Kenapa WARTAWAN?

Entahlah. Agaknya kenapa Abby jadi wartawan ya?

Adakah sebab memang mahu jadi wartawan sejak azali atau tersuka menjadi wartawan tanpa sengaja lalu menyebabkan Abby hakikinya adalah seorang wartawan pada hari ini?

[Ini penulisan blog sejenis apapun kakak sendiri kurang pasti, justeru baca jika mahu. Abai, jika perlu]

Ini tulisan blog santai sahaja, tentang kakak dan kerja kakak.

Pada asalnya, memang PERNAH pun terfikir hendak menjadi wartawan.

In fact, wartawan adalah kerjaya yang dipilih untuk dicapai cita-citanya pada waktu bersekolah dulu.

Pendek kata, PILIHAN KETIGA selepas doktor pakar bedah dan jurutera (waktu isi borang kurikulum sekolah dulu-dulu la).

Kalau ditanya kenapa dan mengapa kakak suka hendak menjadi wartawan … rasanya jawapan yang paling tepat boleh diberi adalah disebabkan kakak sukakan bahasa.

Teramat suka bermain bahasa, tetapi tidaklah sampai mampu menguasai bahasa lain selain Melayu dan Inggeris. Erk.

…. dan kakak juga sejenis suka hendak mengujakan penggunaan bahasa dan seterusnya ‘menghidupkan’ rasa suka itu dengan keraplah menulis pelbagai genre penulisan yang berkemahiran kakak tulis dahulu, macam cerpen.

Begitu kisahnya asal-usul kakak yang pernah punya cita-cita hendak jadi wartawan.

[Now, kita naik travel time dan mendaratlah pula di tahun dan era serba kecanggihan dalam bidang kewartawanan yang Abby’s in hari ini]

2016-10-11-16-42-52-c530

Mendapat pendidikan formal dalam bidang kewartawanan kemudiannya pada usia 19 tahun (Ya Allah, kedengaran asing betul angka 19 itu di situ), itulah titik mula Abby kepada dunia yang omputih suka untuk menggelarkan bidang ini sebagai  ‘fourth estate’.

Dulu masa belajar, mengetahui fakta tersebut tidaklah pula menjentik akal ini untuk terjangkau memikirkan kepayahan, perit duka bidang kewartawanan nieh. Until the day I entered the industry, nah … barulah kau tahu yang tangan dan kaki kau sudah menempah jalan dan meminta tempias bahang neraka sebenarnya, bila sudah ‘terjerumus’ ke bidang ini (ini pepatah ‘sendiri’ orang Melayu).

Kenapa neraka?

Maaf, bukan sahaja neraka .. tetapi sebenarnya sudah hampir pasti juga selangkah menempah jalan menuju ke syurga, SEKIRANYA cara pemberitaan yang ditulis adalah berlandaskan kepada niat yang baik.

Kalau ada yang bertanya pula sekarang, what’s ‘niat yang baik’ to you Abby? Define, please.

Ini memang soalan mengundang namanya bahahahahaha.

Apabila menyatakan apa yang dikatakan pandangan peribadi (which people normally relates it to the function of blogs; to influence people by expressing personal opinions), I take responsible of what I’m writing here sebab apapun yang tertulis dan terzahir di sini semuanya yang buruk-buruk belaka dari diri yang khilaf ini.

Yang terutama, ramai kena tahu dan sedar, cabang kewartawanan ini tidaklah hanya terbatas pada organisasi manakah seseorang pengamal media itu bekerja, apakah paksi pegangan organisasi tersebut termasuklah sumber pemberitaan seorang pengamal media itu.

Ini tidak lain tidak bukan, kalau berkisar ceritanya tentang dunia politik.

Silap besar kome sebenarnya kalau fikir kewartawanan dan politik itu macam isi dengan kuku (walaupun hakikatnya macam dicincang air tidak putus jugalah istilahnya).

Hakikatnya, boleh selalunya terpisah (dalam kebanyakan masa) …. dengan banyak lagi cerita-cerita human interest yang lain. Sungguh.

…. and this is what I’m dying to do.

img_3276

Menulis yang bukan kerana terpaksa, tetapi menulis dari hati.

On perkara yang di luar dari kancah politik.

On environmental issues.

On kids and their world.

On education and their challenges.

On women and their empowerment.

…. and banyak lagi, asalkan bukan dunia yang satu itu.

Peace!

img_3490


to be continued ….