Ramadhan 1437H

Ramadhan 10.

In just a blink, sudah masuk hari ke-10. Happy?

Alhamdulilah, is the word. The correct word to describe my current situation up to this Ramadhan month.

Tiada apa yang lebih baik dari kalimah itu untuk dilafazkan kerana dapat sekali lagi kesempatan untuk beribadah dan beramal selagi boleh. Selagi dipinjamkanNya nyawa untuk bernafas dengan udaraNYA.

What’s interesting about Ramadhan this year to me?

Well, to be honest .. my Ramadhan has never been fancy or extravagant seperti kebanyakan orang. Kurang pasti sejak bila ianya tidak pernah ‘semeriah’ yang saya fikirkan, but those recent years .. it was not a fancy one.

Dengan jadual kerja (yes, syukur sebab masih berjadual dan terancang) yang bukan selalunya ‘tenang’ dan perlu ‘ikut’ keadaan semasa, terkadang terbeban juga perasaan ini terus merencana kehidupan, lebih-lebih lagi with me alone handling the kids up until today.

Jadual waktu kerja juga yang sedikit awal pulangnya dari pejabat (tetapi tidak membantu banyak untuk saya menyediakan juadah seisi keluarga, what more this time memang isi perut sendiri sahaja) sebenarnya suatu keadaan yang memilukan jugalah.

Sebab itu, memang dalam kepala sudah tertanam .. diri sendiri untuk keutamaannya jatuh no dua dan ke belakang sahajalah, unlike issues that involve both II dan NN.

Dan Ramadhan (atau mungkin Syawal juga) 1437H tahun ini bagi aku sebenarnya tahun duka dan sedikit diuji oleh Pencipta.

abby (1)

…. dan di sebalik dugaan yang menimpa ini, sebenarnya momen flashback itulah yang seringkali datang menyinggah.

Dan bila datangnya menyinggah itu kerana tujuan (mungkin) untuk lebih menyedarkan kita supaya senantiasa bersyukur dengan apa jua kurnianNYA yang kita punya hari ini, terus rasa diri ini tidak layak apapun meminta-meminta dari yang Esa.

Orang kata, amalan tidak seberapa, tetapi hajat dan idaman kalbu itu menggunung tinggi. Di manalah sangat kewajaran meraikan bulan kemenangan kalau itu amalan yang jadi bekalan dunia sana itu nanti ‘ala kadar’ sahaja?

I’ve always this kind of thought dalam kepala. Selalu.

Entah bila diri boleh jadi sesempurna macam yang dalam kitab suruh. Yang macam dalam agama minta. Hisab diri itu tidak pernah berkesudahan lebih-lebih lagi setiap kali datangnya Ramadhan. Selalu.

Penyudah cerita, Ramadhan apapun yang sedang anda lalui dan aku lalui .. yang terutama, kita berada dan berjumpa dengannya tahun ini.

Ada insan di luar sana mungkin tak ‘sempat’ atau tidak lagi berkesempatan mengimarahkan bulan ini. Kalau mungkin ada insan di luar sana yang Tuhan masih pinjamkan nyawanya, tidak pula mahu cuba mendekat dengan syafiat yang Tuhan janjikan — yang mana aku adalah tergolong.

Semoga semuanya yang baik dan mulia itu sudi dilimpahkan kepada kita-kita semua.

Siapa boleh meramal kalau ini Ramadhan terakhir kita.