s bodies (mungkin disebabkan musim sejuk) & bagaimana mereka bertindak balas kepada apapun asakan yang berlaku dalam train. Berasakan dan bersesakan itu tetaplah berlaku ya … tetapi tetap dalam keadaan penuh kesantunan-tanpa-tolakan-fizikal-yang-ketara dan tiada pula suara-suara kasar dan sinis kedengaran. Aman dan sentosa sahaja keadaannya.

[Disclaimer: Pendapat penulis adalah semata-mata pendapatnya. Tiada kena mengena dengan apapun yang ada kaitan dengan dirinya secara hakiki. Nama pun blog. Sekian]

Ada apa hal tentang sejuk bila sudah di sini! Tidak begitu?

Bila dah sampai, aktiviti wajib pun menguasai diri. Lama juga berdiri dalam kesejukan begitu hanya kerana hey-dah-sampai-so-what-are-you-waiting-for-moment terus jadinya!

Begitulah kami dalam setengah jam (kalau tidak silap) di persimpangan ini, bergambar, merakam video dan apapun sahajalah sebelum kami duduk-duduk capai kopi untuk sesi memanaskan badan.

Pulang semula ke pangkal jalan (Shinjuku New City Hotel), selepas lebih kurang 1 jam kami pusing dan cuci mata di Shibuya.

Maka, bersediakah kami untuk cabaran ‘White Sapporo’ keesokan harinya?

Tunggu!

Suhu malam di Shibuya waktu itu adalah terpaling best sebenarnya. Sebab masih boleh tahan beku, tanpa memakai gloves … hanya kerana mahu bergambar dan merakam banyak gambar-gambar bangunan di sekeliling. THIS VERY MINIMALIST CITY OF TOKYO HAS CAPTURED MY HEART …. FOREVER!

Misi Musim Sejuk (1)…

#abbyfirstwinterexperience akhirnya trending!!!

Baiklah, berbunyi teramat poyo di situ. Sejenis percubaan apakah Abby yang engkau cuba lakukan huh?

Marilah menyokong sesekali Abby memulakan wacana dengan notasi yang sedikit berbaur kelakar walaupun pengisian blog post kali ini selalunya dan akan pastinya berteraskan sesuatu yang serius.

Cet.

Terlalu banyak yang hendak direncanakan di sini mengenai lawatan kerja ke negara matahari terbit baru-baru ini. Seperti biasa dan akan menjadi kebiasaan, beberapa blog post (lebih dari satu) akan menyusul di sini. Maka, bersedialah anda untuk blog entri yang berkajang panjang dan lebarnya di masa-masa akan datang (khusunya, selepas blog entri ini).

Jangan ditanya berapa kuantiti yang akan terhasil sebab … I AM SURE I HAVE ALREADY FALL IN LOVE WITH JAPAN AND ALL OF ITS STORIES!

Moh kiter.

***

2016 was my very first year experiencing winter!

Alhamdulilah for the opportunity, yang sebaik-baik perancangan dan kekangan yang muncul sekalipun di saat-saat akhir keberangkatan pergi, tetap DIA memudahkan urusan serba serbi.

Terkadang, selalu diri ini memikirkan … sesungguhnya ia, perancanganNYA adalah sebaik-baik tertulis dan punya alasannya tersendiri.

Di usia ini dan pertama kali merasai musim sejuk di negara orang, mungkin boleh kedengaran suara-suara sinis mentertawakan. Tetapi tidaklah sesuatu yang patut kakak pedulikan, betul?

Menyentuh soal dugaan yang bertimpa-timpa datang menguji macam cemburu sekali mahu beri sedikit ruang bernafas untuk diri ini menikmati winter buat pertama kali dalam hidup, ternyata rakan-rakan sekerja di sekelilinglah yang paling banyak membantu.

Sokongan material DAN moral, tentunya .. mereka ada dan telah membantu kakak. Nothing that’s more blessed I could’ve asked from them when it comes to this kind of difficulty I need to face with before departing. You know who you’re and if all of you colleagues who are reading this, THANK you very much from me.

Lawatan kerja yang dipanggil #jenesys2016media ini atau nama penuhnya Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youth ini adalah yang julung kali buat petugas media dari negara Malaysia.

Julung kali, dan I was part of it!

Dan lawatan ini juga sebenarnya memfokus kepada organisasi media yang ada di negara matahari terbit. Kakak menjangkakan memang delegasi media Malaysia akan dibawa ke premis dan outlet media mereka, melihat sendiri operasi pemberitaan dengan lebih dekat dan seterusnya memperlebar sayap dan jaringan kerjasama hubungan baik antara pengamal media dari kedua-dua negara.

As predicted, yeah .. we did!

