THE JUNIORS

Terkejut atau tidak, kalau dapat tahu, saya si Imran Imtiyaz, anak sulung pasangan Abbyhakka sudah cecah usia 5 tahun Ogos ini.

Terkejut tidak? Terkejut la bukan. Sebab dahulu saya masih lagi bayi dan kanak-kanak. Tetapi sekarang dah sedikit besar dan bersifat seorang abang.

Dan sebab saya juga kini seorang abang dan mempunyai seorang adik perempuan.

Terlalu panjang perjalanan saya daripada seorang anak tunggal hinggalah kepada anak sulung sekarang.

Terima kasih kepada Ibu kerana masa dan budi yang ditaburkan, walaupun saya mungkin tidak faham seberapa banyak yang saya patut faham … dan juga Abah atas keringat dan bantuan yang Abah beri sepanjang Ibu dalam episod melahirkan adik saya, Nawal Najah.

Terharunya. I am finally a brother!

Sebelum itu, baiklah saya bercerita tentang kegemaran dan aktiviti saya yang sekarang ni berusia 4 tahun 9 bulan.

Saya sudah bersekolah tau. Saya bersekolah di Little Caliph Segambut, agak jauh sedikit dari rumah saya tapi dekat banyak dengan rumah Atuk (s) saya. Pada mulanya, memang Ibu dan Abah berkira-kira dengan kemampuan saya untuk bercampur gaul dengan rakan-rakan baru, lagi-lagi inilah first time saya bersama dengan orang-orang yang tidak dikenali (meaning sebelum ini kenalnya saya dengan Ibu, Abah, Atok, Mama, Angah & Acu Ajim sahaja).

Tetapi dah masuk ke lima bulan saya bersekolah, saya sebenarnya enjoy tiga jam pertama waktu pagi saya di sekolah.

Apapun sebagai anak yang bijak dan ‘baik’, setiap pagi adalah bukan waktu yang seronok bagi Ibu & Abah tetapi terpaling best pada saya untuk membuat hingaq satu rumah.

Saya, kalau bangun dari tidur, pertamanya akan menangis dulu tak tentu pasal. Nak kata tak cukup tidur, cukup je. Tapi memang tabiat saya bila bangun tidur suka menangis dulu. Lepas tu, bukan senang-senang saya mahu masuk bilik air dan mandi.

Selalunya kalau adik Nawal dah bangun, memang saya suka bergulit dengan dia dulu sebelum mahu mandi. Dekat situ je, saya dah buang banyak masa. Benda ni la yang paling Ibu &; Abah tak boleh tahan dan bebelkan setiap hari. Tapi ………… saya suka, sambil gelak-gelak tengok diaorang bebel.

Sejak bersekolah, ada masanya Ibu dan Abah bergilir-gilir hantar saya ke sekolah. Ada masa juga saya berkereta dan ada masa juga Abah menghantar saya guna motorsikal. Paling excited, bab naik motor itulah. Hiks.

Bukan kepalang saya punya seronok, tetapi saya tahu Ibu tidak suka saya naik motor. Bila keadaan terpaksa sahaja, barulah saya naik motor dengan Abah. Sebab Ibu pernah cakap, dia jadi sebak tengok saya dengan tubuh yang kecil memeluk erat Abah di atas motor. Kena redah pulak jalan utama yang sibuk untuk sampai ke sekolah. Ibu jadi sebak sangat … Ibu cakap.

Kesian Ibu, she must’ve felt so sorry looking at me the other day. Insyallah Ibu, Allah jaga Iyaz dan adik Nawal selalu, di mana-mana.

Apapun, berbalik cerita sekolah … untuk memastikan saya dapat yang terbaik dan hanya yang terbaik di sekolah, Abah & Ibu sediakan semuanya untuk saya.

Alhamdulilah, daripada seorang yang peramah tidak bertempat, sekarang saya sudah boleh bawa diri dan diterima di kalangan kawan-kawan saya.

Ibu pesan supaya saya belajar kenal kehidupan. Tapi saya tahu, dari jauh Ibu sentiasa memerhatikan cara dan tingkah laku saya berkawan.

Saya jenis kasar orangnya. Mungkin pada mata orang lain, nampak kasar walhal saya mungkin tidak reti atau faham selok-belok berkomunikasi dengan baik, cara baik. Selalulah Ibu dan Abah kena membebel untuk ajar dan perbetulkan saya.

Kadang-kadang tu sampai marah betul Ibu dan Abah saya buat. Saya mungkin rasa apa yang saya buat itu betul, menyeronokkan…tetapi sebenarnya menjadi satu kesalahan besar kalau sampai apa yang saya buat tu boleh buat kawan saya marah atau pukul saya balik.

Alahaiiiiiiiiiiii. Minta maaf Ibu, minta maaf Abah. Mungkin saya tak faham or belum betul-betul boleh faham apa sebenarnya yang boleh dan yang tidak boleh. But as long as time goes by, saya akan belajar ikut cakap Ibu dan Abah k?

Ironinya … eceh …

Ibu cakap saya sudah belajar banyak perkara selepas masuk sekolah sejak Januari lepas. Tetapi .. macam biasalah, apapun yang saya belajar di sekolah, takkan dan tidak bolehlah Ibu dan Abah saya meneka.

Hendak tahu kenapa tak?

Bersambung nanti k!

Here's the latest picture of me and my beloved Ibu. Handsome tidak?

Here’s the latest picture of me and my beloved Ibu. Handsome tidak?

*****

Yahoo!

I am back! But now … with my younger sister, named Nawal Najah.

Please welcome her here with big heart, people.

And here is the latest version of her, at 4 months old.

A little bit information about my bubbly sister here:

Name: Nawal Najah binti Muhd Ismail

Date of Birth: 26 December 2014

Weight: 4.5 kg (Now at 4 months old – 6kg)

Length: Now at 4 months old – 60cm

A simple and short one about her. You shall meet her if you wanted to know more. Hiks.

Signing out.

A brother now,

Imran Imtiyaz