Amanah Yang Menguji (1)…

Di usia 25 tahun waktu itu, tidak pernah langsung terfikir  .. apakah bentuk kasih-sayang dan sejenis curahan limpahan keringat yang bagaimanakah wajar aku curahkan pada anak sekecil ini.

Berada dalam dakapan dengan sehalus rangka, perasaan yang bercampur baur antara gembira, cemas, panik dan risau, yang kurniaannya perasaan itu .. subhanallah, luar biasa sekali setiap kali hati ini terdetik, setiap masa dan setiap ketika jugalah diri ini macam hilang punca dan bertanya diri sendiri .. “am I in the right track, actually?”

Itulah pemikiran enteng lagi hingusan yang ada.

Sepertinya tidak langsung bersedia untuk apapun yang bakal dan mungkin berlaku. Perasaan yang aku kurang pasti adakah aku sahaja yang alami sebagai ibu muda, atau pengalaman semua orang pun yang menjadi Ibu buat pertama kali dalam hidup mereka.

Namun, berbekalkan orang perseorangan di sekeliling yang banyak sekali menyuntik semangat dan dorongan, tumbesaran dan perihal membesarkan Imran Imtiyaz, anak sulung dan teruna saya akhirnya menjadi mudah dan sentiasa dipermudahkanNYA sehinggalah ke detik ini.

Kecuali …

Dalam satu hal.

Hanya … dalam satu hal ini.

Imran Imtiyaz_2

Setiap kali teringat, diingatkan atau mengingatkan fakta itu, hati ini jadi remuk sangat.

Bagai disiat-siat, senang rapuh dan terlalu menghiris jiwa bila dikenang.

Air mata yang berlinang, bila diingat semula .. adalah lebih baik tidak diingat untuk berapa lama takungan air mata itu mampu untuk tidak tumpah.

Tidak kurang hebat rasa rendah diri yang terpaling bawah pernah dirasakan, kekesalan yang tiada berpenghujung apatah lagi kecendurangan untuk sentiasa berfikir kebarangkalian dengan perkataan yang cukup bahaya, “kalaulah ….”

Luh-Mahfuz tetap menetapkan. Ini mungkin bahagian saya.

Bahagian saya hasil perkongsian hidup dengan Encik Suami.

Tidak pernah tidak, walau maha hebat sekali hati dan akal ini memohon sebaik-baik kesempurnaan yang kami minta, ini bahagian kami.

Imran Imtiyaz didiagnos mempunyai ketidakstabilan jantungnya berfungsi yang dipanggil …

Semasa pertama kali dengar terma itu dan dimaklumkan bla bla bla oleh sekian para doktor, hati jadi gugup dan susah betul lelap malam berjaga takut-takut II kebiruan.

Sedang menyusukan juga, doktor minta untuk selalu perhatikan anak kalau-kalau ada tunjuk tanda sukar bernafas.

Tetapi …………….

Ujian Tuhan itu sememangnya bersebab.

Simptom ketidakstabilan jantung II ini sebenarnya jatuh kategori sakit yang tidak bahaya dan jarang-jarang sekali diberikan perhatian, melainkan ada consequences lain yang mungkin/berpotensi berlaku.

.. which is sehingga ke hari ini, tiada sedikit kesulitan atau simptoms pun pernah ditunjukkan II. For those who’s dear to him, knowing the fact that he’s ADD-suspected, a good swimmer, a fast runner, a happening chatterbox, a repetitive-sensitive-appreciative-type-of-boy that ‘yeah-please-get-to-know-him-closer-for-you-to-love-him’ … this sudden news might sounds so ABSURD …. ?!

Well, terpulang.

(itu¬†suara pesimis yang terdetik, so nyahkan! that’s the normal Abby, anyway)

Aku simpan kepedihan ini.

Sebab satunya, aku bukan kaki tagih simpati dan empati. Bukan penggemar. I don’t know why, but I just don’t do it.

Keduanya, kekurangan yang ada pada jantung II, boleh tertutup secara sendirinya bila dia membesar kelak.

Itu janji doktor. Tetapi bukan atas perkenan yang Esa lagi nampaknya.

Belum lagi.

Setakat, selepas enam tahun ini … pemeriksaan tahunannya adalah terpaling cemas sekali momennya dalam hidup, which is memang tiada siapa pun dapat hidu kegusaran yang kami, suami isteri alami setiap kali menyinggah institusi itu membawa II.

Dan hari ini, ketakutan jadi nyata dan kami tiada pilihan, melainkan berdepan dengan fakta .. II will need to undergo a surgery.

In a meantime, tiada apa yang saya pohon dari kalian sidang pembaca, sahabat di alam maya mahupun nyata, kenal secara lahiriah, rasmi atau tidak, sahabat handai dan ahli keluarga yang diingati selalu …

… hanya DOA yang saya minta agar keberadaan II sebelum, semasa dan selepas proses pembedahan itu berjalan dengan baik dan lancar, selaras dengan persetujuan ALLAH.

Saya khilaf, saya kerdil dan saya juga Ibu biasa.

Risau yang melampau itu adalah lumrah dan maafkan saya kerana terlalu dramatik menulis blog post kali ini.

Akan saya maklumkan dari semasa ke semasa, demi kerana sokongan dan kata-kata semangat untuk hati saya berasa sedikit selesa seketika. Itu sahaja.

Sekian,

Ibu Tidak Kuat Diuji