The bunch of Malaysian media members and the gang that participated the trip

We did enjoy our trip BUT there were life’s ups and downs stories for this inaugural winter experience trip for me & few of us.

TOKYO, KOTA METROPOLIS CANTIK

The only word that can best describe this metropolis city is BEAUTIFUL.

Entah kenapa, senang dan termudah jatuh hati bila kali pertama melihat Tokyo dari hanya segenap luas pemandangan yang perlu kami tempuh lebih kurang sejam daripada Narita International Airport.

Sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang pun, perkataan syukur tak lekang di bibir. Berbunga riang jangan katalah, seolah-olah “akhirnya-berjaya-dan-sampai-juga-diri-ini-ke-bumi-matahari-terbit-yang-bertuah-ini!”.

Penat duduk atas flight tidak langsung terasa. Perut berkelodak minta diisi pun boleh diabaikan sementara waktu sebab teruja punya hal.

Cerita kelakarnya juga adalah, waktu ketibaan kami pada hari itu .. kakak menjangkakan suhu masih lagi sekitar 15C sahaja lagi. Tetapi, tidak sama sekali sebab di airport sendiri terang lagi nyata jelas terpampang tertulis waktu itu; 3C!

Makanya, selaku marhaen Malaysian sejati yang badannya tidak pernah lagi terbiasa dengan negara 4 musim, kakak perhatikan rakan-rakan media lain juga sudah mulai unlock luggage masing-masing dan mula menyarung outer winter wear mereka. Penangan betul!

Glove sahaja pun tidak mencukupi wei!

The metropolis city of Tokyo. I’m loving the sight, the air and the people. Even more now.

Terlalu banyak perincian tentang bandar ini yang kakak betul-betul hendak ceritakan satu persatu.

Maafkan terlebih dahulu kalau anda terpaksa scroll teruk hanya semata-mata melayan panjang bebelan kakak berceloteh di sini ek? Sila scroll lagi, kalau berkenan. Nyet!

Di sebelah petang hari pertama di sini, kami terus dibawa ke Tokyo Government Observatory Building. Kakak rasakan tempat ini ibarat tempat wajib dilawati bagi sesiapapun yang pertama kali berkunjung ke Jepun. Maka, jangan mudah underestimate bangunan-bangunan-yang-ada-walaupun-semuanya-MINIMALIS-belaka, sebab nah .. there will be always something that you can learn from a new place you’ve never been to what more engkau bakal melihatnya dari tingkat 45!!!

Pemandangan adalah sama cantik, sama indah seperti yang kita boleh lihat dari Menara KLCC atau KL Tower. Perbezaan, tentu-tentulah THE LANDSCAPE (as shown in the picture above).

Penemuan di sini bukan sekadar apa yang kakak lihat, tetapi juga daripada perbualan bersama salah seorang sukarelawan yang bertugas di sini.

Tanya-tanya punya tanya (sambil dengan gaya tangan pointing here and there di antara board dengan dinding kaca), terselitlah juga soalan-soalan ‘mesra’ di situ.

Seperti; “Are you often been stationed here, doing voluntary works?”

Dengan ramahnya, dia menjawab; “Yes, we have shifts of course. But I wanted to be here because this is one of many ways I can improve my English proficiency verbally,”.

Ah ha.

Kalau ditengok pada usia dan lahiriahnya, sukarelawan yang kakak jumpa nieh boleh dikategorikan sebagai pertengahan usia 40-50 tahun. Tidak muda kalau tengok kerut wajah, tetapi kurus dan kesihatan tubuh itu memang terjaga.

Alahai. Masih ada kenyataan berbaur ikhlas terpacaul keluar dari manusia atas muka bumi ini yang masih nak bekerja (atas dasar sukarela ya) di kala usia begitu.

Tabik!

Ini bukan suatu kelainan dan pemandangan luar biasa sangat kalau anda berpijak ke tanah Jepun nieh. Walaupun selalulah kita disogok dengan kenyataan “hey-mereka-kan-Jepun-dulu-pernah-jajah-dan-menindas-zalim-di-negara-kita”, percayalah … tanggapan skeptikal anda boleh berubah 360 darjah nanti.

Menyaksikannya sendiri, maaf cerita .. memang kakak spontankan sahaja melantunkan ini.

Maafkan kakak kerana berlaku terlalu jujur. Tetapi, inilah yang sebenarnya berlaku sebaik sahaja tiba di lapangan terbang di sana. Walaupun kebanyakannya hanya warga tua yang kelihatan, tetapi itulah yang mengagumkan.

…. bersambung.

Laos, Dari Kaca Mata Muslim…

Setahun yang lalu, pada tarikh ini (Nov 22 – 26) adalah merupakan hari-harinya saya dikehendaki bekerja dari bumi Vientianne.

