Mudah Lupakah Kita?

Sekali lagi, ada perkongsian best yang boleh diulang-siar di sini.

Sebab Melayu itu mudah lupa, dan perlu dan sentiasa terus untuk perlu diingatkan setiap masa .. justeru, terkadang perkara ini mengingatkan aku pada melodi yang boleh membangkitkan kesedaran itu setiap hari.

I would prefer this to be a good reminder for all, as well.

And here’s a recap which I’ve written somewhere.

*******

Rasanya sudah berulang-ulang kali klip video di atas saya titipkan di dalam post-post entri saya di blog ini. Tidak akan pernah bosan dan tidak akan pernah rasa mahu meminggirkan lagu ini sampai bila-bila. Kalau boleh hendak diperturunkan ke beberapa generasi akan datang pun saya tidak kisah. Mahu tahu kenapa?

Jawapannya mudah sahaja. Kita, Melayu mudah lupa. Tersangat-sangat mudah lupa.

Maka dengan adanya melodi dan penghasilan lirik seindah seperti dalam lagu di atas sememangnya wajar ditiupkan semangatnya ke dalam diri manusia-manusia pelupa macam saya (terutamanya) supaya kita-kita ini tidak alpa dan tidaklah pula tersenang alpa dengan perkara yang kita punya yang sebenarnya dipinjamkan Tuhan untuk sementara.

Sekali lagi ini juga tiada kaitan ceritanya antara hidup atau yang telah meninggal dunia. Tetapi I can guarantee the story that I am to tell you here is things that evolve around me. Things that I feel can be shared and at the same time would love to always remind my own self that this is one of many elements in life that you need to deal with.

Setiap manusia itu lumrahnya, Tuhan telah jadikan dan rencanakan perjalanan hidupnya. Perjalanan yang ada adakalanya mudah, senang, susah dan liku, serta beronak duri memang Tuhan pelbagaikan untuk manusianya yang juga pelbagai.

Disebabkan ‘kepelbagaian’ yang Tuhan ciptakan ini, Tuhan ciptakan juga akal fikiran supaya manusia itu dapat membezakan mana satu permata dan mana satu kaca, mana satu baik dan juga mana satu buruk. Malangya, tidak semua manusia itu bijak hati dan akal fikirannya untuk menggunapakai nikmat Tuhan yang satu itu dalam memberi penilaian ke atas hidup manusia lain.

In fact, golongan seperti ini bermaharajalela. Tersangat banyak ‘kuman’ macam ini dalam populasi manusia hari ini yang macam dewa dan macam tiada unsur kemanusiaan dalam diri. Allahuakbar.

Aku ini, manusia yang berumur 28 tahun. Allah, umur setahun jagung orang kata. Pengalaman pun ‘masinnya’ belum boleh terasa. Tetapi bila bercakap soal manusia yang macam tidak boleh sedar elemen ‘jatuh-bangun-ini-adalah-niche-kehidupan’, aku bukanlah tiada pengalaman langsung. ‘Masin’ berdepan pengalaman itu dah pernah saya rasa. Pernah jugalah beberapa kali merasa. Perit apatah lagi.

Bila ada sahabat yang dilanda badai yang sama, I would rather stand beside my dear friend and support him or her firmly so that my friend will feel easier and look forward to a better settlement and future. 

I will want to give consistent encouragement so that a good friend of mine will put aside the negative element from that ‘silly’ people or occasions but instead rise from the downfall and be grateful for what other life elements that he/she has now, which to me it’s mindful that we appreciate things that we less care before.

Begitulah. Sekecil-kecil alam, me or we could do to help and remind those who think they are great in many sense. Let us remind ourselves and let us be grateful for what we have rather than confronting the issue or the persons involved.

Susah mengingatkan sesama manusia. Walau sebangsa, susahnya ya rabbi. We can always try. Do try at your willing. But if you’re not and do not dare to ‘fight’ with those, always remember …. ‘Retreat doesn’t mean we’re lost’. Maturity plays big role in some sense.

Sekian.