Mewakili Malaysia bersama wakil media dari negara-negara ASEAN yang lain (kecuali Singapura, Myanmar & Filipina), kami berkampung hampir lebih kurang seminggu, mendekati dan mengenali satu-satunya negara tidak berpantai (landlocked) di Asia Tenggara itu.

Di siang hari, ada seminar dan sesi pembentangan yang perlu kami hadiri untuk dua hari pertama dan hari terakhir di sana. Selebihnya, kami dibawa menjelajah ibu kota Vientianne antaranya menghadiri festival tahunan terbesar mereka yang dipanggil ‘That Luang’, Buddha Park dan the Patuxai.

Ada masa-masa yang terluang, sudah tentu delegasi media yang ‘sekepala’ ini memang ambil kesempatan dan peluang yang ada, buat sesi jalan-jalan Vientianne versi kami sendiri.

Momen-momen kecoh membeli di Vientianne night market, sembang-disulami-gelak-ketawa-sebab-tahu-orang keliling-bukan-faham-Melayu di Dhaka restaurant itu … rindu dibuatnya!

Tidak terjangkau dek akal that this assignment could bring us closer .. walaupun belum lagi kami meninggalkan Vientianne waktu itu.

Simply, because we are ASEAN community! Don’t you think?

laos_november-2015-111

****

Memandangkan ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke sana, dari sudut pandang yang lain, Laos ternyata memberikan suatu cerita yang bukan biasa.

.. dari kaca mata seorang Muslim, ya, Laos menjanjikan perspektif yang berbeza.

Menyebut nama negara Laos, saya percaya tiada siapa boleh membayangkan kata kunci atau tempat menarik yang boleh dikunjungi di negara tersebut.

Ketika dikhabarkan perlu dihantar bertugas ke sana, saya juga sependapat dengan suara majoriti yang negara ini ‘biasa-biasa’ sahaja. Terlalu biasa yang mungkin tiada cerita menarik apa sangat pun yang boleh saya ceritakan bila kembali ke Malaysia semula.

Point 1.

Dan apabila ke negara yang terlalu asing disebut ini, tentunya antara yang menjadi kerisauan sepanjang berada di sana adalah ketersediaan mendapatkan makanan halal di sana. Walaupun sebenarnya terfikir juga, kalau-kalau dapatlah saya berpeluang hendak mencuba makan tradisi Laos (of course, sekiranya dijamin halal makanannya).

Sebelum pergi ke sana lagi dan selepas beberapa siri bacaan dibuat, memang nampak gaya saya perlu bawa bekalan makanan yang mencukupi, demi kerana hendak mengelakkan sebarang kemungkinan kalau timbulnya rasa was-was.

New friends of mine even said:

“Di sepanjang Sungai Mekong di bandaraya ini, saya dapati hanya ada satu (atau dua, mungkin) sahaja restoran makanan halal. Pilihan makanan ‘vegetarian’ juga ada beberapa.” 

Adik genit yang baru saya kenal dari Brunei pun berkongsi perkara yang sama:

“Sebagai seorang yang kerap mengembara, saya tak akan lepaskan peluang untuk mencuba makanan tempatan yang popular di sesebuah negara itu. Tetapi kurangnya jumlah restoran halal juga membataskan minat saya untuk mencuba makan di sini.” – Nur Raghadah, Brunei Times

Memang betul, sebab di ibu kota Laos dan dalam lingkungan hotel & Sungai Mekong itu, hanya ada 1 kedai makan sahaja yang boleh kami ‘sandarkan kepercayaan’ halal called Dhaka restaurant.

Dua malam juga singgah & pekena nan beserta butter chicken masala. Itupun nan (2 keping la tapi) cicah kuah sahaja yang saya yakin untuk telan.

I consumed others (minus the gravy or anything that’s not to my preference) BUT not meaty food, sepanjang berada di sana. Sebab itu jugalah mungkin terjadi episod hampir pitam di the Patuxai!

Katanya, dalam deretan kedai makan yang sama .. memang akan ada sebuah restoran kepunyaan orang Malaysia dibuka. Tetapi setahun yang lepas, kedai tersebut masih lagi bersimen dan berbatu-batu, kurang pasti pula sekarang bagaimana.

Di sepanjang Sg Mekong untuk beberapa malam di sana, ramai sekali pelancong daripada pelbagai negara dan bangsa boleh dilihat ada di setiap kedai di deretan yang sama.

Keadaan sangat tenang, sesekali kedengaran audio mengalunkan lagu-lagu hits tanpa vokal dimainkan. Sehingga lewat malam pun tidak mustahil untuk mereka duduk santai berborak, minum & menikmati angin luar sebab ketenteraman berbuat demikian adalah dijamin.

Point 2.

Sebagai sebuah negara yang 99 peratus penduduknya beragama Buddha dan hanya 1% sahaja lagi Muslim, sudah tentu anda boleh membayangkan bagaimana pengaruh dan pengetahuan rakyat negara itu tentang agama & penganut Islam.

laos_november-2015-153

Jumlah masjid (or I could say with the size of only musolla) pun boleh dibilang jari. Ada 1 di tengah kota Vientianne, which I didn’t have the opportunity to be there and snap the picture.

Ada satu insiden juga berlaku ketika kami sedang membuat lawatan ke salah satu syarikat televisyen tempatan di sana; Lao National Television.

Dalam perjalanan dari satu blok bangunan ke blok bangunan yang lain .. ada dua tiga ekor anjing yang berkeliaran, bertindak penjaga kawasan kalau tidak silap.

Dan bila ada anjing yang mendekat, saya yang sememangnya tidak ketentuan hala lebih-lebih lagi dengan saiz mereka yang paras lutut dan nampak garang semacam itu .. pastilah terjerit-jerit kecil dan minta bantuan kawan delegasi lain untuk jauhkan binatang tersebut dari saya & the other two Malay women.

 Dan secara tiba-tiba kedengaran satu soalan dengan nada yang cukup hairan:

“Why can’t you get near to the dogs?”

Ah ha.

Tersenym lebar sahaja saya.

Tidaklah waktu itu juga, saya buka ceramah & cerita panjang lebar dari kulit ke kulit buku.

Instead, I replied. Sambil tersenyum lagi:

“I will let you know. It’s a long story but I will simpified the version.”

Hendak dijadikan cerita, saya ambil peluang waktu di restoran dan di bar (saya minum air kelapa fresh dari buahnya) pada sebelah malam terakhir di sana untuk berbicara tentang itu.

Suprisingly, mereka menerima penjelasan ibarat anak kecil yang sedang belajar ABC, 123 tetapi penuh tanda tanya dan sesi soal balas di antara kami.

Fun. It was fun and at the same time interesting to be able to let them know of sebab musabab apa yang diharamkan dalam agama dalam bahasa Inggeris yang mudah dengan mereka.

Sekurang-kurangnya, mereka lebih peka and in order to know and experience it further, I’ve asked them to just come to Malaysia and witness themselves. Lebih baik, kan?

Point 3.

Di hari-hari terakhir di sana, when we’ve already become that close .. ada di antara mereka langsung tidak segan bertanya & meluahkan ini:

“All of you have shown to us a different perspective about what’s Islam and how Muslims are. Totally. You guys are very much friendly, happening and there’s nothing about you guys that we can be afraid of.”

All of you adalah merujuk kepada delegasi Malaysia, Indonesia & Brunei.

Berbunga rasa hati mendengar kenyataan yang disuarakan sahabat-sahabat baru kami dari Thailand, Vietnam & Laos.

.. dan berdasarkan apa yang dinyatakan mereka, sebenarnya ada sejarah di sebalik apa yang menyebabkan mereka musykil dan menjauh dari masyarakat Muslim di negara mereka.

(sila semak sejarah and comes to your rational senses sebab kenapa mereka ada skeptikal view about it, okay?)

Salah satunya, dah tentu; they don’t get the chance to know & get closer to the Muslims.

Thus, apa yang saya fikirkan mudah adalah to get them know what they wanted to know, in order for them to understand. Eventually, you’ll gain their respect. And yes, I think I did.

Lebih, lebih dan lebih baik begitu kan? *peace*

From this overall stories, I could simplified that .. di sebalik keistimewaan dan keunikan ASEAN di mata dunia, masyarakat di Asia Tenggara ini juga sebenarnya belum lagi saling mengenali antara satu sama lain & mencuba sehabis daya (dibantu sokongannya oleh kerajaan negara-negara masing-masing) ke arah mewujudkan 1ASEAN yang lebih harmoni with one another.

If this one small point (besides barrier in communication) can’t be tackled, susah juga kan nak capai apa yang kita dah tetapkan di atas kertas?

Thank you Laos for the memory!

Sekian,

Wartawan Asean yang masih kerdil.

2016-09-21-12-30-27-f111

Jantungnya…

Saya terpanggil untuk menulis tentang ini, selepas pulang dari Froebel Seminar Series beberapa minggu sudah.

Ketika Dr Afzan Putri masih belum lagi menghabiskan sesi Q&A untuk talk pada petang itu, Imran Imtiyaz berlari tak peduli audience yang ada terus mendapatkan Dr, just to say hi.

My boy’s sentimental value is high somehow, and that’s why …

… tersentuh hati bila selepas anak teruna saya itu dipeluknya, Dr memberitahu, “He’s Imran, one of kids that love KinderKaizen dan baru sahaja beberapa bulan lepas undergo a heart surgery ….”

Here’s the story.

***

8 hari lagi, daripada tarikh hari ini .. akan genaplah 4 bulan sejak peristiwa dadanya dibelah doktor pakar kerana VSD.

Anak lelaki sulung saya ini, sehingga ke hari ini .. rata-rata yang berjumpa dengan saya, kerap sekali bertanyakan perihal dia, kesihatannya dan keberadaannya sejak peristiwa tersebut.

Ya, saya akui memang jarang-jarang sekali memberitahu secara terbuka mengenai dirinya walhal .. ketika terdesak & dalam keterpaksaan suatu ketika dulu, saya memang betul-betul mengharapkan doa daripada kalian semua untuknya.

Saya minta maaf, betul-betul minta maaf.

Tiada niat yang disengajakan untuk tidak menghebahkan cerita mengenai bagaimana dia, Imran Imtiyaz selepas kejadian itu .. tetapi dalam banyak hal, saya lebih suka bercerita bila bekeperluan sahaja.

Menyentuh soal proses baikpulih dan penyembuhan anak ini, sebenarnya .. ada sedikit pengalaman kecil yang mungkin boleh saya ceritakan di sini.

Well, yeah .. now I’m being open about it. Peace!

img_4266

Gambar di atas ini adalah atas permintaannya.

Dia minta saya snap gambar on the day he got discharged.

Gembira bukan main. Mulut yang sentiasa riuh dengan macam-macam ayat yang adakala teratur, adakala betul tetapi belum tentu sampai maksudnya itu … jadi semakin, dan terpaling riuh bila dapat tahu sudah boleh pulang ke rumah hari itu.

Muka yang ternyata ceria itu, ternyata tidak sama keadaannya sebaik sahaja menjejakkan kaki ke rumah.

(sebelum itu)

Sebelum discaj daripada IJN, memang kami telah diberitahu tentang kesan & akibat sekiranya aspek kebersihan tidak diambil berat dan teliti terhadap luka serta parut yang masih baharu di dadanya itu. Antaranya;

  1. Dia boleh mandi, tetapi sebaiknya dimandikan dengan tanpa dibubuh apapun shower gel/soap berhampiran luka panjang di bahagian dadanya. Bahagian dada juga hanya boleh disapu lembut dan dialirkan air secara perlahan dan bukan dengan air panas. Setiap kali mandi, 2 jenis tuala juga diasingkan kegunaannya untuk mengelap; 1 untuk keseluruhan badan yang lain, 1 lagi khas untuk mengelap dadanya sahaja.
  2. Untuk berbulan juga (2 bulan lebih), saya hanya membiarkan baju berbutang tengah sahaja yang dipakai Imran setiap masa (ya, sampai dia naik bosan dan mula merungut macam-macam). Pendek cerita, pagi, petang dan malam hanya pyjamas sahaja yang dia sarung, without fail.
  3. 6 minggu berpantang adalah dimestikan; tidak boleh berjumpa dengan ramai orang samada in public or seangkatan dan … paling penting, he can’t swim at all (kurang pasti selamanya atau untuk certain period of time sahaja).
  4. Ubat yang 3 jenis banyaknya kami bawa pulang ke rumah juga dimestikan habis dimakan sehingga next appointment.
  5. Sudah tentu, tidak digalakkan untuk aktif sangat dan elakkan daripada terjatuh, setiap masa.

… hati Ibu mana yang tidak remuk mendengarkan penerangan doktor dan jururawat, lebih-lebih lagi apabila dikhabarkan point penting no 3 dan 5 itu.

Bagi seorang yang hyperaktif dan terlalu happening hidupnya untuk bertukar 360 darjah sebaik sahaja keluar dari hospital itu … perasaan saya jadi … sedikit …

img_4536

(dan selama berada di rumah)

Bayangkan, kalau sampai tahap dirinya helpless dan perlu dibantu 100 peratus untuk beberapa ketika (sama sahaja perincinya diri yang perlu dijaga ketika wanita pantang bersalin) …

Ya, kami lalui semuanya.

Cuma .. sangat .. dan teramat tidak betah juga melihatkan dirinya terbaring, tidur at most times dan … rutin saya juga berubah sepenuhnya as if kembali menjaga dua bayi serentak.

Di dalam soal penjagaannya, tidak dinafikan En Suami adalah orang yang paling saya sandarkan harapan terutama soal memandikan dia.

Saya paling tidak boleh lihat parut yang akan melekat abadi di dadanya kerana setiap kali melihatkannya, hati cepat rapuh.

Waktu malam hari juga, saya akan sentiasa pastikan dan membetulkan gaya tidurnya supaya terlentang dan diampung dengan banyak sekali bantal di sisinya, demi untuk mengelakkan dia daripada tidur terlangkup atau menekan dada.

Setiap kali terdengar dia seperti mendengus dalam tidur (which I know that he was actually wanted to get up either to get some drinks or to the washroom) .. saya akan bangun, mendekat dan bertanya .. terus luluh jiwa dibuatnya & mata, jangan kau tanya jadi apa! hahahaha

Lelah, bersengkang mata untuk beberapa ketika memang terpaksa kami berdua lupakan sebentar demi kerana anak ini.

Kini, selepas 4 bulan, sebenarnya saya sangat serba salah memikirkan adakah apa yang saya lakukan dalam jangka waktu ini baik atau tidak untuk Imran Imtiyaz.

  1. Sehingga ke hari ini juga, dia tidak bersekolah kerana tidak sanggup lihat kalau-kalau apapun kemungkinan yang berlaku menyedari luka dan bahagian parut masih baru dan fragile.
  2. Saya a bit selective in finding types of games that he can do sebab again, takut-takut he can easily get tired. Mendengarkan ada satu ketika itu dia bercakap, “Ibu, Imran letihlah….” juga sudah cukup menggerunkan saya.

Apapun, Alhamdulilah … besar rahmat Tuhan kepada anak ini kerana setakat hari ini, ternyata keadaannya jauh lebih baik daripada dia sebelum hari pembedahan.

Jauh, jauh lebih baik. Walaupun terdapat kekurangan yang sesekali ada jugalah anak ini bertanyakan saya;

Ibu, kenapa operate Imran? I don’t like operation. Tak suka.

… sambil menggaru-garu manja kesan luka parutnya itu (sebab dah sudah terbiasa dijerkah, jangan disentuh kasar bahagian itu).

Sekian.

img_4537

A Visit…

Di suatu pagi Sabtu yang sedikit berkelapangan berbanding hari biasa, kakak dan seantero keluarga kecil decided to just rest easy with our routine and kids, thus ended up to be at this place for half a day there.

img_3966

Ini adalah KinderKaizen, cawangan Bukit Jelutong.

Sejenis mengundang dan menyeru betul tempat ini untuk kakak singgah dan tinjau keadaan dari sejak kali pertama cawangan ini diiklankan. Dan sejenis kakak juga yang sukakan perkara-perkara baru what more that has valueable, interesting point of views (and pictures as well) to be shared, keterujaan untuk berkongsi itu didorong oleh kedatangan kami ke tempat ini.

Mengenali Teacher Najmi, the owner of the BJ branch from this one creche handled by Haikal Outdoor Playgroup di PPAS Shah Alam at that time, I was actually excited to meet her again.

What more knowing her stories from Dr Putri’s updates, I know that the quality in her surely best suit the image or brand of Kinderkaizen BJ.

Undoubtedly, betul.

Graduated from the UK in ECE, sentuhan dan impiannya to championing childhood dizahirkan secara tidak langsung menerusi cawangan premis yang dikelola.

img_3979

The outlet’s layout is superb and very much attractive to grab the attention of whoever kids that come over to this place. In my point of view, kids will get very triggered looking at the place, what more to venture in at every corner of the place.

To me, kepelbagaian sudut yang ada di cawangan ini sebenarnya mencerminkan juga kepelbagaian minat yang ada pada diri anak-anak.

They can be the one who loves books, or arts, or games or adventures thus, keberadaan layout di cawangan Kinderkaizen yang satu ini membolehkan anak-anak menikmati dan mencuba setiap ruang yang ada.

Thumbs up, teacher Najmi and team!

Pada hari yang sama sebenarnya diadakan Open Day for selected KinderKaizen branches.

Justeru banyak jugalah parents yang datang dan bertanya itu dan ini. Ada yang pernah kakak berjumpa dengan segelintir daripadanya ketika Froebel Seminar Series minggu sudah.

img_3969

Tiada tips khusus maha dahsyat yang boleh kakak perincikan di sini, tetapi ada beberapa ciri-ciri yang boleh diutamakan dan diberikan perhatian oleh para ibu bapa sebelum memilih pra-sekolah (tadika) bersesuaian;

(Nota: Kakak senaraikan ini adalah berdasarkan pengalaman bersama anak teruna si II, maka keserasian dan kesesuaian yang dirasakan perlu sahajalah boleh anda ikuti ya?)

1. Utamakan keupayaan dan kecenderungan anak.

  • Maksudnya mudah. Bertanya terus kepada anak sama ada apakah yang dia mahu belajar atau peroleh daripada senarai tadika yang kita ada untuknya. Menyedari sikap ibu bapa yang terkadang  tiada punya pilihan lain tetapi terpaksa ‘bereksperimen’, justeru ya .. anda boleh memilih bagi pihak mereka, TETAPI sentiasa tanya adakah mereka seronok/bahagia/selesa di tadika tersebut. Kemestian yang tidak boleh dipandang ringan.

2. Tiada salahnya memilih tadika yang mengketengahkan pendekatan PLAY-BASED learning untuk kemasukan umur 3/4/5 tahun sekalipun.

  • Perlu diingat bahawa fitrah anak-anak itu bermain. Kalaupun tadika yang anda pilih dan suka, mahupun anak anda pilih dan suka itu TIDAK LANGSUNG BERTERASKAN AKADEMIK, let him/her be and choose. They will learn eventually walaupun berada di tadika yang menggunakan pendekatan sebegini. Percayalah!

3. Lokasi pra-sekolah perlu berdekatan dengan anda/ahli keluarga.

  • Be it you (the parents) atau penjaga, tadika yang dipilih perlulah hampir sekali dengan individu-individu ini. BUKAN dekat dengan lokasi/alamat rumah, semata. To me, perkiraan begitu sedikit silap dan perlu disemak semula, kalau sungguh terpaksa.

4. Once enrolled, berkomunikasilah selalu dengan anak-anak.

  • Komunikasi dua hala sebelum dan selepas enrollment anak-anak ke pra-sekolah, pasti ada bezanya! Get to know their feelings and how far have they coped at the kindy.  It is highlighted sentence there, thus read between lines of the meaning and message, please.

… dan banyak lagi, yang sekiranya ada faktor lain yang perlu diambil kira .. berbuatlah sesuatu demi anak-anak anda.

Terima kasih again, teacher Najmi. For the sharing talks and etc, I wish you and team the very best in shaping our small generations about the value of life and how they should do best with their gifted talents.

img_3963

It’s TOO Much TOO Soon!

Siaran tergendala terlalu banyak for many, many and many unavoidable reasons. Mohon maaf.

Itu sahaja yang mampu kakak luahkan for the long hiccups here.  Jangan ditanya apa dan mengapa, percayalah .. BLOG senantiasa menjadi dambaan pilu kakak untuk jenguk (baca post-post lama la selalunya), apatah lagi mahu kemaskini .. just right on time whenever I feel like doing it.

Tetapi keterbatasan masa dan waktu itu terlalu banyak, hence .. be ready for LOTS and lots of updates here from now on ya.

(Berbaur ugutan sangat! hehehehe excited much?)

On the past few weeks .. keterujaan membawa Imran Imtiyaz, my dearest son to a creche ever since he was discharged from IJN on last July, adalah sangat memuncak .. knowing the fact he’ll be meeting the public and other kids and started to go hyperactive or ‘wild’ again as he always does.

Perasaan berdebar dan was-was yang tidak pernah tenteram itu sentiasa ada dalam diri kakak ini sungguhpun 3 bulan dah berlalu dan tiada ketampakan yang tidak elok pernah ditunjukkan anak teruna ever since his open heart surgery itu.

Alhamdulilah (big time) for that, sebenarnya.

img_3433

To be honest, I am in love with this poster for its best picture captured there as well as for its design. Sejenis powerful yang macam mana entah. Schematic and attracting habis! (to me who really knows how to value designs, yang gempak disebabkan alasan yang jelas lagi nyata; kakak sejenis tidak pandai melukis .. that’s for sure bahahahaha)

Yes, we both went for this event. At it was my first time, stepped into KLMUC building. Awed by the ambience sebab yeah .. terfikir bila lagi boleh menjadi pelajar semula itu memang selalu sangat bermain-main di benak hati kakak ini.

Back to the event, maaf .. terlalu banyak interruptions kan?!

Seminar yang sebenarnya perlu direbut peluang menghadirinya oleh ramai ibu bapa di luar sana, tetapi sayang seribu kali sayang .. tidak semua betul-betul bersedia atau mungkin juga tinggi rasa ketidaksedarannya untuk ambil tahu apatah lagi berbuat sesuatu mengenainya … betul?

img_3572

Di Malaysia hari ini (I believe seantero dunia pun), situasinya sudah terlalu jauh berbeza.

Ya betul, kita hari ini adalah generasi yang terdidik dengan sistem yang sama yet still doing well now dalam segala segi.

Tetapi dalam konteks hari ini, kesan dan akibat kepada generasi Y or even Alpha dan seterusnya … implikasi dan kaedah tidak lagi boleh sama, dan perubahan di dalam sistem pendidikan pada hari ini juga sewajarnya PERLU seiring dengan perubahan trend di kalangan anak-anak.

It’s very too much too soon;

  1. … Kalau sehinggakan anak itu sudah memberontak atau kemurungan untuk melakukan apapun yang bukan minatnya.
  2. … Kalau sehinggakan anak itu sudah seperti robot, ikut dan buta-buta menerima apa jua arahan dan kehendak kita, si ibu bapa.
  3. … Kalau sehinggakan anak itu menzahirkan ketidaksediaannya untuk belajar (atau yang bukan minatnya), tetapi apa yang ibu bapa buat adalah terus mencuba dan mencuba, tanpa kalah … ??
  4.  … dan banyak situasi-situasi lain yang menjurus kepada creating the unhappy child of yours. Faham situasinya?

img_3578

Throughout that one whole day seminar, mesej yang ingin disampaikan oleh panelis pada hari berkenaan adalah sangat MUDAH. Literally, too easy to understand (kalau terbukalah minda dan hati anda untuk menerima apa yang disampaikan pada hari itu).

Apapun kaedah dan pendekatan yang mahu diterapkan terhadap anak-anak anda pada hari ini, pastikan … KEBAHAGIAAN dan KESEDIAAN mereka dalam menerima apapun bentuk pendidikan yang anda mahu berikan diambil kira 100 peratus dahulu sebelum mengimplementasikannya ke atas mereka.

I’ve said it clearly and using a very simplest term, of course.

Sebab utama juga … adalah ibu bapa harini mempunyai kepelbagaian latar belakang yang undoubtedly credible enough to give their very best for the children’s sake.

But in ‘assessing’ your children’s happiness, do you think you’re good at interpreting them?

Fikirkan.

Ilmu keibubapaan itu terlalu luas. Aspek penerimaan kritikan dan perubahan baru (like what KinderKaizen is doing currently to championing childhood by doing play-based learning) di kalangan ibu bapa di Malaysia hari ini juga adalah salah satu penyumbang lain yang menjadikan misi mengutamakan kebahagiaan anak itu kadang-kadang terabai.

Justeru .. there, up above .. saya sudah menyatakan apa yang saya rasa terbuku, dan rumusan paling mudah boleh diuar-uarkan kepada umum di luar sana.

It’s very too much, kalau;

  1. .. daripada kajian yang dibuat, hanya 2 sahaja indikator untuk faktor kebahagiaan anak dalam memilih pra-sekolah bersesuaian. Berbanding 28 indikator yang lain, semuanya menjurus kepada kecemerlangan akademik (academic success), prospektus/falsafah sekolah dan lain-lain.
  2. .. sekiranya perkembangan kognitif otak (10%) ditekan habis-habisan sedangkan 90% lain bahagian otak ditolak tepi perkembangannya, sungguhpun (that 90%) should be given priority at the first six years’ life of a kid?

I would love to quote my son’s case for example.

He loves to play. Terpaling dan teramat suka. Playful, hyperactive kid .. you name them. He really learnt from playing. Apapun yang dia belajar daripada bermain, he turned out to be really matured (especially once he stepped out from the KinderKaizen centre after 5.30pm) baik dalam tindak tanduk ataupun gaya percakapan.

But, he really learnt from playing. Apapun yang dia belajar daripada bermain, he can turned out to be a really matured boy (especially once he stepped out from the KinderKaizen centre after 5.30pm) baik dalam tindak tanduk ataupun gaya percakapan.

In his case yang saya sendiri rasakan he’s somehow a year lagging from his peers, KinderKaizen terlalu banyak mengubah dia.

Walaupun demikian, perasaan untuk mencuba dan melihat keupayaan anak yang lain tetap ada dalam diri kakak ini. Being typical Asian mother (like I’ve always said), cuba juga lihat kalau-kalau ada ruang akademik yang dia boleh terima dan get blend into it.

Surprisingly, he can! He really can … if only, he’s ready and happy to learn which eventually I could sense he has achieved or learned really well from what teachers or friends in KinderKaizen have taught him.

See!

Ingat, anak-anak zaman hari ini .. bukan setakat fizikal dan mentalnya sahaja kita perlu tackle dan kenal, tetapi EMOSInya juga adalah perkara terutama yang perlu diberikan perhatian sama rata.

Di Malaysia, saya kurang pasti kalau ini pernah terjadi. Di Singapura (lihat di bawah), sudah.

You want it to happen to your own child?

img_3594

Please, fikir-fikirkan semua.

More to come on this issue here, on my blog.

Please continue to support and embrace this kind of approach and message for your children’s sake.

Sekian,

Ibu Prihatin yang Selalu Mencuba Mengajak.